Pages

Monday 31 December 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 :)

tajuknya pun dah skema semacam hahaha anyway, just nak reflect balik apa yang berlaku pada tahun 2012 dannnn nak menyatakan azam aku untuk tahun 2013.

walaupun kenyataannya, azam yang aku buat tiap-tiap tahun tak pernah nak tertunai (HAHA) tapi aku peduli apa. aku nak gak buat azam ! hihi

tahun nie (2013) usia dah mencecah 20 tahun .......... sob sob. *cedih* lepas nie dah takda angka 1 kat depan. 2 dan ke atas sahaja. uhuhu tak sangka diri nie dah tua. muhasabah diri sekejap, makin kita membesar, makin kita dekat dengan kematian ... astaghfirullah al azim ... *insaf*


kau tahu apa yang ada dlm fikiran aku ? :P

20 years old isn't that bad ... walaupun kita dah dikira dewasa, dah takda teen2 kat belakang, tapi ... angka 2 tu dah membolehkan aku (at least) utk meyakinkan abah bahawa aku dah dewasaaaaaaaa. boleh mintak kebenaran nak bercinta tak ? LOL ! *dushhhh*

2012 Reflections

awal tahun 2012, aku masih di KMS. Kolej Matrikulasi Selangor. sampailah akhir bulan April bergelar seorang pelajar matrikulasi. menghitung hari2 akhir di KMS bukanlah mudah, malah menyedihkan. huhu masa mula2 masuk, tak sabar2 nak keluar. tapi bila dah akhir2, sayu nak keluaq baq ang ! banyak kottt kenangan2 kat KMS. wuwuuuu ingat senang nak lupa ? mmg takkan lupa aku rasa. rinduuuuuuuu KMS :')

rinduuuuuuuu T.T
bulan May 2012, dapat result. perghhhh memulas2 perut masa malam tu hahaha lagi2 bila dok tengok status2 budak2 akaun, depa dapat awal sikit, pastu sana 4flat, sini 4flat, situ 4flat, alhamdulillah sana sini, HAHA kecut perut budak2 sains nie. nak tidoq pun tak tenang !! aku masa tu dah mcm cacing kepanasan kahkahkah bangun esok pagi tu pun awal gila, tak pernah2 HAHA semua sbb cuak punya pasal. tapi last2 alhamdulillah tak terhingga. menangis kotttttttttttttt :'DDD

* Nano bila je tak pernah nangis ? cengeng !! T.T *

Jun sampai akhir bulan August, menghabiskan masa kat rumah. tak buat apa, dok melagha jer sepanjang hari kahkahkah! niat nak amik lesen, puihhh langsung tak tertunai. semua gara2 abah suruh aku pi cari tempat nak amik lesen sendiri. errr memang tak ar. setahun dok kat Banting, pastu balik2 kena cari tempat buat lesen. mana laaa aku tau. lama tak jejak kaki ke rumah, banyak dah berubah. *padahal malas*

sampai sekarang harem satu lesen pun takdak. HAHA duk terbang sana sini naik moto, selamba badak jer macam kat Malaysia nie takdak polis xD gengster kannnnn kahkahkahak !

for sure dok kat umah mmg menternak lemak jelah kan kerja aku. kehkeh bangun pun lambat, tidoq pun mcm tak tidoq. dok menghadap lappy ja sepanjang masa. melagha habis laa orang kata kahkah nie baru betul honeymooonnnnnnnn HAHA dari waktu sekolah cikgu tak bagi main2 time belajaq, depa dok kata form 4 bukan tahun honeymoon. haaa betul lah kot, lepas habis matrik baru betul honeymoon !

tapi sekarang dah habis waktu honeymoon dah. sob sob. sekarang masa cari makan utk masa depan. ehehe

to be honest, 2012 bukanlah tahun terbaik untuk aku ... banyak nightmaresssssss :( tapi aku redha. dengan semua yang berlaku. sebab setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya kan. Allah tak turunkan sesuatu ujian kalau kita tak mampu untuk hadapinya :')


Alhamdulillah, semua tu pun dah berlalu ... dan jujur, aku sekarang dah banyak berubah. aku dah boleh fikir dengan matang sikittttttt laaa hahaha kalau nak compare dgn dulu, malu teghokkkkkk !
(''')(''')

aku percaya Allah tengah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk aku. inshaAllah :) aku janji akan sentiasa kuat untuk hadapi hari2 akan datang. ameeeeeeennnnn !

ehhh macam dah panjang pulak entri nie. nie belum masuk azam lagi heheheee >,<

Dear 2012,
thanks for everything ... kau mengajar aku erti sabar, kuat, tabah dan redha dengan segala yang berlaku. kau ajar aku untuk terus bersemangat meneruskan hidup. kau ajar aku cara nak berdikari waktu aku kehilangan mama ... kau didik aku untuk menjadi seorang suri rumah HAHA walaupun tak berapa nak perfect ... wey ingat senang ke nak jadi suri rumah ? penatttttttt ! haha naseb bek aku sulung. hmm tapi satu aku tak puas hati, kenapa kau biar aku ternak lemak banyak2 kat rumah ?!! HAHA nafsuuuuuuuuuu xD

welcome 2013 ;)
mengharap 2013 nie akan menjadi tahun yang lebih baik untuk aku :')

dengan kehadiran orang baru dalam hidup, hopefully aku boleh menjalani hari2 akan datang, bahagia seperti orang lain. apa yang orang lain ada, mungkin aku takda. tapi apa yang aku ada, belum tentu orang lain ada kan ? bersyukur ;)

azam tahun nie, major azam : untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik. solat taknak tinggal, nak selalu puasa sunat, nak kerap baca Quran, nak tutup aurat penuh2, nak sentiasa dekatkan diri kepadaNya. inshaAllah, ameen. :')

entah kenapa, kebelakangan nie asyik fikir pasal kematian. *ini serius* aku siap dah tulis semua password account alam maya aku HAHA pastu simpan kat satu tempat yang orang senang nak jumpa. supaya senang kalau nak delete ke apa ke account2 duniawi tu semua haha

Azam2 lain adalah seperti :
-mengurangkan kuantiti makanan, which aku sememangnya tahu, takkan pernah terjadi HAHA =.=
-belajar dengan bersungguh2, again, aku taktau lah mampu ke tak HAHA makin hari makin banyak godai-an cisssss
-dapat semua yang tertera kat wish list aku. nak tau pi tengok sendiri. kat column belah kanan blog hehe
-lagi ? hmmm apa lagi ek. banyak sebenarnya azam aku, tapi aku takmao tulis semua kat sini. satgi hampa semua nak perli aku, "azam dah tertunai belum?" mampuih aku nak sorok muka hahaha

Dear Azani,
please stay strong no matter what happen, Allah is always there for you when no one else did :')

last but not least, nak tengok dak perkembangan aku dari dulu sampai sekarang ? kalau nak gelak silakan, tapi jangan depan aku HAHAHA kalau tak, aku pun mesti nak gelak skali. gelak tanpa henti sampai mampus kahkahkahak ! kalau nak mintak rahsia mcm mana aku berubah pun boleh jugak HAHAHA 

gambaq tak edit seratuih peratuih
Gambaq 1 : Masa kat MRSM. puihhh muka budak2 baq ang !! hahahahahah time graduasi form 5~
Gambaq 2 : Masa kat KMS. muka burn teghokkkk ! sbb KMS PANAS !! sbb tu aku benci sunburn. sampai sekarang. huhu T.T
Gambaq 3 : Masa kat umah. sebelum masuk UKM kena amik gambaq passport kan. heee muka innocent baq ang !
Gambaq 4 : Inilah rupa gua sekarang. baru diambil masa 26 Disember 2012 haritu :)

ingat senang nak berubah dari budak2 jadi orang dewasa ? HAHAHA lagi2 bila muka burn teruk mcm gambaq 2 tu, ingat senang nak putih balik ? hahaha dah mcm anak bangla aku tengok xD tapi syukur lah, sekarang walaupun tak secantik uolls, at least aku comel la jugak sikit kannnnn. #eh TERperahsantan puleks :3

tak, maksud aku, aku masih sempurna fizikal, ada dua mata, satu hidung, satu mulut, dua lubang hidung, dua telinga, dua kening, dua pipi, dan lain2. hehehe

k dah. lagi lama aku kat sini, lagi mengarut2 satgi hahahah thanks naa baca. selamat tahun baru kapiaq 2013 :) Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. and, aku minta maaf kalau aku ada buat hampa terasa ka kat mana2 eh. walaupun maaf aku nie tak boleh ditukaq jadi duit, tapi aku betul2 minta maaf nie. ikhlas nie. seyes nie. betul2 nie. hehehehe assalamualaikum ^.^


Saturday 22 December 2012

kad raya Encik Soya !!

tadi aku susun nota. cari2 nota yang terselit2 bagai semua. pastu tetiba terjumpa dua sampul surat besar terselit dekat rak buku tu. aku pun amik lah. satu sampul surat WPP PTPTN. automatik mengingatkan aku pada hutang keliling pinggang. sob sob RM1500 woi. takpa2, JPA masuk nnt aku langsaikan okay.

sampul surat lagi satu tu ... sampul surat dari dia :')


sampul bertarikh 14 August 2012. haha kelakarnya zani, bawak sampul nie sampai ke UKM :p eheee haruslah ! sbb before datang ukm dah bercop2 ngeh ngeh aku tau korang mesti tak faham :p

kau nak tahu ... entah kenapa bila aku tengok isi dalam dia, mengalir jugak air mata kewanitaan aku nih HAHA entahlah, teremo plak tadi ... kau nak tahu blog, semua nie mcm mimpi. aku tak tau lah, kadang2 rasa mcm nak cubit diri sendiri sekuat2nya, bagi sedar. nie mimpi ke realiti ?

kalau tengokkan entri aku pasal kad raya dia dulu2 waktu bulan august, kelakar gila bunyik dia. "zani harap kita boleh kawan selama-lamanya?" hahahahahahahahahahaha gelak tak henti aku bila baca balik ! ><"

mohon lah semua gelakkan aku jugak hahahahahahaha seyes kelakarrrrrr. malu tau tak ??!!!! 
(''')(''')

tak sangka ... daripada stranger, sekarang dah jadi .... well, you know what i mean. hahaha :)

aku taktau nak express mcm mana. aku an, ada banyak sangat benda nak cakap pasal dia, kat dia, tapi ... aku taktau nak cakap mcm mana ahahahaha entahlah, pelik kan aku nie ...

bila org sebut nama dia / org cakap2 sal dia / status dia muncul kat news feed aku / dia like status aku / gambar aku / dia tweet aku / dia mention aku / unmensi / favourite / retweet semua2 tu ... hati aku nie berdegup laju baq ang. serius aku tak tipu. 

bila dia berdramatis, lagi lah ... rasa nak pengsan pun ada hahahaha mengong ouh nano =.=

argh blushing teghokkkk (- '_' -)

hmmm nak tengok tak apa isi dlm surat tu ? aku tau aku dah pernah buat entri pasal nie. tapi aku peduli apa, aku nak buat lagi hahahaha kalau dulu, sbg seorang kawan biasa, sekarang ... haaaa faham2 lah ngeh ngeh

first time aku bukak kad nie, perkara pertama yang
menarik perhatian aku, obviously ... masjid tu :')
comel sangat kartunnya hahahahahahahahahaa xD
^.^
ke belakang saudari Azani .___. *gerak ke belakang*
cantik kan cantik kan !! hehehehe paling suka yg masjid tu. sangat sangat sangat menarik perhatian aku. and kau nak tahu, ini kad raya handmade pertama dia buat untuk tahun nie :p mohon jeles ngeh ngeh

even benda dah 4 bulan lebih berlalu, tapi memori tu mcm segar je dlm ingatan aku. sebab aku mcm tengah bermimpi hahahahaha weh mohon cubit aku kuat2. please ?

hmmm tadi masa aku tengok kad tu, banyak betul benda berlegar2 dlm kepala otak aku. macam2 benda. kalau lah aku boleh record, pastu kasi kau tengok. mesti best hehehe takyah susah2 nak explain :p

blog, kalau lah aku diberi peluang untuk buat tiga permintaan, kau nak tau tak apa aku nak mintak ? 

pertamanya, aku nak keluarga aku cantum balik mcm dulu ... mcm masa mula2 aku lahir. supaya aku ada background keluarga yang cukup sempurna mcm orang lain. supaya tak susah untuk aku explain kat semua orang. sebab diorang takkan faham apa yang aku lalui.

keduanya, aku nak kalau boleh aku dengan dia berkekalan mcm nie sampai bila-bila. tak ada gaduh, tak ada perselisihan faham. aku nak jadi orang pertama dan terakhir untuk dia. 

ketiganya, aku nak hidup dengan orang2 yang aku sayang smpai bila2. ibu, abah, adik2, dia, kawan2, semua2 lah yang rapat dengan aku. kalau boleh aku taknak rasa apa2 kehilangan. tapi itu mustahil. sebab ajal itu pasti untuk semua orang ...

eheeeee TERserius pulak buat statement2 di atas. :p tapi mmg tu lah ...

so, aku harap everything yang aku dah plan dalam hidup akan berjalan dengan lancar. inshaAllah ameen :) kalau tak lancar pun, mohon diberi kekuatan kuasa 9873954739 untuk menghadapi hari-hari yang akan datang. hoho :DD

mohon senyap2 suda lepas baca entri nie. kalau tak nnt gua blushing teghokkk wakakaka ><"

sekian, ketemu lagi di lain entri. sekarang perlu bertungkus lumus study. untuk final. beberapa hari je lagi :) lepas tu cuti sebulan, haaa masa tu nak jadi bangau ke kambing ke lembu ke, lantak lah ngeh ngeh

assalamualaikum, thanks baca ;)

- it's hard to tell them how i 'met' you ... so, i decide just to tell them that you're mine. and if thing goes well, maybe it'll be easier to explain to them in the next 2 years and above :) so i want you to know ... you changed my life a lot. and no matter what will happen, i will never leave you. i promise. thanks for everything dear :')

Friday 21 December 2012

Jadual Kuliah Semester II ~

weeehoooo ~ happy sangat3 tau bila boleh daftar course semalam. eheee masa aku bukak tu, pastu dah boleh tekan pendaftaran kursus awal, aku terkejut smpai ziera pun terkejut jugak hihi :)

Alhamdulillah, aku tak risau sangat dah kalau tak dpt course sama dengan diorang. sebab tadi Myra datang bilik aku, pastu dia yang tolong aku daftar course sama ngan dorang :) gembira tau !! even ada satu yang tak sama iaitu Amali Kimia II, tapi yg laen sama. kira okay lettew ;)


hah mcm mana tu ? nampak jer mcm banyak kosong tapi sebenarnya bagi aku pack jugak kalau nak dibandingkan dengan sem 1 aku yang melenggang kangkung nie hahaha padan muka hang nano =.=

yang ber-TARGET tu, tak daftar lagi sebab, takde dlm pendaftaran kursus awal lagi. but still, kena ambik. so, aku dah men-target-kan hari apa nak letak lab microcomp, lab kimia dengan PD.

jumaat lengang waktu petang tu. so aku ingat nak daftar something mcm bahasa asing ke ... tapi, jadual bahasa asing tu takde yang hari jumaat T.T pastu kena pairing, kalau amik hari selasa, dia akan automatik pair dgn hari lain jgak. sehari dua jam. 

and yang aku dpt tengok, bahasa korea mmg takde pilihan langsung !! selasa dengan khamis JE pukul 10.00 pagi. hari selasa tu boleh laaa kul 10 smpai 12 aku free. tapi hari khamis tu, kul 11 aku ada komunikasi saintifik tu ... :(

sedih tau !! hahaha tapi takpa lah, takde rezeki lagi kot :')

bahasa lain pun sama ja. clash dengan jadual aku. sobs Jepun, Arab, Perancis, Jerman, Cina, semua clash dengan jadual aku. benci ! hahaha jeles dengan org yg bleh amik semua2 tu ... haihhh takpalah, kalau ada rezeki, amik masa Tahun Dua nnt je :) inshaAllah *doakan aku* ;)

overall aku rasa pengurusan jadual sem dua nie better than sem 1 :) sebab mostly class ada gap. so, sempat lah aku nak persiapkan diri, berjalan sana sini, before masuk class. taklah terkejar2 sangat. alhamdulillah ;)

eheee yang sabtu ahad tu, aku nak isi dengan BMART punya jadual. huhu bmart tak boleh dilupakan tau uolls hahaha memandangkan isnin-jumaat aku ber-akademik, so maybe sabtu ahad tu aku berbakti kepada kolej pulak hehehe

bila pulak nak balik ? hmmmmm tu fikir kemudian :p

tak pun, kalau tak penat, isi jadual bmart waktu malam. hmmm tengoklah mcm mana nnt. kita hanya merancang, Allah yang menentukan kan ? :)

okay lah, nak out dulu. ada org halau aku dari TL. sobs sobs hahaha *tacink* gurau2 :) rasanya bulan dah nak jatuh ke riba kot, sebab tu kebelakangan nie tertacink sikit2 :p tapi alhamdulillah, boleh kawal lagi. eheheh

night, assalamualaikum ~ 'sakit pinggang' makin parah. smpai nak panggil org lain pun terpanggil dia. gila. hahaha bye ;)

Wednesday 19 December 2012

entri serius

cuba bayangkan, kau tengah happy borak2 ngan member kau, makan aiskrim, dengar lagu, tengok movie, tetiba ada orang datang kat kau, curah maggi panas atas kepala kau. apa kau rasa ? 


menyumpah seranah bukanlah perkara terbaik tapi aku taktau lah kenapa mostly orang2 kat malaysia nie lebih memilih untuk men-c-a-r-u-t sepuas2 hatinya smpai dah takde benda utk dicarutkan.

kalau aku nie bukan perempuan dan aku nie takde iman, rasanya aku pun suka kot dok meng-khinzir-kan orang. lagi2 kat orang yang suka cari pasal dengan aku.

aku tak faham laa sikap orang yang tiba-tiba nak cari pasal dengan orang lain. tiba-tiba ja ... -.-

okay look ... even kita kawan, ada masa kita bergurau, ada masa kita bermanja (eeee) tapi kau kena ingat, tak semua benda boleh dibawa bergurau. kalau kau ada akal yang waras, kau boleh tahu seseorang tu tengah sentap ataupun tak dengan kau.

andddddddd kalau kau ada hati dan perasaan, mesti kau boleh fikir kalau ayat tu kena balik dekat muka kau, kau terasa tak agak2 ...

muka aku mungkin muka yang tak pernah serius. walau seserius mana pun aku cuba untuk jadi, kau tetap anggap aku tak serius. sebab kau dah biasa tengok aku gurau2, gelak2 sume. an ?

kau kena ingat, orang yang gelak2 nie bukannya dia takda perasaan. bukannya perasaan dia sentiasa gembira ja. bukannya dia tak pernah fikir sesuatu hal tu secara serius. bukannya semua benda dia anggap main-main. faham tak ?

tunggu kau nak mintak maaf, berzaman agaknya. tunggu aku berjanggut, bermisai pun belum tentu kau nak mintak maaf. E.G.O tu tinggi menggunung. -.-

hal sebelum nie pun, aku jugak yg mula dulu. berusaha nak cakap dengan kau. kau takde usaha pun ? wey penat doh ada kawan camni. yang tak reti nak mengalah. betapa kau bernasib baik sbb aku nie ada jugak sifat mengalah tu. sulung kan. syukur please ?

cuba kalau aku yg cari pasal dengan kau dulu. kau tak bengang ke ? silap2 putus kawan bro ... naseb baikkkk laa lu nie member fesbuk gua je. kalau member kat dunia sebenar, pergh taktau lah camna.

tolong la jangan selalu menindas orang2 yang baik dan comel seperti aku nie. hahaha *ini gurau*

kalau orang tak cari pasal dengan aku, memang aku takkan cari pasal dengan orang tu. *ini serius*

p/s : memang betul lah wahai blog, kau satu2nya teman aku yang ada. dulu, sekarang dan smpai bila2 ... orang lain busy doh, banyak kerja, banyak assignment, takda masa untuk kawan. takpa2 :) oh ya, masalah utama aku rasanya, aku terlalu menjaga hati orang. nak cerita masalah pun rasa serba salah. takut ganggu. so kerjanya taip, delete, taip, delete. benci -..- harap2 org lain pun pandai jaga hati aku jugak ye :)

* macam over pulak maggi panas tu wakakaka *

Thursday 13 December 2012

To My Future Husband ;)


Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
-Tuhan Jagakan Dia by Motif Band-
Earthquakes can't shake usCyclones can't break usHurricanes can't take away our love

Pyramid, we built this on a solid rockIt feels just like it's heaven's touchTogether at the top(At the top, baby. At the top girl)Like a pyramid

And even when the wind is blowingWe'll never fall, just keep it goingForever we will stayLike a pyramid
-Pyramid by Charice feat. Iyaz-
Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

-Muara Hati by Hafiz & Dato' Siti-


Ke Hadapan Bakal Imam Zani (InshaAllah, ameen),
Zani mungkin tak mampu nak membunga2kan ayat sepertimana yang kamu buat untuk zani semalam. :D (walaupun hakikatnya layan jiwang jugak haha)Zani janji zani akan jaga diri, jaga kehormatan, jaga aurat zani untuk tatapan yang halal buat zani :)Zani akan setia tunggu kamu, walau berapa lama pun tempoh masa yang Allah dah takdirkan untuk kita. :')Zani takkan mengkhianati kepercayaan kamu kat zani. Janji :)Zani akan perbaiki diri zani untuk jadi makmum yang baik kepadamu kelak. inshaAllah. :')Zani akan jadi orang pertama yang kamu lihat setiap kali kamu bangun tidur nanti :)Zani akan siapkan sarapan untuk kamu sebelum kamu pergi mencari rezeki. :)Zani akan ikatkan tali leher kat kamu walaupun zani tau zani tak sampai dan mungkin kena panjat kerusi :DZani akan kawal cara tidur zani supaya tak buas sangat atau tersepak kamu kat mana2 :| (hahahaha)Zani tunggu kita berdua naik bumbung sama-sama kat rumah sendiri nanti :)Zani mungkin tak ada apa yang perempuan lain mungkin ada, tapi zani akan cuba yang terbaik untuk kamu, untuk kita, untuk keluarga kita :)Zani akan belajar masak smpai pandai supaya kamu boleh bertukar jadi doraemon. hikhik :3Zani akan cuba yang terbaik untuk ceriakan hari-hari kita berdua :) :) :)
Zani harap hubungan kita berkekalan, takkan terpisah melainkan atas sebab ajal yang menjemput. Andai kata umur salah seorang dari kita tak panjang, ketahuilah Zani akan selalu kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang sebab zani tau, walaupun kamu takda depan zani, tapi kamu sentiasa bersama2 dengan zani :')
For the sake of Allah, ibu, abah, kita ... Zani sayang kamu. dulu, hari nie, esok dan selamanya :)


take care, assalamualaikum bangau hahahahahahahaha :3
terima kasih 13.12.12 - confession session

Tuesday 11 December 2012

May Allah bless you Myra and Shahirah :')


10.03 p.m ... baru lepas "take a nap" sekejap dlm 40 minit mcm tu. tak tahan, mengantuk yg amat. tetiba dapat call. dari Myra ...

argh berair mata gua nak cerita akibat terlalu terharu :'(

lately ... aku stress sikit sebab first, hujung mggu aku mcm, dah burn sebab join aktiviti fac dengan kolej. but then benda tu dah lepas kan, so nevermind. secondly, stress sbb hari nie ada presentation final utk research project acom aku. and again, baru je lepas siang tadi. alhamdulillah, lega lah sikit. 

thirdly ... sebab dah 7 ke 8 orang tanya aku soalan yang sama ... 

"azani, kau dah daftar course untuk sem 2?"

i wish i could register for the courses ... but then since yuran semester aku tak berbayar lagi, (means aku ada hutang dengan universiti) so aku tak boleh nak daftar apa2 course untuk sem 2 nnt.

soalan2 tu membuatkan aku rasa malu nak menjawab, dan ... malu nak mengaku yang aku ada hutang. haihhhh

orang lain semua dah sibuk susun jadual, daftar courses untuk sem 2. aku ? aku tak boleh nak buat apa2. tapi aku tak kisah pun ... (tipu)

argh. jujur sejujur2nya, aku kisah. sebab kalau aku tak bayar yuran, aku takleh nak register course. kalau aku takleh nak register course, aku takleh nak dapat course yang aku nak nnt. sebab ? sebab org lain dah amik ... sape cepat, dia dapat. haihhh JPA, kenapalah kau nie 'cepat' sangat ?

kalau tak dpt course yg aku nak, susah plak nnt nak amik course yg aku tak minat. lepas tu ... clash dengan jadual. lepas tu ... tak cukup kredit. lepas tu ... tak boleh graduate. argh susah !

kegagalan membayar yuran semester juga boleh menyebabkan slip result exam final aku DIGANTUNG .

actually aku dah pasrah dah sebenarnya ... 2-3 hari nie, bila org tanya pasal tu, aku cakap jelah jujur. aku takda dwet nak bayar yuran. mmg pasrah habis ah. tggu JPA smpai berjanggut anak dua pun taktau lg masuk ke tak. no.akaun bank pun dia tak mintak, nak masuk camna ntah .

argh seteghes ! rasa nak sambung tido sampai bebila .... taknak bangun dah


lepas tu, haaa tu lah aku terkejut tadi masa Myra call. tengah tido pastu dpt call. tido pun mcm tido-tido ayam ja hahaha "take a nap" lah katekan ~


"Azani, kau tido ke ?"
"hmmm ..."
"Sory kacau kau, aku ada benda nak bincang dgn kau nie."
"hmmm apa dia ..."
"Aku dengan Shahirah dah decide, kitorang nak bayarkan yuran untuk kau dulu. nnt bila kau dpt JPA, kau bayar lah balik. sbb aku pun taknak laa kau tertinggal utk daftar course. aku nak sama2 daftar course dengan kau."

i was like ... ya Allah, berair mata aku masa dengar statement tu ... aku terus kata, "wehhhhhhhhhhhh, takmaoooooooo"

then Myra plak "ahhh, takde2, tak payah nak wehhhh wehhhh sangat. aku tau kau mst tak setuju, tapi nie decision aku ngan Shahirah. takde bantahan. k"

aaaaaaaa aku taktau nak gambarkan perasaan aku mcm mana ... aku tak sangka ... aku belajar kat UKM nie baru 3 bulan. kenal depa baru 3 bulan. tu pun tolak tarik masa hari first2 kenal, bkan tegur sangat. and i really really really didn't expect they'll trust me and they're willing to help even though baru kenal ...

ya Allah ...

"Esok sama2 pergi pusanika, Shahirah akan transfer duit kat akaun kau, and then kita pergi sama2 ke canselori utk bayar yuran kau, lepas tu dah boleh daftar course dah. settle"

astaghfirullah ... sesungguhnya dari dulu ibu dengan abah ajar jangan pernah menyusahkan orang lain.

sebab tu apa yang aku nak buat, aku fikir dua kali. apa yang orang buat untuk aku, aku persoalkan. aku fikir banyak kali. aku tak suka menyusahkan orang. aku tak suka :'(

aku terharu nak mampus bila diorang sanggup tolong aku smpai mcm tu ... T^T

taktau nak express perasaan aku mcm mana. terharu, sedih, malu ... 

To Myra and Shahirah,
tolonglah faham, aku tak sangka sangat korang sanggup fikir pasal aku jugak. mmg aku sedih pun kalau tak dpt daftar sama course dgn korang ... sem 1 nie pun ada je yg kita tak sama kan, sedih laa jugak ... tapi, takpa, aku tak kisah pun. ntah lah, aku taktau nak express mcm mana. eeee susahnyaaaa. hmmmm aku cuma mampu doakan semoga Allah balas jasa korang berdua. terima kasih sangat sangat sangat and, aku bersyukur ada kawan mcm korang ... argh rasa nak pergi bilik korang pastu hug sekor sekor. huhu ~ esok jmpa time class, eeeee malunyaaaaa (''')(''') papepun, terima kasih, hanya Allah mampu balas jasa korang kat aku :')

Sunday 9 December 2012

hmmm


12.30 a.m ... lagi setengah jam ja kul 1. lepas kejut dia, maybe aku nak terus tido kot. tak tahan siot sakit tengkuk, sakit pinggang, sakit kepala ... ah kau nano, tak habis2 sakit. tak pernah nak sihat =.=

tapi betul doh ... * buat muka tak bersalah *

pagi tadi gua ada hari interaksi kelab kimia bersama seniors dan lecturers. not going to elaborate much on the event. sbb malas. hikhik tapi overall, the event was fun. walaupun a little bit kebudak-budakan (bagi aku) but not bad laa, i enjoyed the event. :)

kalau tajam mata tu, cuba cari gua. *PERINGATAN : Gua Pendek*
balik2 ja, berpeluh mmg tak sah laa kalau takde kan. jalan kaki kotttt dari Aminuddin Baki tercinta sampai ke tempat parking depan Kolej Dato Onn tu. haish. masa pergi pagi2 tu ada transport akak senior amik. masa balik, hah pandai2 hidup laa kan. k nano syukur please ?

masuk bilik, tengok cermin. demmmm, sunburn muka gua. blerghhh sbb tu aku tak suka aktiviti berjemur2 nie.lebih suka dok bilik. ternak lemak smpai obese. wakakakaka ah benci sunburn :'<

* betulkan posisi dari meniarap ke duduk, sakit pinggang siaa *

dah ah. malas nak taip. mesti kau macam "hek eleh,  tah pape je. bek takyah buat entri" lol maaf laaa. gua sakit :'< seyes, tak tipu nieeee. ahaks :3 nnt gua update lagi k :)

wey, mcm mana nak kawal perasaan ah ? aku banyak kali dah kena tegur :

" woi zani. kau sengih2 sorang2 tu pehal ?! "

arghhhh gua tak sengaja siol ... nnt diorang anggap gua gila ... mcm mana :|

ada orang buat utk gua. ehem :3
paling tak sangka bila dia upload kat fesbuk dengan kepsen : 1 of my light :)

terasa special di situ. wkwkwkwk gua dah buat cover photo dah pun ~ yang dah tau, diam k. terutamanya amy hahahahahahahahahahahaha budak nie bahaya gila, rasa nak ikat dia kat pokok, selotep mulut dia pakai selotep wayar tu hah. bila nak cabut, habis cabut dengan misai2 dia skali wakakakakaka

k ah. gua nak bersiap2. bkan nak pi jalan, nak tido. esok ada induksi interhouse plak. pagi buta kul 7 smpai kul bape aku tak sure lah. haihhh kbye weh, night. assalamualaikum :)

-tengah cari alternatif mcm mana nak cerita kat ibu. at least boleh buat backup if abah tak setuju nanti. lol *fikir masa depan-

Wednesday 5 December 2012

usaha tangga kejayaan, malas tangga kegagalan.


cakap senang lah kan tajuk tu hahahah first of all, nak cakap yang aku okay. aku okay aku okay aku okay. maybe entri nie a little bit sentap ke ape tapi aku okay. so, jgn risau k ? :)

semalam dapat email dari prof Azizan. prof kimia fizik yang begitu berdedikasi bagi aku. ajar kami kimia fizik smpai kami faham. cara dia ajar buat kami berfikir. dlm email tu katanya, result mid sem kimia fizik telah ditampal di board depan bilik dia. 

okay.

fyi, skrg kimia fizik bkan dia yg ajar. dah tukar prof lain. and i'm not gonna comment on the way prof baru nie ajar kitorang. or maybe i'll comment secara senyap2 ? lol xD 

naa, tadi after class kimia fizik pukul 10 smpai 11 pagi, aku, Syahira, Myra dengan Shahirah (lagi sorang) pergi lah ke bangunan sains kimia utk tengok result tu. dlm masa yang sama nak amik slip exam final. so, skali jalan jelah. and then masa dah sampai tu, mmg ramai dah berkerumun nak tengok result. hahah

aku punya result ... secara jujur, aku tak selesa dengan result aku tapi dlm masa yang sama jugak, aku tak kecewa sangat dengan result aku. errr hahahah

okay, masa exam tu, formatnye 25 soalan objective, 5 soalan subjective. 25 soalan objective tu kompem lah 25 markah en. yang 5 soalan subjective tu, every question, 3 marks provided. so, total 15 marks for subjective questions. total paper, 25+15 = 40.

and i got 30 over 40. objective, 19 marks, subjective, 11 marks. 

............... (do comment, i'm speechless)

hmm, aku syukur markah aku camtu. taklah teruk sangat, taklah bagus sangat. ke ... haha aku pun taktau lah. pendapat kau camna ? 

haihhh jujur, aku bukannya kecewa dengan result aku. aku kecewa dengan diri aku. sebab ? well, my friends are expecting the highest marks from me for the test ... butttt i'm the lowest among them T.T

Syahirah - 35 (the highest)
Myra - 34 (the second highest)
Syahira - 31
Azani - @#!!@#&%!

hahahaha geram siot !! 

they expect i'll get the highest marks since imma 4flatter masa kat matrik. bukan nak bangga, tapi aku nak cakap. kau 4flat kat matrik, kat universiti belum tentu sama. bukti ? haaa apa yang jadi kat aku sekarang nie lah. hahaha

bongek. malas belajar. asyik bertwitter, berfacebook. buang masa. stay up konon study. fikiran ke mana ? baguslah, padan muka kau nano !

sakit hati. sakit jiwa. sedih. kecewa. marah. geram. nak nangis ...

ah berair sudah mata gua. hmmmmm

disappointed king ... kong
maybe i should focus for the final. i have to ! i don't wanna be such a disappointment to my parents. especially abah. garang hahahaha

i promise i'll try harder to score in the final exams. bulan 1. tak lama pun lagi dah. ah buang jauh2 rasa jealous dgn result kengkawan. buang !!

buktikan kat depa, aku boleh. nano boleh ! tahniah Myra, Syahira, Shahirah dan lain2 :')

nangis kejap. bye 

Tuesday 4 December 2012

JPA Oh JPA


naseb baek laa nak menaip dlm blog nie takyah pakai duit. kalau kena pakai duit, alamatnya tak berblogging lah aku. hmmm jpa jpa jpa. bila agaknya biasiswa jpa akan masuk dlm akaun ?

aku pokai gila nak mampuss nieeee. seriously, aku nak makan pun kadang2 ragu2. hahaha lapaq memang lapaq wey. macam2 lagu dok main dalam perut. tapi bila aku bukak purse, alahai ... nak menangis rasa hahaha

sekarang kat pusanika UKM tengah ada karnival siswi. banyak laa jualan2 tudung lah, gadget utk fon lah, brooch lah, mcm2 aaa jual. aku mampu pandang ja HAHA T.T

tadi baru singgah pusanika sat sbb teman kawan aku, dia nak pasang cover kat skrin fon. so aku pun pi laa teman. pastu dia dok belek2 tudung, aku pun ikut laa belek. HAHA pastu dia tanya "hang takmao beli apa2 ka?" aku jawab "takmao." (memang tahan nafsu gila gila punya gila nie) pastu dia kata "baguih laa tak membazir, simpan duit. aku kalau tengok benda2 nie, buat perabih duit ja" 

HAHA aku senyum jelaa bila dia kata camtu. aku tak cakap laa aku tgh pokai sbnarnya. haiyaaa untunglaaa budak ptptptptptn dah dapat duit. jpaaaaa, kenapalah kau nie lambat sangat T.T

dulu masa nak proses pun masalah. terhegeh2, sangkut2 nak isi permohonan. pastu masa nak keluar result, bertangguh2. berminggu2. haihhh sekarang masa nak proses pun, takkan nak amik masa lama jugak ... T.T kesian laa kat kami. yang tak termampu nak tampung makan minum sendiri. haihhh

yuran aku pun tak bayaq lagi ... 

time2 pokai nie lah baru hang nak hargai duit syiling
kadang2 aku rasa, untungnyaa depa2 yang kaya tu. dah lah kaya, cantik. semua benda depa bleh beli. except things yang abstract. contohnya ... kasih sayang hikhikhik :3

bukan aku tak bersyukur, tapi dunia sekarang nie mcm tak adil pun ada. semua benda nak pakai duit. semuaaaaaaaaaa. kecuali menaip kat blog nie hehehe

no money, no talk. okay aku diam :x

patut laa ramai orang kampung yang otaknya pandai2 tapi tak sambung belajar. sebab nie laa. masuk uni sikit2 pakai duit. persatuan lah kelab lah apa lah. semua nak pakai duit. nak print nota pun pakai duit tau ?! HAHA patut laaa jugak wujud lagu anak kampung tu. haihhh #tetiba

k lah. membebel banyak2 pun tak guna. makin membebel makin geram. perabih ayaq liuq pun buat apa, bukan bleh percepatkan pengeluaran duit jpa tu pun kan. haihhh

harap2 jpa cepat2 masuk. aminnnnnnn ya Rabbal al aminnnnnnn. :)

thanks sudi baca, assalamualaikum ^^

Sunday 2 December 2012

taktau nak letak title apa ...


" semua orang tau couple itu haram. tapi mereka masih buat. "

mcm tu lah lebih kurang status sorang member aku nih. entah kenapa, TERsentap plak aku baca. padahal aku takde couple pun ( eh yeke? )

ahah, sejujurnya aku rasa aku tak bercouple pun ... tapi ... member aku nie ... haihhhh

kebelakangan nie, banyak betul status dia yang menyentapkan aku. aku tau status tu ditujukan kat aku. aku like je mcm biasa. tapi dari hati yg paling dalam, TERasa lah jugak kan.

dia kata selagi seseorang tu tak berjumpa dengan ibu dan abah aku, selagi tu dia anggap aku bercouple. bukannya tunang sesuka hati ( ? )

aku sentap la wehhhhh. haihhh nie yang rasa down gila nak mampuihh nieeeee.

aku dah tak bleh nak geng dengan dia. sebab dia mmg tak suka org2 yang dah ada ehem2 nie. dia percaya pada cinta selepas nikah. aku punnnnnn ( ! ) tapi ... tu lahhh. argh !

seteghesnyewwwww nanonggggg !

dear someone, what should i do ?

aku taktau laa camna nak explain kat dia pasal perjanjian kami. okay look ... kalau kami couple, mesti hari2 kami text, kami gayut, kami borak, kami jumpa ... tapi hakikatnya ?

aaaaa camna aku nak explain taktauuuuu. seghabut otak baq hang !!

my major problem is that i think too much of what others would think. don't you think so ?

aku taktau laa nak luah kat sapa, rasa nak menjerit pun ada. last2 luah kat blog ja. haihhh blog, aku sayang hang sangat3 :') note that ...

aku pun sebenarnya takut laaa nak bertunang2 ka nak menikah2 nie semua. sebab benda nie bukan bleh buat maen. 

lagi satu, abah aku tu. sapa kenal abah aku tu tau laa betapa garangnya beliau. kesian jugak kadang2 kat bakal laki aku, terpaksa cari extra kekuatan rasanya hahahahahah

lagi dua, aku baru first year degree. muda lagi weyyyy. takde life aaa kawen awal *tetiba

lagi tiga, duitttttt. ingat senang nak kawen awal ? duit duit duit, mana nak cariiiii. kena keja dulu. kan kan ?

lagi empat, aku sulung. kena jalankan tanggungjawab kat adik2 aku dulu. kan kan kan ?

lagi lima, banyak lagi benda aku nak kena belajar sebelum aku jadi seorang isteri. ibu aku sendiri kata bukan senang oiii nak nikah. kang silap sikit, takdak kap ba ro kap alif ta nun ~

aku percaya dia pun belum bersedia. kan ?

hmmm tu lah. sebab tu wujudnya perjanjian antara aku dengan dia. perjanjian yang kami dua dah sign kononnya HAHA and pasal tunang tu ... aku taktau laaa nak explain mcm mana ... tolong aku wei !

nak gila dah. sentap bagai semua ada. haihhhh 

kawan, aku mintak maaf. bukan aku takmau dengaq hang kata apa, bukan aku tak terasa ngan status2 hang. aku terasa ... tapi aku sendiri tak boleh nak buat apa. aku taktau laa camna nak explain kat hang. aku taktau laa awat hang sorang ja yang bantah. hahaha orang lain mostly mendoakan bahagia apa semua, tapi bila mai kat hang, memang asyik kena perli ja aku nie -_____-"

again, i'm sorry ...

Saturday 1 December 2012

Istanbul Aku Datang


a must-watch movie :3
sila lah gelakkan aku kerana TERmenangis jugak tengok cerita kata atas nih. haha mcm tak percayaaaaaaa. nanong cengeng !!

overall, aku tak sangka jalan cerita Istanbul Aku Datang nie lain daripada yang lain. selalunya cerita melayu mst pasal gila kuasa, rampas harta sana sini, kahwin cerai kahwin cerai, lagi apa lagi ? hah yg penting point utama aku nak cakap, cerita nie mmg lain drpada yang lain !!

a must watch movie ! watch it watch it, it's worth it !!

kalau dapat tongtong dengan orang yang special, mesti lagi bestttt hewhew 
*awkward*

Sinopsis


Istanbul Aku Datang mengisahkan seorang gadis periang dan manja bernama Dian (Lakonan Lisa Surihani - seriously sangat comel, rasa nak cubit2 jer dia hahahah over uolls). Keinginannya cuma satu - untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad (Lakonan Tomok - tomok looks a little bit awkward masa berlakon but still not bad lah lakonan dia).

Masalahnya, Azad nie amik medic kat Istanbul smpai enam tahun. Dian nie pulok gatai nak kahwin cepat2 hahahahah so dia berazam untuk ke Istanbul dan berada dekat2 ngan Azad supaya Azad boleh melamar dia dan tinggal sama2 kat Istanbul :)

Malangnya, masa Dian smpai kat Istanbul tu, Azad nie lain macam je cara dia layan si Dian. dia takut Dian kacau fokusnya untuk study (study lah sangat) sampaikan dia tak suka Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain iaitu Aizat dgn sape ntah lg sorang. mcm2 alasan dia bagi. nak taknak, si Dian nie pun terpaksa laa cari rumah baru ~

tapi ! pencarian tu taklah semudah yang disangka. ke sana ke mari dia cari rumah, last2 ada jiran dia offer satu rumah nie. lepas bayar sewa tiga bulan kat rumah tu, baru dia sedar dia kena tipu sebab rumah itu sudah pun diduduki oleh seorang lelaki Melayu bernama Harris (Lakonan Beto - sangat cute :3). so dua2 pun terkejut lahhhh sbb tak sangka rumah tu disewakan utk dua org yg berlainan. then depa pun pi cari tuan rumah sebenar. tapi tuan rumah sebenar dah lari bersama duit tu ...


dua2 bergaduh masa tinggal serumah. masing2 taknak mengalah, taknak keluar dari rumah tu. hahahahah seyes kelakar dan sangat comel !! and dalam masa yang sama, actually Azad taktau Dian tinggal serumah dengan Harris. Dian rahsiakan benda tu sebab, dia takut Azad marah. and dia terpaksa tinggal serumah dengan Harris tu sebab dia dah takde duit nak cari rumah lain.

Azad ingatkan Dian tinggal serumah dgn perempuan arab, since Dian cakap perempuan arab tu sangat strict and tak bg mana2 lelaki masuk rumah. masa tu Azad nak datang rumah yang Dian duduk tu tapi Dian tak bagi laa kan sebab ada Harris. then satu hari, Azad pergi jugak rumah tu. and terkantoilah kat situ ~

lepas tu ? lepastu kena laaa tengok sendiri hahahahah kalau cerita sampai habis, tak gempak aaa wey :)

but seriously, memang kelakar dan sedih cerita nie. Dian terpaksa pilih antara dua. and lastly dia pilih ...... ?









*drum rolling* 















*still drum rolling*















hahahahahahah tak payah nak scroll sangat. nak tau pi tengok sendiri kahkah thumbs up untuk movie Istanbul Aku Datang !!! *trolled :P

--------------------------------------------

hah yang non kpoppers dah bleh tekan button X kat atas kanan tuh sebab nie ruang untuk BIGBANG aku pulokk kikiki

Artists Of The Year - BIGBANG #MAMA2012
just wanna say a big congratulations to Bigbang sebab menang banyak awards masa Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2012 malam semalam. they are truly awesome and i'm truly proud of them heheheh eh, lupa. #TakeNote that even i'm one of the kpoppers, but i'm not that stupid to change my nationality from Malaysian to Korean. upppssss sentap mak ! :p

and of course to my love, G-Dragon muahmuah hahahaha congratulations baby !!

hensem gila asdfghjkl !!!
if you wanna see the videos of Bigbang performance during MAMA2012 yesterday, here are the linkiessssss :-



Last but not least, i loveeeeeeeeee BIGBANG !! ♥ ♥ ♥

Monday 26 November 2012

mood swing


hari nie mood aku tak berapa nak okay. mood swing. dari pagi rasa mcm nak marah je. semua benda buat tak kena. bateri fon habis dah nak mampus pun aku buat bodo, malas nak cas. last2 memang mampus terus ...

ape kena dengan aku nie ? haha tadi nangis ...

sebab ? sebab ... hmm i have a friend. her name is WH. dulu kami kawan baik. sekarang ... maybe masih kawan baik, idk either sebab aku sendiri confuse. aku ego :( ego aku tinggi. she keep trying to build again our friendship, i could see her efforts. it's just that ... i need time ...

i was touched when she said earlier, that she missed me, she still loves me like she did before ... and she'll always be there for me ... she's willing to hear my problem. still. after all that happened ...

sigh ...

tadi masa dia tanya, pasal perkembangan aku sekarang, then aku cerita pasal ... apa yang berlaku masa hari raya kedua dulu, aku tak boleh nak tahan perasaan. nangis. naseb baek roommate aku tengah tido masa tu ... so aku nangis je sepuas-puasnya. and amazingly, dia kata ... "i'm sure you're crying right now"

well. since we used to be bestfriends, tak terkejut lah bg aku, kalau dia boleh tahu perasaan aku mcm mana. kawan dah lama ... background family, apa yg slalu jadi kat aku, semua dia tahu. so dulu, mmg tak dinafikan, aku rasa kehilangan masa benda tu jadi ...

guess we're okay now. i mean, maybe tak seokay dulu. tp tadi ada lah bertukar fon number. and she said kalau ada pape, just text. or she'll text me when she's free. 

as someone once said, tak baik putuskan ukhwah. setiap yang berlaku kan ada hikmah ... maybe benda yang jadi antara aku dgn dia before nie ada sebab kot ... utk pengajaran ke apa ke ... aku taktau haha

tak boleh nak berfikir dengan baik sekarang nie. aku ... stress tapi aku malas nak fikir .. baru try nak happy2 pastu mst ada org cari pasal. asdfghjkl sungguh. 

tapi inshaAllah sekarang dah okay. cuma perlukan masa je kot. i'll be okay soon. hopefully ...

thanks readers for the visit ... really appreciate it :)

--------------------------------------

aku puji dia depan member2 aku, aku kata dia rajin bangun untuk Qiam dan lain2. then there's someone yang cakap, "tung aaaa zani dapat ehem2." i just smiled ... pastu org tu kata lagi, "kalau rajin mcm tu, sapa taknak, saya nak dia boleh zani ?"

i was ... hahaha speechless gila. tengah makan masa tu nak tersedak =.= dengan tenangnye cakap, nak ke ? amiklah. haha

kalau nak dia, amik ... amik lah kalau boleh. aku tak takut sebab dia belum tentu nak kau jugak hahahaha :) 

aku nak bunuh 2 burung dengan satu batu nie. so sape TERsentap tu maaflah ye. :)

kalau nak rasa cap kaki dekat muka dengan urutan penampar bertubi2, try lah ye hahahahahahahahahaha kbye !


Saturday 24 November 2012

Tahniah KAB !


uhuiiii dah pukul 3 pagi ~ tapi ntah kenapa mata aku belum mengantuk. kenapa eh ? kenapaaaaaaaaaaa T^T dah lah pagi nnt kul 9 ada latihan teater. tapi masih lg tak tidur. sigh ... esok bersengkang mata la nampaknya. jaga bmart lagi kul 12-3 ~ alahai ~

maybe mata nie tak mengantuk sbb semalam dah cukup berdengkur haha bangun lewat pagi tadi. seronok punya pasal. lega, sbb exam dah settle, tggal lagi satu. pastu lab report 22 pages tu dah hantar, then hujung minggu nie mcm free sikit laaa kan. hehe alhamdulillah :)

lagi satu kegembiraan bila semalam KAB menang besar masa penutupan majlis Sukem 2012 !! whoahhh ! hihiksss excited gila nak cerita nieeeee. ohh ya, KAB stands for Kolej Aminuddin Baki tercintaaaaaaa muahmuah :*

pungutan piala 
alhamdulillah :)
bangga sebentar menjadi #TeamKAB hehehe lebih membanggakan bila menang pertandingan Kawad sempena majlis penutupan Sukem 2012 nie. alhamdulillah !! kalau nak tengok video boleh tengok di bawah nie ye :)



to be honest, we didn't even expect yg kitorang akan menang Naib Johan. kalau kau teliti betul2 video di atas, mmg ada jgak kesalahan dan kesilapan yg obvious. tapi alhamdulillah, rezeki budak2 amin kan, dapat laa jugak :)

actually masa dia umum tempat ketiga tu KTHO (Kolej Tun Hussien Onn) di mana semua budak2 yang masuk tu adalah budak2 PALAPES (can you imagine how budak2 palapes berkawad?), kitorang mmg dah putus harapan dah. kau bayangkan aaaa bebudak PALAPES yang mmg diasah hari2 kena berkawad tu pun dapat tempat ketiga ... kitorang ? harapan sangat la kan hahah

mascot si honey beeeeee 
tambah2 lagi masa kitorang dah nak masuk padang tu, ada orang jerit (rasanya bukan budak KAB) "apa korang buat nie weyyyyy" huhu masa tu rasa down gila nak mampus. sbb aku bahagian yg menghadap penonton, so mmg bleh nampak bebudak kawad sblh yg tak mghdap penonton agak hancus ... haihhh

mmg dah putus harap gila aaaa. Johan (si komander) pun cakap masa masuk padang tu, "dah ar. takyah kawad, memalukan" uhuhu idk what does he mean by that "memalukan" tp tu laaa. mmg rasa takdak harapan langsung dah ...

but in the end, alhamdulillah. masa dia umum "naib johan pertandingan kawad majlis penutupan Sukem 2012 jatuh kepada ~~ Kolej Aminuddin Baki !!" aku dgn ziera masa tu hahahahahah kalau kau tengok kitorang, rasanya kau akan fikir kitorang kena rasuk kahkahkah !

menjerit gila gila gila !! macam orang gila kahkahkah ! dgn terlompat2nyaaa. ya Allah tak sangka gilaaaaaaa. alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah !! rezekiiiiiii :))

saat tabik hormat, belon dilepaskan ^_^
tak sia-sia aku masuk kawad. ya Allah, kau nak tahu. masa mula2 sorg senior tu bagi mesej suh aku masuk kawad, aku tak reply HAHAHA sbb aku malas, aku tak suka kawad ... paling benci kawad. sejak sekolah rendah lagi. then, bila si ziera dengan ros pujuk2 aku masuk kawad, barulah tergerak hati. alhamdulillah, terima kasih koranggggg muahmuah ! baru aku dpt rasa cemana rasa seronok bila menang hihi :DD

timbalan pengetua pun kata good idea pasal belon tu. actually tu last minute preparation tauuuu. sbb tetiba sehari sblm pertandingan, kitorg diberitahu, ada kolej mintak buat formasi. padahal sblm nie kata kawad biasa jaaa. and kitorang mmg tak sempat pun kalau nak buat, so kitorang decide kawad biasa je. pastu buat gimik sikittt jeee uhuhu

alhamdulillah, tak ada ungkapan lain yang dapat nak diluahkan betapa gembiranya kitorang masa tu :)

hehehe hehehe hehehe excited kan aku ? :P maaflaaa. heee aku dah lah tak menyumbang pape medal, pastu lebih2 lak ... sorry :( *tetiba tacink*

hahaha ape nie zani. haihhh dah2, jom treasure gambar ? tp bukan dr kamera aku. dr kamera dorang2 nie ha. fon aku awal2 dah mati gara2 bateri habis lupa cas huhu ~ so ... here we go ~ :3

Team KAB :)

tangan peace sape ntah nyibuk kat bwh tu .___.

berpeluh2 hahaha

piala juara keseluruhan sukem ~

bersama beruk makyeh. #eh hahaha

berminyak muka kahkahkah

ziera dpt medal. hmmmm tahniah :)

semua mcm dlm oven kahkahkah !

senget mcm nak jatuh .____.

kenapa kaki kita dua shining ziera ? haha
last ... tumpang femes :3
hihihi seronok sangat semalam :) pastu balik2 tu nak dekat kul 12 dah ... before habis tu, diorang pasang bunga apiiiii. ya Allah cantik sangat2 !! seyes ! semua lampu dipadam, then ada cahaya bunga api tu je. mmg seronok sangatt2 !! tak dpt nak diungkapkan dgn kata2 hahaha

kalau fon tak mati smlm, mmg dah bergambar dah :( tp fon mati grrrrr marah diri sendiri sbb tak cas ! ishhhhhhh T^T

huhu apepun, alhamdulillah, syukur sangat3 !! mohon kolej lain jangan jeles eaaaa. haha KAB menang tahun nie, dengar2 tahun lepas dpt naib johan keseluruhan, tahun nie johan. alhamdulillah ada peningkatan. alhamdulillah !! *excited*

haha agak2 pagi esok aku bangun tak untuk teater ? kahkahkah ! dah dekat pukul 4 babe !! mata aku tak ngantuk lagiiiiiiiiiiiii. ziera pun sama. haihhh okay2 stop smpai sini. just nak express rasa gembira yg amat and ... yea, alhamdulillah, rezeki amin !!

thanks pada yang membaca :) love u olls ~ muahmuah kekeke <3