Pages

Sunday 13 January 2013

Bila Rindu Seseorang, Berdoalah dengan Doa Nabi Yusuf :)


bila rindukan seseorang, berdoalah sepertimana Nabi Yusuf berdoa ketika merindui Zulaikha.. inshaAllah, semoga doa tu sampai ke orang yang kita rindu tu :p

"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ________ (nama penuh si simpolan) sehingga aku menjadi kerinduannya juga. Ameen ~"

-sesuai diguna pakai untuk mereka yang bercinta dalam diam-
HAHAHA

oh and, aku ada TERjumpa satu artikel dari akuislam.com. jom kita share, sharing is caring ~ :)

Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.

Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH.

” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )

Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..

” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )

Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?
~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)


# Artikel takde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. tapi doa Nabi Yusuf tu ... selalu lah jugak aku amalkan, taktau lah sampai ke tak. hihihi thanks baca, assalamualaikum ^^


everytime I feel down ... ;)

everytime I feel down about my life, I would say ...
Dear nano, apa yang kau lalui, semua Allah dah tetapkan dalam takdir. so, nak taknak kau kena redha. kena redha ! takdir tak boleh dipilih, tapi inshaAllah boleh diubah :)

everytime I feel down about my family, I would say ...
Dear nano, tak kira apa pun yg berlaku, diorang satu2nya darah daging kau. jahat ke baik ke, terima. ingat, tak semua orang bernasib baik ada keluarga macam kau :)

everytime I feel down about my studies, I would say ...
Nano, usaha tangga kejayaan. malas tangga kegagalan. kau yang tentukan masa depan kau, bukan orang lain. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka" :)

everytime I feel down about my examination, I would say ...
Dear nano, yang lepas biarlah lepas. takat mana kau usaha, takat tu lah kau patut dapat. tawakkal :)

everytime I feel down about that thing, I would say ...
Dear nano, kalau kau percaya dengan Allah, kau tak payah risau pasal benda tu. kalau ada, ada lah. inshaAllah :)


# Alhamdulillah, terima kasih Allah.
# Alhamdulillah, teruskan mencari hidayah Allah.
# Alhamdulillah, teruskan kuat menghadapi hari-hari akan datang.
# Alhamdulillah, semoga terus istiqamah dlm melakukan kebaikan.

InshaAllah, Allah decides everything. Assalamualaikum ^^


Friday 11 January 2013

tinggal lagi satu paper !!

hari nie gua terlebih hyper. specifically, terlebih hyper after paper math. entah ah, sepatutnya gua rasa down sbb paper math susah macam asdfghjkl. dengan tak cukup masenye, mmg gua tawakkal abis ah. 

maybe sbb dah lepas paper math, and gua tinggal 1 paper je lagi. weeeeeeeeheeeeeeeeee tu yang terlebih hyper tu !!

hehehehe habis je paper math, berjimba depan laptop. lama gila tak tweet banyak2. tweet pun mcm terbatas je sbb tgh study week. tapi disebabkan tggal 1 paper, and paper tu hari selasa, so aku decide nak melagha je hari nie depan lappy. hohohoh

lagipun, nnt kat rumah maybe aku tak dpt nak online sangat. sbb broadband tak boleh pakai. dlm erti kata lain, tak bayar lagi. takda duit nak bayar -.- 

so, maybe, maybe lah tak boleh online. unless adik aku berbaik hati nak bayarkan broadband aku. *i'll try my best untuk pujuk2 dia bayarkan hihihi* *kakak yang jahat*

banyak benda nak buat time cuti sem nie. dah plan, tinggal laksanakan. and salah satunya, aku nak buat part time kat tempat acik aku. part time catering. at least dapat gak RM50 sehari, boleh gak tampung jajan aku hahaha *macam budak budak* plus, dapat g kenduri orang kahwin heheheh *mood gatal*

plan lain mostly melibatkan internet. so ... aku taktau lah boleh laksanakan ke tak. salah satunya nak buat header blog baru, and blog baru.

motif buat blog baru ?!!

hihihi jangan tanya k.

plan lain, semua rahsia jugak. pui! Nano dah pandai berahsia sekarang ~ kahkahkah

paper last aku, kimia fizik. harap harap lah soalannye tak susah mcm paper analytical chemistry dgn math. haihhhh jujoq, sampai sekarang aku dok pikiaq pasal paper anachem tu ... paper tu betul2 buat aku rasa down. lagi down dari math. huhuhu

sedih. tapi ... alaaa biarlah, benda dah lepas kan ? tinggal tawakkal je. doa kat Allah, semoga dilembutkan hati para pemeriksa kertas aku. hehehe :)

k aku nak gerak ke pasar malam. mencuci ... erm ... maksud aku, mencari makanan atau pun juadah untuk mengisi perut aku yang makin membesar nie hikhikhik tatata thanks baca, assalamualaikum ^_^

_________________________________

# Kadang-kadang duk sensorang best sbb bebas nak buat apa yg kita suka. tapi aku benci bila aku duk sensorang, pastu setan laknatullah mana ntah hasut aku. emo macam kambing tak tentu pasal. serius benci doh ! *cepat cepat amik wuduk*

# Jangan bila kita susah je kita cari Allah. bila kita senang, senang2 je nak lupakan Dia. ingat, Allah bagi nikmat tu, sebagai pinjaman je. so Dia berhak nak tarik balik bila-bila masa.

# Doa ... senjata orang Islam. so jangan lupa doa. setiap kali lepas solat, tak kira kita tengah sedih ke gembira ke, doa. sesungguhnya orang yang sombong adalah orang yang malas menadah tangan berdoa kepada-Nya setiap kali lepas solat :)


Sunday 6 January 2013

page 6 of 365

poket pokai hoiiiii poket pokai ~ hahahah semalam terpaksa gak gua msg abah, tanya ada duit tak ? seyes bila bukak purse, rasa nak menangis kahkahkahak !

naseb abah kata, ada. aku taktau lah abah cover ke apa en, sbb takkan laa seorang abah nak cakap takde duit kat anak dia. walau sesusah mana pun, aku tau, seorang abah akan tetap cuba utk penuhkan permintaan anak dia. itulah keistimewaan seorang abah. ecehwah hihiks 

so, pagi nie abah datang. kul 9 baru aku bangun yang betul2 bangun sbnarnya .......... subuh badak kul 8 ! kahkahkah boleh pulak lpas solat tu tidur balik -___- pastu terkejut dgr bunyi msg abah, tanya "kakak nak nasi lemak ke?" 

woaaaaa sape taknakkkkk. rezeki jangan ditolak orang kate ~ so, aku pun cakap lah, "nakkkkk. tapi kakak baru bangun, hahaha nnt dah nak sampai gitau ye"

dlm kul 10 camtu, abah sampai. lepak2 kat taman siswa siswi kat bawah tu, sambil makan nasi lemak. hikhik pastu abah ajak balik umah. hati aku berbelah bahagi. huhu

sebab esok exam, kimia analisis asas, kul 12 ... and aku study pun mcm ayam study je ... ( eh ayam study ke? )

so, aku menolak pelawaan tu pada mulanya. pastu abah kata lagi, "abah nak buat laksa hari nie~" wawawaaaaaa godaannnn. mmg boleh menggoncangkan iman aku lah kan !! hahahaha favourite tuuuu T.T abah mmg tau apa yg aku suka, amboiboiboiii hahahaha

terus aku kata, nakkkkkkk. hahaha mmg tak menahan kalau abah buat laksa. gila lama tak makan ! sejak mama takde, kat rumah tu jarang masak sesedap dah. sedihhhh ! 

so, aku decide balik lah 'kejap' hehehe petang balik laa kolej. balik semata2 nak makan laksa hahaha teruk betul lah ! ><"

bau rumah buatkan aku rasa mcm nak skip semua exam ............ hahaha lama gila tak balik rumah T.T rindu gila kot huhu

hmm di sini ada dua berita yang aku terima. satu sedih, satu lagi, ermm lega kot. yang lega tu, pasal cousin aku tu ar. alhamdulillah, dia dah tak stay kat situ ! yeayyyyyy hahahaha nampak sangat tak suka kahkahkah

bukan aku tak suka dia, aku just ... erm tak selesa ar ada stranger dlm umah tu. dah lah cousin belah ibu. so, well, you know ... kalau ikut hukum, cousin belah ibu kan boleh kahwin. so aku taknak ar, kena jaga aurat plak en kalau dia ada ... susah ar gitu. rumah tu rumah aku ... #eh hahaha

alhamdulillah, syukur sangat ! kikiki tp yang tak bestnya, abah aku kata adik laki aku slalu bawak balik kawan dia balik umah. eeeeeeeeee kawan dia tu takde umah sendiri ke ?! hahaha eeeeee siaplah ! kalau aku tgh cuti sem nnt, jgn harap nak bawak balik org lain tido umah. huh ~

jahat kan aku ? hahaha sukati lah. bukan apa, aku tak suka strangers kat rumah sbb kita taktau apa niat dorang. lagi2 lelaki. kat umah tu, jujur lah tadi abah pun kata, abah rasa rumah tu dah tak selamat. nak letak barang2 berharga pun kena sorok gila2 punya. bahaya huhu

berita sedihnya ... pasal adik aku yang paling kecik tuuu .................. 

mama ambil dia, duduk ngan mama ... huhu so, aku maybe susah nak jumpa dia nnt. dah lah lama gila aku tak jumpa dia. rindu nie dah menggunung gila ! serious ... sedih ... :'(

last aku jumpa dia, time bulan 10 ke 11 ntah. mmg dah lama gilaaa. boleh tak faham perasaan rindu aku kat adik aku tu ? :'(

dulu masa aku balik rumah hujung minggu pun, dia mana ada. sbb hujung minggu mmg mama ambik pun. tapi sejak budak2 cuti sekolah, mama ambik terus. sampai sekarang aku tak jumpa dia. sedihhhhhhh :'(

sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *jerit*

aaaaaaaaa aku taktau bila lagi boleh jumpa dia. call pun tidak, dia tak rindu aku ke ? airin tak rindu kakak keeeeeeeeeeeeeeeee

aku nak call pun taktau bila dia ada dgn mama. sbb mama kerja. dia duduk dgn sedara mara dia kat tempat tu ... and mama balik keje aku taktau pukul berapa. malam kot. maybe dia dah tidur. susahnya hidup mcm nie. berpisah-pisah. sedih :'(

kat rumah tu dah lah moto rosak. nak baiki, pakai duit lagi. haihhhhh. kalau ada moto, boleh lah jugak aku minta kebenaran nak jumpa dia kejap. rindu gileeee. ya Allah ... sedihnya ... :'(

hmmm aku tau nnt lambat laun aku boleh jugak jumpa dia. cuma ... ambik masa kot .... sabar ea nano, sabar ea airin, nnt kakak datang jumpa :')

rindu nak dgr dia celoteh T.T
semoga Allah permudahkan urusanku. dunia mahupun akhirat. ameen ~ T.T

hmm that's all ... gembira2 jugak, sedih2 jugak, exam2 jugak ye nano hahaha jangan lupa study !! tak lama je lagi :')

tata, thanks baca, assalamualaikum ^_^


soalan : sekarang mmg takde title blog ke?
jawapan : aku taktau nak letak title ape kahkahkah

Friday 4 January 2013

Page 4 of 365

alhamdulillah, masih hidup. masih belum tidur. terasa mcm taknak tidur. 1.14 a.m ...

kat mana lagi nak luah perasaan kalau bukan kat blog kan ? aku takkan cakap aku sedih. sebab kalau aku cakap pun takde siapa kisah.

sesungguhnya apa yang ada dlm hati nie, Allah je yang tau. Allah je. nak diluahkan kat blog pun, terkedu tangan. 

nak start dari mana ntah ...

entahlah, kenapa entah ... kenapa entah kebelakangan nie hubungan kami jadi macam nie ? sekejap baik, sekejap masalah. baru nak baik, nak kekalkan baik, ada hal pulak yang jadi.

kenapa eh ...

aku bukan jenis yang suka ulang kesilapan yang sama. kalau aku dah buat salah sekali, aku takkan buat lagi. ah, cakap mcm mana pun ... bukan ada orang percaya ?

susah nak terangkan bila peluang tu tak dibagi. minta satu peluang pun belum tentu dapat. patut lah org kata, tak semua org layak mendapat peluang kedua.

aku lah tu. aku tak layak kot dapat peluang kedua. 

seriously talk, aku pun taktau benda nie start macam mana. apa yang jadi ? kenapa tetiba je semua nie jadi, kenapa ?

astaghfirullah al azim ... nano, apa kau dah buat nie ?

blog, kau percaya kat orang 100% ? haha bodohnya, tanya kat blog pulak. blog bukan orang. blog bukan ada perasaan. yang ada perasaan, aku. aku ada perasaan. perasaan aku semua aku luah kat blog. haaa kiranya aku percaya kat blog 100% ?

entahlah. dari dulu aku susah nak percaya kat orang. ibu abah aku dah pesan, jangan percaya sesiapa pun 100%. jangan sesekali.

aku pun taktau kenapa. tapi aku rasa, ibu abah cakap mcm tu sebab depa takut aku kena tipu. kena tipu hidup2. ah, aku dah biasa dah kena tipu. kawan baik sendiri pun boleh tipu aku, inikan pulak org2 lain. tak mustahil lah semua tu.

macam mana kita boleh expect orang percaya kat kita 100% kalau kita pun menipu ? kita tipu dia, even benda kecik. kalau kita boleh tipu dia benda kecik, tak mustahil kita boleh tipu dia dgn benda2 besar jugak. semuanya tak mustahil.

haihhh. kat mana salah aku entah ? percaya orang pun salah, tak percaya, lagi lah salah.

aku susah nak percaya orang. tak kisah laa perempuan ke lelaki ke. kawan baik sendiri pun aku tak boleh nak percaya habis2an. sebab tak mustahil dia boleh tipu aku. tengok sendiri, dah kena tipu pun. 

nak aku cakap ke mcm mana aku kena tipu ? ade ke yg sanggup nak dengar ? tak kot. orang lain banyak lagi kerja nak buat. lagi2 sekarang, tengah final.

aku tak marah, aku bukan emo ke ape. tapi aku sedih. sedih sbb aku tak diberi peluang utk explain. tak diberi peluang untuk bercakap. tau2 je, dah ada org terasa. orang yang penting dlm hidup aku pulak tu.

aku tau, minta maaf tu takkan ubah apa2. takpelah, benda dah jadi. and aku kena redha. kot ?

tang mana salah aku entah, aku pun taktau. ohh maybe tweet2 aku kot ... so, penyelesaiannya, aku kena stop tweet kot ... 

ea ?

aku tau, dulu aku salah. sebab simpan pressure sorang2. janji kap lam ya nga. kata taknak ada rahsia, pastu aku simpan gak rahsia tu, pressure sorang2, nangissss. tu je keje kau kan nano ?

ha'ah memang pun. aku yang salah ... tapi aku taktau pulak, walau sejujur mana pun aku cuba untuk cakap lepas tu, orang takkan percaya aku dah ? kalau aku tau, baik dari awal je aku jujur.

biar sakit, asalkan jujur kan. jangan menipu. hmmm betul lah, salah aku.

aku tak expect orang percaya aku 100%. sebab aku boleh tipu orang. ikut sukati aku lah haha aku nak tipu kau pun boleh. tapi aku tak bodoh. aku bukannya tak boleh fikir consequences yang bakal aku hadapi kalau aku tipu orang.

nak tengok aku jujur ? sekarang aku tengah jujur lah nie. semua aku cakap nie, jujur. 

tapi aku tau, cakap mcm mana pun org takkan percaya. betul ah cakap Myra, kalau takat dlm alam maya, sesiapa pun boleh menipu. selagi tak nampak muka, tak nampak mata, selagi tu, manusia akan terus menipu.

manusia takkan pernah percaya antara satu sama lain. betul ea ?

aku rasa, bukan manusia takkan percaya. manusia susah nak percaya. and, they'll trust each other. but not fully. sbb sakitnya bila ditipu tu, hanya Allah yang tahu. dan susahnya nak gain balik kepercayaan tu, hanya Allah jugak yang tahu.

so sekarang, aku menghukum diri aku sendiri, and aku anggap Allah hukum aku. sebab aku selfish. aku amik berat terlebih2, sampai benda tu menyakitkan diri aku sendiri. menyakitkan orang lain jugak.

kau tahu, lepas nie aku takkan fikir apa yang orang lain nak kata dah. apa diorang nak cakap, cakap lah. selagi aku hidup, aku akan jujur. aku dah malas nak jaga hati orang. sbb orang tak reti jaga hati aku jugak. malas.

aku hanya ada Allah sekarang.

Feezul ... aku ada dia jugak. tapi, for the time being, maybe dia pun perlukan masa dia. sebab, aku dah lukakan hati dia. disebabkan sikap aku yang entah pape nie kan. takpelah. 

nevermind, just put the blame on me. aku terima dan aku redha. aku dah janji, aku takkan rahsiakan apa2, so, aku takkan rahsiakan. nak percaya atau tidak, terpulang. sebab aku takdak hak nak suruh orang percaya aku 100%. aku kan boleh menipu. kau pun ~

alhamdulillah, aku terima ujian nie semua. well, apa yang Allah plan, kita taktau. and, for sure, everything happens for a reason right ?

nevermind. inshaAllah, kalau ada nnt, ada lah ...

aku takkan give up. dlm hubungan kami. sebab, aku dah janji. aku takkan tinggalkan dia. and, we both have promises so aku rasa, dia bukan jenis yang suka mungkir janji kan ? inshaAllah, janji tu akan tertunai. suatu hari nanti ... aku percaya.

maybe we just need time. or maybe ... he needs time. aku okay. aku cuma sedih dgn apa yang berlaku, tapi aku okay. kalau aku tau dari awal akan jadi mcm nie, aku akan jaga semua tingkah laku aku. tapi jap, org tak boleh terima diri aku ke camna ?

eh kau yang baca entri nie, stop lah baca. sbb entri nie rasanya akan panjang berjela. sbb aku nak jujur dgn semua benda. tapi kalau kau rasa kau nak letak kepercayaan kat aku, aku janji, aku takkan khianat. 

if only he knows, how much did i trust him. how ... hmmm. aku tak pernah letak kepercayaan yang tinggi dekat lelaki, sebagaimana aku letak kepercayaan aku kat dia. ah, mcm mana nak explain entah. 

maybe, yeap, aku mengaku, aku tak letak kepercayaan 100% kat dia, tapi dia patut tahu, 99.99% tu dah cukup tinggi kot aku rasa. 

kenapa aku tak boleh nak cukup 100% ? 

sebab dia belum jadi yang halal untuk aku. kalau aku letak sekarang, 100% kepercayaan, nanti after nikah, dah takde kepercayaan naik ? 0.01% tu maybe sikit bagi kau, tapi bagi aku, nak gain kepercayaan aku, bukan senang. seriously talk.

kenapa aku letak kepercayaan yang tinggi mcm tu kat dia ?

sebab dia satu2nya laki yang cakap pasal perkahwinan dengan aku. lelaki yang fikir tentang masa depan kitorang. satu2nya. tau ?

dia guide aku. banyak sangat. apa yang aku taktau, dia ajar. agama aku dulu entah ke mana, dia bantu aku. arab aku yang buta nie, dia ajar maksud2 perkataan. doa buka minda, tenangkan hati, doa bangun tidur, yeap, benda2 tu semua boleh google. tapi dia sanggup ajar aku. dia ingatkan aku macam2 benda. tau ?

dia bina banyak angan2 dengan aku. macam2. dia buat aku happy bila aku sedih. dia tak suka tengok aku muram, dia suka tengok aku senyum. dia support aku bila aku jatuh teruk dulu. dia tolong aku, bersihkan hati. tau ?

kalau nak cerita apa dia buat kat aku, sampai mati pun takkan terkenang kot budi.

aku dah banyak berubah. sebab dia. 

sbb tu aku percaya dia. susah nak jumpa lelaki mcm tu. tau ? sbb tu skali aku dah jatuh hati, ingat senang nak lupakan semua2 ?

dia tak suruh pun aku lupakan semua2. and aku harap dia pun tak semudah tu nak lupakan semua. janji2 yg termeterai walaupun bukan atas hitam putih, tapi segar dlm ingatan aku nie ha. 

tapi aku taknak lah bebankan dia pulak dgn janji2 tu semua ... boleh je nak ingkar. tapi bukan aku lah yang akan ingkar. aku yakin tu. aku yakin dgn dia jugak. inshaAllah.

emosi skrg tak stabil. taktau bila akan stabil. gila doh, dah lah tengah final.

entahlah. kalau dia taknak percaya aku pun, aku terima weh. aku pun buat silap, dia pun buat silap. semua orang buat silap. semua orang.

yang penting, kita tak ulang kesilapan yang sama kan ... hmm

aku setia menunggu. sampai dia pulih ... sepenuhnya ... lambat mcm mana pun, aku akan setia tunggu. janji. nak percaya atau tidak, terpulang. aku akan tunggu.

tahan rindu, lepaskan kat Allah. aku akan terus berdoa ... untuk aku, untuk dia, untuk kami. mohon jasa baik kau doakan jugak boleh ?

entahlah. mcm mana nak survive dlm masa terdekat nie. boleh survive, boleh. tapi tak seceria hari2 aku yang selalunya. aku dapat rasa tu.

takpelah, aku kena banyak bersabar. yeap, kena banyak bersabar.

aku okay. aku cuma harap, dia cepat pulih. dia kata, dia lost. and dia taknak cakap pape ngan aku, sebab dia takut kata2 dia akan lukakan hati aku. so i guess we won't talk at all. for the time being ...

no messages, no calls ... takde sape nak kejut aku time subuh dah. haihhh kena set alarm. ya Allah, tolong sedarkan aku masa alarm bunyi setiap pagi. untuk sementara nie.

harap dia cepat pulih ... aku nak Feezul yang dulu ...

astaghfirullah al azim ... maafkan aku ...

tapi satu benda dia kena tahu, aku akan sentiasa tunggu dia untuk ckp ngan aku balik. sentiasa. aku akan sentiasa ada untuk dia. aku akan belajar untuk faham dia. sbb dia kata takde org faham dia ... maafkan zani ...

hmmm takpelah. take your time, Feez.

i need Allah now ... aku terasa kehilangan seseorang yg penting dlm hidup aku. aku nak minta Allah pinjamkan balik kat aku, boleh tak ?

sebab aku tak mampu nak lalui benda nie sorang2 ...

astaghfirullah zani ... tolong kuatkan diri kau. please ...

semoga keadaan akan kembali pulih seperti biasa ... ameen ya Allah ...

zani rindu feez, as soon as you leave. please come back as soon as possible. please ...