Pages

Tuesday 25 June 2013

Kita dah habis payyyperrrrr!

yeay yeay dah habis paper~! hehe. eksaited terlebih. biarlah orang nak kata "hek eleh, orang habis paper lama dah! huh~" eh, kezzah? hahahahaha

alhamdulillah, tepat jam 1730 petang tadi, maka tamatlah sudah sesi pembelajaran dan peperiksaan untuk tahun 1. maknanya dah tamatlah status aku sebagai pelajar tahun 1. lepas nie jadi pelajar tahun 2 pula :)

tak sangka kan? rasa macam baru je masuk universiti. macam baru jer lepas MMP. macam baru jer lepas matrik. tahu2 dah habiskan masa setahun kat UKM ni. macam tak percaya!! huhuhu.

sekarang masa untuk tunggu result pula. insyaAllah, ada usaha ada lah hasilnya. harap keputusan sem 2 nie meningkat dari keputusan sem 1. kalau boleh nak lebih baik dari sebelum ni. taknak laa rasa down lagi :(

hihihi. so sekarang masa untuk merehatkan minda selama 2 bulan setengah lebih lebih sikit. hahaha nak tengok movie boleh~ nak tengok runningman boleh~ nak maen game boleh~ *sambil pandang ziera* jelas nampak dia jeles di situ ye roommate. sabar ye, paper awak bakal berakhir juga khamis ni. muahahahaha :D

aku rasa nak kerja. tapi taktau nak kerja kat mana. aku nak cari duit :( risau. perbicaraan sambung lagi. sampai bila nak berakhir ni :( serabut kepala aku. rasa nak menangis. semalam kat rumah tahan je. bila sampai kolej baru lepaskan. lega lah sikit. pastu terpaksa lupakan sekejap sebab nak exam. sekarang kena fikir balik.

susah hati :(

em em. haihhhh. 11 julai tu tak lama je lagi. ya Allah, Kau permudahkanlah segala-galanya :(

huhuhu. sakit kepala bila fikir. hmm. harap2 semua berjalan dengan baik nanti. ameen.

jadi sekarang, mari kita bertwitter, berfacebook, berask.fm, berblogging, bermacam2 lagi sampai lebam! hohohoho terima kasih sudi menjenguk! sikit aje entri ni. jumpa di entri yang lain pula. assalamualaikum~ ^_^


Thursday 6 June 2013

Sunday 2 June 2013

Unsaid Feelings.

"berhenti fikirkan perasaan orang lain.
berhenti membuat orang lain gembira.
bila mereka tak pernah menghargai walau sedikit pun."

aku dah jangka benda ni akan jadi ... tapi jujur, masih ada rasa mustahil waktu tu. tapi semalam, apa yang dijangka dah pun jadi ... dan aku tak tahu apa yang hati aku rasa. cuma mata, mata aku tak berhenti mengalirkan air jernih. dari semalam.

cukup kah untuk mengetahui betapa aku bersedih?

tahu kenapa aku lemah macam nie? mereka yang kenal aku, tahu kenapa.

waktu mula2 aku dapat duit JPA, kegembiraan yang aku nak kongsi pertama2nya adalah bersama keluarga aku. walaupun nie bukan biasiswa pertama yang aku dapat, tapi perasaan nak kongsi kegembiraan, kongsi rasa bersyukur tu tak pernah hilang dari dulu.

aku suka tengok orang gembira. terutamanya orang2 yang aku sayang. tapi, kenapa masih ada yang suka buat aku sedih? dia tak suka tengok aku gembirakah?

"Abah,
sejak peristiwa hari raya kedua tu jadi, rezeki kita macam hilang. terputus. tak tahu kenapa. mungkinkah ini balasan? ... *senyap* ... tapi kita tetap sama2. buat semua sama2. jalani hidup sama2. terkontang-kanting macam mana pun, takda duit macam mana pun, kita tetap sama2. tapi kenapa sekarang, kakak rasa tak dihargai? ..."

kesian. lihat handphone abah screennya dah pecah. tapi masih boleh guna ... kesian. sebab tu, duit biasiswa aku, aku gunakan sedikit untuk membeli handphone baru untuk abah. nampak sinar gembira di muka abah waktu aku mula2 bagi handphone tu. aku beli handphone tu waktu hari yang sama adik aku keluar ... aku pergi dgn dia, mulanya untuk ke farmasi beli ubat, kaki dia sakit, lepas tu singgah kedai handphone dan aku teringat keadaan handphone abah yang daif tu ...

tapi sekarang, handphone tu dah takda ... dan sebenarnya sejak hari khamis/jumaat haritu dah takda. dan aku baru tahu semalam ... semua orang, semua, dalam rumah tu sembunyikan hal sebenar dari aku ... semua, tipu aku. semua buat macam takde pape yang jadi. semua.

tahu macam mana aku rasa? bila ditipu oleh semua orang? kesedihan yang tak dapat nak diluahkan dengan kata2. dan ya, seperti yang aku dah jangka, ke mana hilangnya handphone tu? ke mana lagi kalau tak diberikan kepada betina tak guna tu.

sigh ...
maaf ...

kalau tidak diikutkan kewarasan fikiran dan iman yang masih tersisa dalam diri aku nie, dah lama aku pergi cari dia dan aku tak tau lah aku pergi serang ke apa. dan abah ... mungkin kalau tak difikirkan perasaan orang tua aku sendiri, dah lama aku diamkan diri, tak bercakap sepatah haram pun. sebab perasaan marah dan kecewa itu sangat tinggi. buat masa sekarang ...

tahu apa masalah aku? aku masih fikirkan perasaan orang lain. walaupun perasaan aku sendiri yang dicarik-carik. orang tak pernah fikir perasaan aku kan?

aku guna duit aku sendiri yang sepatutnya dihabiskan semata2 untuk pelajaran, aku guna sikit, untuk membuat orang lain gembira. tapi akhirnya, pengkhianatan yang diorang balas. semua, termasuk adik2 aku, semua tipu aku. semua tak berani nak bagi tau aku hal sebenar. kenapa?

takut aku marah? ya, memang aku marah. menipu bukan jalannya, at least bagi tahu hal sebenar. taklah nampak bodoh sangat aku nie. balik rumah, gembira. lepas tu, sedih yang berganda2. patut lah, tak bagi tahu hal sebenar sebab katanya, kalau aku tahu awal2, aku taknak balik rumah. ya, memang. aku taknak balik rumah dah lepas nie. kecuali cuti akhir semester 2 nanti.

harapnya luka waktu tu dah sembuh. tolonglah ...

aku dah malas nak jaga hati semua orang. orang tak jaga hati aku pun. dah terlalu banyak aku rasa sakit tapi aku tak mampu nak buat apa2. aku diam, aku pendam. sebab aku kesian, kesiankan semua orang. takut diorang terluka dengan kata2 aku. lebih baik aku jauhkan diri, supaya semua orang tak sakit dengan kemarahan aku.

mungkin aku memang tak patut dihargai pun ... mungkin aku tak penting langsung ... sebab tu handphone tu senang2 je bertukar tangan, tanpa ada kebenaran aku .. baguslah ...

sedih.
kecewa.
rasa diri nie tak penting langsung.
rasa tak dihargai langsung.

...

and now ...
i can't trust my own family ...
and do you know how does it feels?

it hurts. so much.