Pages

Saturday 21 September 2013

24 September.

3 events on that day :-

- Pembedahan nenek
- Perbicaraan adik
- Jangkaan kuiz statistik

beberapa hari lepas dapat berita, nenek sebelah ibu sakit. doktor sahkan paru2 berair, mungkin petanda awal kanser paru2. aku tak tahu lah nak kata apa. sedih yang amat sangat. sebab dah lah jarang2 dapat jumpa, setahun sekali je kalau ada rezeki. tiba2 dapat berita macam tu. lepastu serabut fikir kos pembedahan lagi. semalam aku pergi UKP. Unit Kebajikan Pelajar UKM. try mohon bantuan. kena tanya macam2. sampai aku rasa stress, sebab terpaksa ingat semua benda pahit dalam hidup aku. sakit. sangat sakit. tapi aku tak salahkan diorang, mungkin tu prosedurnya.

perbicaraan kali ke-6 untuk adik aku. tak sure sampai bila. harap2 cepat lah habis. aku sekarang ni redha je apa keputusannye pun. rasa macam dah hujung2 line putus asa ni. harap ada khabar baik on that day.

on the same day, lecturer ada sebut minggu lepas, nak buat kuiz statistik. tapi aku harap sangat kuiznya batal/tangguh sebab aku memang tak dapat nak datang hari selasa tu class pukul 9 pagi. time tu perbicaraan tak mula pun lagi. tapi aku try sedaya upaya lepas habis tu terus balik ukm. class sangat pack hari Isnin, Selasa dan Rabu.

boleh pengsan k 3 hari tu
aku tak minta banyak, aku cuma minta doa. semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah. aku hargai orang yang tenangkan aku semalam. thanks sangat. aku hargai sangat. aku takkan lupa jasa korang, kawan2 aku. thanks a lot.

and kalau aku ada buat salah ... kat sesiapa pun. aku menyusahkan korang ke apa ... aku minta maaf banyak2. aku akan try untuk tak menyusahkan sesiapa dah lepas ni. sorry sangat2. yang mana aku ada berhutang dengan dia, aku akan jelaskan secepat yang mungkin k. insyaAllah, semoga Allah permudahkan.

that's all. mohon doa. jaga diri, assalamualaikum :')

and I am sorry ...

Monday 9 September 2013

Degree Tahun Dua

Assalamualaikum :)

semester baru, azam baru. hikhik alhamdulillah, macam tak percaya dah masuk tahun 2. dah jadi 'kakak' kepada adik2 junior. eksaited uols! hahaha jangan nak kakak sangat, beza setahun dua je pun :p

hari ni sepatutnya first day kuliah. class start pukul 12 tengahari. insyaAllah, harap2 semuanya dipermudahkan. untuk first week ni aku rasa lecturer takde lah nak buat class yang betul2 class sangat. and normally hari2 first ni banyak class cancel. tapi tetap kena ingat, tahun 2 ni dah kena start serius dengan study sebab everything makin tertumpu dekat apa yang kita kena apply bila dah bekerja nanti. course sains kimia ni pun dah ikut haluan masing2 bila masuk tahun 2. sebelum ni, pure chemistry, oleo-chemistry and techno-chemistry mmg sekuliah utk semua class tapi start masuk tahun 2, jadual dah ikut keutamaan masing2 even under satu bidang. :)

pasal bilik, alhamdulillah dapat bilik sama dengan dua orang besties aku si Ziera dengan Ros. 'rumah' yang sepatutnya 4 orang, mmg 4 orang pun tapinye sorang lagi akak third year and katenye dia nak pindah ke bilik single nnt. so duk sini sementara jer. mungkin tak selesa lah kut. so kalau jadi, tinggal lah kitorang bertiga. atau mungkin akan cari lagi sorang yang sebaya ke. tengok lah cemana. senak jgak nak bayar yuran kalau tak cukup orang kang haha

yang bestnya sebab luas jgak kat bahagian depan, and lagi satu sbb dpt ngan sahabat sehati sejiwa ni. makin kuat la gosipnye kahkah and ada tv kat sini so takla bosan sangat hehe~ yang tak bestnya sini wifi punya coverage very low, sampai aku rasa putus asa jgak smlm nk online hahaha. and meja blaja dia kat bahagian depan, so macam tak biasa lagi dalam bilik cuma ada katil, takda meja. rasa nak letak fon pun taktau nak letak mana. haha pastu plug dia kurang. so nak taknak kena cari extension kalau nak online kat meja blaja. or else, waktu blaja/buat assignment, tak boleh online. tapi susah jgak kalau nak tengok assignment yg kita download, kena pakai laptop jgak. huuu

makin jauh nak jalan ke fac rasanya. tangga punya lah banyak nak kena lalui (poyo) hahaa cafe dengan BMart pun jauhhh. makin malas laa nak beli makanan atau nak print. plannye kena bawak printer jgak nnt. huhu. rasanya kitorang je dak degree 2nd year yang mintak bilik camni. sbb jiran kebanyakan bdak master. hakhak naseb dah apply awal2 dulu. tapi kesian kawan aku yang lagi sorang, si Qiqin. sepatutnya dia pun satu rumah ngan kitorang tapi disebabkan dia MT BMart, so dia dah kena pilih bilik sendiri kat K5 (blok kitorang dulu) sebab sekarang kat situ bilik untuk junior yg baru masuk, dengan orang2 yang berjawatan. mostly 2nd year yang lain dapat bilik single. kalau dia bukan MT Bmart mungkin kitorang dah bahagia duk berempat hahaha

apa-apa pun, selamat meneruskan perjuangan di sem 3 buat semua rakan-rakan degree yang mengenali kite hiks :) semoga Allah permudahkan urusan kita dan terangkan hati kita untuk menerima ilmu demi Dia. insyaAllah aminn.

till then :)

mood: pokai rabak koyak. tunggu JPA masuk HAHA


Wednesday 4 September 2013

Amaran Pertama Maybe?

Hi, assalamualaikum :)

Hee lama rasanya tak menaip. jari pun macam kaku je (padahal tiap2 hari online twitter)

Tak, sebenarnya bosan memalam ni. so berniat nak update belog. nak cerita pasal something ni! hehe~

Kejadiannya berlaku waktu hari Jumaat lepas tak silap aku. waktu tu siang. lebih kurang pukul 4 lebih camtu. and waktu tu hujan. tapinye hujan ni dia bukannya lebat sangat pun. pastu macam cerah je. macam hujan panas.

So aku yang degil dan pemalas ni mmg tak rajin lah nak tutup laptop time tu. aku tengah tengok movie. hahaha sambil pasang earphone sbb takde subtitle. tiba-tiba ada guruh. tapi guruhnya tak kuat pun. pastu aku tengok depan, abah pun masih selamba jer tengok tv. so aku pun malas ah...... hahaha anak beranak degil.

Tetiba aku rasa macam ada orang tepuk belakang aku kuat gila. aku jerit ah! dah aa tengah tengok cerita hantu. ngatkan adik aku nak terkejutkan ke apa ke. pastu semua jadi gelap. laptop aku mati, lampu mati, kipas mati. and rasa macam ada benda tumbuk dada aku kuat gila. macam nak terkeluar je hati ni. earphone tertanggal sendiri dari telinga. telinga rasa panas. nasib baik tak berdarah ke apa.

Rupanya time tu kilat. perghh. terus aku bangun pergi cuci muka. telinga panas gileee. heartbeat macam terhenti je time tu. abah ingatkan aku jerit sebab terkejut lampu mati. padahal sbb terkena renjatan sementara tu. pastu beliau gelakkan aku -.-

Tapi aku tak cerita pun lah hal sebenar. aku terus text Amy. takut gile time tu. memang berdebar habis. pastu abah pergi keja, aku tinggal sorang. nak menangis je rasa. kena marah ngan Amy sbb degil hahahahaha sobsss

Rasanya hampir kena panah petir tu sebab aku pakai earphone yang sememangnya bersambung ke laptop dan laptop bersambung ke suis..... tapi alhamdulillah, masih jugak hidup sampai hari ni :)

Lepas kena tu, macam2 duk fikir dalam kepala ni. "Kalau aku mati.." "Kalau aku mati.." duk ulang2 ayat tu sampai tertidur aku dibuatnya. hahaha pastu asyik teringat2 Amy marah. sobs :(

Pengajarannya, janganlah sesekali on laptop/tv atau apa2 yang mengundang panahan petir ketika sedang hujan. takut jadi macam aku. sakit tawu waktu dada rasa macam kena tumbuk tu. macam nak terkeluar jantung. mungkin jugak dah terputar sikit jantung ni hahaha

ada hikmah ada hikmah. mungkin amaran pertama sebelum mati. aku masih punya dosa, masih banyak dosa, masih diberi peluang taubat jadi tak boleh sia-siakan :')

Cemtu lah citer dia. dah dkat seminggu pun jadi. tapi tak berkesempatan lagi nak cerita. sbb broadband ni teramatlah laju seperti siput mengandung. mihmih. so rasanya takat ni dulu, jumpa lain kali (mungkin lepas dah masuk kolej balik)

Adios amigos, assalamualaikum and thank you :D

P/S: Sem 3 pun belum start, yuran pengajian dah keluor. tak menyabor betei ukm nih! zzzzz
P/S lagi: Belum ready nak ada junior..... pui macam tak biaser duk asrama ihik :p