Pages

Friday 15 November 2013

Realiti.

Tengok orang ada kereta, terasa nak ada kereta.
Tengok orang ada handphone cecanggih, terasa nak beli juga.
Tengok orang kurus makan banyak tapi tak gegemuk, rasa frust pun ada.
Tengok orang rajin belajar, struggle gegila, terasa nak jadi macam tu tapi eh, takde feel pula.
Tengok orang berkepit ke sana sini dengan makwe pakwe, amboui jangan kata nak juga?

Kenapa manusia selalu tak bersyukur dengan apa yang mereka ada?

Sebab mereka sangka mereka takkan hilang apa yang mereka ada sekarang.
Mereka lupa, alpa bahawa Dia berhak tarik apa yang dia dah pinjamkan.

Manusia.
Bila ada depan mata, buat-buat tak nampak, buta.
Bila dah tak ada depan mata, baru terkial-kial nak cari, gila.

Tengok tv -- cerita best sikit pasal kahwin.
Mulalah berangan.
Maghrib entah ke mana.
Al-Quran berapa kali sentuh dalam sehari agaknya?

Mari pandang realiti sebenar.
Hidup takkan sesempurna apa yang dirancang.
Cerita dalam novel, dalam tv -- semuanya dirancang.
Sebab tu gembira bahagia sentiasa endingnya.
Hakikatnya?

*hulur cermin, hulur spec*
Just in case kalau rabun tak nampak apa yang ada depan mata.

:)

Friday 1 November 2013

Highland Tower

Hiiiiiiiiiiiiii lamanya tak update blogggg! *cium blog* eheh. ada yang rindu aku? ;p
btw, first of all, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

kali ni nak update sikit je pasal movie yang baru je keluar hari ni (31 Oktober 2013) and aku dengan roommates aku cecepat pergi tengok movie tu kat wayang. movie apa? jeng jeng jeng ~


haaaaa mengumpul segala kudrat dan kekuatan untuk menonton cerita genre seram melayu untuk pertama kalinya kat wayang ni! skrin gedabak punya besar. kalau scene hantu tu memang skali gedabak besar lah nampak. hmm fikir banyak kali jugak sebenarnya before tengok cerita ni. plan asalnya nak tengok Insidious 2 tapi tiba2 tukar pulak, terasa nak tengok cerita seram melayu yang bertajuk Highland Tower ni sebab katanya cerita ni cerita benarrrr

so tiket pukul 4.00 petang (memang tak berani nak tengok waktu malam), kitorang smpai dalam pukul 3 lebih camtu, pastu pergi jenjalan dulu before masuk wayang. bila start je cerita ni, kelakar sebenarnya dengan gelagat mamat2 handsome (ke?) kat dalam cerita tu. hikhikhik mula2 jelah kelakar. bila dah sampai scene mereka di Highland Tower tu, mula lah gelagat kitorang pulak yang macam hape. aku dengan popcorn sebagai backup untuk tutup mata, Ros pakai tab dia, Ziera plak tutup pakai tudung biar macam jarang-jarang sikit gambar dia hahahahahahaha

bagi aku lah, seram jugakkkk. sebab cerita dia macam aktiviti paranormal yang betul2. and dengarnya semua tu memang terjadi betul2 sebab salah sorang pelakon dia, Shima Anuar memang ada buat kenyataan 'ditukar' sewaktu di Highland Tower tu. cuak jugak lah dengan keadaan sekeliling tower tu, pastu macam2 bunyi ada. gambar2 benda tu semua diorang tunjuk. menakutkannnnnnn hukhuk

sememangnya tower tu ada sejarahnya tersendiri. katanya runtuh, hampir 50 orang tertimbus bawah runtuhan tu dan mayatnya tak dijumpai. so, tak pelik lah kalau memang ada 'penghuni' kat tower tu. selama ni aku tak pernah tahu punnnnn, and aku tak pelik la kalau korang pun tak tahu pasal sejarah dia sebab kejadian runtuhan adalah pada tahun 1993. kita baru lahir kut hikhikhik

dan aku percaya sampai sekarang Highland Tower ni tak diruntuhkan keseluruhannya sebab 'ada' yang tak mengizinkan bangunan tersebut diruntuhkan. ada jugak yang kata banyak tragedi berlaku kepada orang2 yang tinggal berdekatan dengan tower tu. so ramai yang pindah ke tempat lain. fuhhhh, serammmmm! >.<

lepas habis tengok pun masih terketar kaki aku hahahahaha tadi waktu kat bilik, Ros dengan Ziera katanya ada meeting lah, discussion lah, tinggal aku sorang kat bilik patutnya. tapi aku pun tak berani nak duk sensorang! terus aku ke bilik member lepak2 sampai Ziera balik kahkahkah

moral of the story, jangan tengok kalau rasa diri tu penakut. ini kalau nak ke tandas ni, mau berteman jugak hmmm. naseb baik esok dah balik rumah. so takdelah sunyi sangat. kot ... :/

happy holiday to all students yang bercuti mid semester seminggu ni. cuti2 jugak, tapi untuk aku yang mid semester exam nya berderet lepas cuti, faham2 lah. cuti pun tak macam cuti hahaha study studyyyyyyy! -.-

okay lah, stakat tu sahaja untuk hari ni. maaf dah lama tak update blog. busy satu hal, lagi satu sebab malas dan taktau nak update pasal apa. sorry once again, have a nice day afterwards, guys! thanks for visiting ;)

ini namanya kemworing waktu lampu merah ngeh3