Pages

Tuesday 22 April 2014

Random Post

Often people said ...

I supposed this was written for those free-hair-ladies
Yes, it is true though, "Islam tapi tak pakai tudung, baik takyah jadi Islam." But hey, pernah tak terfikir why those people blame tudung instead of the person itself? Pernah tak terfikir?

Tudung adalah salah satu cara kita tutup aurat. Tak kisah lah tudung jenis apa pun, ia berfungsi untuk menutup aurat kita terutamanya rambut. Tu baru satu cara, cara lain untuk tutup aurat pun banyak lagi. Aurat bukan dekat rambut je-- Peringatan untuk kaum Hawa

Kenapa perempuan2 free hair ni salahkan tudung instead of orang yang memakai tudung? Kenapa? Sebab bila kita dah pakai tudung, aurat dah tutup elok litup dengan stokin stongan semua, people akan pandang kita sama macam diorang pandang appearance kita. Maksudnya, kalau orang bertudung labuh, apa yang people expect from orang yang bertudung labuh ini ialah perangai yang baik, tak kata lah perlu sopan santun, tapi cukup kita kata, mempunyai perangai yang baik. Molek gitu.

Maksud molek kat sini, bukannya tiap masa kena sopan santun, tak boleh gelak kuat2, senyum pun tersipu2, no. Bukan macam tu. Maksud molek kat sini ialah perangai kita kena searas dengan cara pemakaian kita. Kita memang tak boleh nak penuhi expectation semua orang tapi kita boleh kurangkan cara pemikiran tak baik oleh mereka terhadap kita.

Contohnya, pakai tudung labuh tapi perangainya masih tidak begitu menyenangkan bagi sesetengah orang. Macam contoh kat atas tu, mencarut. Ini contoh je ye. Okay kalau secara randomnya bila kita tengok orang bertudung labuh ni, akan timbul satu rasa respect sebab dia mampu untuk memenuhi salah satu syariat yang Islam dah tetapkan. Jadi bila timbul rasa respect, kita sebenarnya pasti akan menanam satu niat untuk jadi macam diorang, walaupun niat tu kita tak tahu bila kita akan capai.

Tiba-tiba bila kita mula untuk approach atau cuba untuk minta nasihat atau kita tengok cara kehidupan seharian dia, dan bila cara yang dia gunakan tu tak menepati apa yang kita expect, mestilah kita akan rasa, "Laaaa macam ni ke perangai dia?" Mesti, setiap orang mesti akan timbul satu persoalan bila mengalami situasi yang macam ni.

What I'm trying to say is that, memang salah bila mereka menyalahkan tudung atas attitude seseorang, but most of all is that, kita yang bertudung dan yang menutup aurat sepenuhnya ini sebenarnya bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri. Kita tak boleh biar orang cakap cakap belakang kata "Pakai tudung tapi bla bla bla." Kita tak boleh biar persepsi macam tu terus kekal dalam kalangan orang Islam sekarang ni.

So, kita yang bertudung ni kena jaga mulut, kena jaga tingkah laku. Tak semestinya kita kena sopan santun all the time but at least, tak payah buat benda buruk secara terang-terangan. Tapi tak kata pulak boleh buat buruk secara belakang, sebenarnya itu urusan kita dengan Dia sahaja sebab apa yang kita buat, semuanya Dia perhatikan. So apa yang orang sekeliling kita akan perhatikan, kita kena jaga. Jangan biar persepsi buruk terhadap orang orang bertudung yang lain terus kekal. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

I'm not saying that semua yang bertudung itu baik dan semua yang free hair itu jahat. No. Because everybody has their own weaknesses, either disorok (aib) atau yang kita boleh nampak secara zahir. But whatever it is, at least yang bertudung ini ada inisiatif untuk cuba memenuhi ketetapan menutup aurat dalam Islam.

So, my point is, kalau kita yang bertudung ni tak ubah perangai kita, for sure persepsi orang yang tak bertudung terhadap orang yang bertudung akan sentiasa buruk walaupun tak semua yang kena tempiasnya. Maka, wahai saudari yang saya kasihi sekalian, tolong lah jaga tingkah laku masing-masing. As long as you tak buat sesuatu yang buruk depan orang ramai, that will be more than enough. Sila lah bantu dan pelihara nama saudara saudari dalam Islam.


P/s: It is unfair to blame all yang pakai tudung disebabkan oleh few yang berperangai 'pelik'. Islam itu mudah, tapi jangan permudahkan. Kita doakan semoga Allah memberi hidayah kepada orang-orang yang dikehendakiNya. Amin. :)

Sekian.