Pages

Tuesday 16 September 2014

Nak buat luahan hati.

Aku rasa sem ni lain sangat. Semuanya lain. Taktau nak describe semua tu macam mana tapi feeling masuk sem baru tahun tiga ni memang lain.

First maybe sebab abah takde. Rasa macam sunyi gila. Nak mengadu itu ini tak boleh. Tapi benda ni memang tak boleh nak buat apa. Memang rasa cam useless gila tak mampu nak buat apa. No solution.

Secondly, aku asyik tidur je. Sejak balik dari ukm haritu. Maybe sebab takde keje lagi, atau maybe jugak sebab semua class aku pagi, pukul 8 everyday except rabu pukul 9. Tu pun pagi jugak. Or maybe sebab duduk bilik single, bosan takde orang nak borak. Or maybe jugak sebab letih tetiap petang berada di stadium atau court. Or maybe sebab banyak sangat benda aku fikir sampai rasa nak shut down. Entah, taktau mana satu punca. Ke semua?

I don't know whether I can survive this semester or not. Macam terkejut gak laa first day and second day kuliah terus buat quiz last week. Lepastu lecturer pulak semua macam scary gila this sem sebab suka cakap pasal ramai orang fail subjek ni la apa la, awal2 dah bagi mood down =.=

I can't imagine how my study week would be kalau keadaan ni berterusan (selalu tidur)

Thirdly, rasa macam ada kekosongan dalam hidup. Ada something yang hilang tapi aku taktau apa. Will figure it out soon insyaAllah. Tu pun kalau ada masa nak fikir. Sebab banyak benda lain nak kena fikir. Eh aku ni memang suka berfikir ke camne *rambut gugur*
 
Rasa nak taip banyak lagi tapi susah. Sebab taktau nak describe rasa ni macam mana. Lol. *flip table*

Terlebih sensitif.

Semoga cepat menemui jalan pulang. Aku ada dua sem je nak betulkan semua. Nak grad dengan pointer atas 3. Nak survive dengan baik.

I wanna be happy, again.

Keep on surviving, dear self.


Monday 8 September 2014

Say hello to my final year

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Lamanya tak jenguk blogggggggg hoi last entri hujung bulan 6. Sekarang dah bulan 9. Bukan apa, macam biasa ah kat rumah tu mana ada keneksyen yg membolehkan aku untuk update blog. Ade tu ade, kalau nak bukak hotspot dari fon tapi aku taklah serajin tu nak amek data pass pastu nak bukak hotspot bagai. Sebab aku tau aku akan end up di youtube jugak akhirnya. Muahahaha


Okay panjang lebar plak alasan dia.

Anyway, life has been very hard for me even time orang tengah bersuka ria cuti sem. Well, ujian dari Dia takkan pernah habis selagi Dia sayang pada aku dan kau semua. So, what to do? Trust Him and have faith. That's all.

Tapi nak taknak, hidup perlu diteruskan. Pendaftaran ke UKM pun takkan cancel walau ribut melanda maka, aku menguatkan diri jugak untuk pulang semula ke teratak sendiri di Kolej Aminuddin Baki walaupun berat sangat hati ni nak tinggal adik2.

So cerita dia, abang sedara aku lah yang janji nak hantar hari Ahad (semalam) ni. Janjinya pukul 9 pagi dah start angkat2 barang dan pergi daftar semua lah. Tapi cerita dia lagi, mamat ni nyenyak pulak dibuai mimpi indah sampai lah pukul 2 petang........

...............

Hahaha, sakit jiwa aku ni ha menunggu orang. Haihh. Dengan adik lelaki yang susah gila nak kejut, susah gilaaaaa. Kalau kau rasa susah nak kejut aku, kau akan rasa susah-nak-mampos kalau kejut dia. Ya ampun, rasa nak simbah air aje.

Lalu tanpa menunggu mamat dua ketul ni bangun tidur, aku dengan adik perempuan aku pun membawa lah diri ke KAB UKM naik vrooommm vroommm muahahaha

Daftar lebih kurang pukul 11.45 pagi camtu lah. Hampir je nak masuk waktu rehat pendaftaran. Nasib baik dapat kunci dan dapat blok yang aku nak. Tapi kena bayar RM25 untuk...... Taktau untuk apa pffttt UKM memang Universiti Kuat Makan duit student.

Pastu pergi lah check bilik. Bukak je pintu, aku dengan adik macam....... ni bilik ke stor?


Habuk like... in every inches of the room kot. Pijak tikar pun boleh terasa debu dia. Pergi dekat meja, terkopak2 sikit kat hujung, dan banyak tahi cicak. Bukak pulak kipas, berterabur tahi cicak. Tilam pun berhabuk, bawah katil lagi lah takyah citer lah sakit jiwa. Argghhh hahahahaha memang aku dah redha gila laa dapat bilik camni en. Almari dia je yang lawa pun sebab besar dan bersih, ada laa sawang sikit je.

Dah tengok bilik, balik la rumah. Sepanjang on the way balik tu aku dok fikir, dari mana lah aku nak start kemas. Buntu. Sampai tak sedar aku bawak moto slow jugak laa. Sampai adik aku tegur, "Kak, kenapa hang bawak slow sangat?" Hahahahahah jawapan aku senang je, "Aku tengah berfikir ni." Hahaha

Tapi tak jadi balik terus, aku melencong pergi cari pembalut hadiah dengan kertas warna dulu. Sebab aku perlu hias bilik tu at least sikit supaya aku tak rasa muram sepanjang sem hahahaha

Time balik tu, dua ketul mamat tu masih lena diulit mimpi. So aku pun malas nak tunggu depa bangun, aku amek mop, penyapu sume, kertas warna dgn wrapper yg aku beli tu, skali dengan baldi aku usung naik moto. Adik aku lah pegang. Hahaha maka bermulalah sesi 'membasuh' bilik ni sampai bersih.

Mula dengan kipas, lepastu katil, meja, dinding, sume aku bersihkan dari bendasing yang ada. Sapu semua dan kemudian mop. Dengan meja semua aku lap jugak. Wuish debu dia sampai terbersin2. Peluh jangan cerita lah, boleh perah dlm baldi hahahahahaha k over

Lepas dah kering semua, barulah aku balut meja, tampal kertas warna kat dinding dengan balut board. Sementara menunggu luggage dengan barang lain sampai ah. Tu pun waktu aku call Ejad, dia kata nak datang malam pulakkk. Memang aku angin betul sebab banyak benda tak kemas lagi. Aku suruh jugak datang petang tu.

Dalam kul 4 petang camtu, baru barang sampai. Nasib baik dorang tolong angkat sampai bilik muahahaha takde ah penat sangat. Siap belikan milo ais sebagai penyejuk hati. Hahaha rezekiiii.

Then bermulalah pula sesi unpack barang sume. So in the end, beginilah lebih kurang bilik aku,





Tu gambar dari insta. Gambar ori aku dah TERdelete plak sebab tak terfikir nak update blog sebenarnya. Tak suka simpan gambar tak penting hahahah

Dinding tu tampal sendiri, meja pun berbalut dah, sem ni tukar mood plak tak bawak bear besar, bawak bear panjang buat bantal peluk heheheh board tu plak bakal dipenuhkan dengan gambar lagi nanti lepas aku bawa ke kedai untuk dicuci :)


Bilik ni lepas kemas letak tikar sume nampak okay sikit lah. Selesa jugak walaupun susah gak nak tidur semalam sebab katil rendah sangat. Ceh padahal kau pun sama je rendah Zani oi -.-

Okay macam panjang lebar plak cerita kan hahaha pasal bilik baru je punnnn. Azam pun baru. Tapi rahciew. Hahahahaha nak accomplish sendiri. Kalau dah berjaya baru aku uar-uarkan kayyy

Okay lah nak ke stadium dengan ex-rumet dulu. Till we meet again :) Muah ciked! Bye assalamualaikum ^^