Pages

Thursday 12 November 2015

Azani dah grad :D

Assalamualaikum and Hi!

Baru ada masa nak update bloggg (tak, actually banyak je masa tapi malas :p)

But this time rasanya kena update sebab last two weeks there's a very important event telah berlaku in my life. Ha? Apa? Kahwin? Noooo, it's my graduation day! (Walaupun sebenarnya aku tau korang takkan terfikir nak tanya perkataan kahwin tu pun sebab jelas2 tertulis kat tajuk tu aku dah grad hahahaha)

So, alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang sains Kimia! Alhamdulillah!

After 3 years of struggling and hardwork (lah sangat) akhirnya berjaya jugak aku naik pentas tak sampai 5 saat untuk menerima sekeping Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Kepujian (Kimia).

Jujurnya waktu form 5 dulu aku mana ada target langsung nak amik kimia. Trust me! Takde perkataan kimia langsung dalam target.

Bukti! Hahahaha
Paling bongok sebab ingat senang sangat nak bukak syarikat sendiri bila dah jadi penulis novel? Hahahaha!

Entah macam mana lah aku boleh tersangkut dengan kimia ni. Rasanya sejak kat matrik dulu kot. Tapi waktu kat matrik tu semua subjek aku okay je (dalam course aku lah, which means Physics memang dah out kahkah). So there are Mathematics, Chemistry, Biology & Computer Science.

Comp. Sc tu aku tak minat sangat sebab ada programming bagai, ai kenot brain dear hahaha so, tinggal la Bio, Math dengan Chem. And waktu tu aku fikir kalau amik Bio ni jenuh nak hafal macam2 lepas ni, dah lah cuti lama gila lepas matrik, confirm otak berkarat. Hahaha math pulak, boleh je nak amik sebab aku memang suka math, suka gila gila. Tapi aku risau sebab takut peluang keje sikit. Then, chemistry pulakk, aku suka jugakkkk cuma aku tak suka nak buat lab report bagai. Tapi antara Chem dengan Math, Chem lagi banyak peluang kerja kot?

So, in the end, aku pilih jugak lah Kimia ni sebagai pilihan pertama. Dan yang kedua pulak, maths.

Klik untuk tumbesaran
Alhamdulillah, rezeki aku yang telah tertulis di Luh Mahfuz adalah aku dapat pilihan pertama tu. Abah la orang paling happy sebab UKM dekat je sekangkang dari rumah, mana dia tak happy. Takde la jauh sangat dia berpisah dengan anak sulung dia ni.

Dan setelah tiga tahun yang penuh suka dan duka, akhirnya aku tamat jugak pengajian di UKM. Perasaan?

- sedih sebab terpaksa berpisah dengan kawan kawan
- gembira sebab dah terlepas dari azab assignments dan exams
- confuse sebab taktau lepas grad nak buat apa

But now, Allah dah tentukan jalan aku. Daripada aku mula degree, sampai ke intern, sampai sekarang pun rezeki aku masih dalam UKM jugak. Intern mohon berpuluh tempat, tapi yang dapatnya dalam UKM jugak. Institut Sel Fuel. Siapa tau aku akan sambung master kat sini? Haha perancangan Allah indeed is the best :)

Alhamdulillah, takde kata2 yang dapat menggambarkan betapa aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Family pun okay, sejak diduga bertubi-tubi dulu, aku dah mula nampak hikmah atas semua yang jadi. Dan hikmahnya tak lain tak bukan, untuk menjadikan aku lebih kuat, dan hubungan kekeluargaan yang lebih rapat. Alhamdulillah, sekarang ni kalau kat rumah takde salah sorang, rase sunyi sangat. Rase tak lengkap. Bila semua ada kat rumah, makan satu meja sama-sama, rasa bahagia sangat. Sebab dulu jarang macam tu :') Walaupun tak mewah macam orang lain, cukuplah andainya kita saling melengkapi antara satu sama lain. That's all matters :)

Penghargaan ditujukan especially untuk family aku, ibu, abah, acik, ejad, adik-adik. Ibu, walaupun tak dapat datang tengok akak tapi kejayaan ni untuk ibu. Doa ibu yg menjayakan akak, semangat yg ibu bg kat akak bila akak tengah sedih, tengah stress, semua tu akak takkan lupa sampai mati. Abah, terima kasih sebab sanggup tahan panas kat luar walaupun dah ajak masuk dewan taknak (geram jugak hahaha) tapi abah sanggup berpanas tunggu akak keluar dewan, belikan bunga etc. Aduhhh lemah betul dah mengalir air mata hahaha

Sobs sobs.

Me aceh abah. Perut tu penting hihihi
Seterusnya untuk seseorang yang jadi backbone aku since the first day aku masuk UKM. Actually dari sebelum aku masuk UKM pun. My other half, Mr. Hafizul Asyraf bin Ahmad. Terima kasih awak sebab datang haritu, belikan kite bunga, teddy bear yang kite dah bagi nama Pijong tu, pastu culik kite bawak pergi Mines, tengok wayang walaupun lencun kena hujan dalam perjalanan tu. Terima kasih awak. Terima kasih sebab support kite selama ni, marah kite bila kite malas buat keje, bagi semangat kat kite time kite tengah sedih, and the most important thing is that, thank you for being there whenever I need ya :')

Herms sis rapuh everytimeee hahahaha
Untuk bebigals aku, Shahirah, Myra, Erne, mekasehhhh awak awak sume sebab sudi berkawan ngan ittew. Hahaha. Mai kat depa terus rasa nak tergedik-gedik. Lama tak menggedik. Sobs. Sedih sebab dah tak dapat nak pegi kelas sama-sama, makan sama-sama, tidur sama-sama, malas p kelas pun sama-sama. Tiru assignments berjemaah, exams kenyit2 mata berjemaah. I'm gonna miss all that so much. Good luck kat korang pasni, sama ada bekerja ke sambung belajar ke, may Allah ease everything. Tahniah sume! Muah ciked.

Dari kiri: Myra, Erne, awak punya, Shahirah
Dan untuk kengkawan yang lain, Amy, Ziera, El, classmates, dan sesiapa yang mengenali, dah grad atau belum tu tak kisah lah, good luck in ur future life, semoga Allah permudahkan segala urusan kalian. Terima kasih atas ucapan, bunga, semangat dan dorongan yang telah diberikan sepanjang kita berkawan. Minta maaf salah dan silap andai ada yang terguris etc (Biasalah, ayat cliche) Hahaha semoga ukhuwah berkekalan hingga ke syurga <3

Mekaseh sumee, first time dpt mungeee :3
And to myself, terima kasih sebab berjaya menjadi seorang yang tabah dan kuat menempuhi segala dugaan hidup. Teruskan hidup dan bersyukur dengan apa yang dah ada sekarang. InsyaAllah.

Alhamdulillah.

Credit to Mr. Photographer <3
Till then :)



Dialog di bawah hanya gurauan semata.
Lesson learned? Len kali jangan tulis benda cheesy, kat dunia ni ramai setan bertopengkan manusia hahahahahaha

Pijong: Dalam banyak banyak kawan, siapa paling setan?
Me: Mestilah Amy.