Baru ada masa nak update bloggg (tak, actually banyak je masa tapi malas :p)
But this time rasanya kena update sebab last two weeks there's a very important event telah berlaku in my life. Ha? Apa? Kahwin? Noooo, it's my graduation day! (Walaupun sebenarnya aku tau korang takkan terfikir nak tanya perkataan kahwin tu pun sebab jelas2 tertulis kat tajuk tu aku dah grad hahahaha)
So, alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang sains Kimia! Alhamdulillah!
After 3 years of struggling and hardwork (lah sangat) akhirnya berjaya jugak aku naik pentas tak sampai 5 saat untuk menerima sekeping Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Kepujian (Kimia).
Jujurnya waktu form 5 dulu aku mana ada target langsung nak amik kimia. Trust me! Takde perkataan kimia langsung dalam target.
Bukti! Hahahaha |
Entah macam mana lah aku boleh tersangkut dengan kimia ni. Rasanya sejak kat matrik dulu kot. Tapi waktu kat matrik tu semua subjek aku okay je (dalam course aku lah, which means Physics memang dah out kahkah). So there are Mathematics, Chemistry, Biology & Computer Science.
Comp. Sc tu aku tak minat sangat sebab ada programming bagai, ai kenot brain dear hahaha so, tinggal la Bio, Math dengan Chem. And waktu tu aku fikir kalau amik Bio ni jenuh nak hafal macam2 lepas ni, dah lah cuti lama gila lepas matrik, confirm otak berkarat. Hahaha math pulak, boleh je nak amik sebab aku memang suka math, suka gila gila. Tapi aku risau sebab takut peluang keje sikit. Then, chemistry pulakk, aku suka jugakkkk cuma aku tak suka nak buat lab report bagai. Tapi antara Chem dengan Math, Chem lagi banyak peluang kerja kot?
So, in the end, aku pilih jugak lah Kimia ni sebagai pilihan pertama. Dan yang kedua pulak, maths.
Klik untuk tumbesaran |
Dan setelah tiga tahun yang penuh suka dan duka, akhirnya aku tamat jugak pengajian di UKM. Perasaan?
- sedih sebab terpaksa berpisah dengan kawan kawan
- gembira sebab dah terlepas dari azab assignments dan exams
- confuse sebab taktau lepas grad nak buat apa
But now, Allah dah tentukan jalan aku. Daripada aku mula degree, sampai ke intern, sampai sekarang pun rezeki aku masih dalam UKM jugak. Intern mohon berpuluh tempat, tapi yang dapatnya dalam UKM jugak. Institut Sel Fuel. Siapa tau aku akan sambung master kat sini? Haha perancangan Allah indeed is the best :)
Alhamdulillah, takde kata2 yang dapat menggambarkan betapa aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Family pun okay, sejak diduga bertubi-tubi dulu, aku dah mula nampak hikmah atas semua yang jadi. Dan hikmahnya tak lain tak bukan, untuk menjadikan aku lebih kuat, dan hubungan kekeluargaan yang lebih rapat. Alhamdulillah, sekarang ni kalau kat rumah takde salah sorang, rase sunyi sangat. Rase tak lengkap. Bila semua ada kat rumah, makan satu meja sama-sama, rasa bahagia sangat. Sebab dulu jarang macam tu :') Walaupun tak mewah macam orang lain, cukuplah andainya kita saling melengkapi antara satu sama lain. That's all matters :)
Penghargaan ditujukan especially untuk family aku, ibu, abah, acik, ejad, adik-adik. Ibu, walaupun tak dapat datang tengok akak tapi kejayaan ni untuk ibu. Doa ibu yg menjayakan akak, semangat yg ibu bg kat akak bila akak tengah sedih, tengah stress, semua tu akak takkan lupa sampai mati. Abah, terima kasih sebab sanggup tahan panas kat luar walaupun dah ajak masuk dewan taknak (geram jugak hahaha) tapi abah sanggup berpanas tunggu akak keluar dewan, belikan bunga etc. Aduhhh lemah betul dah mengalir air mata hahaha
Sobs sobs.
Me aceh abah. Perut tu penting hihihi |
Herms sis rapuh everytimeee hahahaha |
Dari kiri: Myra, Erne, awak punya, Shahirah |
Mekaseh sumee, first time dpt mungeee :3 |
Alhamdulillah.
Credit to Mr. Photographer <3 |
Dialog di bawah hanya gurauan semata.
Lesson learned? Len kali jangan tulis benda cheesy, kat dunia ni ramai setan bertopengkan manusia hahahahahaha
Pijong: Dalam banyak banyak kawan, siapa paling setan? Me: Mestilah Amy. |