Pages

Sunday, 9 September 2012

officially one of UKM's students :)

Assalamualaikum ~ *yawning*

*tengok jam* 3.17 a.m. masuk ahad dah nie. okay okay, apa khabar semua ? lamaaaaa sangat tak update blog. ghinduuuu blog *cium skrin lappy*

ahaa sebelum kau baca, bek aku cakap awal2. entri kali nie paling panjang dlm sejarah entri2 blog aku. sebab aku nak cerita dari awal masa pendaftaran, aktiviti, smpai lah ke majlis penutup. haaaa sanggup ka baca ? kalau sanggup takpa. kalau tak sanggup, sila close tab hahahah

walaupun badan dah penat nie sebenarnya. tapi aku gagahkan jugak nak berblogging disebabkan ghindu yg teramat andddd aku takut kalau update lambat2 nanti lupa pulak apa nak taip. so selagi memori masih segar dlm ingatan, update jelah skunk kan :DD

so, as we all know, ramai member2 dr kalangan kita yg telahpun mendaftar ke universiti masing2 bagi menyambung pengajian di peringkat ijazah. kan kan ? either 1 or 2 hari bulan september kita semua dah start mendaftar. and untuk uni aku, kitorang kena daftar pada 2hb september 2012 :)

so, sabtu malam ahad tu baru lah sibuk nak packing2. hahaha takley bla, sambil packing smbil online. sambil online, sambil iron baju hahahah ada sebab kenapa aku buat camtu. heee tengoklah skunk, lama gila tak online. dekat seminggu kot. habis orientasi barulah ada masa nak online pakai lappy. pakai fon mmg tak best langsung. tak puas. aku online twitter ja pakai fon. tu pun cam haram. nak pergi profile org lain punyalah susah. susah aku nak stalk ! haaa hahahaha *senget*

normal atau tidak ? :p
inilah hasilnya bila dah packing2. anddd you know what, actually banyak lagi barang yg aku TERtinggal. baru sedar masa orientasi hari tu. teruknyaaa hahahah inilah akibat smbil packing smbil sengih2 depan lappy. ngahaha XD naseb bek lah rumah dekat jea. kalau jauh, mmg lah terpaksa kuar duit beli benda2 tu semua. ishhh azani azani -.-

malam tu tido agak lewat. kul 2 lebih. esok pagi bangun jea tak bermaya. tak bersemangat nak masuk uni. hahahah aku pun taktau lah kenapa weh. cuba dah senyum, gembira, gelak apa semua. tapi dlm hati nie mcm ada tersorok satu perasaan yg tak dpt aku nak gambarkan macam mana. bukan takut, bukan gementar. tapi entahlah. risau mungkin. hishhh susah nak ckp. senang citer, jiwa kacau ah masa tu.

tapi sekacau2 jiwa aku, sempat lagi aku berposing sblm pergi tu. hahahah al maklumlah, ada org tu cakap nak tengok aku pakai baju warna pink. sooooo, here we go :)

cermin tu kotor, so agak kotor gmbr tu -.-
mata aku mcm merah.tp bukan ye, tu coklat :D

panas panas :3

ceceyyyy hakhak peace ~
gmbr nie paling menipu. nampak MACAM tinggi !
ehem ehem. so itulah rupa aku kalau pakai baju pink. ayu tak ? kahkahkah sila muntah darah sekarang :P so, proceed. memandangkan kereta rosak, and barang banyak so mmg tak ah nak naik moto kan. kena panggil teksi. then teksi pun smpai la umah, bwk ktorg g UKM. abah dengan ijat naik moto. aku dgn adik perempuan aku tu naik teksi. :D

smpai jea UKM, mmg dah ramai dah orang. even masa tu baru kul 9. supposedly pendaftaran mmg start kul 9 pagi tp maybe depa dah start awal sikit kot sbb ramai org. so aku pun pergilah mendaftar. parents tak dibenarkan ikut, so everything is on my own.and alhamdulillah syukur, everything went smoothly :) sistem yg sangat sistematik, satu benda aku nak puji masa pendaftaran. sebab ada org yg guide, lepas counter nie, pergi counter nie pulak ~ alhamdulillah heee

kad matrik :D
selesai mendaftar, kitorang pun bertungkus lumus lah bawak barang2 aku naik atas. hahaha dah lah barang banyak. teksi takleh masuk. so kena angkut ah sesatu. sian adik aku yg laki tu, kena bawak bagasi dgn beg besar tu naik tangga. ngahaha kelakar, smpai je atas, terus pancit haha~ bilik aku kat tingkat 3. tapi, susunan bangunan dia pelik sikit ar. sbb UKM berbukit. so tingkat 3 tu mcm tingkat 2 je, naik sekali je tangga. sebab tingkat 1, kena turun tangga bawah. maksudnya, ground floor kitorang kat tingkat 2. errr mesti tak faham an ? hahaha complicated -,-

bukak jea bilik, boleh tahan lah besarnya. hehe~ bilik aku kat luarnya ada beranda. tu yg best.boleh lepak2 kat luar memalam :) tp yg tak bestnya, berhadapan dgn cafe. so mmg kena pakai tdung/tuala ar kalau nak jemur baju. sbb ada pakcik2 atok2 yg sangat suka menyumbangkan lagu, dengar sampai sini -..- okay let's see how my room looks like.

nie almari baju. mmg banyak gila ruang :D
katil dan ruang tengah :)
meja belajar ~
kalau nak dibandingkan dengan bilik masa kat matrik, bilik matrik lagi besar. and ada privacy sbb macam tertutup en. yang nie, terbukak. maybe sebab dua org je kan sebilik. okay lettew :D lepas dah letak barang, ada akak PC (Pemudah Cara) atau korang maybe gelar sbg fasi, dia cakap kumpul kat dataran K4 yang tak berapa jauh dr situ, pakai tudung putih dgn baju kolej. and i was like, alamak ! tudung putih ? aku mana penah ada tudung putihhhhhhhh. pastu aku tanya ah akak tu, pakai tudung creamy sikit takleh er, dia kata nak putih jugak. !@#$%^&*

nak taknak, terpaksa keluar gi beli. so aku pun gi lah cari tudung putih. adik aku bawak. but then pi cari kat kedai2 tudung banyak yg tutup au. sebab ahad kann masa tuh. herrr yg ada selendang putih. ahhh bantai ah, aku beli jea selendang putih tu hahaha~ drpd takde en -.-

smpai bilik, dah ada roommate. heee aku panggil dia ziera. nama sebenar Nurul Hazirah. okay laaa, dye baik :) and perangai agak gila2 mcm aku. haha alhamdulillah, satu perkara dah lega. before nie, takut sgt kalau dpt roommate senior atau sesapa yg mcm, errr tak okay sgt an. tapi alhamdulillah, aku dpt rommate yg baik :)

kul 2 tu, masa nak gi berkumpul tu, tetiba hujan plak ~ yang takley bla, kitorang kena angkut pergi dataran tu pakai payung besar. hahahaha seyes kelakar. kan ada payung macam org meniaga kat pasar malam tu en, payung yg besar tu. abang2 PC tu ah yg bawak kitorang. ramai2 duk bawah payung tu, pastu jalan sesama. hahahah lawak weh. basah tu of course ah basah jugak. sbb ramai2 duk bawah tu and jalan pun mmg basah. hujan lebat. kalau redah tu rasanya lencun habis :D

aktiviti first kitorang buat ialah dgr taklimat. kalau dikira2 taklimat sepanjang MPP nie, mmg banyak yang amat. mcm2 jenis taklimat ah kitorang dgr. taklimat ko-k lah, taklimat asrama lah, perjumpaan dgn felo bla bla bla. seyes banyak. and most of the days, kitorang start pukul 6 pagi untuk subuh, sampai lah ke 1 pagi. kadang2 tak dibenarkan langsung balik bilik. sembahyang apa semua kat surau. so mmg takleh naik bilik. mandi petang tu jgn ckp ah. mmg tak sempat hahahaha selalu balik kul 1 pagi tu baru mandi. and kemas2 apa semua, tido dekat2 kul 2 pagi. bangun balik kul 5. pergh 3 jam jea -.-

ecehhh macam lah aku tak biasa en tido lambat. haha~ aku biasa, cuma untuk MPP nie, kan penat. ke sana ke mari, so mmg teramat lah letih. kadang2 smpai tersengguk2 masa dgr taklimat. mmg kuyu ah mata. naseb seminggu jea, so tahan tahan tahan :D

posing sekejap ngahaha 
oh ya, lupa nak ckp. aku jumpa dah kawan alam maya aku. si Qin duri tumpul tu hahahahah first time jumpa, and aku tak cam muka dia. dia dtg bilik aku masa hari first tu. ketuk pintu, pastu masuk. dia mcm excited au, aku pelik. hahaha aku asyik fikir je, aku kenal dia er. seb bek aku tak tanya, cari sapa hahahah rupanya Qin :DD terkejut, sbb dlm fesbuk and twitter, she looks so childish. bila jumpa depan2, haaaa gila matured siot. seyes, muka dia matured gila, plus dia tinggi. terasa diri aku nie kecik dan senang dibuli hahaha~

actually gmbr tu bukanlah hari pertama kitorang jumpa. hehe masa nie hari kedua akhir MPP. ada lagi satu gmbr, tp gambar tu mcm gedik (Qin kata) so dia tak kasi upload hahaha~ tengoklah muka aku, beza gila dgn tangan. burn habis kena panas. huhu~ penat jea duk umah jaga muka. dtg sini terus hancusss. takpa2, ada masa utk kembalikan sperti sediakala ngihihi :3

paling tak best kalau ada ceramah kat DECTAR (Dewan Canselor Tun Abdul Razak). sbb nak pergi DECTAR tu kitorang kena jalan. agak jauh lah jugak. pergi mmg tak terasa sgt sbb turun bukit, turun tangga. kalau balik tu, perghh mmg lah. lencun habis baju. naik bukit, naik tangga. dah lah suruh jalan laju. mmg penat dannnnnn sangat2 tak best. huuuuu terseksa gila kottt ><

ada skali tu, aku dgn beberapa org lagi kena pergi PK au. PK tu Pusat Kesihatan. sbb aku kan ada asthma. so doctor nak cek, asthma aku nie kronik ke biasa2 je ke. so pergilaaa. kak PC bawak. then ambik nombor giliran, beratur apa semua. jumpa la doc. hehe doc tu laki. nama dia apa ntah.tp dia rasanya mamak kot. atau India Muslim. atau Bangladesh. mcm tu laaa lebih kurang. and dia tak reti cakap bahasa Melayu. English dia okay, cuma cara sebutan dia tu buat aku blur hahaha kau bayangkan, dia nak tanya, aku ada batuk ke tak. pastu dia ckp, "ada badok badok ?" ngahahahaha punyalah nak tergelak guling2 aku kat situ. mula2 aku tak faham.pastu masa doc tu angkat call, baru otak aku leh interprete apa dia nak ckp hahaha

tapi dia try jugak la nak communicate dlm BM ngan aku. sbb aku kalau speaking mmg hancus hahaha lama dah tak speaking -.- maybe sbb tu kot nombor giliran aku lambat. pesakit lain mgkin mengalami masalah komunikasi dgn dia jugak hahahahaha :P

lepas dah cek, buat penilaian borang pesakit apa sume, dia pun kata lah sesuatu yg aku tak expect. sbb masa aku buat medical checkup kat hospital kerajaan dulu, takde pulak doc yg cek aku tu ckp pape. nie bila buat checkup kat PK, doc tu kata. asthma aku agak cronic and uncontrolled. Seriously I didn't expect that. sbb mmg aku pakai inhaler tu almost hari2. especially waktu aku tgh tidur pastu sejuk, mula laa nafas berbunyi. and aku tak sangka pulak, org yg pakai inhaler hari2 tu dikira sbg cronic hahaha

rupanya kalau asthma yg biasa2 je, 1-2 kali je pakai inhaler dlm sebulan. aku ? hahaha beza gila kotttt. terkejut jugak ~ so doc tu kata, dia bagi ubat, then minggu depan hari rabu dtg lagi kat PK nie. dia bagi ubat biji 2 paket - 20 biji (hahaha banyak gila!), ubat selsema dgn inhaler baru yg sangat canggih dan kesannya sangat kuat (kata doc tu lah). actually aku pun malas nak amik ubat2 tu semua -.- penat doh makan ubat hahahah malas dan tak suka. but what can I do. aku pun taknak asthma nie smpai ke tua. hahah dr kecik aku kena, skunk dah hampir 19 tahun tanggung. susah weh. nak buat vigorous activities pun tak bleh. sakit dada. huuuu tapi inshaAllah, nnt okay kot,. doakan aku yea :DD

sepanjang MPP nie, banyak jgak aktiviti lain yg kitorang buat. salah satu yg aku masuk ialah nasyid. hahahaa lawak ><" tak pernah2 aku masuk nasyid, tetiba rasa teringin pulak. benda nie pertandingan antara kolej2. so before masuk kena test suara dulu tau. depan abang yang ajar nasyid tu. nama dia abang Iwan. hensem hahahaha tapi dah ada awek lah. lagi sorang, abang Hafiz. abang Hafiz nie sangat2 kelakar. hahaha bila dia buat lawak, bleh menangis aku gelak. seyes >< sorang lagi, Kak Fatin. Kak Fatin nie lah yg handle bila nak practice, baju apa semua. dia sangat caring and sangat baik. dia belikan air asam jawa utk kitorang, sbb takut kitorang sakit tekak. mcm2 lah. mmg respect sgt akak tuh :)

so, kitorang berlatih punya berlatih punya berlatih, mmg banyak jugak skip taklimat, skip aktiviti sbb nak berlatih nasyid. lagu dia susah. sebab tempo musik tu bertukar2 for every rangkap. tapi abang Iwan tu guide ah sesatu. and sampai sekarang dlm kepala otak masih nyanyi lagu tu :) nnt kalau dah ada video yg diupload kat youtube, aku bg link. sekarang belum upload kot rasanya. sbb baru lagi. heee jom tengok gmbr :D

sebahagian team nasyid :)
me with roommate masa hari pertandingan :)
kawan baru, ROS :) KMS jugak rupanya,tp x penah jumpa
team nasyid :) * main singer dia serious awesome, suara sedap gila gila gila ! *
gmbr tu agak kabur, sebab abang PC yang aku mintak tolong tangkapkan gmbr tu, tak reti nak tangkap gmbr pakai fon touchy. ngahahaha lawak seyyy. patutnya banyak gmbr, tp sbb abg tu tak reti and rushing utk tunggu turn, so dpt satu jelah. tu pun kabur. maybe nnt akan amik dr kamera org lain :)

unfortunately, kitorang tak menang pun. and abang Iwan ckp, mungkin sbb kitorang jea yang nasyid. i mean, kan pertandingan antara kolej, masa undi utk persembahan tu, kitorang dpt nasyid. kolej lain ada yang boria, teater, tarian melayu, tarian kontemporari and bla bla bla. banyak, ada 12 jenis persembahan. and maybe sbb tu lah kitorang tenggelam kut. nasyid mana ada tarian kan hahaha ada gaya ja sikit2. and penilaian dia, 25 marks utk tarian.. so mmg agak burn lah. tapi takpe, abang Iwan ckp kitorang dah buat yg terbaik. ramai yg puji, cuma belum ada rezeki. and inshaAllah, walau apapun, kitorang dah tunjuk bakat masing2 kan. so maybe after nie boleh lah masuk pertandingan nasyid yg lain :)

masa dah habis buat persembahan, abang Iwan dgn Kak Fatin sangat excited. dorang smpai terjerit2, kata best. tapi tulah, masa umumkan pemenang tu, tak tersenarai pulak. so masa dah habis tu, dorang bg ucapan lah kan. time tu rasa sedih pulak. huhu sbb mcm dah rapat satu team. padahal baru berapa hari. 4 hari kot practice. tapi rapat lah, rasa mcm sedih sbb maybe after nie tak jumpa dah kan. UKM kan besar :')

anyway, hari last kitorang agak relax. sbb ada senamrobik pepagi, kembara kolej dgn persiapan untuk . . .  DINNER BERSAMA PENGETUA. heeee yg nie paling best lah. penutup yang best. sbb bleh MAKAN ! hahahaha and of course, tak payah pakai baju kurung biruuuu je. -,- bleh pakai baju lain jugak. sepanjang MPP nie, kalau majlis formal je mst kena pakai baju kurung biru dgn tudung putih. mmg dah busuk sgt sbb berpeluh apa semua hahahah lega sbb dah habis 'penderitaan' tuh :P

me with jubah :D
tudung putih bawal tu, baru diberi oleh adik laki aku. tu pun sbb terpaksa suh dia hantar jugak petang tu. sbb apa tau, dorang tak bagi pakai tudung lain selain tudung bawal putih. !@#$%^&* banyak betul demand. siot je -..-

so, dah siap2 tu pergilah join program. hehehe bleh tahan best jgak. mcm kat hotel persiapannya, padahal kat bawah khemah kanopi tu je hahaha best best best. cuma yg tak best, pengetua berucap smpai 40 minit. mmg lama and boring. mengantuk semua ada. ngahaha XD jom jelajah gmbr :)

menu utama : nasi beriani. sampingan : lemang dan rendang
team nasyid duk semeja :D
suka sangat2 gmbr nie. credit tu kak mira :)
Qin and Me :)
me with roommate, Ziera :)
yang duduk tudung oren tu salah sorg kak PC. nama dia Akmar. menang anugerah PC Paling Diam. ngahaha XD
seyes seronok jugak smlm, sbb MPP dah berakhir. alhamdulillah, lega sangat2. balik jea terus kemas2, solat Isyak, online kejap pastu tido. haha skunk dah petang. 6.20 petang dah weh. smlm update blog nie smpai kul 4 pagi jea. pastu tak tahan dah, tido. hahaha kul 4 ptg lebih baru sambung. akhirnya hampir siap. tadi bukak laman web kolej utk tengok jadual. and jadual aku agak pack. isnin smpai jumaat ada class. cuma khamis dgn jumaat 1 class jea. isnin selasa rabu 2 class. roommate aku, isnin dgn selasa jea ada class. hari lain freeee hahahah bapak heaven siot =.=

okay lah. stop smpai sini. penat dah menaip. ngahaha alhamdulillah, syukurrrrr. aku harap lepas nie perjalanan pembelajaran aku berjalan dgn lancar lah. inshaAllah. esok first day kuliah, kul 12 tengahari. takut sesat ah esok. hahaha inshaAllah tak sesat kot. amin ~ haha okay okay, thanks naaa sebab sudi baca entri berjela2 nie. nie pun aku dah try menyingkatkan apa yg tak penting. haha kalau nak cerita sesatu, silap2 2-3 hari baru siap. thanksssss bye bye, ketemu lagi di hari dan waktu yg lain :)

Thursday, 30 August 2012

pesanan dari kak zani :D

Assalamualaikum :)

hye babe ~ kali nie nak update sikit jeaaa, khas untuk kawan2 aku yg bakal melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di universiti2 masing2 hehe :)

aku tau, mesti ada yg kecut perut menanti saat pendaftaran nnt kan. lagi2 yang dpt uni jauh dr rumah. contohnya duk kat kedah, dpt uni kat johor. ataupun, dok kat semenanjung, dapat uni kat sabah sarawak. haaaa sabar ea, tu namanya dugaan dlm menuntut ilmu :) yang berkobar2 tak sabar nak masuk uni tu, tahniahhh hahaha~ anda ada extra confidence dan keberanian berbanding org lain :)

so, i'm gonna straight to the point jelah ea. pesanan aku untuk kawan2 aku :

SATU
jaga diri baik-baik. terutama yg uninya jauh dr rumah. bawak kereta tu hati2, ckp kat mak ayah ea :D biar lambat asal selamat hehe~

DUA
takde sapa nak urus diri kita nnt, kita kena independent sendiri. so manage your time wisely. :) 
kat uni bukan mcm kat sekolah. kalau kita tak pergi kelas, takde sape yg nak kisah :) tp ingatlah ibu abah, semoga berjaya graduate, dapat ijazah :) * macam berpantun pulek :P

TIGA
belajar rajin-rajin okay. jangan skip kelas. sekali dah tertinggal, susah nak kejar balik :) jangan ulang kesilapan yang kita dah buat sebelum nie. be the best, beat the rest. inshaAllah, kalau dpt dean list, jangan lupa belanja ngahahaha XD

EMPAT
jangan lupa aku ! bila dah berjaya nnt, graduate, famous amos, jangan lupa aku eh. kahwin jgn lupa jemput ! hahaha :P ukhuwah fillah abadan abada, inshaAllah :)

LIMA
baca semua yang di atas, berulang kali smpai lebam. ngahahaha XD

walau apepun yang bakal berlaku nnt kawan2, ingatlah. kita belajar kerana siapa ? kerana Allah. kita belajar kerana apa ? kerana nak jaga kebajikan ibu dan abah. niat kita belajar kerana siapa ? kerana Allah. jadi betulkan niat. niat untuk belajar, berjaya. bukan menggatal, cuci mata. hahaha~

good luck, do the best nnt. cuba yang terbaik, tempatkan nama penuh anda dalam dean list, banggakan ibu abah. jangan lupa diri okay :)

last but not least, aku takkan lupa kawan yang berdiri sama tinggi dgn aku, duduk sama rendah jugak dengan aku. ingat, tak semestinya kita selalu berada di atas. ada masa kita berada di bawah. jangan give up, hidup nie umpama roda. kalau nak berada di atas, kena terus berputar. belajar kesusahan, baru akan dpt pengalaman yang akhirnya membuahkan hasil yang menyenangkan :)

sekian, thanks baca. :) Assalamualaikum ~

----------------------------------------------------------------------------

kepada encik yang lahir 23 october 1993 tu, heee i wish you all the best. do the best okay ;) dua tahun lagi, ada rezeki boleh jumpa. ingat janji ? siapa kalah result kena belanja hehehe~ sorry if zani pernah TERsakitkan hati feez. sorry if zani pernah TERlepas ckap kat feez. thanks for those advices, thanks for supporting me a lot when i've problems, thanks for the longest wallpost hahaha~ thanks for everything. :) we owe her (kembar zani) very much :P if we're meant to be, we'll be. inshaAllah :D 

cop cop :3 byeeeeeee :))

Monday, 27 August 2012

hari yang _____ (5 markah) -,-

Assalamualaikum :)

heee nak cerita pasal hari nieeee hari yang sangattttttt memenatkan. extremely tiring. semalam ingatkan dah kuat mental dan fizikal nak menghadapi hari nie. rupanya sangkaanku meleset. ecehhh hahaha~ ikutkan hati nak je tido skrg, tapi . . . .  tettttt hehehe disebabkan beberapa perkara, aku kuatkan jugak laa diri nie kan :3  tapi kalau tertido tu, mmg takleh buat apa lah kan .__.

smlm tido kul 3 pagi setelah memungkiri janji, kata nak offline pukul 2.45 -,- mmg janji melayu betul hahaha ><" maaf kepada org yg aku dah berjanji tuh :P agak menggila dgn org tu smlm, masuk air betul hahaha~ smpai nak tido pun tersengih2 lagi hahahaha sengal ><" okay dah, kang tersasar dr tujuan sebenar haha :P 

bangun kul 5.40 pagi. haaa kira sendiri brape jam je aku tido. mmg mata sangatlah malas nak angkat, smpai adik aku terpaksa gerak2 kan badan aku, baru aku bangun o.o siap2 apa semua, hantar adik gi sekolah. pagi tadi hujan, so agak terpaksa meredah naik moto tu. sejukkkkk ~.~ menggeletar badan. naseb sorg tu je, yg paling kecik malas nak gi sekolah .___. maklumlah, dah cuti lama. mama tade, aku takleh nak paksa dia. huahua tp td dah ckp baik2, esok kena pergi sekolah jugak ! ><"

pas hantar adik, mandi, basuh baju, basuh pinggan, sidai kain, kemas2 apa semua. masak ! >< hari nie menu daging masak black pepper. aku taruk2 je hahaha mula2 rasa masin ( org tua2 kata kalau masakan tu masin, gatai nak kahwin. erkkk ? ) pastu tmbah air sikit. baru okay, alhamdulillah :D panaskan lauk smlm, masak nasi. goreng naget utk budak kecik tu nak sarapan. kul 9.30 siap semua. 

yang adik laki tu tak bangun tido lagi -,- dye tak keje, so aku suruh dia jaga rumah. aku gerak gi bank islam ngan si kecik tu. naik moto hahaha berani :3 tade lesen nih. bank islam punya cawangan dah lah jauh dr rumah. and possibility nak kena roadblock tu mmg ada. cuma bernaseb baek je sbb smpai hari nie masih tak kena hahaha :D

smpai bank islam tuh, mesin ambik nombor giliran dia rosak. so mmg kena beratur panjangggggggg (mungkin sbb hari nie isnin) dengan sabarnya aku beratur. akak tu pun mcm susah je nak sebut2 nama haha selalu kan pakai mesin nombor jea. nie kena sebut nama. haihhh 

smpai giliran aku, nak buka akaun bank islam lah nie kan. tunggu dia proses, skali akak tu sebut jumlah yg kena bayar. aku pasang earphone time tu ><" dia sebut RM 120. aku ingatkan RM 20 jea. sbb kat dlm buku panduan UKM pun tulis RM 20 jea nak bukak akaun. aku pun keluarkan not RM 50. rupanya RM 120. patut lah akak tu pelik jea. maluuuuu >< naseb bawak duit lebih. kalau tak, ternganga kat situ ! ><" 

aduhaiii, rabak poket aku hahaha~ masa dia dah habis proses tu, dia bg ic, kad atm dgn printed paper sehelai JE. aku pelik .__. kata buka akaun, kenapa takda buku ? pastu aku pun tanya lah dia, dia kata mmg takda buku. lagilah bertambah pelik hahaha~ dua kejutan dah dpt pagi2 =.=

terus aku text member yg masuk UKM gak. si Qin duritumpul tu heee intruder pertama dekat wallpost terpanjang tuh :P pastu Qin cakap dia pun bayar RM 120 minimum. okay, buku panduan UKM pentipuuuuuuu ><" and mmg tade buku, kat printed paper tu ada tertulis bookless rupanya =.= mcm mana lah aku boleh terlepas pandang -,-

pastu dah sure pasal buka akaun tu, barulah bergerak balik ke rumah. hehe oh ya btw, aku pakai baju sukan KMS tau hari nie :P entah kenapa tetiba rindu gila ngan KMS :'( rindu roommate, rindu semua pasal KMS. huhu ~ jarum jam masa tu lebih kurang kul 11 pagi. 

balik2 rumah, ingatkan pak guard (adik laki) tu betul2 jaga rumah. hampehhhh membuta lagi -..- smpai aku hon2 moto tuh hahaha sakai gila. baru dia bukak pintu .___. ape lagi, membebel lah hahaha XD aku kacau dia tido, tarik2 selimut, kacau telinga dia hahaha ><" suruh dia bangun, hampehh punya adik :3

kul 1 lebih pergi amik adik darjah 6 tu dr sekolah. haaa nie lah moment paling memenatkan. huuuu aku dah siap2 bawak semua dokumen yg perlukan pengesahan guru besar / pengetua. so dah alang2 smpai sekolah adik, ex-sekolah aku jugak, aku pun gerakkan kaki nie JALAN dr pintu masuk smpai ke pejabat. okay 'dekat' jugak -.- seb bek cikgu2 semua tak kenal hahaha segan ><" pastu cari guru besarnya tak ada. okay fine. kerani2 situ pun mcm sombong gila. pandang aku atas bawah atas bawah, mcm aku nie budak kecik. mentang2 aku pakai baju KMS JER -_____-"

aku pun dgn hati yg kecewa blah la dr sekolah tu. bergerak ke ex-sekolah menengah aku dulu masa lower form. upper form dah dekat kkb kan. jauh ><" masa smpai sekolah tu, ckp ngan pak guard, nak jumpa pengetua. pak guard pun kerek semacam, puihhh. tapi dia bg la aku masuk, dia kata pengetua ada. so aku masuk ah. 

pergi pejabat. pastu ada sorg cikgu kat situ. dia tanya, nak apa ? aku jawab, nak jumpa pengetua. dia tanya lg, atas urusan apa ? aku kata lah, nak minta cop pengesahan untuk masuk uni. dia ketap bibir. pandang aku len mcm je -,- pastu dia kata pengetua takdak. puihhh, tadi pak guard kata ada weh. takkan pak guard tu nak tipu aku, sbb dia siap tgk jadual terpampang kat dinding tempat guard tuh. puihhhh nak sorok pengetua tu buat apa. kalau takat jadi pengetua untuk disorok, baik pencen. dua2 pencen. *marah*

sapa tak bengang weh. pastu cikgu tu kata, pegi mintak kat ketua jabatan. aku baca buku panduan, cop2 pengesahan mana bleh ketua jabatan. lain lah penolong kanan tinggi. aku ckp, takpe ah, thanks. aku terus blah dr situ. sakit hati weh. kecewa dgn sekolah sendiri. dua2 sekolah, rendah dan menengah, ex-sekolah aku. tapi depa taktau aku ex situ.  ooo mcm nie rupanya layan org luar. mentang2 aku dtg bawak adik2 ja, tak bawak parents, suka hati lah eh nak buat mcm tu ? O.K.A.Y !

*tahan tahan* tarik nafasss. lepassss. fuhhhh. geram weh. pastu aku gerak pergi ex-sekolah menengah adik aku yg laki tuh. pak guard dia okay, ckp leklok ja. aku amik pas pelawat, JALAN kaki lagi dr tempat guard ke pejabat tuh. aku tengok ada dua org perempuan tgh tunggu kat kaunter, rasanya amik cop pengesahan jugak. tapi rasanya lepasan spm nak amik dip atau matrik atau lain2. sbb aku ternampak sijil spm depa. 

dalam hati, ada harapan lah nih nak mintak cop. tunggu punya lama kat situ. last2 masa ckp kat kaunter tu dgn kerani kat situ, dia kata apa tau. aku sepatutnya kena bawak semua, SEMUA dokumen yg aku fotostat nie, bawak yang ORI punya. SEMUA weh ! kalau tak, aku takleh mintak pengesahan. time tu aku bawak surat beranak dgn ic ja yg ori weh. result2 yg fotostat ja ada, yg ori takdak. pastu dia kata, takleh nak sahkan kalau mcm tu. puihhhh aku tgk budak spm td,  mana ada bawak ori. aku tgk fotostat ja banyak. seyes ! yg ori depa punya ic dgn slip spm. sijil lain mana ada ! aku nampak weh tebal. pasaipa depa bleh dpt cop, aku tak bleh ?

dgn muka yg bengang, aku rasa kerani tu nampak kot, aku kata ja takpe ah. aku terus blah. sakittttttttt sangat hati nih. dah lah letih. masuk nie 3 sekolah dah aku pi. semua tak mao cop. bukan susah pun nak bg cop pengesahan. perlu ka SEMUA sijil ori ? aku bawak ic ngan surat beranak dah cukup bagus, nak pastikan benda pa lagi. haihhh tak paham aih ! kesian adik2 aku. adik aku yg baru balik sekolah tu, dgn baju tak tukaq, makan tak lagi. aku pun dr pg tak makan. haus lagi panas. haihhhhhhhh sabar jelah

ingat nak terus balik rumah. pastu aku fikir, dah alang2 aku keluar nie, bek habiskan hari nie jugak. aku kena gak cari sekolah yg tak banyak songeh. last2 aku pi sekolah rendah yg aku tak pernah jejak langsung. tak jauh dr sekolah menengah tu. tak kenal sesapa pun kat sekolah tu, tak pernah jejak langsung weh . tapi parking ja moto, pak guard tu elok ja ckp ngan aku. dia mcm tau2 ja, dia kata, nak jumpa pengetua nak amik cop pengesahan ke ? aku angguk ja. sejuk sikit rasa hati weh. tua dah pak guard tu. siap senyum lagi. terubat sikit sakit hati nie. hmmm~

masuk pi pejabat, aku nampak sorg laki nie. dia pun dok pegang fail UKM sama cam aku. bakal member degree aku jugak lah tu. hahaha~ dia pun nak amik cop pengesahan jugak kot. aku pi kat kaunter, aku terus terang ja. letih punya pasal, aku terus ckp kat kerani tuh, "saya nak mintak cop pengesahan untuk masuk uni.  tolonglah, dah 3 sekolah saya pegi, semua tak bleh nak cop dokumen2 saya. saya nak mohon cop kat sini, boleh tak?" kerani tu siap senyum, dia kata boleh, tapi tunggu kejap, ada orang tgh mintak cop pengesahan. laki td tu lah kot. so aku pun tunggu kat depan tu.

alhamdulillah, tak smpai 15 minit aku tunggu, semua dokumen dah kena cop. mmg rasa nak sujud syukur ja kat situ. kalau aku tau dr awal sekolah nie yg bleh selesaikan urusan aku dgn cepat, sekolah nie lah sekolah first aku datang hahaha~ tapi plan Allah, kita taktau kan. bersyukur gila weh masa dah dpt cop tu. byk kali dok kata terima kasih kat kerani tuh. huhu~

pastu aku takleh nak balik lg. nak kena pos salinan surat beranak kat ibu aku yg kat perak tuh, sbb dia nak try mohon dermasiswa yayasan perak. aku kan anak perak hehe~ ibu pun perak. tapi tak tau lg boleh ke tak, sbb aku stay selangor. cuba cuba ja, mana tahu ada rezeki kan ? :)

pos laju mmg tak jauh dah dr situ, so aku pi laa. time tu dekat pukul 3 petang. masuk2 ja pejabat pos tu, perghhh ramai gila org baq hang. sempit, tak dak tempat nak duduk. jgn kata nak duduk, nak berdiri pun ruang sikit. amik nombor, tunggu punya tunggu. lama nak mampuih nombor giliran aku. smpai adik aku tertido2 tunggu. hahaha kesiannnn. depa dah la tak makan lagi. perut aku pun mmg dah menyanyi linkin park habih dah. 

ingat nak pos laju, tapi dah dekat pukul 4, nombor aku tak kena panggil lagi, geram tunggu lama sgt, aku pi kat kaunter, beli sampul pos express. isi2 sampul tu, tetiba ibu aku msg. kena salinan ic aku skali. time tu rasa nak baling fon hahahahahaha ! sbb mula2 ibu aku kata tak payah salinan ic, sbb ibu aku ada simpan. skali kena pulak dahhh. nak kena pi kedai fotostat lagi. last2 aku kata kat ibu aku, esok ja aku pos -____-" tunggu punya lama, sekali . . . . .lu fikirlah sendiri ><"

haihhhhh dengan panas nya, dahaga nya, lapaq nya. sakit kepala tak ckup tidoq semua ada weh. aku singgah 7 eleven ingat nak beli slurpee. dahaga gilaaaa. tapi aku malas turun. suruh adik aku tu pi beli. bagi RM 10. tunggu punya tunggu, dia mai bawak apa tau. bawak jajan. keropok, gula-gula, biskut. yg pastinya takda slurpee, takdak setitis air pun ! ><" aku tanya dia, mana slurpee ? dia kata, takdak, mesin rosak. aku kata tak beli air langsung ? dia geleng. langsung ?!!!! time tu rasa mcm nak hempuk kepala aku kat moto. kepala aku tau, bukan kepala dia. habih RM 10, semata2 beli jajan. air takdak !!!!

huwaaaaaaaaa memang bengang yg teramat time tuh. terus aku pecut, bonggol semua aku langgaq. ye, memang bahaya. tapi aku nak cepat2 smpai rumah. *kakak yg jahat* gerammmmmm. sampai ja rumah, terus bercawan2 aku minum ayaq. tu yg terkejut perut aku sebentar. online twitter kejap, solat, baru makan. perghhhh mmg gila betul hari nie. gilaaaaaaaa ><"

mst kau akan kata : "tu baru berapa jam tak dpt makan, tak dpt air. cuba bayangkan org2 yg lebih susah dr kita." ye aku tahu, aku bersyukur sbb masih selamat, masih dpt minum, dpt makan. masih hidup. alhamdulillah. haihhhh letih yg teramat sangat masa balik tu. tapi aku takmau tidoq. aku takut kalau tidoq petang. takot terlajak. huhu so sampai sekarang aku masih menahan mata. hopefully dpt tahan utk beberapa jam lg. kalau tak dpt tahan, faham2 lah ea. zzzzzzzzzzzzzzz

cuma nak luahkan rasa bengang, rasa kecewa dgn sekolah sendiri. mungkin aku yg tak faham tugas cikgu, pengetua, kerani. tapi aku rasa aku dtg situ, cuma nak minta cop pengesahan sahaja. tu ja. bukan nak buat kacau ke apa. kenapa perlu pandang aku mcm budak bodoh yg taktau pape, budak hingusan yg skema, senang kena marah, senang kena buli ? hmmm~ kecewa sgt. tapi takpalah, what goes around comes around. let bygones be bygones kan ? okay chillax, smile zani :))

okay thanks kamu kamu kamu sbb sudi baca :) thanks sangat2. tu tajuk tuh, isi tempat kosong sendiri eh haha~ sorry kalau TERemo lebih lebihan. maaf maaf maaf. assalamualaikum :)

Friday, 24 August 2012

jalan jalan ke The Mines ^_^

Assalamualaikum :)

hehehe sihat ? aku alhamdulillah sihat. walaupun tgh ditimpa masalah yg agak berat dan rumit, tapi alhamdulillah aku dah boleh terima kenyataan, redha dgn apa yg berlaku. mungkin ada hikmah di sebalik semua yg terjadi kan. percaya pada-Nya :)

okeh soooo nak story mory pasal journey yang agak memenatkan hari nie, tapi sangat fun dapat spend time dgn adik2. hehe pergi menghiburkan hati yg duka (setelah dipaksa sebenarnya). ikutkan hati, malassssssssss sangat nak keluar pergi mana2 sebab takda mood, pastu rasa mcm, bersalah pulak nak berseronok sekarang. mcm tak sesuai, errr macam tak kena pada hari. but since adik2 aku memaksa, aku pergi lah jugak :D

*alahai tgh nak menaip blog, ramai pulak nak mesej2 - errr ibu, zahirah, and bertwitter, berfacebook - okay skunk kul 9.33 p.m, tengok kul bape habis* 

so mulakan perjalanan, abah yg hantar smpai ktm, padahal tak jauh pun, bleh je jalan. tapi panas hahaha ngade ! ><" beli tiket dr ktm UKM ke ktm serdang takdelah mahal. sebab ukm-kajang-serdang. 3 stesen jer :) so beli terus pergi balik. and bila dah sampai ktm serdang, naik teksi RM7.00 dan seterusnya sampai lah ke destinasi kami. hehe~

masa dah nak smpai tu boleh pulak ada roadblock. naseb bukan orang indon kahkah kalau enggak, pasti ditahan sama pak polisi #eh ? hahaha ngok. masa smpai tu, aku tgk The Mines dah lain. ada The Mines 2 plak tu hahaha tapi tak byk kedai lagi. last aku pergi situ masa habis SPM tak silap. lama jugak tak pergi. masuk2 je cari makan dulu weh ! lapar kat rumah tak sempat nak makan :3


weeewittt makan ciken rice shop jelah mampu weh haha~ dpt gak isi perut sikit2. hehe order set kanak-kanak, gila hahahaha tak sedar diri dah tua :P ehhhh tak, aku muda lagi. cuma bukanlah kanak-kanak kan :P set kanak-kanak sedap apaaa. ayam dia takde tulang. huahua dan nasi sikit. jgn makan byk2 ! nnt kembung perut tak larat nak jalan :3

jap jap, adik-adik nak posing heeee


dua org adik perempuan aku, sorang 6 tahun, sorang darjah 6. heeee adik aku yg laki tu malu-malu kambing plak nak bergambar hahaha 

* tengok yang kecik tu hati rasa sayu, haihhh kecik-kecik dah terpaksa tanggung semua nie :( *

okay lepas makan, kami pi jalan-jalan. haaaa memang betui2 jalan laaa, habih bengkak kaki aku. hahaha bukan pakai heels pun, tapi letih sebab pakai kasut, bukan sandal. aiyooo *menyesal

jalan-jalan tengok kedai nie, kedai tu, memang pusing habih laa. smpai tingkat 4 kami pi. gilaaa mana tak penat. hahaha aku mmg takleh tgk kedai2 yg banyak barang2 perempuan nih. rambang mata .___. kedai2 yg pink2, banyak beg2 atau barang2 perempuan lah, kompem masuk ! ada laaa 5-6 kedai perempuan aku masuk td. hahahah cuci mata :3

tengah jalan-jalan kat tingkat 4 tu, jumpa arcade, tempat main game pakai token. phewww lagilah bertambah2 excited ! apa lagi hahaha beli kad token dia, letak credit banyak2, main smpai lebam. hahaha mmg banyak duit habis kat game tuh. mcm2 game kitorang main. kereta, moto, bowling, basketball, mcm2 lagi lah. huihhh seyes besttttttttt !!!

tu pun adik aku tak puas main, dia suruh tambah credit lagi. amboihhhh duit aku yg dikikisnya hahaha takmao2, bukan kedekut, tapi ketagih weh men benda tu. kena jimat2 kalau tak habih duit aku. terus tunjukkan perwatakan garang haha adik aku tarik muka. haihhhh susah, kena pujuk pulak dahhh =.=" seb bek pujuk beli aiskrim mcD pastu dah okay :D

*sambil berblogging, sedang dinasihat oleh seseorang suruh masak. "masak tau masakkk" hahaha*

pastu jalan-jalan balik. bawak adik main binatang-binatang palsu yg guna duit syiling tu. hahah aku tercongok jelah tunggu. haihhh :PP


ahah gambar adik lagi :3 pakcik belakang tu tak kira tau hahaha adik aku sorang nie ja maen. hehe~ aku dok rehat kat kerusi ogawa tepi2 koridor tu. masuk RM1.00 dapat urut 3 minit. sedap woiii rasa mcm lama ja mesin tu urut. padahal 3 minit ja.  tapi mmg best. dah penat2 jalan kan, dpt urut rasa nak tidoq ja kat situ hahaha~ :PP

fuhhh penat penat hahahah berblogging pun penat -.- (dicampur dgn mesej dan twitter :P) next, kami semua pun dah penat. so, beli mcD bungkus, bawak balik. hehehe masa nak balik tu tambang teksi RM10.00 puleksss =.= lain pergi dan baliknye. hahaha takpelah, yg penting selamat sampai rumah :) alhamdulillah :DD

nak tengok barang apa aku beli ? taklah banyak, dan taklah penting pun. tapi gedik nak beli hahaha takpa kan? :PP suka suka je heeee :3


beg simple untuk ke kuliah nnt, selendang dua helai, beg letak fon dgn jam. hahaha~ beg tu murah jea, tapi ada dua. satu kecik satu besar. selendang tu.... errr cantik ! tapi tu lah, mesti muka bulat kalau pakai. ><" dah beli, kena pakai jugak ! hahaha~ beg letak fon tu untuk melindungi calar2 dr fon nie. bahaya touchy2 nih. =.= jam tu, hehehe~ dr dulu smpai skrg, tak suka pakai jam jarum. kena jugak jam digital. baru bersemangat hohoh :DD

*tengok jam* erkkkk 11.24 p.m. weh lama gila update =.= okeh2 stop sampai sini naa kawan-kawan. hehe just nak ckp aku enjoy sangat hari nie. alhamdulillah, dpt jugak lupakan kedukaan untuk sementara :) even keluar dgn adik2 jea, tapi okay lah kan. hehe alhamdulillah :DD okay2, stop stop. hahah thanks sudi bacaaaaaa :)) assalamualaikum :D

P/S : ada tweet following yg tak muncul kat TL. terpaksa stalk untuk tahu ada balasan unmensi tak. phewwww maaf kalau tak reply unmensi, kadang2 tak perasan. huhu :) tatatata 

Tuesday, 21 August 2012

A Soul's Burden

Assalamualaikum :')

i was searching for something on google just now and what i found was an article which truly inspires me, give me strength to what i'm going through right now. i'll just copy pasted this article so that we can share this knowledge together to all Muslims :')


Trials and tribulations are a part of life. We do not like them; we do not like to go through them; but eventually we accept them. Even if we pray, fast, pay our zakat and do all different forms of ibadat we still get tested. Sadness sometimes fills our hearts. We could be the best of practicing Muslims, yet poor and unable to put food on our table. We could be rich yet lonely, or young yet unhealthy. It is in these instances that shaytan starts toying with our head. We look at what others have, especially the non-Muslims, and our core gets rattled. The shaytan ignites a fire that gets our blood boiling, hopelessness and frustration set in, and we ask “Oh Allah, why me?! Why am I being punished?”
3945231064_bc0a965d97_bPsychologists tell us that human beings go through five stages of emotion when struck with a calamity. Understanding the different stages of grief minimizes the first four stages (which are denial, anger, bargaining and depression) and gets us to the final stage – which is acceptance. I went through these stages on many different occasions, as I am sure you have.
I am not a psychologist nor am I trying to refute the works of psychology, but I would nonetheless like to offer a different view, a Qur’anic view, on how to deal with life’s trials.
Though we do not have a say in when we are born nor in when we die, life has a clear beginning and a clear end. What is sometimes unclear is the journey between the two points. For Muslims, however, the journey could not be any clearer. Allah says in Surat Adh-Dhariyat:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“And I (Allah) created not the jinn and mankind except that they should worship Me (Alone)” (Qur’an, 51:56).
Now think back to the first paragraph of this article. You might think to yourself, “I pray five times a day, I fast during Ramadan and pay my zakat, yet I have an ill child, or still can’t find a job, or this stressor or that.”  You begin to wonder why you are going through this and why you are being “punished.” Before you know it, shaytan takes the helm and you are on a slippery slope of anger and denial.
Before falling down that slope, one must take a deep breath and ponder the following question: is it punishment or is it a manifestation of what Allah has told us in Surat Al-Ankabut:
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
“Do people think that they will be left alone because they say: “We believe,” and will not be tested?” (Qur’an, 29:2)
Allah tells us that through this journey we call life we will be tested. In Surat Al-Baqarah, He says:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ
“And certainly, We shall test you with something of fear, hunger, loss of wealth, lives and fruits…” (Qur’an, 2:155)
Tribulations are a part of life but that doesn’t make them easy. We still grieve — but how could we not? We are, after all, a very emotional creation. So how does one cope with adversity? There are many ayat in the Qur’an that talk about different mechanisms of coping such as patience, faith, prayer and acceptance. But what I find the most profound and the most comforting is what Allah says in Surat Al-Baqarah:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
“Allah does not burden a soul beyond that it can bear…” (Qur’an, 2:286).
If you stand back and take a look at the whole picture, you will realize that what you have when faced by a tragedy is a choice. Will you go through the stages of grief, denying Allah’s destiny and the wisdom of His plan for you? Or will you realize that what you are going through is something you know you can handle? Whatever trial comes your way is something that Allah has planned and which He has guaranteed you can handle. This ayah is comforting because I, as a faithful mu’min who believes in Allah and His wisdom, know deep in my heart that although the sadness is cumbersome it will not be overwhelming; that although the times might be tough, I am tougher; and that whatever comes my way will go away; and that eventually I will face my Lord whom, I hope, will be pleased with me as I am pleased with Him.
So when you go through a difficult situation, be it the inevitable death of a loved one or the loss of a job or just a flat tire on the side of the highway, take a deep breath and say:
قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا
“Say: ‘Nothing shall ever happen to us except what Allâh has ordained for us…’” (9:51).

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bersyukurlah kerana dlm bulan syawal ini, kamu, kamu dan kamu masih boleh meraikannya bersama-sama keluarga. Fikirlah kepada mereka yg tidak bernasib baik, yg keluarganya berpecah belah pada hari yg mulia ini. keluarga yang kemalangan tanpa sempat beraya dgn ahli keluarga yg lain. Kehilangan.

aku hampir tewas dengan godaan syaitonirrajim. aku hampir menyalahkan semua orang dgn apa yg terjadi. tapi Alhamdulillah, aku masih berupaya berfikir dgn waras, Allah masih menyelamatkan aku. aku tahu Allah sayangkan aku, sebab tu dia uji aku mcm nie. aku tak tahu nak luah kat sapa. nak luah kat blog but it's too personal. dan kepada siapa lagi aku boleh luahkan kalau bukan kepada Pencipta aku sendiri. Dia Maha Mengetahui. Subhanallah. Aku harap keadaan akan kembali pulih seperti sedia kala lepas nie.

Please pray for the best, I beg you. tolong doakan yg terbaik untuk aku serta keluarga aku. Semoga Allah berkati kamu semua. Amin ya rabbal alamin. :'(