Pages

Thursday, 22 November 2012

K I M C H I I


menaip dengan keadaan yang extremely lapar dan extremely mengantuk bukanlah sesuatu yang mudah malah tidak menyeronokkan sama sekali bg aku haha =.= naseb bek kali nie just nak kopipes resipi kimchiiiiiiiiiiiiii. yeahhhhhh ! tau tak kimchi tu apa ? kimchi tu salah satu makanan yang terkenal kat korea. :)

Bean Sprout Kimchi :)
kimchi nie ada banyak jenis. yang kat atas tu salah satu contoh je hehehe bagi orang Malaysia, maybe kimchi nie lebih kurang mcm salad ataupun jelatah yg kita makan dengan nasi beriani tu haaa. sedap kan ? eceyhhh sebenarnya aku pun tak penah try buat lg kimchi nie. nnt bila ada masa, maybe time cuti sem ke, haa baru nak try :)

warna kimchi nie mmg either oren atau merah je. menandakan a little bit spicy la rasa dia kot. heee kalau pergi korea dikhuatiri tak halal kan, so jom belajar buat kimchi sendiri :D


BAHAN-BAHAN PERAM

*2kg kobis panjang
*2 sdm garam

BAHAN-BAHAN SOS

*2 sdm cili kering yang dah digiling (sebab xada cili korea so guna cili kering..rasa pon sama jer )
*2 sdm sos ikan.
*1 sdm gula perang
*1 sdm garam
*1 batang daun bawang
*3 ulas bawang putih
*1 labu bawang besar
*3 cm halia (lebih kurang lah)

PROSES PEMERAMAN

1. basuh kobis panjang dengan bersih dan potong sepanjang 1 inci
2. gaulkan kobis panjang dengan garam dan biarkan semalaman

proses pembikinan sos..
1. kisar bawang putih, bawang besar dan halia
2. hiris daun bawang
3. gaulkan bahan kisaran dengan cili, sos ikan, garam, gula perang, dan daun bawang biarkan selama setengah jam..

proses campur sos dan kobis panjang..
1. guna sarung tangan campurkan sos dan kobis..pastikan semua kobis bersalut dengan sos.
2. masuk dalam Tupperware dan biarkan selama 4 hari dalam peti sejuk..dan boleh makan..

kalau korang suka pedas tambah cili, korang rasalah sos tuh ikut perasaan hati nurani korang eh..agak2 xcukup masin ker, pedas tambah sendiri ok..selamat mencuba..dah cuba sila beritahu yer..

PESANAN
♥ 

makan kimchi dengan maggi kari, and nasi panas..sedap betul..xpayah masak sayur lagi muahahaha....

G O O D L U C K ! ! !


ahah yang pesanan, goodluck semua2 tu bukan aku yg tulis hahaha tu cik kapak yg tulis. dia laa yg bg aku resipi nie. tertarik bila nampak tweet dia kata nak try buat kimchi. aku pun terus lah tnye nak resipi hehehe pastu update kat blog nie pun sbb ada org tu nak tau resipi kimchi nie jugak :)

best rasanya bila kita share interests yang sama #TeamKorea #Tetiba hahaha

nnt aku pun nak try buat. mana lah tahu jadi kan ... haha mana lah tahu :P kalau sedap, bleh laa teruskan buat untuk generasi2 yang nak merasa kimchi tu guane. tp kalau tak sedap ... okay lupakan haha

sekian. malas nak update banyak2. aku penat baru balik lab. ngantuk bagai =.= malam nie penutup sukem !! habis penutup tu kalau dah extremely penat, mmg terbongkang ah. esok class pukul 8 ...

mamat sengal tu aku rasa mmg dah taknak datang lab kot. tadi lab pun takde. eh pergi ...... lah ! haa hahah geram aku =.= anyway, aku join group org lain utk lab. haihhh harap2 tak dikira markah kumpulan. aminnnnnnnnnnnnnnn

k dah. thanks baca wahai reader(s) yg comel dan cute, hensem serta kacak :p kalau dah try buat kimchi tu, gtau lah ye jadi ke tak heheee assalamualaikum :)

Saturday, 17 November 2012

Program Generasi Satu Santun


actually nie entri kedua dah dlm draft hahaha yang first tu panjang gila nak mati. takut tak terbaca lak nnt an, so i decided to highlight only few of the events yang agak2 mcm kelakar and penting. hehe even aku tau mmg still akan panjang jugak -___-"


4 hari (12-15 November 2012) berada di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan untuk join program anjuran Kelab Santun iaitu Program Generasi Satu Santun. rasanya kalau nak terangkan pasal apa itu Santun, mmg panjang. so kalau nak tahu, nnt boleh tanya aku sendiri.

secara ringkasnya, kelab santun nie menyediakan bantuan dari segi kewangan dan bukan kewangan untuk pelajar2 yang mendapat keputusan yang cemerlang serta dititik beratkan jugak background keluarga, dengan syarat pelajar2 nie kena join program yang diorang anjurkan. kiranya, sambil kita terima, kita berkhidmat untuk buat kerja amal kepada masyarakat jugak.

bantuan yg diorang bagi mmglah tak boleh nak dibandingkan dengan scholarship JPA atau Petronas hahaha tapi bg kami yg faham erti duit sebenar, RM1000 setahun adalah sangat banyak. tambahan pulak, program2 yg diorang anjurkan semuanya di-sponsor. tinggal kita nak pergi atau taknak je.

setakat nie batch paling muda, batch 7 tak silap aku. tak termasuk Santun Junior. aku batch ke-enam. dan program nie program kedua aku join. program pertama aku join masa tengah kat matrik dulu, Kursus Pengurusan Tauhidik di Regency Hotel Kuala Lumpur.

contengan jalanan ketika sedang bosan :p
secara keseluruhan, aktiviti2 yang dianjurkan sangat menarik. ada sesi taaruf dengan game pada malam pertama tu. hari kedua pagi smpai tengahari ada ceramah oleh Dr. Muhammad Bin Jantan. tajuknya "Emotional and Spiritual Quotient" petang ada ceramah jugak, "Misi Membudayakan Amal Jariah bersama YaPEIM" oleh Tn. Hj Mohd Yusof Abd Rahman. malam pun ada ceramah jugak, "Komitmen dan Tanggungjawab Sebagai Peserta Santun" then ada sambutan birthday utk ahli santun yg lahir bulan November. :)

Keesokan harinya, pagi2 ada Qiamullail. then pagi smpai tengahari tu ada Explorace. 4 group bertanding. aku group ke-2 hehehe around pukul 1.30 habis. 2.30 start ceramah oleh Dr. Zamri tak silap aku, tajuknya "Perjuangan Dan Ketahanan Bangsa ke Arah Pembinaan Negara Yang Bermaruah". malam ada forum yang diwakili oleh 4 orang dr 4 group yang berbeza (ikut group Explorace). then memandangkan esoknya dah nak balik, so byk benda yg terpksa diuruskan mlm tu.

contohnya, tiket bas utk sesapa yg balik naik bas. and then kitorang ada sesi sedih2 hahaha nyanyi lagu ramai2, lagu Doa Perpisahan dgn satu lg apetah tak ingat. sayu jugak laa mlm tu hehehe :') pastu rehearsal untuk majlis Penutup dan Akur Janji, serta penyampaian cek kepada ahli2 santun. tak semua yg dpt cek secara terus, ada yg bakal di-bank in. aku ? rahsia kekeke

so keesokan harinya, mmg aktiviti hanyalah majlis penutup sahaja. kemudian peserta semua dah dibenarkan pulang. actually 4 hari tu taklah lama pun ... cuma bila aku dah terbiasa dgn lappy, rasa mcm dying gila tak bukak lappy sehari hahaha dah lah line maxis kat sana mcm asdfghjkl =.= so, nak contact, mmg terpaksa pakai celcom. kalau nak carik line maxis jugak, kena letak fon kat ceruk-ceruk katil tu hahaha sadissss

nametag
apa yang aku dpt masa pergi kem generasi satu santun nie ? secara keseluruhannya ...

-Untuk Sesi Bersama Dr. Muhammad Jantan-

beliau menceritakan kisah Nabi Adam A.S yang dicipta dari dua perkara / benda sebagai syarat untuk dia jadi seorang manusia. iaitu dicipta jasadnya dari tanah dan ditiupkan roh ke dalam jasadnya. Roh yang ditiupkan oleh Allah S.W.T adalah bersifat positif, memandangkan Allah Maha Pengasih, Maha Berkuasa dan sebagainya (mengikut 99 Nama Allah - Asmaul Husna). dan Allah S.W.T telah menciptakan satu alat untuk mengawal sistem dalam badan manusia. iaitu OTAK. otak adalah alat yg dicipta oleh Allah S.W.T yang tak pernah berhenti berfungsi (unless dah mati). salah satu fungsi otak adalah merakam setiap suara, gambar dan setiap perkara yang dikesan oleh 5 jenis deria seorang manusia. rakaman pertama seorang manusia, majoriti adalah gambar ibu. rakaman kedua dan ketiga, boleh jadi rakaman ibu jugak. rakaman seterusnya barulah ayah dan orang-orang lain (berdasarkan kajian yg dia buat). 70% rakaman adalah negatif semasa manusia berumur 1-6 tahun. rakaman2 negatif nie lah yg melawan cas positif roh yang Allah S.W.T tiupkan dalam badan kita. dan inilah diri kita sekarang. so, tanya diri sendiri, yang mana lebih banyak dlm diri kita, cas positif atau cas negatif ? :)

"kalau kita nak tahu orang tu tengah bersedih atau gembira, kita tengok lengguk kepala dia. kalau ke bawah dan ke kiri, maknanya dia tengah sedih. kalau ke atas dan ke kanan, maknanya dia tengah gembira."

Nilai Oxidation Per Second
Keadaan
Kondisi Badan
14-21
Beta
Aktif / buat aktiviti
8-13
Alpha
Relax

nilai oxidation per second untuk kondisi badan manusia yang boleh dikawal.

actually ada something yang dia ajar kitorang pasal nilai O.P.S nie. tapi kalau nak di-explain dlm blog, mmg takkan faham. or maybe tak berapa nak jelas. sbb ia memerlukan praktikal. and honestly, apa yg dia ajar tu mmg sangat berkesan untuk diri aku sendiri. one day if possible, i would like to share the experience with you people :)

salah satu demonstrasi yang beliau lakukan.
truly awesome :)
gambar kat atas nie masa praktikal yg dia tunjukkan. kami wanita2 mmg amatlah risau hahaha takot perut budak tu masuk angin kena pijak xD and fyi, budak tu paling ringan antara mereka2 yg berdiri di atas pentas tu. and there's something yg beliau buat, smpaikan budak tu bila dia sedar, dia kata dia tak rasa berat pun bila Dr. tu berdiri atas dia. katanya, ringan sahaja hahaha

-Untuk Sesi Bersama Dr. Zamri-

sesi dgn Dr. Zamri lebih kepada islamik. tetapi masih menghiburkan sebab beliau ada sense of humor yang baik. hahaha and alhamdulillah, takdelah mengantuk sangat kan ceramah tu xD let us see apa yg Dr. Zamri tekankan dlm ceramah2 beliau.

5 pesanan Imam as-Syafie yang perlu diamalkan oleh umat Islam :
- kerap melakukan solat sunat
- jangan tinggal majlis ilmu
- jangan tinggal baca al-Quran
- jangan tinggal zikrullah
- jaga pemakanan - dari sumber yang halal dan zat yang sihat

3 jenis amalan yang Allah S.W.T suka :
- berjihad di jalan Allah
- berbuat baik kepada ibu bapa
- sembahyang di awal waktu

4 soalan yang bakal ditanya pada hari akhirat oleh Allah S.W.T :

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal mengenai empat perkara. Mengenai umurnya, di manakah dihabiskan umurnya? Ilmunya, apakah yang telah dilakukan dengan ilmunya itu? Hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan ke manakah dia belanjakan? Dan mengenai tubuh badannya, apakah yang telah dia perbuat?'' (Riwayat Tirmizi)


yang paling menarik bila dia bagi tahu kitorang satu teori mengenai lelaki dan perempuan. iaitu :
lelaki : hati di mulut
perempuan : mulut di hati
(ambil masa k untuk faham teori nie hahaha)

air sukahati aku wkwkwkwk motif ?!
untuk keseluruhannya, aku paling tertarik dgn ceramah dari dua orang pemimpin nie. yang lain rasanya biasa2 ja hehehe maap :p but honestly, yea that's it. alhamdulillah, kem pun dah habis. inputnya banyak, yang tinggal cuma kenangan dan aplikasi yg kita kena amalkan.

aku bersyukur sbb kem kali nie tak se-strict mcm kem2 yg aku pernah pergi sebelum nie. errr penggunaan masa dia, taklah rushing sangat. very relax and kul 11.30 malam camtu dah habis program kecuali hari terakhir tu. so bleh balik bilik awal, kemaskan diri, tidur dlm pukul 1 camtu. mmg tak ckup tido jgak sbb 4.30 dah kena bangun an. naseb 4 hari 3 malam je hahahaha

masa mula2 datang, banyak benda yg agak kelakar. hahaha memandangkan aku turun kat KL Sentral dengan Shud (UKM-ian, Santun-ian, KMS-ian), pepagi buta Shud dah gerak hahaha awal jile ! so kitorang kena sarapan kat mcD kat KL Sentral. and yg kelakarnya bila coffee yg Shud beli tu pahit semacam hahaha rupa2nya tak sedar, kena letak gula sendiri hahahahaa yg takley bla, Shud minum je kopi tu. biarpun pahit, dia telan jugak hahaha aku rasa pahit, terus taknak. pergi kat tempat sos tu baru jumpa gula, baru leh minum hahaha sengal xD

pastu Mirae (UM-ian, Santun-ian, KMS-ian) pulak katanya akan tiba kat KL Sentral pukul 12 hahaha aku ngan Shud mmg keras lah nak tggu dia kat situ dari kul 9.30 =.= pastu bleh plak dia sesat kat KL Sentral tu hahahaha kelakar betul si Mirae nie. mmg agak kelam kabut gak nak cari dia yg sesat kat KL Sentral tu xD 

actually ada gmbr dia penat kesesatan, tapi budak nie dah delete senyap2 tanpa pengetahuan aku. cissss -___-"

masa sampai kem tu, tetiba ada sorang minah nie tegur time aku nak amik baju, "Azani ! Azani kan?" sambil tunjuk2 kat aku hahahaha aku dah pelik. errr sapa nie -.- awat aku tak kenal dia. pastu aku jawab jela, ha'ah. pastu dia kata ramai KMS-ian kat sini. aku angguk2 jela hahaha pelik, camna org leh kenal aku, aku tak kenal org xD

paling menarik minat aku bila jumpa sorang member nie, dulu sama2 satu matrik, sama2 budak2, sama2 tak matang. sekarang tak sangka dia dah tunang :') jari manis dia sebelah kiri, cincin merisik dah tersemat. sebelah kanan, cincin tunang. katanya, tunang masa habis matrik. kita habis matrik hujung bulan April kan. tak silap aku, 5 May tu dia dah tunang. haihhh tak sangka :')

dia sudah, aku bila lagi wkwkwkwk motif ?!
last but not least, jom tengok gmbarrrr. mostly banyak gmbr masa kitorang daki bukit (serious semput, naseb bawak inhaler) untuk sampai ke empangan. aku pun taktau apa motif dia bwk kitorang pergi empangan hahaha mmg tak lawa la kan. tapi bila dah smpai empangan tu, ada satu perasaan lega, tenang dan terubat segala sakit2 sendi. rasa puas hati. 5km kami jalan masa pagi hari terakhir tu, untuk smpai ke empangan.

jalan dia oiiiii berbukit bukau habisssss. mcm mendaki gunung kinabalu hahaha k tipu. tapi seyes penat. jalan dia, naikkkkkkk, pastu mendatar. pastu naikkkkkk lagi. mendatar. naikkkkk lagi. tak turun2 hahaha tapi time balik tu, best. sebab turun bukitttt ja :)

zani, mirae, suriati (kot haha), kak hawa

masa ceramah Dr. Muhammad :)

keadaan empangan lepas hujan

panoramic view

kul 6 lebih cmtu kitorang gerak,
so sempat la lihat matahari terbit :)

kak hawa with miraeeee

kak hawa with azaniiiiii

azani with miraeeee

mirae model :3

cute :)

mirae with zani <3


mental disorder lol xD gurau gurau hahaha

si Mickey Mouse

peace :3


motif ?!

mirae kata aku tamak lesung batu #eh pipit lol

biarlah bulat, asalkan jgn tiga suku wkwkwk
peace mirae peace :P




bersama si kucing :3

perjalanan balik :)
 heheheh actually byk lg gmbr tp malas nak masuk semua. and most importantly, aku sangat tenang masa dpt naik kat situ. udara mmg sangat sejuk. naseb baik tak hujan. and yea, subhanallah, Maha Suci Allah yang menciptakan seluruh alam :')

guess i should stop smpai sini. letih menaip. aku sekarang kat kolej dah. alasan balik awal sbb nak buat assignments yg bertimbun hahaha akhir sekali, thanks korang sebab sudi baca entri yg panjang melebar nie. really appreciate it :)

p/s : memang betul ada satu kata2 tu, bila kita bosan, kita boleh improve skill sketching kita hahaha and utk ceramah2 yang aku lalui, mmg byk sangat sketching merata2. dengan si mirae pun join sketching kat buku aku. tapi dia punya sketching nie smpai sekarang buat aku sengih2 bila tengok. nak tau apa ?

ini kesengalan pertama si mirae =.=
design aku  yg buat, hahaha tulisan tu mirae punya sengal =.=
pesanan Mirae Murat si kawan baik :

For Azani,
From Mirae ...
We are Santunian...
LOL
(Lots Of Love)

Azani,
jangan nak rajuk sangat lah.
Senyumlah, walau apa pun yang terjadi.
Cause everything is going na be ok !!!
So, be be be your + him self (yang nie aku taktau apa motif dia hahahaha)
Good luck 4 ur relationship

I'm waiting 4 ur nasi minyak !!! 

--------------------------------------------

hahahahaha that's it. Mirae sengal. yet i love her very much :* bye (''')(''')

Friday, 9 November 2012

Things I'm Afraid Of ...


tadi Ainil inbox aku ... dia tanya , betul ke dah tutttttttt *hah tu rahsia* hehehe hehehe hehehe Ainil nie stalker  hebat gila haaa semua benda dia tau hahahah masa borak tu dia tanya aku sesuatu yang aku rasa, memang tepat pada masanya. aku nak luah tapi tak tau kat sapa ... so bila dia tanya tu, aku luah terus lah kat dia ... cuma tak sepenuhnya :)

apa yang dia tanya ? 

" Azani, kau tak takut ke ? "

soalannya ringkas sangat. tapi aku dapat faham laa apa maksud dia :) so, aku terus panah maksud soalan dia tu hahahah rupa-rupanya, dia nak tanya ... kau tak takut ke kalau F tu bukan jodoh kau ? 

:)


















































































eh, rajinnya scroll down. hahahah nak tau ea jawapan dia ? :p

jawapan dia : aku takut sangat :')

banyak benda yang aku takutkan. cuma tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata. sebab ? sebab kata hati tak semua boleh di-transfer-kan dalam bentuk ayat. haha susah ...

2 tahun, bukannya tempoh yang sekejap. lama ... dalam hati nie kadang2 ada laa jugak merungut, haiyaaaaa why is it 2 years are toooooo longggg haihhh -___-"

tapi tenangkan hati dengan doa. pejam celik pejam celik, inshaAllah sekejap je dua tahun tu hehehe hehehe hehehe percayalah, bila masanya tiba nnt, aku akan kerap ke bilik air HAHAHA sakit perut, cuak, nervous, dan sebagainya :p

sekarang yang penting, fokus pada degree. kalau result degree elok, boleh amik master, time master atau after master tu boleh lah kahkahkahwengggg ahaha kalau degree aku 2015 habis (inshaAllah) pastu maybe nak kerja dulu atau belajar masak kat rumah setahun, atau buat lah ape-ape sebagai persediaan, 2020 tu aku rasa dah terima dah kad jemputan hahaha~ berangan lebih lah kau nano ~

bila ainil tanya aku mcm tu, satu ayat ja yg berlegar-legar dalam kepala otak aku. iaitu : Manusia hanya merancang, Allah yang bakal menentukan :) kita usaha, hasilnya tu kerja Dia. yang penting usaha kan ? :)

tapi aku selalu doa, tiap kali aku rasa down pasal benda nie. aku selalu sangat rasa tak layak. benda tu datang sendiri tau, kadang2 aku tension sensorang hahahahah sengal kan nano ? haihhh

doa aku, kalau memang dia bukan jodoh aku, Kau bantulah aku untuk terima hakikat dan kurniakanlah kepadanya seseorang yang lebih layak untuknya. dan kalau dia jodoh aku, Kau bantulah aku menjadi yang terbaik untuk dirinya. dia imamku dan aku makmumnya :")

tipu kalau aku kata, nnt kalau kami takda jodoh, takkan tersimpan hard feelings dalam hati ... tipu lahhhh. hahahah banyak sangat yg dah di-plan-kan. sampaikan kalau orang tanya kami nie statusnya apa ? jawapan yang telah disepakatkan : tunang. biarpun belum rasmi, tapi dah ada cop setempek kat dahi masing-masing hahahah

aku sangat berharap, aku bukan penyebab terputusnya ikatan antara kami. biar aku yang kecewa takpa, tapi aku taknak dia kecewa disebabkan sikap aku. ala lagipun aku dah biasa kecewa :P it won't be a big deal after all. chewahh puihhh

but honestly said, kalau kali nie pun tak jadi, this relationship is going to leave the biggest impact in my heart :')

sebab tu kot aku stalker terhebat lol Ainil sepppp xD

sekarang dalam kepala otak tengah fikir banyak sangat benda. banyak sangat, sampai dah nak start sakit kepala -___-" aku taktau lah kenapa lately kerap sangat sakit kepala. dulu tak penah2 ada stok panadol, sekarang dah pandai dah simpan panadol dlm laci. but i'm trying my best not to take any painkiller since it can harms our body.

erm, k lah. thanks baca. not so much input sebab aku susah nak explain apa yg ada dlm hati aku nie. hmm kalau lah ada alat yang boleh scan hati aku nie tgh cakap apa. senang kan ? copy paste letak kat blog hehehe tapi nnt kantoi pulok banyak benda :P benda apa ? adelah ~ :P

P/S : Adi Putra hensem ohhhhhhhh :3 *melting melting*

Thursday, 8 November 2012

dia tak faham kot ...


maybe kau tak faham, erti kerjasama dalam kumpulan ... dah depa tetapkan, satu kumpulan lab experiment 2 orang. and we can't even choose who we would like to work with. depa yg tentukan sendiri. dah nama kau bawah nama aku, sebab tu kita satu kumpulan ...

tapi aku kecewa dengan kau ... kita nama je satu kumpulan, tapi aku tak nampak mana kerjasama kita dalam kumpulan. dua experiment je aku sempat buat dengan kau ... dah 3 minggu berturut2, 3 experiments kau tak datang . kenapa ?

maybe aku yg salah, sebab aku tak amik number kau. aku taktau pape pasal kau. except nama kau dengan umur kau. kau lagi tua daripada aku. 24 tahun weh, aku 19 tahun. sepatutnya siapa yang lebih faham kerjasama dalam kumpulan ?

kakak demonstrator tu pun asyik tanya aku "mana partner awak? kenapa dia tak datang?" what do you expect me to answer ? aku taktau pape pasal kau weh. kau tak datang, sebab apa pun aku taktau. pesanan ape pun kau tak sampaikan. kalau kau sakit, at least kalau kau tak boleh nak bg tahu aku, kau sampaikan laa dekat member2 laki kau. yang satu masa lab dengan kita. bukannya takde ...

kau faham tak, rasa sakit hati aku ... aku rasa kau tak faham kot. sebab tu kau buat mcm nie ... kalau kau pernah fikir mcm mana aku akan terkontang kanting buat experiment, mesti kau takkan jadi selfish mcm nie ...

aku tau, nnt akan ada satu masa, aku kena buat semuanya sorang2 ... tapi masalahnya sekarang nie, depa tetapkan 2 orang. tolong lah bg kerjasama ...

aku sedih ... sedih sebab kau tak pernah fikir perasaan orang lain. kau pentingkan diri kau. go on, kalau aku dah penat nnt, kau mintak tolong aku ape pun, aku takkan buat ... bukan aku nak berdendam, tapi buat apa tolong orang yang taknak tolong kita balik ?

kalau markah aku kena potong sebab kau, terima kasih ... :")

Mata Aku O_O

hye :)

sekarang pukul 2.21 a.m dah. baru habis buat 2 lab report kimia, dlm masa 2 hari. fuhhh fuhhh tepu gila kepala otak. so nak release ketepuan tu, berblogging lah aku hehe mata aku tak ngantuk lagi nie sbb tadi pi bancuh 2 paket nescafe 3-in-1 tu dalam secawan air. so memang pekat gila la kan. taktau bila nak ngantuk nie. target habis assignment lambat, rupa2nya awal plak kekeke

ada orang tu kata dia minum nescafe tadi, tapi takde pun kat TL ... tido ke ? .___.

anyway, kali nie nak cerita. tadi masa nak pergi class teknik math, kul 1 kuliah, kul 11.45 aku dah siap hahaha semangat gila baq hang ! patutnya kul 12.15 tu baru siap sebab nak pergi lunch dulu tp tersiap awal plak kekeke pastu tengah2 dok menghadap cermin, skali ada cahaya dr luar tingkap ... cermin tu dekat pintu. tingkap tu sebelah pintu. so bila aku menghadap cermin, ada cahaya masuk, unless aku tutup langsir tu.

selalunya mmg aku tutup pun langsir, tapi dua hari dah lampu utama bilik aku rosak. so agak gelap walaupun siang, terpaksa bukak langsir. masa tengah menghadap cermin tu, tetiba aku rasa scary plak tengok mata aku hahahah pernah tengok mata aku ?

cuba teka nie mata kiri ke mata kanan -soalan sengal-
haaa gitu lah mata aku. bila aku tengok kat cermin tadi, masa cahaya tu masuk, terus otak aku tertanya-tanya "orang yang selama nie berborak dgn aku waktu siang, tak rasa mata aku nie scary ke?" aku yg tengok pun scary. scary sbb mata aku warna coklat yg agak terang (bagi aku). sampai boleh nampak biji mata hitam tu, dengan garis2 kat tepi anak mata tu ... err ...

sekali pandang, mcm pakai lens. tapi kalau ditenung, mmg tak nampak ape2 garis lens pun hahah sebab ori ... tapi jangan laa masa kau jumpa aku, kau tenung mata aku plak. malu la ite hahahahahah

untuk pengetahuan, aku hampir kehilangan mata sebelah kanan masa umur aku 11 tahun (darjah 5). sebab apa ? sebab aku accident basikal kekeke nie nak citer nie. sebab member2 aku mostly bila jumpa aku kat bilik, diorang mesti akan tanya "eh, kenapa ada parut kat mata kau tu?" sebab kalau aku pakai tudung, parut tu memang tak nampak. bila aku bukak tudung, baru diorang nampak :)

dulu aku nie kasar orangnya. sekarang aku taktau lah ade ke tak kasar tu hahahah pendapat masing2 laa kan. tapi honestly, kalau kau rasa aku nie kasar sekarang, bayangkan dulu lg kasar. hee salah satu bukti, dulu aku tak suka makeup atau beli barang2 perempuan. sekarang dah lain heeee

so, disebabkan aku nie kasar terlebih, ada laaa satu petang tu. aku pergi jalan2 naik basikal dengan member aku dua orang. sorang nama Hidayah, sorang lagi nama Sahida. basikal yg aku naik nie actually basikal adik aku. sebab basikal aku, ada bangla curik huhu dah lah hadiah birthday dari abah *sedih* :( and basikal adik aku nie takda brek. brek dia dah rosak. warna biru ...

masa nak balik tu, hantar Hidayah balik rumah dulu, sebab ape ntah, mak dia suruh balik awal kot. then after hantar dia, hantar Sahida plak balik. ikut turn rumah laa. rumah aku agak jauh, so aku yg last. dari rumah Sahida nak ke rumah aku, kena turun bukit. selama nie aku naik basikal tu, selamba jer berlagak hero turun bukit tu tanpa brek hahaha skali masa hari tu ... *bammmm

benda dah nak jadi, kun fayakun. Bila Allah kata, Jadilah! Maka terjadilah ia :) takdir aku ... aku tak dapat nak kawal basikal tu mcm yg slalu aku buat hahaha so, after hantar Sahida tu, aku terbabas kat bukit tu ... sebelah kanan muka aku terseret dekat jalan tar yang ada pasir2 sikit, batu2 sikit tuu hahahaha masa kena tu, memang muka aku blur gila la kan. agaknya bunyik aku jatuh tu kuat kot, sampai Sahida bleh datang balik kat tempat aku jatuh tu. mmg terseret teruk baq hang ...

darah penuh muka ... nangis ? hahaha jangan ckp laa. meraung aku kat situ. masa tu kecik lg kottt, darjah 5. naseb takdak org sepanjang nak balik tu. Sahida laa yg tolong papah aku smpai umah. basikal adik aku tinggal ja kat situ.

sampai umah, abah mmg ada kat luar. sbb masa tu petang, time org amik angin kan. nampak ja aku berdarah2 nie, abah terus papah aku masuk. pastu mak suruh ikut pergi bilik air. aku ikut laaa (sambil nangis teruk gila nie) pastu masa mak curahkan air kat luka tu, pergh ... jgn cakap laa pedih gila nak mati. kulit muka aku terselak kottt. adik2 aku tengok ja huhu

naseb baik time tu kawan abah ada kat rumah. lepak2. pastu dia tawar diri nak bawak aku pergi hospital. so aku, abah dengan kawan abah pun berangkat laa ke hospital. masa tu aku cover luka aku dengan sapu tangan. sepanjang perjalanan aku tengok muka abah risau gila :( abah siap cakap lagi "naseb baik tak kena mata" pastu kawan abah kata "benda dah nak jadi man ... kita taktau" aku pulak diam ja kat belakang. haihhh

sampai kat hospital, kena tggu giliran. masa tu aku ngantuk gila. maybe sbb badan aku letih... letih menangis, letih jatuh. pastu sakit. mcm2 laa. dengan perut lapaq. aku tido kat kerusi menunggu tu sementara tggu nombor aku kena panggil huhu pastu abah belikan aku roti dengan air kotak. nak makan pun tak lalu weh ...

masa aku dah kena panggil, doktor tu amik sehelai kertas, dia sketch bahagian muka aku, dengan luka2 aku. nak nangis aku tengok weh hahaha seyes, rasa malang gila kot time tu :( haihhh. pastu dia suruh pi bilik jahit. i was like ... what ?!!!

dalam hati "matilaaa aku matilaaa aku, nak kena jahit pulak" pergi2 ja, abah kata abah tunggu kat luar. aku mcm ... aaaaaa kakak perlukan semangat :( masa tu nangis teruk gilaaaaa. memang meraung aku kat bilik jahit tuuu. kau bayangkan laa, doktor tu bagi bius kat aku camna : dia inject kat bahagian luka aku tu wehhhhhhhhhh !

luka yang tengah2 berdarah tu, dia inject bius. mmg tak terkata laa kan sakitnyaa. huhu rasanya suara aku paling kuat menjerit kat hospital tuuuu haha haihhh... tapi lepas dah bius tu, dia start jahit dah tak rasa sangat dah sakitnya. 6-8 jahitan aku kena. first time dalam hidup ...

2-3 hari lepas tu aku takleh bangun langsung dr katil. maybe sebab effect aku jatuh terseret tu. so badan aku sengal2, tulang2 aku rasa sakit. and mata aku, sepet hahaha sebab luka tu bila dia dah start kering, dia kemekkan mata aku smpai sepet. haha nak keluar rumah pun malu baq hang xD

seminggu-2 minggu aku cuti sekolah hahaha segan nak mai class. masa aku pi sekolah tu pun, luka belum kering sgt tp abah suruh pi jugak huhu pastu apa lagi, org pun start laa tanya kenapa kenapa ... mmg jadi retis kejap la kan hahaha~

lepas sebulan, kena bukak jahitan. and sekarang, benda2 tu semua tinggal parut ja :) aku pernah rasa nak hilangkan parut nie, sebab dah lah kat mata. pastu aku nie dahlah perempuan, jatuh duit hantaran aku nnt sbb ada parut kekeke tapi tu lah. sampai sekarang aku tak hilang2kan lg parut nie. aku biar ja ... camna nak hilangkan ea ? kena hilangkan tak ? hehehe

smlm baru sorg member aku dtg bilik, pastu dia tanya "kenapa dgn mata kau? kalau kau pakai tudung, tak nampak pun" mcm biasa laa, aku kena jawab. and kalau kau tanya aku benda sama pun, aku tak pelik dan aku akan still jawab. sebab tu takdir aku, kenangan aku... first time dlm hidup accident sampai kena jahit. tu la, berlagak lagi. padan muka kau haha

pesanan aku, bila naik apa2 kenderaan, basikal sekalipun, hati2 lah. jgn nak bajet mat rempit ke minah rempit ke ... sebab malang tak berbau. mcm aku, sekali dah kena, serik doh hahaha seyes. walaupun benda tu dah lama, dah dekat 8 tahun berlalu, tp aku masih teringat2 peristiwa tu. hehe

semangat tak aku cerita ? ahaha k tu je nak cerita. tapi mata aku cantik kan ? hahaha peghasan. booooo ~ hahah dah kul 3 D: and esok class kul 12 ... should i off to bed now ? tapi mata belum ngantuk. hmmm tengok lah guane. takde teman twitter mlm nie, bosanggg kikiki

thanks baca comel, cute, handsome, jelita, kacak lagi bergaya lololol xD