Pages

Monday 30 July 2012

should i apologize ?

Assalamualaikum awak awak semua :)


entri kali nie aku tujukan khas untuk seseorang yang suatu ketika dulu pernah menjadi seorang sahabat bg aku. hmm~ sekarang jam pun dah menunjukkan pukul 3.43 pagi. aku still tak boleh tido. tadi kul 1 dah off dah lampu, lappy semua. tapi golek punya golek, tak boleh tido jugak. kenapa ? sebab dlm fikiran aku termain gambar flashback memori aku dengan si dia.


untuk makluman, si dia tu bukanlah seorang jejaka mahupun seorang pemuda. hahahah si dia tu seorang wanita yang pernah menjadi kawan aku. bestfriend aku. tetapi hubungan  itu terputus gara-gara beberapa faktor yang aku sendiri rasa mcm, hmmm~ menyesal pun ada. tapi bila fikirkan kegeraman aku terhadap lelaki yang kononnya tahu semua benda tuh, aku jadi ego. ego untuk berbaik semula dengan si dia. biarlah aku menggelarnya sebagai H. dia tak suka org panggil dia H sbb katanya, H tu hanya seorang ja yg layak panggil dia dgn nama tu. tapi aku nak gelar dia H jugak ! hahaha


kepada H, tadi masa aku nak tido, aku terbayang memori2 kita. memori kau selalu kejut aku waktu pagi masa kat matrik. kau datang bilik aku hujung minggu, time aku tgh tidur lagi pepagi buta tuh, kau bukak langsir kat tempat aku smpai terang, hahahah ganggu aku tido. ajak aku g sarapan. makan kat lyra. kau suka makan mee goreng selalunya. :)


pernah satu hari, aku tido lambat. kul 6 baru aku tido. lepas tu kau dtg, ajak aku gi bilik tutor. study sama2. mata tak larat nak angkat nih. kau buatkan aku nescafe kan masa tuh. rajin betul, sanggup gi water cooler yg sememangnya jauh dr bilik aku tuh. bancuhkan aku air nescafe. :)


tiap2 petang. lepas habis kelas mesti lepak kat orion. kalau aku balik kul 4, kau balik kul 5, aku tunggu kau. kadang2 depan library. kadang2 aku balik bilik dulu. pastu jumpa kat junction antara surau dengan depan orion tu. kalau aku yg balik lmbat, kau pulak yg tunggu aku. kesian kau, hari jumaat selalunya kau yg terpaksa tunggu aku. sbb lecturer dinamika aku slalu lepas lambat hahahah :)


waktu petang2, kadang2 rajin keluar jalan2. pusing2 satu KMS tu. kadang2 jalan kaki. kadang2 naik basikal. masa sem 1, selalu keluar dgn roommate kau skali kan ? tapi start sem 2 semua dah lain. lepas peristiwa "malam" tu, terus berubah. drpd 4 org, tinggal kita 2 je. mcm biasa, kalau petang2 tu jalan2 mesti cuci mata. berapa kali kita pusing KMS tuh. haha kadang2 beli aiskrim. smbil jalan smbil makan. :)


ingat tak video yg kita buat masa jalan2 petang2 tuh ? yang dengan roommate kau skali. aku simpan lagi video tu. tapi dah tak bukak dah. kalau ikutkan hati mmg nak buang. actually mmg aku dah buang pun. sbb memori aku dah takleh pakai. aku skrg tukar fon, tukar nombor, memori pun tukar. tapi baru aku sedar, ada satu masa aku save video tu dlm laptop. so selagi laptop nie hidup, maka video tu tersimpan lagi dlm laptop nie :)

kalau aku bosan, mesti aku pergi bilik kau. kerap juga masa sem 1. tapi sem 2 dah kurang. sem 2 kau yg slalu dtg bilik aku. kita borak2, lepak2. kalau bosan jugak, pergi jalan2 koop. makan aiskrim. waktu malam, selalu jugak la dinner sama. order mee bandung lah, mee hailam lah. best kan. :)


pergi kuliah pun selalu sama2. wajib k tiap2 pagi. hahah masa sem 1 selalu duduk sebelah2. tapi start sem 2 dah duduk dgn praktikum masing2. ingat tak aku nie suka dengar lagu kuat2. hahaha smpai jiran2 semua dengar. kau pun bg amaran dah suruh slow sikit hihi teruk betul lah :)


entahlah. aku rasa aku nie rindu kau kot. semarah2 aku kat kau, seluka mana hati aku sbb kau, sekejam2 aku malukan kau, aku rasa aku sebenarnya rindu kat kau. buktinya aku masih ingat kat kau. hmm~ secara jujur mcm2 dah aku buat untuk lupakan kau. aku delete gmbr2 kau kat fb. aku delete fon number kau, aku remove kau. kau pun dah block aku kat fb kan. tapi kenapa eh. aku masih tak boleh lupakan kau. 


masa aku dpt tahu kawan baik kita kutuk aku, kata aku pengampu, betapa hancurnya hati aku nie. huhu~ hanya Allah yang tahu. menggeletar aku tutup tab facebook kau masa tu. tutup laptop dgn hati yg sangat2 terluka. rasa mcm ditikam oleh kawan sendiri. nak tido masa tu pun susah. aku menangis kat Qen masa tu. satu2nya kawan yang aku ada, yg faham apa aku rasa, yg nampak apa aku lalui, hanyalah Qen. dia sorang jer yg tahu mcm mana aku rasa. sbb dia hari2 nampak kita berkepit. hahah


hmmm~ aku tahu dah seteruk2 benda yg jadi antara kita, sebenci2 aku kat kau, aku tahu. suatu hari nnt, akan ada satu saat aku akan menyesal dgn semua nie. dan hari tu pun dah tiba. malam nie :) untuk pertama kalinya dlm hidup aku, aku menyesal sbb semua nie terjadi. serius aku menyesal. aku taktau salah siapa sebenarnya. startnya mcm mana pun aku taktau. actually before mlm aku buka facebook kau tu, hubungan kita mmg ada renggang sikit kan. and i don't know why :(


so malam nie, hmm tak kisah la malam ka pagi, aku nak minta maaf kat kau andai kau rasa aku yg start semua nie. H, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab :

  • buka facebook kau tanpa kebenaran. aku minta maaf sangat2. aku salah guna kepercayaan yg kau bg kat aku. 
  • remove kau. nafsu amarah aku sangat tinggi masa tu. aku tak boleh fikir dgn waras sbb aku kecewa sangat dengan semua nie.
  • buat entri pasal kau kat blog aku. hmm~ secara jujur, aku sebenarnya lebih3 marah kat lelaki yg bajet tahu semua benda tu. aku lebih marah kat dia berbanding kau. sbb aku rasa dia mengapi2kan kita. dr hari pertama lg. dia kata aku bukan kawan yg baik untuk kau kan. aku minta maaf
  • aku dah malukan kau dgn status2 aku. aku tahu, semua org mungkin dah fikir buruk pasal kau. aku tak boleh kawal kemarahan aku. kekecewaan aku. hmm~
kau tahu sendiri, kau adalah salah seorang kawan baik aku kan. sbb kau faham aku. kau tahu masalah2 aku. kau boleh dgr masalah2 aku. kau boleh bagi respons yg baik kat aku. kau antara kawan yg paling aku sayang. ingat tak, kita pernah berjanji masa kat pondok depan vega tuh, kita janji takkan gaduh lagi. aku ingat. smpai sekarang aku ingat. hmmm~

H, masa kau hantar mesej waktu hari last kat matrik tu, aku menangis tahu tak. aku rasa sedih. sbb tak sangka kau masih ingat aku. and kalau nak ikut aku punya ego, mmg aku taknak reply langsung. tapi aku terharu sbb kau masih ingat aku. aku reply. tapi untuk msg kau yg sterusnya tuh, aku tak reply. aku rasa kau pun dah tahu sbbnya kan. aku percaya kau dah baca entri blog aku yg pasal kau sblm nie. :(

H, aku minta maaf. aku tak harap kita kawan balik. sbb aku tahu, kita dah bawa haluan masing2 kan. jangan risau, memori2 kita semua aku takkan lupa. walaupun kita bukan kawan lagi, aku bangga sbb pernah jadi kawan kau. dan kau pun jadi kawan baik aku. terima kasih sangat2. seriously, thanks for everything okay. it's nice to know you after all. biasalah, manusia bukannya perfect kan. setiap orang ada salah dan silap. hmm~

aku harap kau berjaya dlm hidup kau. tahniah dapat masuk uni. aku tak tahu uni mana. tapi aku tahu course kau sama dgn aku kan ? hajat kita nak study sama kat UKM tak kesampaian. kalau kau dpt UKM gak, mungkin kita boleh dipertemukan lagi. tapi mungkin jugak kau pun tak ingin nak tengok muka aku lagi. hahahah apa2 pun, aku doakan yg terbaik untuk kau. semoga kau bahagia dlm hidup kau okay ?

sekian dulu untuk entri kali nie. andai kata kau baca entri aku nie, respons lah eh. komen lah kalau taknak direct pun. pakai anonymous jer hahahah hmm~ aku tadak nombor fon kau dah. huhu~ aku rasa kau pun tadak nombor fon aku. so mmg tadak cara dah kita nak contact kan. kat fb pun aku dah kena block. haha~ okay lah. take care. Assalamualaikum. :))

P/S : terima kasih naa hampa2 yang baca jugak blog aku nie. even entri kali nie tak berapa nak menarik sbb tuju kat seorang ja. haha~ maaf naa. terima kasih lg skali. semoga Allah berkati ampa semua. jam pun dah kul 4.41 pagi. masa untuk sahur. selamat berpuasa :))

Saturday 28 July 2012

angin kus kus -.-

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ~


apa habaq semua ? harap2 baik2 saja la nohh. aku hari nie tak berapa nak sihat sangat. penyakit kus kus aku mai dah haha~ penyakit bad mood. angin sepoi2 dah bertukaq arah. biasalah pompuan huhu ~ ada pasang ada surut :)


kalau ikutkan hati, ramai dah kena hempok ngan aku hari nie haha~ nmpk tak bad moodnyer tuh. mana tak mau hempok, hat sorang tu dr td asyik dok poking2 aku kat fesbuk. bukan dr tadi sebenaqnya. dr haritu lagi. bukan dia sorang, TIGA orang dok poking2 aku tak henti2. haaa haha~ tunggu masa ja nak kena hempoke. sblm nie aku layan lah jugak. dia poke, aku poke lah balik. tp hari nie aku tadak mood. hang poke lah sorang2 nohh hmm~


hat sorang lg tuh, makin menyombong dgn aku. kalau aku tak tegoq, rasanya dia takkan tegoq aku balik. kalau dulu selalu borak sama2, chatting sama2, calling2. sekarang ? haram jaguar. sejak dua menjak nie, dia makin menjauhkan diri. aku pun taktau aku sorg yg perasan ka apa. dia cari aku bila dia susah ja. mentang2 aku nie baik (lah sangat) haha~ sejak result uni keluar hari tu, dia lain dah aih ngan aku. taktau laa pasaipa. mana salah aku taktau. haihhh~


hat sorang nie pulak, suka paksa aku buat benda yg aku tak suka nak buat. kalau aku kata aku takmao, maknanya aku takmao la. toksah nak paksa aku buat. aku tak suka. td pun hampir ja aku mengamuk. haha~ naseb boleh tahan lg amarah nie. bulan2 puasa org kata tak elok marah2. hmm~ aku cuba kawal lah nie. tu yg menaip kat blog nie.


hat sorang lagi nie, belum pa2 lagi dah kata aku sombong. hang tau, aku add dia kat fesbuk. pastu dia tak approve lg tau. dia inbox aku. dia kata, "saya bukan nak marah, tapi saya tak suka org yg sombong oham kan?" haaa dah lah typo ! nak taip pham pi taip oham. naseb ja aku tak bahan. haha~ tu lagi haram jaguar. belum kenai dah pndai2 kata sombong. aku pun apa lg, aku reply ja "sapa sombong? aku ka? ha'ah mmg aku sombong. jd tak payah approve aku okay ! thank you" org lagi tadak mood nak cri pasai. haihhh


ada lg sorang. haihhh tiba2 ja inbox aku "hoi" "hye" "oit" amboi3~ dengan salam apa pun tak bg. maen sondoi ja. geram aih aku. dah lah tak pernah chat sblm nie. agak2 laa. nak start convo tu lain kali, bg laa salam dulu naa. aku malaih nak layan org yg tak reti adab dan budi bahasa nie. kalau ang tu kawan aku, dah biasa ngan aku, takpa la jugak. nie tak kenai pa lgi, teruih antaq inbox mcm tu. klau aku tak reply tu, figure out sendiri laa nohh tang mana salah hang. hmmm~


kalau ikutkan hati, nak ja aku tweet kata jangan sesapa kacau aku hari nie. haha~ tapi takleh lah mcm tu. aku kena jaga hati org lain jugak. tp depends lah kalau org tu pun tak reti nak hormat privasi aku, dok paksa2 aku lg, mmg kena boom shakalaka laa haha~ aku nak tweet apa yg aku suka hari nie. tp takdak mood camna. huhu~ fesbuk aku tak kisah sgt. sbb mmg sunyi ja. haha~


hmm~ aku harap takdak laa org cri pasai ngan aku dah nohh lepas nie. at least untuk seminggu nie hahaha paham kan. hmmm~ aku malas laa nak cari pasai. aku tak suka gaduh2. tp kalau depa dah start cri pasai, aku pun tak takot nak lawan. sesetengah org belum tengok aku dlm keadaan marah. yg slalu tgk pun, adik2 aku ja haha~ kat alam maya org takleh faham sgt kita nie marah betui ka marah tipu sbb depa bukan nampak kita pun. yg nampak pun typing kita ja kan. hmm~


k la. stop smpai sini dulu naa. ada masa, aku update lg. thanks naa baca blog aku. thanks sangat2. semoga Allah berkati ampa. Assalamualaikum :)

Wednesday 25 July 2012

pantang tak berapa nak larang

Assalamualaikum kawang-kawang heheh aku habaq baik alhamdulillah *tetiba* eh lupa, kena tanya ampa dulu. apa habaq ? haha sebelum terlambat, aku nak ucapkan selamat menyambut bulan puasa Ramadhan Al-Mubarak. marhaban ya Ramadhan. bulan yang ditunggu-tunggu oleh sekalian umat Islam. bulan yang penuh barakah inshaAllah bersama-samalah kita mencari keredhaan-Nya. tingkatkan ibadah, kurangkan juadah. tu yg penting ya.

yaaa kali nie bukan aku nak cakap pasal bulan Ramadhan. sebab rasanya ramai yg dah update pasal bulan Ramadhan nie. bila sebut Ramadhan jer, diharapkan kawang-kawang semua beringat ttg ibadah lebih drpd beringat ttg juadah ye hahaha mentang2 ada bazaar tiap2 petang, kemaennn lg kawang-kawang kitew nie, upload gambaq kat fesbuk. haishhh sabo jelah haha

kali nie aku nak share tentangggggggg pepatah2 ataupun pantang larang orang tua2 yang kadang2 bila difikirkan tang mana logiknya, aku pun taktau. lawak lagi ada. jom tengok antara pantang larang orang2 tua nih beserta komen hahaha tak puas hati nie hemmmm :P

pantang larang 1
*makan kerak nasi*
"jangan dok makan laa kerak nasik tuh. tak elok. hang tu anak dara. dok makan kerak nasi, nanti bertambah2 pemalas."
komen : apa kena mengena kerak nasik dgn pemalas ? kalau nak kata makan kerak nasik nnt jd keras mcm jantan, logik lah jugak. bleh aku pi bg kerak nasik kat laki2 yang agak2 kesotongan sikit wakakaka


pantang larang 2
*masak sambil menyanyi*
"haaa elok la tuuu masuk dapoq, masak. smbil2 tu menyanyi. haihhh dpat menantu orang tua laaa aku nie nnt" *facepalm*
komen : mcm mana depa bleh tau jodoh anak depa tu org tua ? awai2 dah bleh predict ka ? tudiaaaa. kalau mcm tu, yg hobi menyanyi kat dapoq semua jodoh org tua. ish3

pantang larang 3
*buka payung dalam rumah*
"heshhh toksah dok bukak payung dalam rumah ! satgi kilat sambaq habih rentung semua. tutup tutup !"
komen : pakai payung dlm rumah bukan boleh selindung dr kilat ka ? hehehehe tak eh ? =.="

pantang larang 4
*malam-malam bersiul*
"nie sapa ajaq bersiul malam2 nie? nak tengok ulaq mai masuk ghumah ka ? hah ?"
komen : aku rasa bersiul tu bukan waktu malam ja tak boleh. waktu siang pun sama. bersiul kan tak elok. bukan nak mengundang ulaq ka kambing ka -.-

pantang larang 5
*pindah tempat makan*
"makan satu tempat ja. toksah nak pindah2. sat dok sana, sat dok sini. satgi kahwin ramai"
komen : best apa kahwin ramai wakakaka weh kalau pompuan yg dok pindah2 tempat makan, bleh kahwin ramai gak ka ? laki pun paling ramai 4 jaaa. kalau nak lebih, cerai dulu kah3

pantang larang 6
*duduk atas bantal*
"hish bangun bangun ! nie sapa ajaq dok ataih bantai nie. satgi bisoi habih punggung tu. ketegaq sungguh!"
komen : takdak tempat lain ka nak bisoi ? =.="

pantang larang 7
*potong kuku waktu malam*
"jangan potong kuku waktu malam, nnt mampuih cepat"
komen : ajal dan maut di tangan Allah. bukan lepas potong kuku malam-malam. haiyaaa

tenenetenenenenet tenetttttttt. weh ckop2 dulu. ang tau dak pasaipa aku tetiba nak buat mcm nie ? hehehe pasai aku kena tegoq la hahahaha tp yg atas2 nie semua dah biasa dah aku dengaq. cuma tadi, masa nak makan tomyam, aku ingat nak makan teruih ja dr periuk hahahaha sbb tomyam tu tinggal sikit gila. nak ratah camtu ja, malas nak amik mangkuk. huhu pastu kena tegoq. "anak dara takleh makan dlm periuk" haaaa mcm tu. kenapa weh? huhu aku taktau plak. dok tanya kat org lain, depa kata nnt muka buruk lah, periuk ada kesan negatif lah sbb dah dipanaskan. bla bla bla.

yang muka buruk tu takleh bla. buruk mcm punggung periuk katanya hahahahah kesiannn negro2 tuh. agaknya makan direct dr periuk lah kot nohh wakakaka mungkin mmg tak elok kot nohh. haihhh mana logiknya aku taktau la weh. tapi ada lah sesetengah pantang larang tu boleh diterima. dan aku percaya masih ada org2 tua yg mengamalkan semua pantang larang nie. bg aku, selagi benda tu tak elok, apa salahnya kita jauhkan kan. lagipun, org2 tua nie makan garam dulu dr kita. depa lebih byk pengalaman dr kita :) seb bek tak dpt darah tinggi ja makan garam lebih wakakaka

skunk dah dkat 2.30 pagi. aku tak tau laa semenjak dua menjak nie, waktu tidoq aku dah terbalik. huhu tak ckop tidoq semua ada. haihhh esok ingat nak pi wat medical cekap. tengoklah kalau aku tak ngantok. tadi dok makan asam dgn limau, aku rasa kalau buat ujian air kencing nie, terkejut habih dokto hahahahah k ar weh, thanks nohhh sudi baca. semoga Allah berkati ampa semua, inshaAllah. puasa jangan tak puasa. tak puasa, tak dpt dwet raya hehehe assalamualaikum :))

P/S : tenenenenettnenenenettt jap aku nak jiwang. hehe aku tak kisah ang taknak mesej aku hari-hari sekalipun. sebulan sekali pun aku terima. asalkan aku tau, ang still ingat kat aku. ada jodoh, ada lah. mai UPM nnt, bleh laaa planning2 hahahaha kbye :P

Sunday 15 July 2012

UKM , here i come hoho :D

hohoiii cik adik manis comey lotey serta cik abang hensem tuff menawan :D apa khabar ? :))


hari nie dah 15 julai . dah dua hari result UPU keluar. hehe as you can see on the title , UKM , HERE I COME !! ohohohoho (^_^)v

yezza ~ alhamdulillah ! akhirnya aku dapat jugak universiti yang selama nie aku idam-idamkan. huhu memang dr dulu aku teringin sangat nak masuk UKM. al maklumlah, selain faktor utama iaitu DEKAT SANGAT DENGAN RUMAH AKU , UKM juga telah berjaya menarik minat aku untuk belajar kat sana sebab selama aku dok usha2 dari jauh, UKM nie banyak mamat2 negro serta mamat2 salleh yg study kat sini. ahahahaha memang aku suka lah bab cuci2 mata nie :P yup, memang UKM sangattttttttttttt dekat dengan umah aku. kalau naik basikal pun boleh. naik moto, 5-10 minit dah smpai. naek kereta lmbt sikit lah kot kalau ada kesesakan lalu lintas. hehehe kalau naik bas pun okay, bayar sehinggit je. wakakaka boleh nmpk tak betapa dekatnya UKM tu dengan rumah aku ? :D


ye, secara jujurnya aku memang teringin pun nak masuk uni2 lain. contohnya UM ke UPM ke tak kisah la uni mana. yang jauh2 pun sebenarnya aku teringin gak nak masuk. tapi apa kan daya. bapak aku nie, manja sangat. wahahahah tak pasal2 abah yg kena :PP yeeee memang abah aku manja ngan aku, aku pon manja ngan abah aku. hohoho jadi dia tak bg aku pi jauh2. kalau boleh, still in selangor. and sebelum2 nie pun, aku menuntut ilmu semua dalam selangor. paling jauh pun Kuala Kubu Bharu tu je. tu pon start form 4 baru masuk maktab. hahaha mungkin sebab aku nie anak sulung, jadi beliau TERlebih risau. ehehe


cikgu aku kata, aku nie patotnye, anak sulung lah kena tunjuk contoh kat adik2. pergi la menuntut ilmu sehingga ke negeri China. wah wah wah. aku pun memang teringin nak pergi menuntut jauh2. luar negara ke. hemmm sebelum nie ada gak tawaran matrik untuk sapa2 yang nak dihantar ke luar negara, study lepas tu balik jadi pensyarah matrik. actually aku dah amik borang dah pun. uhuk3 tapi abah aku tak benarkan. hemmmm so borang tu terpaksa dibuat hiasan. memang agak rugi. ramai yang suruh aku mohon, tapi nak buat mcm manaaaaaaaa hahahaha restu keluarga lebih penting :))


yeahhh itu lah dia course yang telah ditawarkan kat aku. alhamdulillah aku dapat first choice heeee :D ramai jugak terkejut bila aku kata aku dapat major in chemistry. depa tanya, memang aku minat ke course nie ? choice ke berapa nie ? tak amik medic ? ohohoho aku tak tau apa yg org expect aku amek. hemmm mungkin ramai yg expect aku amik medic. tapi ingin ku jelaskan, bukan lah niatku untuk abaikan course medic. aku tak bisa memohon medic demi menunaikan satu2nya impian abah aku. hemmm abah aku teringin sangat nak tengok aku jadi seorang pensyarah. kalau boleh dia kata, belajar smpai ke master atau PHD. kalau tak kahwin pun takpe. hah !

amekau. hahahaha tak kahwin pun takpe, asalkan dapat study smpai sana. nmpk tak betapa besarnya harapan abah aku. haihhh nak buat mcm mana. aku tak kisah asalkan abah aku bahagia. aku dah belajar dr 6 tahun smpai sekarang. hampir 13 tahun. takkan la tak boleh tahan 5-7 tahun lagi untuk belajar kan? hey belajar itu suatu perkara yang seronok. mengajar je kadang2 tak seronok hahahaha aku taktau lah kalau aku jadi pensyarah nnt mcm mana. sebab aku nie bukan jenis penyabar sangat. lagi2 yang otak lambat pikap sikit. aku boleh mengajar kalau takat 1-2 kali tak paham. tapi kalau smpai 5 kali dan ke atas aku ulang benda sama, student aku tak paham gak, perghhh memang nak makan kaki hahahaha aku harap aku dpt jadi lecturer yg baik =_=

yang pasal kahwin tu, haihhhh hahahaha mengeluh panjang nampak ~ :P takdelah, opsekos laa aku pun teringin gak nak berumah tangga kan. hehe inshaAllah kalau dah jodoh aku, takkan laa abah aku nak halang. bodek2 lah sikit kan hahaha ape2 pun, tu semua urusan Allah. kita hanya merancang, Dia yang menentukan :)) 

so, inshaAllah aku bakal menyambung pelajaran aku yg seterusnya pada peringkat degree di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Kampus Bangi. inshaAllah di Fakulti Sains dan Teknologi. dah biasa dah keluar masuk UKM nie hahaha sebab abah aku kerja kat situ. so kalau nak hantar pape dokumen, mmg masuk situ laa. hehe alhamdulillah. rasa mcm muda sangat pulak. umur 19 dah amek degree. gila kan ? aku dengar2 cerita senior2 nie ada gak yg tak puas hati dgn budak matrik dan asasi. depa kata kita nie berlagak sebab muda2 dah amik degree. adehhh nie cerita aku dengar jelah. wallahualam betul ke tak aku taktau lah. cuma kalau betul, rasanya tak perlu kot punya hasad dengki sesama manusia. kita respect senior, senior pun wajib lah respect kita kan? heeee :)

naseb baek intake bulan 9. after puasa dan raya. hehe kalau awal2 nie dah intake, alamatnya puasa kat uni lah aku nnt. huhu dah berapa tahun tak buka puasa ngan family pada hari pertama. sebelum nie kat maktab 2 tahun, pastu kat matrik setahun. aduhai sayu gila hati. org lain berbuka ngan family, kita buka ngan kawan2. huhu sob sob :P tapi tu semua kan pengalaman. alhamdulillah tahun nie dpt gak berbuka ngan family. hemm kalau aku tak duduk kat asrama dlm UKM tu, bleh laa tiap2 tahun buka ngan family. muahaha

aku pun tak sure kena dok asrama situ ke tak. aku tak kisah pun kalau memang kena menginap kat asrama tu. sebab no matter what, aku still boleh balik rumah hari2. hahaha even tak tidur kat rumah, bleh la jgak menjenguk kot2 adik2 aku yg kuat menangis nie rindu kan. hehe bersyukur sangat2. alhamdulillah :D classmates aku dua org dapat UKM gak. tapi yg sorang tu UKM Kampus KL kot. ke kampus lg satu. tak ingat. yang sorang nie kampus Bangi mcm aku gak. inshaAllah kami akan belajar di fakulti yang sama. hoho cuma course je yg lain. aku amek major chemistry, dia amek biokimia. hehehe senang la nnt kalau nak pi jalan2 :P Liza, kau tunggu je aku bawak kau siar2 ahak3 :P

okay lah guys. kalau nak cerita pasal ke-exsaited-an aku nie, mmg smpai bila pun tak habis. hahaha exsaited sangat nak masuk uni ! nak kenal kawan2 baru, nak belajar, nak cuci2 mata hohoho betulkan niat ! hahahaha btw, ramai gak member aku dapat UPM, USM. si ehem2 dapat UPM hahahah agak frust sebab tak sama uni ngan dia :P kawan aku dpt sana, agak jeles haha tapi takpa. UPM kat serdang jer pun. hehe dekat gak ngan UKM. bleh je jumpa kalau nak. hohoho gatai :PP okay lah, akan bersambung di entri yang lain, inshaAllah. semoga Allah merahmati hampa2 yang baca belog aku nie. hehe doakan aku yg terbaik, inshaAllah amin. aku doakan yg terbaik untuk hampa gak. okay ? 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :))

P/S : baru tukar nama twitter @mawarputehh , dah ada org yg tak kenal aku. ramai plak tu. padahal nama besar tak tukar pun. haha still Azani Azman. haihhh terpaksa kekalkan @hahahahaktuihh . baru nak bajet lembut sikit kan hahahah :PP

Thursday 12 July 2012

jalan jauh ~ (lah sangat) ahaks :P

Asssssssalaaaaaaamualaikummmmmmmmm ihik3 :D

apa khabar awexsss cun, comey, manja serta pakwexsss hensem, menawan, menggoda ? hahahaha mula2 je dah merepek ek :P hari nie aku happyyyyy sangat ! hihi walaupun penat sikit, tapi alhamdulillah. hari nie sebuah lagi kenangan dicipta yg menjadi memori dalam hidup aku heeeeeeee :D

hemmm cuba tengok tajuk :P hari nie aku jalan jauhhhhhhhhhh. lah sangat kan hahahaha hemmm bagi aku jauh lah jugak. nak tahu aku pi mana ? check it out :))


yezzaaaa ~ situlah tempat yg bleh tahan jauh bagi aku. kat sini lah aku menuntut ilmu dari form 4 smpaiiii form 5. ehehe 2 tahun je :P namamu tersergam indah, membuatku merasa bangga kerana pernah menetap di situ selama 2 tahun. :P memang lah bunyiknya tak lama, tapi bg aku, agak lama laaa. huhu jauh ke tak jauh? haaaaa cuba bayangkan. aku naik ktm, dari stesen UKM sampai lah ke stesen Kuala Kubu Bharu. haaaa

UKM - Kajang - Serdang - Bandar Tasik Selatan - Salak Selatan - Seputeh - Mid Valley - KL Sentral - Kuala Lumpur - Bank Negara - Putra - Segambut - Kepong - Kepong Sentral - Sungai Buloh - Kuang - Rawang - Serendah - Batang Kali - Rasa - Kuala Kubu Bharu

haaaaaaa jauh tak perjalanan aku hahahaha cuba lah kira berapa stesen tuh :D hemmm mula2 naik dr UKM smpai Rawang dulu. sebab kena tukar train kalau nak pergi Kuala Kubu Bharu. masa kat Rawang tu, jumpa bestfriendddd aku hehehehehe lama gilaaaaaa tak jumpa. dekat 2 tahun kot huhuhu memang rindu gila laaa :P ayat first yg keluaq dr mulut bestfriend aku, "makin comel lah kau Azani" muahahahaha k sila muntah :PP kami memang plan nak pi KKB sebab nak amik sijil SPM yg dah berkurun lamanya disimpan buat pekasam oleh maktab tuh hahaha stop kat Rawang, jumpa, pastu pegi sarapan kat MCD ! tahun nie, baru first time aku makan MCD. setelah lama tak makan MCD ehehehe

gambaq hiasan semata-mata hahaha :P
lepas dah sarapan tuh, apa lagi, gerak laaa naek train seterusnya ehehe smpai laaa tiba di stesen KKB. pastu naek teksi pulak smpai laaa ke maktab. hihi tapi teksi antaq kat luaq ja. huhu kena jalan kaki. adehh panas huhu mak guard tu siap tanya lagi, "jalan kaki ke, takde kenderaan?" hahahaha adeh. naseb kami laa kena pi sendiri :P rumah jauh, kalau tak bleh laaa suruh abah aku tolong antaq huhu masa smpai tu baru pukul 11.55 pagi. heeee :)

smpai2 ja, terus pi pejabat. tanya kat org pejabat tuh, tetiba dia kata org yg simpan sijil2 tu ada seminar. terpaksa laaa tunggu. ingatkan nak amek, pastu terus blah hahahaha malu nak jumpa cekgu.. takot depa tak kenai kami dah :P terpaksa tunggu lama gak laaa. smpai kul 2.15 petang baru laa bleh amik sijil. mula2 kami dok melepak ja kat depan dewan, pastu tetiba rasa nak pi jumpa cekgu lak ehehe lalu aku pun mesej laa cekgu kesayangan aku, merangkap cekgu homeroom aku. nama beliau, Puan Suziyanti Binti Adanan. aku panggey cekgu Suzi hehehe

belum sempat masuk bilik guru, dah terserempak dgn cikgu Fizik kami dulu. Cikgu Faez :D cer teka laki ka pompuan? hahaha mesti ingat laki kan? hehehe cikgu Faez tu cikgu pompuan :)) nama singkatan ja org panggey cikgu Faez. nama sebenaq Puan Faezah :D dia cikgu paling cool aku rasa. sbb dia ajaq fizik mmg terbaek ah. aku suka ! hehehehe masuk2 ja bilik guru, jumpa cikgu sejarah pulak. adehh, memang banyak sejarah aku ngan cekgu tu hahahaha ada yg pahit, ada yg manis :) terharu jugak laaa dia kenai aku lagi. heeee jumpa pak ostad yg sangat hensem, Ustaz Azhar, pastu baru jumpa cekgu Suzi. hehehe syiokkk ! walaupun segan, tapi seronok dapat lepaskan rindu kat cekgu2 :))

jumpa cekgu Math, Add Math, jumpa pak ostad hensem lagi, jumpa cekgu Kimia. memang syioookkkk sangat ! hihihi depa ingat muka kami, tu yg best. cuma ada cekgu yg ingat muka, cuma tak ingat nama hehehehe tapi alhamdulillah, semua berjalan dgn lancar. tak sia2 kami mai dr jauh :P masa borak2 ngan cekgu Suzi, ada satu soalan yg buat aku rasa mcm nak tersembur. hahaha cuba teka soalan apa. :PP "Azani dah ada boyfriend belum?" wahahahahahaha nak tersemboq bila cekgu tanya mcm tu. dengan tersipu2 malunya, aku kata takdak :PP tak ckp lebih2 laa, baru patah hati ka apa hahahaha kata takdak ja. pastu tau cekgu aku kata apa? dia kata "laaa kenapa takde lagi. pergi laaa cari satu. nnt senang, boleh terus kahwin. kalau tak cari, haaa smpai bila nak single?" wahahahahahaha sekali lagi aku rasa nak tersemboq hahaha :PP adehhh soalan cepumas betoi laaa. aku cuma angguk2 ja, kata kat uni nnt inshaAllah, jumpa laaa jodoh kalau ada hahaha :P adeh, malu malu malu :3

lepas borak2 tu dah salam2 semua, baru laa kami pi amek sijil kat pejabat. tunggu punya tunggu, kul 2.15 baru dapat sijil ehehehehe pastu ingat nak balik teroih laa. rezeki kami, cekgu Suzi baru habis kelas, pastu dia tawarkan diri nak menumpangkan kami smpai ktm KKB. ehehehehehe selamat duit teksi rm10 :PP alhamdulillah, terima kasih cekgu. sayang cekgu muah3 :* hahahaha smpai stesen KKB, tunggu train lagi untuk ke rawang balik. agak lama gak kami tunggu. hampir sejam sebab train smpai kul 3.30 petang huhu. time tunggu tu laaa masa untuk borak ngan bestfriend aku nie :P memang dr mula jumpa dah borak kencang dah hahahaha al maklumlah, lama tak jumpa. banyak benda nak cerita wey. seriously memang aku seronok gila ! :D

masa smpai Rawang tu, kami pi jalan2 kat Parkson jap ehehehe mula2 ingat nak pi Mid Valley tauuu. pastu dah dapat sijil pun lambat, tunggu train lagi lah lambat, so terpaksa batalkan niat nak pi Mid. huhuhu takot lambat smpai umah nnt. hemm so kami jalan2 kat Rawang jelah. ehehe jadilah tuuu. tengok kasut, try kasut hahaha tengok beg tangan, tengok baju, semua tengok2 ja hahaha :P belinya tak pun :P pas dah habih tu, baru laa balik. bestfriend aku tu turun kat Sungai Buloh ja. aku laaa perjalanan yg jauh sgt hahaha tapi takpalaa, sekali sekala. memang aku enjoy gila laa hari nie. alhamdulillah :)


tediaaaa gambaq hahaha pedulikan jerawat2 hahaha biasa laa pompuan :p tapi gambaq nie pun kami tgkap masa dlm train nak balik tu. hehehe sebelum2 tu, tak tangkap gambaq pon. :D pedulik laa org tengok ka apa hahahah yg penting kami bahagia :PP tediaaaa tu lah bestfriend aku till jannah, inshaAllah. nama dia Akmalina. :)) dia laaa yg selalu dengaq masalah2 aku dengan sabarnya, tak pernah mengeluh kalau aku mintak nasihat, sentiasa support aku tak kira time aku tgh up ka atau time aku tengah down. dialah satu2nya kawan aku yg aku rasa, memang dia lah yg terbaik. even kami tak jumpa, tapi kami slalu contact. org yg paling aku slalu contact even dah berpisah masa habis mrsm dulu, dia nie laaaa. hehehe dengan Aqilah. kenai ? hihi yg lain, aku jarang contact. hemmm kalau aku masih berkawan ngan 'dia', mungkin 'dia' gak salah satu kawan mrsm yg aku slalu contact. tapi nak wat camna, takdir mcm nie. mungkin aku bukan terbaik utk 'dia' hehehehe tak kisah lah, sebab benda dah lama. skunk pun aku dah bahagia dengan kawan2 aku yg lain. semoga 'dia' bahagia dengan kawan2 'dia' hahaha sabar je eh kau, kau, dan kau yg tak faham 'dia' tu sapa :P yg pastinya, 'dia' tu perempuan okay hihi


smpai rumah dah 6.45 petang. hahaha lewat gila. kelam kabut selesaikan apa yg wajib dulu :D pastu baru rehat. hemmm penat, tapi menyeronokkan ! alhamdulillah, akhirnya berjaya gak aku amek sijil spm aku hahaha nak tengok ka? tak payah laaa. tengok hang punya sendiri cukup laa hahaha :PP okay laaa dah banyak aku celoteh nie. kalau nak cerita pasai eksaited, memang smpai besok pun tak habih hahaha stop smpai sini dulu naaa :P esok result UPU keluaq. aku percaya ramai cuak malam nie. hemmm takpa laa, tak penting pun kat mana kita belajaq, yg penting kita usaha. Allah dah tetapkan rezeki masing2. tak guna cuak smpai takdak selera nak makan atau takdak selera nak tidoq atau takdak selera nak mandi. sebab, result tu tetap akan keluaq esok hahahaha chillax ~ aku pun try chillax. aku doakan kawan2 aku semua dapat uni dan course yg depa nak. inshaAllah, amin ~ sekian dr aku, assalamualaikum :)) terima kasih naa sudi baca. sayang hang :*

p/s : aku tgk junior2 tadi hensem2 lak mai aih hahahaha cuci mata betoi laaa :P

Friday 6 July 2012

Aku belum bersedia hemmm


hyeeeeeeeeeeeee :)) apa khabar? hari nie aku sihat lagi alhamdulillah. huhu semalam kepala agak berserabut sikit. aku lebih banyak diam smlm. hemmm kenapa? hehe mestilah ada sebab. tp sbelum tu, aku bersyukur hari nie aku masih dihidupkan, masih diberi peluang untuk bertaubat. aku bersyukur sebab mimpi semalam lebih baik dr hari yg sebelumnya. hemm

well, bercakap pasal mimpi. mostly orang akan kata, mimpi tu mainan tidur. jadi jgn percaya lah, tak mungkin terjadi. hemm mcm mana pulak kalau mimpi tu satu petanda. tak kisah lah kita mimpi pasal apa2 pun, ia sebenarnya satu petanda. atau pun, bila kita mimpi masa tidur, kita bangun je kita lupa pasal mimpi tu. tapi ada satu masa, mimpi kita jadi kebenaran. tapi kita taktau yg mimpi dah jadi realiti sebab kita tak ingat bahawa kita pernah mimpi pasal tu. and kita ingat semua yg berlaku mcm dejavu. tau tak dejavu tu apa? dejavu di kinabalu hakhak tu drama petang2 kat tv3 skunk nie. hihi fofular tuu.

hemm dejavu tu mcm situasi di mana kau rasa mcm kau pernah mengalami situasi tersebut. mcm ulangan situasi tanpa kau sedari. contohnya, kau tengah tengok tv. tetibe ada orang lalu depan kau. pastu kau rasa mcm, eh situasi nie mcm pernah jadilah. haaa pernah tak rasa mcm tu? aku byk kali huhu aku taktau mcm mana fenomena nie boleh jd. ecehhh fenomena hikhik nak gak guna ayat bombastik kahkah well, aku harap dejavu bukan dtg dr mimpi2 kita lah. hemm bila fikirkan balik, kadang2 memang aku nak mimpi jadi kenyataan bila mimpi tu best. tp hari nie, aku mintak jgn lah ada mimpi yg jd kenyataan. sebab aku taknak mimpi ngeri aku kelmarin jadi kenyataan. aku taknakkkkkk huhuhu

semalam emosi agak tak stabil disebabkan mimpi ngeri tu. sebab tu lah aku lebih byk diam kot. aku online pun lewat, smpai ada org tanya baru bangun tido ke =_= fine muka aku muka bangun tido lambat ke? hahahah aku hari2 bangun awal. heh korang jer yg taktau ~ tak semestinya bangun awal terus nak online kan? hihi kadang2 aku bangun awal, tade mood nak online. so aku lepak2 la depan tv. tolong mak masak ke. buat la ape2. bila dah bosan sgt taktau nak buat ape baru aku online. eleh kalau aku online pepagi pun sunyi je buat pe. *krik krik* TL kat twitter tu gerak lambat je. seketul2 je tweet keluar. fesbuk jgn ckp lah. lagi 10 kali ganda sunyi hahahah.

baby menangis sebab lapar.
aku menangis sebab aku takut :')
hemm okay aku nak citer nie. actually mimpi ngeri yg aku maksudkan tu bukanlah mimpi pasal Encik ataupun Puan H. hahah mimpi tu sebenarnya lebih kepada mimpi yg sedih. sedih yang amat2 sedih smpai aku menangis teruk masa bangun tido tu. huhu cuba teka mimpi apa? hemmm aku mimpi abah aku meninggal dunia. hemmm dlm mimpi tu, kitorang sekeluarga cuba terima hakikat bahawa abah aku dah takda. tapi ternyata hakikat tu susah nak terima. lagi2 oleh aku. sebab aku rapat sangat2 dgn abah aku. untuk sesiapa yg tahu tentang latar belakang sejarah keluarga aku, depa mesti tau kenapa aku rapat ngan abah aku. hemmm

selama aku hidup hampir 19 tahun nie, hampir separuh dr hidup aku, aku bergantung harap pada abah aku. yup, memang aku sangat2 bergantung pada abah aku. bukan aku taknak bergantung pada ibu aku, tapi keadaan tak mengizinkan. sesapa yg tahu pasal family aku tu, faham2 lah ye. yg tak tahu tu, kalau nak tahu, boleh je tanya aku. selagi aku boleh jawab soalan kau, aku jawab lah. tapi depends jugak sapa yg bertanya. kalau kau berjaya buat aku percaya kat kau, aku ceritalah. bukan apa, aku taknak dedahkan semuanya kat semua orang. biarlah yg memahami aku je tahu hal sebenar :D

berbalik kepada mimpi, hemmm dalam mimpi tu, aku tak dpt tgk pun jenazah abah aku. entah lah mimpi tu mcm di-shortcut-kan pulak hahahah yg aku tahu, sedar2 je dlm mimpi tu abah aku dah tak ada. hemm meninggal sebab apa pun aku tak pasti. hemm aku jumpa dgn org2 yg kerja dgn abah aku, then org2 tu pon asyik cerita tentang kebaikan abah aku. bila dia cerita, aku hanya mampu senyum jer weh. dlm mimpi tu aku try kuatkan hati aku. aku cuba untuk redha. tapi bila aku balik umah, umah tu sunyi weh. sunyi tanpa abah aku. gahhhhh sedihnya aku nak cerita. aisehhh aku ingatkan aku dah ready nak cerita. sebab mimpi tu kelmarin. tp masih kuat dlm ingatan aku. *lap air mata*

dlm mimpi tu, semua benda aku buat jadi tak kena. aku balik umah, umah sunyi. takdak abah aku. pastu aku asyik terfikir ja, mana nak carik duit. sebab mak aku tak keja. takkan nak harapkan ibu aku. hemmm pastu aku fikir, siapa yg nak handle syarikat abah aku tu. siapa yg nak tanggung bayaran kereta yg tak habis lagi. bila aku pi luar rumah, aku nmpk moto abah aku, lagi lah aku sedih. sapa nak pakai moto tu. aku memang lah tak smpai, scrambler kot. aku nie dah lah pendek. huhu pastu aku fikir, nak teruskan hidup dgn mak aku, atau aku kena balik semula duduk dgn ibu aku. ibu aku mampu ke nak tanggung kami lagi. hemmm mcm2 lah aku fikir. smpai aku rasa kosong yg amat bila abah aku takde.

masa bangun tu, baru sedar air mata aku meleleh. teruk jugak lah aku menangis pagi tu. naseb baek takde org masuk bilik. keluar bilik, nmpk abah aku. abah aku baru smpai umah sbb rehat makan pagi. time tu rasa mcm nak peluk jer smbil nangis. tp aku tahan.huhu bukan apa, aku taknak cerita pasal mimpi nie kat sesapa kalau ikutkan hati. tapi aku sendiri pun tak mmpu nak pendam. semalam el jer yg prasan aku agak senyap sepanjang hari. so aku citer kat dia je. and hari nie, barulah ada kekuatan nak menaip kat blog.

aku belum bersedia untuk terima apa2 kehilangan. secara jujurnya, aku rasa aku mmg sangat bergantung dan manja kat abah aku. papehal, mesti aku citer kat abah aku. abah aku pun kalau ada masalah, citer kat aku. mmg rapat gila lah. bila aku mimpi mcm tu, aku rasa takut. takut untuk kehilangan sapa2 pun dlm ahli keluarga aku. apa pun yg berlaku, mmg keluarga terletak di carta nombor satu dlm otak aku dan hati aku. family comes first. mmg kalau ada pape yg jadi kat family aku, aku rasa susah untuk aku terima kenyataan. hemmm hari2 aku doa, mintak Allah panjangkan umur semua ahli keluarga aku. aku tahu, mati itu pasti. setiap orang akan mati. tapi kalau boleh, aku mohon kat Allah, jgn lah ambil nyawa keluarga aku masa aku belum bersedia. aku tak sekuat orang lain. hemmm

mengharap ada yg akan usap
air mata aku bila aku menangis :)
aku belum kuat lagi kot. kalau boleh, biarlah Allah ambil nyawa aku dulu sebelum ambil nyawa keluarga aku. sebab aku takut aku tak mampu terima. aku susah nak redha. aku takut sangat. tapi inshaAllah, sepertimana dlm ayat Quran ada menyebut, Allah tidak akan memberi ujian kepada hamba-Nya melebihi dr apa yang hamba-Nya mampu tanggung. inshaAllah, Dia tahu apa yg terbaik kan. mungkin dia ada plan yg lebih baik untuk aku andai kata mimpi aku tu jadi kenyataan. cuma doa aku, semoga umur ahli keluarga aku di panjangkan. dan jika mmg takdir nyawa abah atau sesapa pun dr keluarga aku diambil lebih awal dr aku, doa aku, semoga Allah kuatkan hati aku untuk redha. semoga Allah tempatkan mereka di sisi ahli-ahli syurga. semoga Allah jauhkan mereka dari azab neraka. aminnnn

ini bukan kali pertama aku mimpi pasal orang meninggal. sebelum nie pernah jugak. aku mimpi abang kepada kawan aku meninggal. tp inshaAllah, ada org kata kalau kita mimpi org meninggal, tandanya umur org tu panjang. hemmm harap2 umur org2 yg aku syg dipanjangkan. aminnn. bila dapat mimpi macam tu, aku jadi sentap jap. huhu rasa mcm Allah nak suruh aku bersiap sedia dr awal. takut. huhu tp inshaAllah, hari demi hari, harap2 aku makin matang, aku boleh fikir hikmah2 di sebalik semua yg terjadi. hemmm

hehe sebab tu la aku agak senyap semalam :) thanks lah sesapa yg perasan. huhu aku taktau nak update apa, aku taktau nak tweet apa. otak tetiba takdak idea. mcm stuck sepanjang hari sbb mimpi tu. tp hari nie dah okay sikit kot. inshaAllah. aku harap tak dpt dah mimpi2 mcm tu. huhu taktau lah kalau semua nie gangguan syaitonirrajim kan. harap2 pasni takdak dah mimpi2 ngeri atau sedih2 yg terlampau sedih mcm tu. huhu aminnn. okay lah, masa untuk aku mandi. hehe dah 9.30 nie. ta mandi agy, hikhik sejuk doo :P okay stop smpai sini dulu k, assalamualaikum :))

P/S : hey MSAS , i miss youuuu hikhik i'm waiting for your text everyday :) i don't want to text you first. i'm afraid that you won't reply. nnt mcm org bodoh je tunggu hahahah tp lau tak text pun takpa, just want to say that i miss the old you :) take care, bye2 *hugs*