Pages

Sunday 15 July 2012

UKM , here i come hoho :D

hohoiii cik adik manis comey lotey serta cik abang hensem tuff menawan :D apa khabar ? :))


hari nie dah 15 julai . dah dua hari result UPU keluar. hehe as you can see on the title , UKM , HERE I COME !! ohohohoho (^_^)v

yezza ~ alhamdulillah ! akhirnya aku dapat jugak universiti yang selama nie aku idam-idamkan. huhu memang dr dulu aku teringin sangat nak masuk UKM. al maklumlah, selain faktor utama iaitu DEKAT SANGAT DENGAN RUMAH AKU , UKM juga telah berjaya menarik minat aku untuk belajar kat sana sebab selama aku dok usha2 dari jauh, UKM nie banyak mamat2 negro serta mamat2 salleh yg study kat sini. ahahahaha memang aku suka lah bab cuci2 mata nie :P yup, memang UKM sangattttttttttttt dekat dengan umah aku. kalau naik basikal pun boleh. naik moto, 5-10 minit dah smpai. naek kereta lmbt sikit lah kot kalau ada kesesakan lalu lintas. hehehe kalau naik bas pun okay, bayar sehinggit je. wakakaka boleh nmpk tak betapa dekatnya UKM tu dengan rumah aku ? :D


ye, secara jujurnya aku memang teringin pun nak masuk uni2 lain. contohnya UM ke UPM ke tak kisah la uni mana. yang jauh2 pun sebenarnya aku teringin gak nak masuk. tapi apa kan daya. bapak aku nie, manja sangat. wahahahah tak pasal2 abah yg kena :PP yeeee memang abah aku manja ngan aku, aku pon manja ngan abah aku. hohoho jadi dia tak bg aku pi jauh2. kalau boleh, still in selangor. and sebelum2 nie pun, aku menuntut ilmu semua dalam selangor. paling jauh pun Kuala Kubu Bharu tu je. tu pon start form 4 baru masuk maktab. hahaha mungkin sebab aku nie anak sulung, jadi beliau TERlebih risau. ehehe


cikgu aku kata, aku nie patotnye, anak sulung lah kena tunjuk contoh kat adik2. pergi la menuntut ilmu sehingga ke negeri China. wah wah wah. aku pun memang teringin nak pergi menuntut jauh2. luar negara ke. hemmm sebelum nie ada gak tawaran matrik untuk sapa2 yang nak dihantar ke luar negara, study lepas tu balik jadi pensyarah matrik. actually aku dah amik borang dah pun. uhuk3 tapi abah aku tak benarkan. hemmmm so borang tu terpaksa dibuat hiasan. memang agak rugi. ramai yang suruh aku mohon, tapi nak buat mcm manaaaaaaaa hahahaha restu keluarga lebih penting :))


yeahhh itu lah dia course yang telah ditawarkan kat aku. alhamdulillah aku dapat first choice heeee :D ramai jugak terkejut bila aku kata aku dapat major in chemistry. depa tanya, memang aku minat ke course nie ? choice ke berapa nie ? tak amik medic ? ohohoho aku tak tau apa yg org expect aku amek. hemmm mungkin ramai yg expect aku amik medic. tapi ingin ku jelaskan, bukan lah niatku untuk abaikan course medic. aku tak bisa memohon medic demi menunaikan satu2nya impian abah aku. hemmm abah aku teringin sangat nak tengok aku jadi seorang pensyarah. kalau boleh dia kata, belajar smpai ke master atau PHD. kalau tak kahwin pun takpe. hah !

amekau. hahahaha tak kahwin pun takpe, asalkan dapat study smpai sana. nmpk tak betapa besarnya harapan abah aku. haihhh nak buat mcm mana. aku tak kisah asalkan abah aku bahagia. aku dah belajar dr 6 tahun smpai sekarang. hampir 13 tahun. takkan la tak boleh tahan 5-7 tahun lagi untuk belajar kan? hey belajar itu suatu perkara yang seronok. mengajar je kadang2 tak seronok hahahaha aku taktau lah kalau aku jadi pensyarah nnt mcm mana. sebab aku nie bukan jenis penyabar sangat. lagi2 yang otak lambat pikap sikit. aku boleh mengajar kalau takat 1-2 kali tak paham. tapi kalau smpai 5 kali dan ke atas aku ulang benda sama, student aku tak paham gak, perghhh memang nak makan kaki hahahaha aku harap aku dpt jadi lecturer yg baik =_=

yang pasal kahwin tu, haihhhh hahahaha mengeluh panjang nampak ~ :P takdelah, opsekos laa aku pun teringin gak nak berumah tangga kan. hehe inshaAllah kalau dah jodoh aku, takkan laa abah aku nak halang. bodek2 lah sikit kan hahaha ape2 pun, tu semua urusan Allah. kita hanya merancang, Dia yang menentukan :)) 

so, inshaAllah aku bakal menyambung pelajaran aku yg seterusnya pada peringkat degree di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Kampus Bangi. inshaAllah di Fakulti Sains dan Teknologi. dah biasa dah keluar masuk UKM nie hahaha sebab abah aku kerja kat situ. so kalau nak hantar pape dokumen, mmg masuk situ laa. hehe alhamdulillah. rasa mcm muda sangat pulak. umur 19 dah amek degree. gila kan ? aku dengar2 cerita senior2 nie ada gak yg tak puas hati dgn budak matrik dan asasi. depa kata kita nie berlagak sebab muda2 dah amik degree. adehhh nie cerita aku dengar jelah. wallahualam betul ke tak aku taktau lah. cuma kalau betul, rasanya tak perlu kot punya hasad dengki sesama manusia. kita respect senior, senior pun wajib lah respect kita kan? heeee :)

naseb baek intake bulan 9. after puasa dan raya. hehe kalau awal2 nie dah intake, alamatnya puasa kat uni lah aku nnt. huhu dah berapa tahun tak buka puasa ngan family pada hari pertama. sebelum nie kat maktab 2 tahun, pastu kat matrik setahun. aduhai sayu gila hati. org lain berbuka ngan family, kita buka ngan kawan2. huhu sob sob :P tapi tu semua kan pengalaman. alhamdulillah tahun nie dpt gak berbuka ngan family. hemm kalau aku tak duduk kat asrama dlm UKM tu, bleh laa tiap2 tahun buka ngan family. muahaha

aku pun tak sure kena dok asrama situ ke tak. aku tak kisah pun kalau memang kena menginap kat asrama tu. sebab no matter what, aku still boleh balik rumah hari2. hahaha even tak tidur kat rumah, bleh la jgak menjenguk kot2 adik2 aku yg kuat menangis nie rindu kan. hehe bersyukur sangat2. alhamdulillah :D classmates aku dua org dapat UKM gak. tapi yg sorang tu UKM Kampus KL kot. ke kampus lg satu. tak ingat. yang sorang nie kampus Bangi mcm aku gak. inshaAllah kami akan belajar di fakulti yang sama. hoho cuma course je yg lain. aku amek major chemistry, dia amek biokimia. hehehe senang la nnt kalau nak pi jalan2 :P Liza, kau tunggu je aku bawak kau siar2 ahak3 :P

okay lah guys. kalau nak cerita pasal ke-exsaited-an aku nie, mmg smpai bila pun tak habis. hahaha exsaited sangat nak masuk uni ! nak kenal kawan2 baru, nak belajar, nak cuci2 mata hohoho betulkan niat ! hahahaha btw, ramai gak member aku dapat UPM, USM. si ehem2 dapat UPM hahahah agak frust sebab tak sama uni ngan dia :P kawan aku dpt sana, agak jeles haha tapi takpa. UPM kat serdang jer pun. hehe dekat gak ngan UKM. bleh je jumpa kalau nak. hohoho gatai :PP okay lah, akan bersambung di entri yang lain, inshaAllah. semoga Allah merahmati hampa2 yang baca belog aku nie. hehe doakan aku yg terbaik, inshaAllah amin. aku doakan yg terbaik untuk hampa gak. okay ? 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :))

P/S : baru tukar nama twitter @mawarputehh , dah ada org yg tak kenal aku. ramai plak tu. padahal nama besar tak tukar pun. haha still Azani Azman. haihhh terpaksa kekalkan @hahahahaktuihh . baru nak bajet lembut sikit kan hahahah :PP

No comments:

Post a Comment