Pages

Monday 30 July 2012

should i apologize ?

Assalamualaikum awak awak semua :)


entri kali nie aku tujukan khas untuk seseorang yang suatu ketika dulu pernah menjadi seorang sahabat bg aku. hmm~ sekarang jam pun dah menunjukkan pukul 3.43 pagi. aku still tak boleh tido. tadi kul 1 dah off dah lampu, lappy semua. tapi golek punya golek, tak boleh tido jugak. kenapa ? sebab dlm fikiran aku termain gambar flashback memori aku dengan si dia.


untuk makluman, si dia tu bukanlah seorang jejaka mahupun seorang pemuda. hahahah si dia tu seorang wanita yang pernah menjadi kawan aku. bestfriend aku. tetapi hubungan  itu terputus gara-gara beberapa faktor yang aku sendiri rasa mcm, hmmm~ menyesal pun ada. tapi bila fikirkan kegeraman aku terhadap lelaki yang kononnya tahu semua benda tuh, aku jadi ego. ego untuk berbaik semula dengan si dia. biarlah aku menggelarnya sebagai H. dia tak suka org panggil dia H sbb katanya, H tu hanya seorang ja yg layak panggil dia dgn nama tu. tapi aku nak gelar dia H jugak ! hahaha


kepada H, tadi masa aku nak tido, aku terbayang memori2 kita. memori kau selalu kejut aku waktu pagi masa kat matrik. kau datang bilik aku hujung minggu, time aku tgh tidur lagi pepagi buta tuh, kau bukak langsir kat tempat aku smpai terang, hahahah ganggu aku tido. ajak aku g sarapan. makan kat lyra. kau suka makan mee goreng selalunya. :)


pernah satu hari, aku tido lambat. kul 6 baru aku tido. lepas tu kau dtg, ajak aku gi bilik tutor. study sama2. mata tak larat nak angkat nih. kau buatkan aku nescafe kan masa tuh. rajin betul, sanggup gi water cooler yg sememangnya jauh dr bilik aku tuh. bancuhkan aku air nescafe. :)


tiap2 petang. lepas habis kelas mesti lepak kat orion. kalau aku balik kul 4, kau balik kul 5, aku tunggu kau. kadang2 depan library. kadang2 aku balik bilik dulu. pastu jumpa kat junction antara surau dengan depan orion tu. kalau aku yg balik lmbat, kau pulak yg tunggu aku. kesian kau, hari jumaat selalunya kau yg terpaksa tunggu aku. sbb lecturer dinamika aku slalu lepas lambat hahahah :)


waktu petang2, kadang2 rajin keluar jalan2. pusing2 satu KMS tu. kadang2 jalan kaki. kadang2 naik basikal. masa sem 1, selalu keluar dgn roommate kau skali kan ? tapi start sem 2 semua dah lain. lepas peristiwa "malam" tu, terus berubah. drpd 4 org, tinggal kita 2 je. mcm biasa, kalau petang2 tu jalan2 mesti cuci mata. berapa kali kita pusing KMS tuh. haha kadang2 beli aiskrim. smbil jalan smbil makan. :)


ingat tak video yg kita buat masa jalan2 petang2 tuh ? yang dengan roommate kau skali. aku simpan lagi video tu. tapi dah tak bukak dah. kalau ikutkan hati mmg nak buang. actually mmg aku dah buang pun. sbb memori aku dah takleh pakai. aku skrg tukar fon, tukar nombor, memori pun tukar. tapi baru aku sedar, ada satu masa aku save video tu dlm laptop. so selagi laptop nie hidup, maka video tu tersimpan lagi dlm laptop nie :)

kalau aku bosan, mesti aku pergi bilik kau. kerap juga masa sem 1. tapi sem 2 dah kurang. sem 2 kau yg slalu dtg bilik aku. kita borak2, lepak2. kalau bosan jugak, pergi jalan2 koop. makan aiskrim. waktu malam, selalu jugak la dinner sama. order mee bandung lah, mee hailam lah. best kan. :)


pergi kuliah pun selalu sama2. wajib k tiap2 pagi. hahah masa sem 1 selalu duduk sebelah2. tapi start sem 2 dah duduk dgn praktikum masing2. ingat tak aku nie suka dengar lagu kuat2. hahaha smpai jiran2 semua dengar. kau pun bg amaran dah suruh slow sikit hihi teruk betul lah :)


entahlah. aku rasa aku nie rindu kau kot. semarah2 aku kat kau, seluka mana hati aku sbb kau, sekejam2 aku malukan kau, aku rasa aku sebenarnya rindu kat kau. buktinya aku masih ingat kat kau. hmm~ secara jujur mcm2 dah aku buat untuk lupakan kau. aku delete gmbr2 kau kat fb. aku delete fon number kau, aku remove kau. kau pun dah block aku kat fb kan. tapi kenapa eh. aku masih tak boleh lupakan kau. 


masa aku dpt tahu kawan baik kita kutuk aku, kata aku pengampu, betapa hancurnya hati aku nie. huhu~ hanya Allah yang tahu. menggeletar aku tutup tab facebook kau masa tu. tutup laptop dgn hati yg sangat2 terluka. rasa mcm ditikam oleh kawan sendiri. nak tido masa tu pun susah. aku menangis kat Qen masa tu. satu2nya kawan yang aku ada, yg faham apa aku rasa, yg nampak apa aku lalui, hanyalah Qen. dia sorang jer yg tahu mcm mana aku rasa. sbb dia hari2 nampak kita berkepit. hahah


hmmm~ aku tahu dah seteruk2 benda yg jadi antara kita, sebenci2 aku kat kau, aku tahu. suatu hari nnt, akan ada satu saat aku akan menyesal dgn semua nie. dan hari tu pun dah tiba. malam nie :) untuk pertama kalinya dlm hidup aku, aku menyesal sbb semua nie terjadi. serius aku menyesal. aku taktau salah siapa sebenarnya. startnya mcm mana pun aku taktau. actually before mlm aku buka facebook kau tu, hubungan kita mmg ada renggang sikit kan. and i don't know why :(


so malam nie, hmm tak kisah la malam ka pagi, aku nak minta maaf kat kau andai kau rasa aku yg start semua nie. H, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab :

  • buka facebook kau tanpa kebenaran. aku minta maaf sangat2. aku salah guna kepercayaan yg kau bg kat aku. 
  • remove kau. nafsu amarah aku sangat tinggi masa tu. aku tak boleh fikir dgn waras sbb aku kecewa sangat dengan semua nie.
  • buat entri pasal kau kat blog aku. hmm~ secara jujur, aku sebenarnya lebih3 marah kat lelaki yg bajet tahu semua benda tu. aku lebih marah kat dia berbanding kau. sbb aku rasa dia mengapi2kan kita. dr hari pertama lg. dia kata aku bukan kawan yg baik untuk kau kan. aku minta maaf
  • aku dah malukan kau dgn status2 aku. aku tahu, semua org mungkin dah fikir buruk pasal kau. aku tak boleh kawal kemarahan aku. kekecewaan aku. hmm~
kau tahu sendiri, kau adalah salah seorang kawan baik aku kan. sbb kau faham aku. kau tahu masalah2 aku. kau boleh dgr masalah2 aku. kau boleh bagi respons yg baik kat aku. kau antara kawan yg paling aku sayang. ingat tak, kita pernah berjanji masa kat pondok depan vega tuh, kita janji takkan gaduh lagi. aku ingat. smpai sekarang aku ingat. hmmm~

H, masa kau hantar mesej waktu hari last kat matrik tu, aku menangis tahu tak. aku rasa sedih. sbb tak sangka kau masih ingat aku. and kalau nak ikut aku punya ego, mmg aku taknak reply langsung. tapi aku terharu sbb kau masih ingat aku. aku reply. tapi untuk msg kau yg sterusnya tuh, aku tak reply. aku rasa kau pun dah tahu sbbnya kan. aku percaya kau dah baca entri blog aku yg pasal kau sblm nie. :(

H, aku minta maaf. aku tak harap kita kawan balik. sbb aku tahu, kita dah bawa haluan masing2 kan. jangan risau, memori2 kita semua aku takkan lupa. walaupun kita bukan kawan lagi, aku bangga sbb pernah jadi kawan kau. dan kau pun jadi kawan baik aku. terima kasih sangat2. seriously, thanks for everything okay. it's nice to know you after all. biasalah, manusia bukannya perfect kan. setiap orang ada salah dan silap. hmm~

aku harap kau berjaya dlm hidup kau. tahniah dapat masuk uni. aku tak tahu uni mana. tapi aku tahu course kau sama dgn aku kan ? hajat kita nak study sama kat UKM tak kesampaian. kalau kau dpt UKM gak, mungkin kita boleh dipertemukan lagi. tapi mungkin jugak kau pun tak ingin nak tengok muka aku lagi. hahahah apa2 pun, aku doakan yg terbaik untuk kau. semoga kau bahagia dlm hidup kau okay ?

sekian dulu untuk entri kali nie. andai kata kau baca entri aku nie, respons lah eh. komen lah kalau taknak direct pun. pakai anonymous jer hahahah hmm~ aku tadak nombor fon kau dah. huhu~ aku rasa kau pun tadak nombor fon aku. so mmg tadak cara dah kita nak contact kan. kat fb pun aku dah kena block. haha~ okay lah. take care. Assalamualaikum. :))

P/S : terima kasih naa hampa2 yang baca jugak blog aku nie. even entri kali nie tak berapa nak menarik sbb tuju kat seorang ja. haha~ maaf naa. terima kasih lg skali. semoga Allah berkati ampa semua. jam pun dah kul 4.41 pagi. masa untuk sahur. selamat berpuasa :))

2 comments:

  1. assalamualaikum...

    selamat berpuasa.. :)

    menjenguk blog kamu ^^

    # taching entry awak nie. huuhu.. teringat kat kawan baik sy juga ... kisah kita hampir sama tapi tak serupa. hehehe :D

    ukm? sama la. dapat kos ape? hehe :D

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh :D

    selamat berpuasa jugak :)

    hehehe yeke :) hmmm~ saya berserah ja kat takdir hehe~ benda dah jadi kan :)

    dapat ukm jugak ? kos sains kimia ^^

    ReplyDelete