Pages

Friday 15 November 2013

Realiti.

Tengok orang ada kereta, terasa nak ada kereta.
Tengok orang ada handphone cecanggih, terasa nak beli juga.
Tengok orang kurus makan banyak tapi tak gegemuk, rasa frust pun ada.
Tengok orang rajin belajar, struggle gegila, terasa nak jadi macam tu tapi eh, takde feel pula.
Tengok orang berkepit ke sana sini dengan makwe pakwe, amboui jangan kata nak juga?

Kenapa manusia selalu tak bersyukur dengan apa yang mereka ada?

Sebab mereka sangka mereka takkan hilang apa yang mereka ada sekarang.
Mereka lupa, alpa bahawa Dia berhak tarik apa yang dia dah pinjamkan.

Manusia.
Bila ada depan mata, buat-buat tak nampak, buta.
Bila dah tak ada depan mata, baru terkial-kial nak cari, gila.

Tengok tv -- cerita best sikit pasal kahwin.
Mulalah berangan.
Maghrib entah ke mana.
Al-Quran berapa kali sentuh dalam sehari agaknya?

Mari pandang realiti sebenar.
Hidup takkan sesempurna apa yang dirancang.
Cerita dalam novel, dalam tv -- semuanya dirancang.
Sebab tu gembira bahagia sentiasa endingnya.
Hakikatnya?

*hulur cermin, hulur spec*
Just in case kalau rabun tak nampak apa yang ada depan mata.

:)

No comments:

Post a Comment