Pages

Monday 26 November 2012

mood swing


hari nie mood aku tak berapa nak okay. mood swing. dari pagi rasa mcm nak marah je. semua benda buat tak kena. bateri fon habis dah nak mampus pun aku buat bodo, malas nak cas. last2 memang mampus terus ...

ape kena dengan aku nie ? haha tadi nangis ...

sebab ? sebab ... hmm i have a friend. her name is WH. dulu kami kawan baik. sekarang ... maybe masih kawan baik, idk either sebab aku sendiri confuse. aku ego :( ego aku tinggi. she keep trying to build again our friendship, i could see her efforts. it's just that ... i need time ...

i was touched when she said earlier, that she missed me, she still loves me like she did before ... and she'll always be there for me ... she's willing to hear my problem. still. after all that happened ...

sigh ...

tadi masa dia tanya, pasal perkembangan aku sekarang, then aku cerita pasal ... apa yang berlaku masa hari raya kedua dulu, aku tak boleh nak tahan perasaan. nangis. naseb baek roommate aku tengah tido masa tu ... so aku nangis je sepuas-puasnya. and amazingly, dia kata ... "i'm sure you're crying right now"

well. since we used to be bestfriends, tak terkejut lah bg aku, kalau dia boleh tahu perasaan aku mcm mana. kawan dah lama ... background family, apa yg slalu jadi kat aku, semua dia tahu. so dulu, mmg tak dinafikan, aku rasa kehilangan masa benda tu jadi ...

guess we're okay now. i mean, maybe tak seokay dulu. tp tadi ada lah bertukar fon number. and she said kalau ada pape, just text. or she'll text me when she's free. 

as someone once said, tak baik putuskan ukhwah. setiap yang berlaku kan ada hikmah ... maybe benda yang jadi antara aku dgn dia before nie ada sebab kot ... utk pengajaran ke apa ke ... aku taktau haha

tak boleh nak berfikir dengan baik sekarang nie. aku ... stress tapi aku malas nak fikir .. baru try nak happy2 pastu mst ada org cari pasal. asdfghjkl sungguh. 

tapi inshaAllah sekarang dah okay. cuma perlukan masa je kot. i'll be okay soon. hopefully ...

thanks readers for the visit ... really appreciate it :)

--------------------------------------

aku puji dia depan member2 aku, aku kata dia rajin bangun untuk Qiam dan lain2. then there's someone yang cakap, "tung aaaa zani dapat ehem2." i just smiled ... pastu org tu kata lagi, "kalau rajin mcm tu, sapa taknak, saya nak dia boleh zani ?"

i was ... hahaha speechless gila. tengah makan masa tu nak tersedak =.= dengan tenangnye cakap, nak ke ? amiklah. haha

kalau nak dia, amik ... amik lah kalau boleh. aku tak takut sebab dia belum tentu nak kau jugak hahahaha :) 

aku nak bunuh 2 burung dengan satu batu nie. so sape TERsentap tu maaflah ye. :)

kalau nak rasa cap kaki dekat muka dengan urutan penampar bertubi2, try lah ye hahahahahahahahahaha kbye !


Saturday 24 November 2012

Tahniah KAB !


uhuiiii dah pukul 3 pagi ~ tapi ntah kenapa mata aku belum mengantuk. kenapa eh ? kenapaaaaaaaaaaa T^T dah lah pagi nnt kul 9 ada latihan teater. tapi masih lg tak tidur. sigh ... esok bersengkang mata la nampaknya. jaga bmart lagi kul 12-3 ~ alahai ~

maybe mata nie tak mengantuk sbb semalam dah cukup berdengkur haha bangun lewat pagi tadi. seronok punya pasal. lega, sbb exam dah settle, tggal lagi satu. pastu lab report 22 pages tu dah hantar, then hujung minggu nie mcm free sikit laaa kan. hehe alhamdulillah :)

lagi satu kegembiraan bila semalam KAB menang besar masa penutupan majlis Sukem 2012 !! whoahhh ! hihiksss excited gila nak cerita nieeeee. ohh ya, KAB stands for Kolej Aminuddin Baki tercintaaaaaaa muahmuah :*

pungutan piala 
alhamdulillah :)
bangga sebentar menjadi #TeamKAB hehehe lebih membanggakan bila menang pertandingan Kawad sempena majlis penutupan Sukem 2012 nie. alhamdulillah !! kalau nak tengok video boleh tengok di bawah nie ye :)



to be honest, we didn't even expect yg kitorang akan menang Naib Johan. kalau kau teliti betul2 video di atas, mmg ada jgak kesalahan dan kesilapan yg obvious. tapi alhamdulillah, rezeki budak2 amin kan, dapat laa jugak :)

actually masa dia umum tempat ketiga tu KTHO (Kolej Tun Hussien Onn) di mana semua budak2 yang masuk tu adalah budak2 PALAPES (can you imagine how budak2 palapes berkawad?), kitorang mmg dah putus harapan dah. kau bayangkan aaaa bebudak PALAPES yang mmg diasah hari2 kena berkawad tu pun dapat tempat ketiga ... kitorang ? harapan sangat la kan hahah

mascot si honey beeeeee 
tambah2 lagi masa kitorang dah nak masuk padang tu, ada orang jerit (rasanya bukan budak KAB) "apa korang buat nie weyyyyy" huhu masa tu rasa down gila nak mampus. sbb aku bahagian yg menghadap penonton, so mmg bleh nampak bebudak kawad sblh yg tak mghdap penonton agak hancus ... haihhh

mmg dah putus harap gila aaaa. Johan (si komander) pun cakap masa masuk padang tu, "dah ar. takyah kawad, memalukan" uhuhu idk what does he mean by that "memalukan" tp tu laaa. mmg rasa takdak harapan langsung dah ...

but in the end, alhamdulillah. masa dia umum "naib johan pertandingan kawad majlis penutupan Sukem 2012 jatuh kepada ~~ Kolej Aminuddin Baki !!" aku dgn ziera masa tu hahahahahah kalau kau tengok kitorang, rasanya kau akan fikir kitorang kena rasuk kahkahkah !

menjerit gila gila gila !! macam orang gila kahkahkah ! dgn terlompat2nyaaa. ya Allah tak sangka gilaaaaaaa. alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah !! rezekiiiiiii :))

saat tabik hormat, belon dilepaskan ^_^
tak sia-sia aku masuk kawad. ya Allah, kau nak tahu. masa mula2 sorg senior tu bagi mesej suh aku masuk kawad, aku tak reply HAHAHA sbb aku malas, aku tak suka kawad ... paling benci kawad. sejak sekolah rendah lagi. then, bila si ziera dengan ros pujuk2 aku masuk kawad, barulah tergerak hati. alhamdulillah, terima kasih koranggggg muahmuah ! baru aku dpt rasa cemana rasa seronok bila menang hihi :DD

timbalan pengetua pun kata good idea pasal belon tu. actually tu last minute preparation tauuuu. sbb tetiba sehari sblm pertandingan, kitorg diberitahu, ada kolej mintak buat formasi. padahal sblm nie kata kawad biasa jaaa. and kitorang mmg tak sempat pun kalau nak buat, so kitorang decide kawad biasa je. pastu buat gimik sikittt jeee uhuhu

alhamdulillah, tak ada ungkapan lain yang dapat nak diluahkan betapa gembiranya kitorang masa tu :)

hehehe hehehe hehehe excited kan aku ? :P maaflaaa. heee aku dah lah tak menyumbang pape medal, pastu lebih2 lak ... sorry :( *tetiba tacink*

hahaha ape nie zani. haihhh dah2, jom treasure gambar ? tp bukan dr kamera aku. dr kamera dorang2 nie ha. fon aku awal2 dah mati gara2 bateri habis lupa cas huhu ~ so ... here we go ~ :3

Team KAB :)

tangan peace sape ntah nyibuk kat bwh tu .___.

berpeluh2 hahaha

piala juara keseluruhan sukem ~

bersama beruk makyeh. #eh hahaha

berminyak muka kahkahkah

ziera dpt medal. hmmmm tahniah :)

semua mcm dlm oven kahkahkah !

senget mcm nak jatuh .____.

kenapa kaki kita dua shining ziera ? haha
last ... tumpang femes :3
hihihi seronok sangat semalam :) pastu balik2 tu nak dekat kul 12 dah ... before habis tu, diorang pasang bunga apiiiii. ya Allah cantik sangat2 !! seyes ! semua lampu dipadam, then ada cahaya bunga api tu je. mmg seronok sangatt2 !! tak dpt nak diungkapkan dgn kata2 hahaha

kalau fon tak mati smlm, mmg dah bergambar dah :( tp fon mati grrrrr marah diri sendiri sbb tak cas ! ishhhhhhh T^T

huhu apepun, alhamdulillah, syukur sangat3 !! mohon kolej lain jangan jeles eaaaa. haha KAB menang tahun nie, dengar2 tahun lepas dpt naib johan keseluruhan, tahun nie johan. alhamdulillah ada peningkatan. alhamdulillah !! *excited*

haha agak2 pagi esok aku bangun tak untuk teater ? kahkahkah ! dah dekat pukul 4 babe !! mata aku tak ngantuk lagiiiiiiiiiiiii. ziera pun sama. haihhh okay2 stop smpai sini. just nak express rasa gembira yg amat and ... yea, alhamdulillah, rezeki amin !!

thanks pada yang membaca :) love u olls ~ muahmuah kekeke <3


Thursday 22 November 2012

K I M C H I I


menaip dengan keadaan yang extremely lapar dan extremely mengantuk bukanlah sesuatu yang mudah malah tidak menyeronokkan sama sekali bg aku haha =.= naseb bek kali nie just nak kopipes resipi kimchiiiiiiiiiiiiii. yeahhhhhh ! tau tak kimchi tu apa ? kimchi tu salah satu makanan yang terkenal kat korea. :)

Bean Sprout Kimchi :)
kimchi nie ada banyak jenis. yang kat atas tu salah satu contoh je hehehe bagi orang Malaysia, maybe kimchi nie lebih kurang mcm salad ataupun jelatah yg kita makan dengan nasi beriani tu haaa. sedap kan ? eceyhhh sebenarnya aku pun tak penah try buat lg kimchi nie. nnt bila ada masa, maybe time cuti sem ke, haa baru nak try :)

warna kimchi nie mmg either oren atau merah je. menandakan a little bit spicy la rasa dia kot. heee kalau pergi korea dikhuatiri tak halal kan, so jom belajar buat kimchi sendiri :D


BAHAN-BAHAN PERAM

*2kg kobis panjang
*2 sdm garam

BAHAN-BAHAN SOS

*2 sdm cili kering yang dah digiling (sebab xada cili korea so guna cili kering..rasa pon sama jer )
*2 sdm sos ikan.
*1 sdm gula perang
*1 sdm garam
*1 batang daun bawang
*3 ulas bawang putih
*1 labu bawang besar
*3 cm halia (lebih kurang lah)

PROSES PEMERAMAN

1. basuh kobis panjang dengan bersih dan potong sepanjang 1 inci
2. gaulkan kobis panjang dengan garam dan biarkan semalaman

proses pembikinan sos..
1. kisar bawang putih, bawang besar dan halia
2. hiris daun bawang
3. gaulkan bahan kisaran dengan cili, sos ikan, garam, gula perang, dan daun bawang biarkan selama setengah jam..

proses campur sos dan kobis panjang..
1. guna sarung tangan campurkan sos dan kobis..pastikan semua kobis bersalut dengan sos.
2. masuk dalam Tupperware dan biarkan selama 4 hari dalam peti sejuk..dan boleh makan..

kalau korang suka pedas tambah cili, korang rasalah sos tuh ikut perasaan hati nurani korang eh..agak2 xcukup masin ker, pedas tambah sendiri ok..selamat mencuba..dah cuba sila beritahu yer..

PESANAN
 

makan kimchi dengan maggi kari, and nasi panas..sedap betul..xpayah masak sayur lagi muahahaha....

G O O D L U C K ! ! !


ahah yang pesanan, goodluck semua2 tu bukan aku yg tulis hahaha tu cik kapak yg tulis. dia laa yg bg aku resipi nie. tertarik bila nampak tweet dia kata nak try buat kimchi. aku pun terus lah tnye nak resipi hehehe pastu update kat blog nie pun sbb ada org tu nak tau resipi kimchi nie jugak :)

best rasanya bila kita share interests yang sama #TeamKorea #Tetiba hahaha

nnt aku pun nak try buat. mana lah tahu jadi kan ... haha mana lah tahu :P kalau sedap, bleh laa teruskan buat untuk generasi2 yang nak merasa kimchi tu guane. tp kalau tak sedap ... okay lupakan haha

sekian. malas nak update banyak2. aku penat baru balik lab. ngantuk bagai =.= malam nie penutup sukem !! habis penutup tu kalau dah extremely penat, mmg terbongkang ah. esok class pukul 8 ...

mamat sengal tu aku rasa mmg dah taknak datang lab kot. tadi lab pun takde. eh pergi ...... lah ! haa hahah geram aku =.= anyway, aku join group org lain utk lab. haihhh harap2 tak dikira markah kumpulan. aminnnnnnnnnnnnnnn

k dah. thanks baca wahai reader(s) yg comel dan cute, hensem serta kacak :p kalau dah try buat kimchi tu, gtau lah ye jadi ke tak heheee assalamualaikum :)

Saturday 17 November 2012

Program Generasi Satu Santun


actually nie entri kedua dah dlm draft hahaha yang first tu panjang gila nak mati. takut tak terbaca lak nnt an, so i decided to highlight only few of the events yang agak2 mcm kelakar and penting. hehe even aku tau mmg still akan panjang jugak -___-"


4 hari (12-15 November 2012) berada di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan untuk join program anjuran Kelab Santun iaitu Program Generasi Satu Santun. rasanya kalau nak terangkan pasal apa itu Santun, mmg panjang. so kalau nak tahu, nnt boleh tanya aku sendiri.

secara ringkasnya, kelab santun nie menyediakan bantuan dari segi kewangan dan bukan kewangan untuk pelajar2 yang mendapat keputusan yang cemerlang serta dititik beratkan jugak background keluarga, dengan syarat pelajar2 nie kena join program yang diorang anjurkan. kiranya, sambil kita terima, kita berkhidmat untuk buat kerja amal kepada masyarakat jugak.

bantuan yg diorang bagi mmglah tak boleh nak dibandingkan dengan scholarship JPA atau Petronas hahaha tapi bg kami yg faham erti duit sebenar, RM1000 setahun adalah sangat banyak. tambahan pulak, program2 yg diorang anjurkan semuanya di-sponsor. tinggal kita nak pergi atau taknak je.

setakat nie batch paling muda, batch 7 tak silap aku. tak termasuk Santun Junior. aku batch ke-enam. dan program nie program kedua aku join. program pertama aku join masa tengah kat matrik dulu, Kursus Pengurusan Tauhidik di Regency Hotel Kuala Lumpur.

contengan jalanan ketika sedang bosan :p
secara keseluruhan, aktiviti2 yang dianjurkan sangat menarik. ada sesi taaruf dengan game pada malam pertama tu. hari kedua pagi smpai tengahari ada ceramah oleh Dr. Muhammad Bin Jantan. tajuknya "Emotional and Spiritual Quotient" petang ada ceramah jugak, "Misi Membudayakan Amal Jariah bersama YaPEIM" oleh Tn. Hj Mohd Yusof Abd Rahman. malam pun ada ceramah jugak, "Komitmen dan Tanggungjawab Sebagai Peserta Santun" then ada sambutan birthday utk ahli santun yg lahir bulan November. :)

Keesokan harinya, pagi2 ada Qiamullail. then pagi smpai tengahari tu ada Explorace. 4 group bertanding. aku group ke-2 hehehe around pukul 1.30 habis. 2.30 start ceramah oleh Dr. Zamri tak silap aku, tajuknya "Perjuangan Dan Ketahanan Bangsa ke Arah Pembinaan Negara Yang Bermaruah". malam ada forum yang diwakili oleh 4 orang dr 4 group yang berbeza (ikut group Explorace). then memandangkan esoknya dah nak balik, so byk benda yg terpksa diuruskan mlm tu.

contohnya, tiket bas utk sesapa yg balik naik bas. and then kitorang ada sesi sedih2 hahaha nyanyi lagu ramai2, lagu Doa Perpisahan dgn satu lg apetah tak ingat. sayu jugak laa mlm tu hehehe :') pastu rehearsal untuk majlis Penutup dan Akur Janji, serta penyampaian cek kepada ahli2 santun. tak semua yg dpt cek secara terus, ada yg bakal di-bank in. aku ? rahsia kekeke

so keesokan harinya, mmg aktiviti hanyalah majlis penutup sahaja. kemudian peserta semua dah dibenarkan pulang. actually 4 hari tu taklah lama pun ... cuma bila aku dah terbiasa dgn lappy, rasa mcm dying gila tak bukak lappy sehari hahaha dah lah line maxis kat sana mcm asdfghjkl =.= so, nak contact, mmg terpaksa pakai celcom. kalau nak carik line maxis jugak, kena letak fon kat ceruk-ceruk katil tu hahaha sadissss

nametag
apa yang aku dpt masa pergi kem generasi satu santun nie ? secara keseluruhannya ...

-Untuk Sesi Bersama Dr. Muhammad Jantan-

beliau menceritakan kisah Nabi Adam A.S yang dicipta dari dua perkara / benda sebagai syarat untuk dia jadi seorang manusia. iaitu dicipta jasadnya dari tanah dan ditiupkan roh ke dalam jasadnya. Roh yang ditiupkan oleh Allah S.W.T adalah bersifat positif, memandangkan Allah Maha Pengasih, Maha Berkuasa dan sebagainya (mengikut 99 Nama Allah - Asmaul Husna). dan Allah S.W.T telah menciptakan satu alat untuk mengawal sistem dalam badan manusia. iaitu OTAK. otak adalah alat yg dicipta oleh Allah S.W.T yang tak pernah berhenti berfungsi (unless dah mati). salah satu fungsi otak adalah merakam setiap suara, gambar dan setiap perkara yang dikesan oleh 5 jenis deria seorang manusia. rakaman pertama seorang manusia, majoriti adalah gambar ibu. rakaman kedua dan ketiga, boleh jadi rakaman ibu jugak. rakaman seterusnya barulah ayah dan orang-orang lain (berdasarkan kajian yg dia buat). 70% rakaman adalah negatif semasa manusia berumur 1-6 tahun. rakaman2 negatif nie lah yg melawan cas positif roh yang Allah S.W.T tiupkan dalam badan kita. dan inilah diri kita sekarang. so, tanya diri sendiri, yang mana lebih banyak dlm diri kita, cas positif atau cas negatif ? :)

"kalau kita nak tahu orang tu tengah bersedih atau gembira, kita tengok lengguk kepala dia. kalau ke bawah dan ke kiri, maknanya dia tengah sedih. kalau ke atas dan ke kanan, maknanya dia tengah gembira."

Nilai Oxidation Per Second
Keadaan
Kondisi Badan
14-21
Beta
Aktif / buat aktiviti
8-13
Alpha
Relax

nilai oxidation per second untuk kondisi badan manusia yang boleh dikawal.

actually ada something yang dia ajar kitorang pasal nilai O.P.S nie. tapi kalau nak di-explain dlm blog, mmg takkan faham. or maybe tak berapa nak jelas. sbb ia memerlukan praktikal. and honestly, apa yg dia ajar tu mmg sangat berkesan untuk diri aku sendiri. one day if possible, i would like to share the experience with you people :)

salah satu demonstrasi yang beliau lakukan.
truly awesome :)
gambar kat atas nie masa praktikal yg dia tunjukkan. kami wanita2 mmg amatlah risau hahaha takot perut budak tu masuk angin kena pijak xD and fyi, budak tu paling ringan antara mereka2 yg berdiri di atas pentas tu. and there's something yg beliau buat, smpaikan budak tu bila dia sedar, dia kata dia tak rasa berat pun bila Dr. tu berdiri atas dia. katanya, ringan sahaja hahaha

-Untuk Sesi Bersama Dr. Zamri-

sesi dgn Dr. Zamri lebih kepada islamik. tetapi masih menghiburkan sebab beliau ada sense of humor yang baik. hahaha and alhamdulillah, takdelah mengantuk sangat kan ceramah tu xD let us see apa yg Dr. Zamri tekankan dlm ceramah2 beliau.

5 pesanan Imam as-Syafie yang perlu diamalkan oleh umat Islam :
- kerap melakukan solat sunat
- jangan tinggal majlis ilmu
- jangan tinggal baca al-Quran
- jangan tinggal zikrullah
- jaga pemakanan - dari sumber yang halal dan zat yang sihat

3 jenis amalan yang Allah S.W.T suka :
- berjihad di jalan Allah
- berbuat baik kepada ibu bapa
- sembahyang di awal waktu

4 soalan yang bakal ditanya pada hari akhirat oleh Allah S.W.T :

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal mengenai empat perkara. Mengenai umurnya, di manakah dihabiskan umurnya? Ilmunya, apakah yang telah dilakukan dengan ilmunya itu? Hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan ke manakah dia belanjakan? Dan mengenai tubuh badannya, apakah yang telah dia perbuat?'' (Riwayat Tirmizi)


yang paling menarik bila dia bagi tahu kitorang satu teori mengenai lelaki dan perempuan. iaitu :
lelaki : hati di mulut
perempuan : mulut di hati
(ambil masa k untuk faham teori nie hahaha)

air sukahati aku wkwkwkwk motif ?!
untuk keseluruhannya, aku paling tertarik dgn ceramah dari dua orang pemimpin nie. yang lain rasanya biasa2 ja hehehe maap :p but honestly, yea that's it. alhamdulillah, kem pun dah habis. inputnya banyak, yang tinggal cuma kenangan dan aplikasi yg kita kena amalkan.

aku bersyukur sbb kem kali nie tak se-strict mcm kem2 yg aku pernah pergi sebelum nie. errr penggunaan masa dia, taklah rushing sangat. very relax and kul 11.30 malam camtu dah habis program kecuali hari terakhir tu. so bleh balik bilik awal, kemaskan diri, tidur dlm pukul 1 camtu. mmg tak ckup tido jgak sbb 4.30 dah kena bangun an. naseb 4 hari 3 malam je hahahaha

masa mula2 datang, banyak benda yg agak kelakar. hahaha memandangkan aku turun kat KL Sentral dengan Shud (UKM-ian, Santun-ian, KMS-ian), pepagi buta Shud dah gerak hahaha awal jile ! so kitorang kena sarapan kat mcD kat KL Sentral. and yg kelakarnya bila coffee yg Shud beli tu pahit semacam hahaha rupa2nya tak sedar, kena letak gula sendiri hahahahaa yg takley bla, Shud minum je kopi tu. biarpun pahit, dia telan jugak hahaha aku rasa pahit, terus taknak. pergi kat tempat sos tu baru jumpa gula, baru leh minum hahaha sengal xD

pastu Mirae (UM-ian, Santun-ian, KMS-ian) pulak katanya akan tiba kat KL Sentral pukul 12 hahaha aku ngan Shud mmg keras lah nak tggu dia kat situ dari kul 9.30 =.= pastu bleh plak dia sesat kat KL Sentral tu hahahaha kelakar betul si Mirae nie. mmg agak kelam kabut gak nak cari dia yg sesat kat KL Sentral tu xD 

actually ada gmbr dia penat kesesatan, tapi budak nie dah delete senyap2 tanpa pengetahuan aku. cissss -___-"

masa sampai kem tu, tetiba ada sorang minah nie tegur time aku nak amik baju, "Azani ! Azani kan?" sambil tunjuk2 kat aku hahahaha aku dah pelik. errr sapa nie -.- awat aku tak kenal dia. pastu aku jawab jela, ha'ah. pastu dia kata ramai KMS-ian kat sini. aku angguk2 jela hahaha pelik, camna org leh kenal aku, aku tak kenal org xD

paling menarik minat aku bila jumpa sorang member nie, dulu sama2 satu matrik, sama2 budak2, sama2 tak matang. sekarang tak sangka dia dah tunang :') jari manis dia sebelah kiri, cincin merisik dah tersemat. sebelah kanan, cincin tunang. katanya, tunang masa habis matrik. kita habis matrik hujung bulan April kan. tak silap aku, 5 May tu dia dah tunang. haihhh tak sangka :')

dia sudah, aku bila lagi wkwkwkwk motif ?!
last but not least, jom tengok gmbarrrr. mostly banyak gmbr masa kitorang daki bukit (serious semput, naseb bawak inhaler) untuk sampai ke empangan. aku pun taktau apa motif dia bwk kitorang pergi empangan hahaha mmg tak lawa la kan. tapi bila dah smpai empangan tu, ada satu perasaan lega, tenang dan terubat segala sakit2 sendi. rasa puas hati. 5km kami jalan masa pagi hari terakhir tu, untuk smpai ke empangan.

jalan dia oiiiii berbukit bukau habisssss. mcm mendaki gunung kinabalu hahaha k tipu. tapi seyes penat. jalan dia, naikkkkkkk, pastu mendatar. pastu naikkkkkk lagi. mendatar. naikkkkk lagi. tak turun2 hahaha tapi time balik tu, best. sebab turun bukitttt ja :)

zani, mirae, suriati (kot haha), kak hawa

masa ceramah Dr. Muhammad :)

keadaan empangan lepas hujan

panoramic view

kul 6 lebih cmtu kitorang gerak,
so sempat la lihat matahari terbit :)

kak hawa with miraeeee

kak hawa with azaniiiiii

azani with miraeeee

mirae model :3

cute :)

mirae with zani <3


mental disorder lol xD gurau gurau hahaha

si Mickey Mouse

peace :3


motif ?!

mirae kata aku tamak lesung batu #eh pipit lol

biarlah bulat, asalkan jgn tiga suku wkwkwk
peace mirae peace :P




bersama si kucing :3

perjalanan balik :)
 heheheh actually byk lg gmbr tp malas nak masuk semua. and most importantly, aku sangat tenang masa dpt naik kat situ. udara mmg sangat sejuk. naseb baik tak hujan. and yea, subhanallah, Maha Suci Allah yang menciptakan seluruh alam :')

guess i should stop smpai sini. letih menaip. aku sekarang kat kolej dah. alasan balik awal sbb nak buat assignments yg bertimbun hahaha akhir sekali, thanks korang sebab sudi baca entri yg panjang melebar nie. really appreciate it :)

p/s : memang betul ada satu kata2 tu, bila kita bosan, kita boleh improve skill sketching kita hahaha and utk ceramah2 yang aku lalui, mmg byk sangat sketching merata2. dengan si mirae pun join sketching kat buku aku. tapi dia punya sketching nie smpai sekarang buat aku sengih2 bila tengok. nak tau apa ?

ini kesengalan pertama si mirae =.=
design aku  yg buat, hahaha tulisan tu mirae punya sengal =.=
pesanan Mirae Murat si kawan baik :

For Azani,
From Mirae ...
We are Santunian...
LOL
(Lots Of Love)

Azani,
jangan nak rajuk sangat lah.
Senyumlah, walau apa pun yang terjadi.
Cause everything is going na be ok !!!
So, be be be your + him self (yang nie aku taktau apa motif dia hahahaha)
Good luck 4 ur relationship

I'm waiting 4 ur nasi minyak !!! 

--------------------------------------------

hahahahaha that's it. Mirae sengal. yet i love her very much :* bye (''')(''')