Pages

Saturday 17 November 2012

Program Generasi Satu Santun


actually nie entri kedua dah dlm draft hahaha yang first tu panjang gila nak mati. takut tak terbaca lak nnt an, so i decided to highlight only few of the events yang agak2 mcm kelakar and penting. hehe even aku tau mmg still akan panjang jugak -___-"


4 hari (12-15 November 2012) berada di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan untuk join program anjuran Kelab Santun iaitu Program Generasi Satu Santun. rasanya kalau nak terangkan pasal apa itu Santun, mmg panjang. so kalau nak tahu, nnt boleh tanya aku sendiri.

secara ringkasnya, kelab santun nie menyediakan bantuan dari segi kewangan dan bukan kewangan untuk pelajar2 yang mendapat keputusan yang cemerlang serta dititik beratkan jugak background keluarga, dengan syarat pelajar2 nie kena join program yang diorang anjurkan. kiranya, sambil kita terima, kita berkhidmat untuk buat kerja amal kepada masyarakat jugak.

bantuan yg diorang bagi mmglah tak boleh nak dibandingkan dengan scholarship JPA atau Petronas hahaha tapi bg kami yg faham erti duit sebenar, RM1000 setahun adalah sangat banyak. tambahan pulak, program2 yg diorang anjurkan semuanya di-sponsor. tinggal kita nak pergi atau taknak je.

setakat nie batch paling muda, batch 7 tak silap aku. tak termasuk Santun Junior. aku batch ke-enam. dan program nie program kedua aku join. program pertama aku join masa tengah kat matrik dulu, Kursus Pengurusan Tauhidik di Regency Hotel Kuala Lumpur.

contengan jalanan ketika sedang bosan :p
secara keseluruhan, aktiviti2 yang dianjurkan sangat menarik. ada sesi taaruf dengan game pada malam pertama tu. hari kedua pagi smpai tengahari ada ceramah oleh Dr. Muhammad Bin Jantan. tajuknya "Emotional and Spiritual Quotient" petang ada ceramah jugak, "Misi Membudayakan Amal Jariah bersama YaPEIM" oleh Tn. Hj Mohd Yusof Abd Rahman. malam pun ada ceramah jugak, "Komitmen dan Tanggungjawab Sebagai Peserta Santun" then ada sambutan birthday utk ahli santun yg lahir bulan November. :)

Keesokan harinya, pagi2 ada Qiamullail. then pagi smpai tengahari tu ada Explorace. 4 group bertanding. aku group ke-2 hehehe around pukul 1.30 habis. 2.30 start ceramah oleh Dr. Zamri tak silap aku, tajuknya "Perjuangan Dan Ketahanan Bangsa ke Arah Pembinaan Negara Yang Bermaruah". malam ada forum yang diwakili oleh 4 orang dr 4 group yang berbeza (ikut group Explorace). then memandangkan esoknya dah nak balik, so byk benda yg terpksa diuruskan mlm tu.

contohnya, tiket bas utk sesapa yg balik naik bas. and then kitorang ada sesi sedih2 hahaha nyanyi lagu ramai2, lagu Doa Perpisahan dgn satu lg apetah tak ingat. sayu jugak laa mlm tu hehehe :') pastu rehearsal untuk majlis Penutup dan Akur Janji, serta penyampaian cek kepada ahli2 santun. tak semua yg dpt cek secara terus, ada yg bakal di-bank in. aku ? rahsia kekeke

so keesokan harinya, mmg aktiviti hanyalah majlis penutup sahaja. kemudian peserta semua dah dibenarkan pulang. actually 4 hari tu taklah lama pun ... cuma bila aku dah terbiasa dgn lappy, rasa mcm dying gila tak bukak lappy sehari hahaha dah lah line maxis kat sana mcm asdfghjkl =.= so, nak contact, mmg terpaksa pakai celcom. kalau nak carik line maxis jugak, kena letak fon kat ceruk-ceruk katil tu hahaha sadissss

nametag
apa yang aku dpt masa pergi kem generasi satu santun nie ? secara keseluruhannya ...

-Untuk Sesi Bersama Dr. Muhammad Jantan-

beliau menceritakan kisah Nabi Adam A.S yang dicipta dari dua perkara / benda sebagai syarat untuk dia jadi seorang manusia. iaitu dicipta jasadnya dari tanah dan ditiupkan roh ke dalam jasadnya. Roh yang ditiupkan oleh Allah S.W.T adalah bersifat positif, memandangkan Allah Maha Pengasih, Maha Berkuasa dan sebagainya (mengikut 99 Nama Allah - Asmaul Husna). dan Allah S.W.T telah menciptakan satu alat untuk mengawal sistem dalam badan manusia. iaitu OTAK. otak adalah alat yg dicipta oleh Allah S.W.T yang tak pernah berhenti berfungsi (unless dah mati). salah satu fungsi otak adalah merakam setiap suara, gambar dan setiap perkara yang dikesan oleh 5 jenis deria seorang manusia. rakaman pertama seorang manusia, majoriti adalah gambar ibu. rakaman kedua dan ketiga, boleh jadi rakaman ibu jugak. rakaman seterusnya barulah ayah dan orang-orang lain (berdasarkan kajian yg dia buat). 70% rakaman adalah negatif semasa manusia berumur 1-6 tahun. rakaman2 negatif nie lah yg melawan cas positif roh yang Allah S.W.T tiupkan dalam badan kita. dan inilah diri kita sekarang. so, tanya diri sendiri, yang mana lebih banyak dlm diri kita, cas positif atau cas negatif ? :)

"kalau kita nak tahu orang tu tengah bersedih atau gembira, kita tengok lengguk kepala dia. kalau ke bawah dan ke kiri, maknanya dia tengah sedih. kalau ke atas dan ke kanan, maknanya dia tengah gembira."

Nilai Oxidation Per Second
Keadaan
Kondisi Badan
14-21
Beta
Aktif / buat aktiviti
8-13
Alpha
Relax

nilai oxidation per second untuk kondisi badan manusia yang boleh dikawal.

actually ada something yang dia ajar kitorang pasal nilai O.P.S nie. tapi kalau nak di-explain dlm blog, mmg takkan faham. or maybe tak berapa nak jelas. sbb ia memerlukan praktikal. and honestly, apa yg dia ajar tu mmg sangat berkesan untuk diri aku sendiri. one day if possible, i would like to share the experience with you people :)

salah satu demonstrasi yang beliau lakukan.
truly awesome :)
gambar kat atas nie masa praktikal yg dia tunjukkan. kami wanita2 mmg amatlah risau hahaha takot perut budak tu masuk angin kena pijak xD and fyi, budak tu paling ringan antara mereka2 yg berdiri di atas pentas tu. and there's something yg beliau buat, smpaikan budak tu bila dia sedar, dia kata dia tak rasa berat pun bila Dr. tu berdiri atas dia. katanya, ringan sahaja hahaha

-Untuk Sesi Bersama Dr. Zamri-

sesi dgn Dr. Zamri lebih kepada islamik. tetapi masih menghiburkan sebab beliau ada sense of humor yang baik. hahaha and alhamdulillah, takdelah mengantuk sangat kan ceramah tu xD let us see apa yg Dr. Zamri tekankan dlm ceramah2 beliau.

5 pesanan Imam as-Syafie yang perlu diamalkan oleh umat Islam :
- kerap melakukan solat sunat
- jangan tinggal majlis ilmu
- jangan tinggal baca al-Quran
- jangan tinggal zikrullah
- jaga pemakanan - dari sumber yang halal dan zat yang sihat

3 jenis amalan yang Allah S.W.T suka :
- berjihad di jalan Allah
- berbuat baik kepada ibu bapa
- sembahyang di awal waktu

4 soalan yang bakal ditanya pada hari akhirat oleh Allah S.W.T :

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal mengenai empat perkara. Mengenai umurnya, di manakah dihabiskan umurnya? Ilmunya, apakah yang telah dilakukan dengan ilmunya itu? Hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan ke manakah dia belanjakan? Dan mengenai tubuh badannya, apakah yang telah dia perbuat?'' (Riwayat Tirmizi)


yang paling menarik bila dia bagi tahu kitorang satu teori mengenai lelaki dan perempuan. iaitu :
lelaki : hati di mulut
perempuan : mulut di hati
(ambil masa k untuk faham teori nie hahaha)

air sukahati aku wkwkwkwk motif ?!
untuk keseluruhannya, aku paling tertarik dgn ceramah dari dua orang pemimpin nie. yang lain rasanya biasa2 ja hehehe maap :p but honestly, yea that's it. alhamdulillah, kem pun dah habis. inputnya banyak, yang tinggal cuma kenangan dan aplikasi yg kita kena amalkan.

aku bersyukur sbb kem kali nie tak se-strict mcm kem2 yg aku pernah pergi sebelum nie. errr penggunaan masa dia, taklah rushing sangat. very relax and kul 11.30 malam camtu dah habis program kecuali hari terakhir tu. so bleh balik bilik awal, kemaskan diri, tidur dlm pukul 1 camtu. mmg tak ckup tido jgak sbb 4.30 dah kena bangun an. naseb 4 hari 3 malam je hahahaha

masa mula2 datang, banyak benda yg agak kelakar. hahaha memandangkan aku turun kat KL Sentral dengan Shud (UKM-ian, Santun-ian, KMS-ian), pepagi buta Shud dah gerak hahaha awal jile ! so kitorang kena sarapan kat mcD kat KL Sentral. and yg kelakarnya bila coffee yg Shud beli tu pahit semacam hahaha rupa2nya tak sedar, kena letak gula sendiri hahahahaa yg takley bla, Shud minum je kopi tu. biarpun pahit, dia telan jugak hahaha aku rasa pahit, terus taknak. pergi kat tempat sos tu baru jumpa gula, baru leh minum hahaha sengal xD

pastu Mirae (UM-ian, Santun-ian, KMS-ian) pulak katanya akan tiba kat KL Sentral pukul 12 hahaha aku ngan Shud mmg keras lah nak tggu dia kat situ dari kul 9.30 =.= pastu bleh plak dia sesat kat KL Sentral tu hahahaha kelakar betul si Mirae nie. mmg agak kelam kabut gak nak cari dia yg sesat kat KL Sentral tu xD 

actually ada gmbr dia penat kesesatan, tapi budak nie dah delete senyap2 tanpa pengetahuan aku. cissss -___-"

masa sampai kem tu, tetiba ada sorang minah nie tegur time aku nak amik baju, "Azani ! Azani kan?" sambil tunjuk2 kat aku hahahaha aku dah pelik. errr sapa nie -.- awat aku tak kenal dia. pastu aku jawab jela, ha'ah. pastu dia kata ramai KMS-ian kat sini. aku angguk2 jela hahaha pelik, camna org leh kenal aku, aku tak kenal org xD

paling menarik minat aku bila jumpa sorang member nie, dulu sama2 satu matrik, sama2 budak2, sama2 tak matang. sekarang tak sangka dia dah tunang :') jari manis dia sebelah kiri, cincin merisik dah tersemat. sebelah kanan, cincin tunang. katanya, tunang masa habis matrik. kita habis matrik hujung bulan April kan. tak silap aku, 5 May tu dia dah tunang. haihhh tak sangka :')

dia sudah, aku bila lagi wkwkwkwk motif ?!
last but not least, jom tengok gmbarrrr. mostly banyak gmbr masa kitorang daki bukit (serious semput, naseb bawak inhaler) untuk sampai ke empangan. aku pun taktau apa motif dia bwk kitorang pergi empangan hahaha mmg tak lawa la kan. tapi bila dah smpai empangan tu, ada satu perasaan lega, tenang dan terubat segala sakit2 sendi. rasa puas hati. 5km kami jalan masa pagi hari terakhir tu, untuk smpai ke empangan.

jalan dia oiiiii berbukit bukau habisssss. mcm mendaki gunung kinabalu hahaha k tipu. tapi seyes penat. jalan dia, naikkkkkkk, pastu mendatar. pastu naikkkkkk lagi. mendatar. naikkkkk lagi. tak turun2 hahaha tapi time balik tu, best. sebab turun bukitttt ja :)

zani, mirae, suriati (kot haha), kak hawa

masa ceramah Dr. Muhammad :)

keadaan empangan lepas hujan

panoramic view

kul 6 lebih cmtu kitorang gerak,
so sempat la lihat matahari terbit :)

kak hawa with miraeeee

kak hawa with azaniiiiii

azani with miraeeee

mirae model :3

cute :)

mirae with zani <3


mental disorder lol xD gurau gurau hahaha

si Mickey Mouse

peace :3


motif ?!

mirae kata aku tamak lesung batu #eh pipit lol

biarlah bulat, asalkan jgn tiga suku wkwkwk
peace mirae peace :P




bersama si kucing :3

perjalanan balik :)
 heheheh actually byk lg gmbr tp malas nak masuk semua. and most importantly, aku sangat tenang masa dpt naik kat situ. udara mmg sangat sejuk. naseb baik tak hujan. and yea, subhanallah, Maha Suci Allah yang menciptakan seluruh alam :')

guess i should stop smpai sini. letih menaip. aku sekarang kat kolej dah. alasan balik awal sbb nak buat assignments yg bertimbun hahaha akhir sekali, thanks korang sebab sudi baca entri yg panjang melebar nie. really appreciate it :)

p/s : memang betul ada satu kata2 tu, bila kita bosan, kita boleh improve skill sketching kita hahaha and utk ceramah2 yang aku lalui, mmg byk sangat sketching merata2. dengan si mirae pun join sketching kat buku aku. tapi dia punya sketching nie smpai sekarang buat aku sengih2 bila tengok. nak tau apa ?

ini kesengalan pertama si mirae =.=
design aku  yg buat, hahaha tulisan tu mirae punya sengal =.=
pesanan Mirae Murat si kawan baik :

For Azani,
From Mirae ...
We are Santunian...
LOL
(Lots Of Love)

Azani,
jangan nak rajuk sangat lah.
Senyumlah, walau apa pun yang terjadi.
Cause everything is going na be ok !!!
So, be be be your + him self (yang nie aku taktau apa motif dia hahahaha)
Good luck 4 ur relationship

I'm waiting 4 ur nasi minyak !!! 

--------------------------------------------

hahahahaha that's it. Mirae sengal. yet i love her very much :* bye (''')(''')

No comments:

Post a Comment