Pages

Thursday 22 November 2012

K I M C H I I


menaip dengan keadaan yang extremely lapar dan extremely mengantuk bukanlah sesuatu yang mudah malah tidak menyeronokkan sama sekali bg aku haha =.= naseb bek kali nie just nak kopipes resipi kimchiiiiiiiiiiiiii. yeahhhhhh ! tau tak kimchi tu apa ? kimchi tu salah satu makanan yang terkenal kat korea. :)

Bean Sprout Kimchi :)
kimchi nie ada banyak jenis. yang kat atas tu salah satu contoh je hehehe bagi orang Malaysia, maybe kimchi nie lebih kurang mcm salad ataupun jelatah yg kita makan dengan nasi beriani tu haaa. sedap kan ? eceyhhh sebenarnya aku pun tak penah try buat lg kimchi nie. nnt bila ada masa, maybe time cuti sem ke, haa baru nak try :)

warna kimchi nie mmg either oren atau merah je. menandakan a little bit spicy la rasa dia kot. heee kalau pergi korea dikhuatiri tak halal kan, so jom belajar buat kimchi sendiri :D


BAHAN-BAHAN PERAM

*2kg kobis panjang
*2 sdm garam

BAHAN-BAHAN SOS

*2 sdm cili kering yang dah digiling (sebab xada cili korea so guna cili kering..rasa pon sama jer )
*2 sdm sos ikan.
*1 sdm gula perang
*1 sdm garam
*1 batang daun bawang
*3 ulas bawang putih
*1 labu bawang besar
*3 cm halia (lebih kurang lah)

PROSES PEMERAMAN

1. basuh kobis panjang dengan bersih dan potong sepanjang 1 inci
2. gaulkan kobis panjang dengan garam dan biarkan semalaman

proses pembikinan sos..
1. kisar bawang putih, bawang besar dan halia
2. hiris daun bawang
3. gaulkan bahan kisaran dengan cili, sos ikan, garam, gula perang, dan daun bawang biarkan selama setengah jam..

proses campur sos dan kobis panjang..
1. guna sarung tangan campurkan sos dan kobis..pastikan semua kobis bersalut dengan sos.
2. masuk dalam Tupperware dan biarkan selama 4 hari dalam peti sejuk..dan boleh makan..

kalau korang suka pedas tambah cili, korang rasalah sos tuh ikut perasaan hati nurani korang eh..agak2 xcukup masin ker, pedas tambah sendiri ok..selamat mencuba..dah cuba sila beritahu yer..

PESANAN
 

makan kimchi dengan maggi kari, and nasi panas..sedap betul..xpayah masak sayur lagi muahahaha....

G O O D L U C K ! ! !


ahah yang pesanan, goodluck semua2 tu bukan aku yg tulis hahaha tu cik kapak yg tulis. dia laa yg bg aku resipi nie. tertarik bila nampak tweet dia kata nak try buat kimchi. aku pun terus lah tnye nak resipi hehehe pastu update kat blog nie pun sbb ada org tu nak tau resipi kimchi nie jugak :)

best rasanya bila kita share interests yang sama #TeamKorea #Tetiba hahaha

nnt aku pun nak try buat. mana lah tahu jadi kan ... haha mana lah tahu :P kalau sedap, bleh laa teruskan buat untuk generasi2 yang nak merasa kimchi tu guane. tp kalau tak sedap ... okay lupakan haha

sekian. malas nak update banyak2. aku penat baru balik lab. ngantuk bagai =.= malam nie penutup sukem !! habis penutup tu kalau dah extremely penat, mmg terbongkang ah. esok class pukul 8 ...

mamat sengal tu aku rasa mmg dah taknak datang lab kot. tadi lab pun takde. eh pergi ...... lah ! haa hahah geram aku =.= anyway, aku join group org lain utk lab. haihhh harap2 tak dikira markah kumpulan. aminnnnnnnnnnnnnnn

k dah. thanks baca wahai reader(s) yg comel dan cute, hensem serta kacak :p kalau dah try buat kimchi tu, gtau lah ye jadi ke tak heheee assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment