Pages

Sunday 29 December 2013

Rescue


She thinks she's all alone
And all her hopes are gone
And so I wrote this song
So she can move along.

Things were bad
She was in despair
Things were bad
And you were never there
But things were bad
She came up for air
She said a little prayer
She found herself.

Yeah
She's got light in her face
She don't need no rescuing, she's okay
Yeah
She's got life in her veins
She don't need no rescuing, she's okay.

No S.O.S needed
No rescuing
She's fine out there.

Yeah
She's got life in her veins
She don't need no rescuing, she's okay.

She looks into the sky
And all her tears are dry
She kiss her fears goodbye
She's gonna be alright.

Things were bad
It was beyond repair
She was scare
She couldn't handle it
Things were bad
But now she's glad
Can't you tell me that she's walking on air?

 That girl is you, yeah
And that girl is me
That girl is stronger than the raging sea.



Friday 15 November 2013

Realiti.

Tengok orang ada kereta, terasa nak ada kereta.
Tengok orang ada handphone cecanggih, terasa nak beli juga.
Tengok orang kurus makan banyak tapi tak gegemuk, rasa frust pun ada.
Tengok orang rajin belajar, struggle gegila, terasa nak jadi macam tu tapi eh, takde feel pula.
Tengok orang berkepit ke sana sini dengan makwe pakwe, amboui jangan kata nak juga?

Kenapa manusia selalu tak bersyukur dengan apa yang mereka ada?

Sebab mereka sangka mereka takkan hilang apa yang mereka ada sekarang.
Mereka lupa, alpa bahawa Dia berhak tarik apa yang dia dah pinjamkan.

Manusia.
Bila ada depan mata, buat-buat tak nampak, buta.
Bila dah tak ada depan mata, baru terkial-kial nak cari, gila.

Tengok tv -- cerita best sikit pasal kahwin.
Mulalah berangan.
Maghrib entah ke mana.
Al-Quran berapa kali sentuh dalam sehari agaknya?

Mari pandang realiti sebenar.
Hidup takkan sesempurna apa yang dirancang.
Cerita dalam novel, dalam tv -- semuanya dirancang.
Sebab tu gembira bahagia sentiasa endingnya.
Hakikatnya?

*hulur cermin, hulur spec*
Just in case kalau rabun tak nampak apa yang ada depan mata.

:)

Friday 1 November 2013

Highland Tower

Hiiiiiiiiiiiiii lamanya tak update blogggg! *cium blog* eheh. ada yang rindu aku? ;p
btw, first of all, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

kali ni nak update sikit je pasal movie yang baru je keluar hari ni (31 Oktober 2013) and aku dengan roommates aku cecepat pergi tengok movie tu kat wayang. movie apa? jeng jeng jeng ~


haaaaa mengumpul segala kudrat dan kekuatan untuk menonton cerita genre seram melayu untuk pertama kalinya kat wayang ni! skrin gedabak punya besar. kalau scene hantu tu memang skali gedabak besar lah nampak. hmm fikir banyak kali jugak sebenarnya before tengok cerita ni. plan asalnya nak tengok Insidious 2 tapi tiba2 tukar pulak, terasa nak tengok cerita seram melayu yang bertajuk Highland Tower ni sebab katanya cerita ni cerita benarrrr

so tiket pukul 4.00 petang (memang tak berani nak tengok waktu malam), kitorang smpai dalam pukul 3 lebih camtu, pastu pergi jenjalan dulu before masuk wayang. bila start je cerita ni, kelakar sebenarnya dengan gelagat mamat2 handsome (ke?) kat dalam cerita tu. hikhikhik mula2 jelah kelakar. bila dah sampai scene mereka di Highland Tower tu, mula lah gelagat kitorang pulak yang macam hape. aku dengan popcorn sebagai backup untuk tutup mata, Ros pakai tab dia, Ziera plak tutup pakai tudung biar macam jarang-jarang sikit gambar dia hahahahahahaha

bagi aku lah, seram jugakkkk. sebab cerita dia macam aktiviti paranormal yang betul2. and dengarnya semua tu memang terjadi betul2 sebab salah sorang pelakon dia, Shima Anuar memang ada buat kenyataan 'ditukar' sewaktu di Highland Tower tu. cuak jugak lah dengan keadaan sekeliling tower tu, pastu macam2 bunyi ada. gambar2 benda tu semua diorang tunjuk. menakutkannnnnnn hukhuk

sememangnya tower tu ada sejarahnya tersendiri. katanya runtuh, hampir 50 orang tertimbus bawah runtuhan tu dan mayatnya tak dijumpai. so, tak pelik lah kalau memang ada 'penghuni' kat tower tu. selama ni aku tak pernah tahu punnnnn, and aku tak pelik la kalau korang pun tak tahu pasal sejarah dia sebab kejadian runtuhan adalah pada tahun 1993. kita baru lahir kut hikhikhik

dan aku percaya sampai sekarang Highland Tower ni tak diruntuhkan keseluruhannya sebab 'ada' yang tak mengizinkan bangunan tersebut diruntuhkan. ada jugak yang kata banyak tragedi berlaku kepada orang2 yang tinggal berdekatan dengan tower tu. so ramai yang pindah ke tempat lain. fuhhhh, serammmmm! >.<

lepas habis tengok pun masih terketar kaki aku hahahahaha tadi waktu kat bilik, Ros dengan Ziera katanya ada meeting lah, discussion lah, tinggal aku sorang kat bilik patutnya. tapi aku pun tak berani nak duk sensorang! terus aku ke bilik member lepak2 sampai Ziera balik kahkahkah

moral of the story, jangan tengok kalau rasa diri tu penakut. ini kalau nak ke tandas ni, mau berteman jugak hmmm. naseb baik esok dah balik rumah. so takdelah sunyi sangat. kot ... :/

happy holiday to all students yang bercuti mid semester seminggu ni. cuti2 jugak, tapi untuk aku yang mid semester exam nya berderet lepas cuti, faham2 lah. cuti pun tak macam cuti hahaha study studyyyyyyy! -.-

okay lah, stakat tu sahaja untuk hari ni. maaf dah lama tak update blog. busy satu hal, lagi satu sebab malas dan taktau nak update pasal apa. sorry once again, have a nice day afterwards, guys! thanks for visiting ;)

ini namanya kemworing waktu lampu merah ngeh3

Saturday 21 September 2013

24 September.

3 events on that day :-

- Pembedahan nenek
- Perbicaraan adik
- Jangkaan kuiz statistik

beberapa hari lepas dapat berita, nenek sebelah ibu sakit. doktor sahkan paru2 berair, mungkin petanda awal kanser paru2. aku tak tahu lah nak kata apa. sedih yang amat sangat. sebab dah lah jarang2 dapat jumpa, setahun sekali je kalau ada rezeki. tiba2 dapat berita macam tu. lepastu serabut fikir kos pembedahan lagi. semalam aku pergi UKP. Unit Kebajikan Pelajar UKM. try mohon bantuan. kena tanya macam2. sampai aku rasa stress, sebab terpaksa ingat semua benda pahit dalam hidup aku. sakit. sangat sakit. tapi aku tak salahkan diorang, mungkin tu prosedurnya.

perbicaraan kali ke-6 untuk adik aku. tak sure sampai bila. harap2 cepat lah habis. aku sekarang ni redha je apa keputusannye pun. rasa macam dah hujung2 line putus asa ni. harap ada khabar baik on that day.

on the same day, lecturer ada sebut minggu lepas, nak buat kuiz statistik. tapi aku harap sangat kuiznya batal/tangguh sebab aku memang tak dapat nak datang hari selasa tu class pukul 9 pagi. time tu perbicaraan tak mula pun lagi. tapi aku try sedaya upaya lepas habis tu terus balik ukm. class sangat pack hari Isnin, Selasa dan Rabu.

boleh pengsan k 3 hari tu
aku tak minta banyak, aku cuma minta doa. semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah. aku hargai orang yang tenangkan aku semalam. thanks sangat. aku hargai sangat. aku takkan lupa jasa korang, kawan2 aku. thanks a lot.

and kalau aku ada buat salah ... kat sesiapa pun. aku menyusahkan korang ke apa ... aku minta maaf banyak2. aku akan try untuk tak menyusahkan sesiapa dah lepas ni. sorry sangat2. yang mana aku ada berhutang dengan dia, aku akan jelaskan secepat yang mungkin k. insyaAllah, semoga Allah permudahkan.

that's all. mohon doa. jaga diri, assalamualaikum :')

and I am sorry ...

Monday 9 September 2013

Degree Tahun Dua

Assalamualaikum :)

semester baru, azam baru. hikhik alhamdulillah, macam tak percaya dah masuk tahun 2. dah jadi 'kakak' kepada adik2 junior. eksaited uols! hahaha jangan nak kakak sangat, beza setahun dua je pun :p

hari ni sepatutnya first day kuliah. class start pukul 12 tengahari. insyaAllah, harap2 semuanya dipermudahkan. untuk first week ni aku rasa lecturer takde lah nak buat class yang betul2 class sangat. and normally hari2 first ni banyak class cancel. tapi tetap kena ingat, tahun 2 ni dah kena start serius dengan study sebab everything makin tertumpu dekat apa yang kita kena apply bila dah bekerja nanti. course sains kimia ni pun dah ikut haluan masing2 bila masuk tahun 2. sebelum ni, pure chemistry, oleo-chemistry and techno-chemistry mmg sekuliah utk semua class tapi start masuk tahun 2, jadual dah ikut keutamaan masing2 even under satu bidang. :)

pasal bilik, alhamdulillah dapat bilik sama dengan dua orang besties aku si Ziera dengan Ros. 'rumah' yang sepatutnya 4 orang, mmg 4 orang pun tapinye sorang lagi akak third year and katenye dia nak pindah ke bilik single nnt. so duk sini sementara jer. mungkin tak selesa lah kut. so kalau jadi, tinggal lah kitorang bertiga. atau mungkin akan cari lagi sorang yang sebaya ke. tengok lah cemana. senak jgak nak bayar yuran kalau tak cukup orang kang haha

yang bestnya sebab luas jgak kat bahagian depan, and lagi satu sbb dpt ngan sahabat sehati sejiwa ni. makin kuat la gosipnye kahkah and ada tv kat sini so takla bosan sangat hehe~ yang tak bestnya sini wifi punya coverage very low, sampai aku rasa putus asa jgak smlm nk online hahaha. and meja blaja dia kat bahagian depan, so macam tak biasa lagi dalam bilik cuma ada katil, takda meja. rasa nak letak fon pun taktau nak letak mana. haha pastu plug dia kurang. so nak taknak kena cari extension kalau nak online kat meja blaja. or else, waktu blaja/buat assignment, tak boleh online. tapi susah jgak kalau nak tengok assignment yg kita download, kena pakai laptop jgak. huuu

makin jauh nak jalan ke fac rasanya. tangga punya lah banyak nak kena lalui (poyo) hahaa cafe dengan BMart pun jauhhh. makin malas laa nak beli makanan atau nak print. plannye kena bawak printer jgak nnt. huhu. rasanya kitorang je dak degree 2nd year yang mintak bilik camni. sbb jiran kebanyakan bdak master. hakhak naseb dah apply awal2 dulu. tapi kesian kawan aku yang lagi sorang, si Qiqin. sepatutnya dia pun satu rumah ngan kitorang tapi disebabkan dia MT BMart, so dia dah kena pilih bilik sendiri kat K5 (blok kitorang dulu) sebab sekarang kat situ bilik untuk junior yg baru masuk, dengan orang2 yang berjawatan. mostly 2nd year yang lain dapat bilik single. kalau dia bukan MT Bmart mungkin kitorang dah bahagia duk berempat hahaha

apa-apa pun, selamat meneruskan perjuangan di sem 3 buat semua rakan-rakan degree yang mengenali kite hiks :) semoga Allah permudahkan urusan kita dan terangkan hati kita untuk menerima ilmu demi Dia. insyaAllah aminn.

till then :)

mood: pokai rabak koyak. tunggu JPA masuk HAHA


Wednesday 4 September 2013

Amaran Pertama Maybe?

Hi, assalamualaikum :)

Hee lama rasanya tak menaip. jari pun macam kaku je (padahal tiap2 hari online twitter)

Tak, sebenarnya bosan memalam ni. so berniat nak update belog. nak cerita pasal something ni! hehe~

Kejadiannya berlaku waktu hari Jumaat lepas tak silap aku. waktu tu siang. lebih kurang pukul 4 lebih camtu. and waktu tu hujan. tapinye hujan ni dia bukannya lebat sangat pun. pastu macam cerah je. macam hujan panas.

So aku yang degil dan pemalas ni mmg tak rajin lah nak tutup laptop time tu. aku tengah tengok movie. hahaha sambil pasang earphone sbb takde subtitle. tiba-tiba ada guruh. tapi guruhnya tak kuat pun. pastu aku tengok depan, abah pun masih selamba jer tengok tv. so aku pun malas ah...... hahaha anak beranak degil.

Tetiba aku rasa macam ada orang tepuk belakang aku kuat gila. aku jerit ah! dah aa tengah tengok cerita hantu. ngatkan adik aku nak terkejutkan ke apa ke. pastu semua jadi gelap. laptop aku mati, lampu mati, kipas mati. and rasa macam ada benda tumbuk dada aku kuat gila. macam nak terkeluar je hati ni. earphone tertanggal sendiri dari telinga. telinga rasa panas. nasib baik tak berdarah ke apa.

Rupanya time tu kilat. perghh. terus aku bangun pergi cuci muka. telinga panas gileee. heartbeat macam terhenti je time tu. abah ingatkan aku jerit sebab terkejut lampu mati. padahal sbb terkena renjatan sementara tu. pastu beliau gelakkan aku -.-

Tapi aku tak cerita pun lah hal sebenar. aku terus text Amy. takut gile time tu. memang berdebar habis. pastu abah pergi keja, aku tinggal sorang. nak menangis je rasa. kena marah ngan Amy sbb degil hahahahaha sobsss

Rasanya hampir kena panah petir tu sebab aku pakai earphone yang sememangnya bersambung ke laptop dan laptop bersambung ke suis..... tapi alhamdulillah, masih jugak hidup sampai hari ni :)

Lepas kena tu, macam2 duk fikir dalam kepala ni. "Kalau aku mati.." "Kalau aku mati.." duk ulang2 ayat tu sampai tertidur aku dibuatnya. hahaha pastu asyik teringat2 Amy marah. sobs :(

Pengajarannya, janganlah sesekali on laptop/tv atau apa2 yang mengundang panahan petir ketika sedang hujan. takut jadi macam aku. sakit tawu waktu dada rasa macam kena tumbuk tu. macam nak terkeluar jantung. mungkin jugak dah terputar sikit jantung ni hahaha

ada hikmah ada hikmah. mungkin amaran pertama sebelum mati. aku masih punya dosa, masih banyak dosa, masih diberi peluang taubat jadi tak boleh sia-siakan :')

Cemtu lah citer dia. dah dkat seminggu pun jadi. tapi tak berkesempatan lagi nak cerita. sbb broadband ni teramatlah laju seperti siput mengandung. mihmih. so rasanya takat ni dulu, jumpa lain kali (mungkin lepas dah masuk kolej balik)

Adios amigos, assalamualaikum and thank you :D

P/S: Sem 3 pun belum start, yuran pengajian dah keluor. tak menyabor betei ukm nih! zzzzz
P/S lagi: Belum ready nak ada junior..... pui macam tak biaser duk asrama ihik :p


Tuesday 20 August 2013

Kisah Hari Ini

Assalamualaikum :)

Al-kisahnya hari ni 20 August 2013, hari perbicaraan yang ke 37324183276 kali untuk kes yang tak pernah habis tu -.-

tido awal smlm sbb kena bangun awal harini. air pagi tadi memang ... sejuk gileee gileee gileeee gileeeeeee tak pernah aku mandi dengan air yang sesejuk tu ><" even aku mandi 4.30 pagi waktu bulan Ramadhan dulu, air dia tak sesejuk pagi tadi. aku taktau ah kenapa, mungkin sbb hujan kot sepanjang hari smlm pastu waktu malam pun hujan lagi. memang menggeletar habis, dah lama tak menggigil bibir bbrrbbrrrbrrr waktu mandi hahaha xD

and then, permulaan hari yang tak berapa bagus. kaki gua tersepak bata yang ada kat sebelah rak kasut waktu gua nak amek kasut. perghhh berdarah la jawabnya -.- aku gagahkan jugak kaki ni sbb waktu tu mcm dah lewat takut tak sempat sampai court. lagipun bukan pergi naik moto sbb moto abah pakai untuk pergi kerja, kereta rosak, so terpaksa suh abah tolong hntrkan smpai tempat teksi dkat2 ngan ktm tu, aku pergi naik teksi. berdua dengan adikku tersayang puih

tunggu punya tunggu, kul 10.30 baru start kes. kitorang sampai dkat2 kul 8.30 -.- naik kematu tutttt sbb tunggu wahaha xD and well, as i expected, memang tangguh lagi lah sampai 24 September 2013 gara-gara hamba Allah yang sorang tu takde. buat hal lagi diaaa~! ishh!

aku taktau la pesal susah sangat nak duk diam kat rumah sampai kes habis -.- menyusahkan orang tau nak ulang alik naik court macam ni. org bercerai pun tak naik court lama2 macam ni. dah dkat 6 bulan benda ni. kalau tunggu next punya bicara, dah 7 bulan. sampai bila nak tangguh2 ... sampai setahun? dua tahun? pergh tak sanggup gua. banyak lg benda aku nk uruskan. study aku lagi. class2 aku, yg bakal bermula tak lama lagi. hurrmmmmm

berleter kejap.

anyway, peguam tadi tukar. peguam lain yg handle. sebelum ni perempuan, india, yang tadi, lelaki, india jugak. rupanya suami dia hehehe~ sweetnya laki bini dua2 law kahkahkah tiberrr -.- aku suka cara dia handle, nampak yakin dan bersemangat dan bijak dan smart. banding ngan isteri dia, jenis senyap sikit. apa hakim cakap, dia iakan je. yang laki ni, dia banyak cakap jugak. macam nak buat rayuan semua tu.

pastu ada berita yang aku rasa menyenangkan jugaklah bagi aku ...

"Nanti saya buat rayuan, kita buat deal dengan mahkamah macam ni, kalau nak Amir mengaku salah, benarkan buang kes adik awak dulu. selagi mahkamah tak benarkan buang kes adik awak, selagi tu kita tak benarkan Amir mengaku salah. sebab adik awak tak buat hal lain kan. bla bla bla ..."

Amir tu hamba Allah yang bijak sana sini tu lah. dengarnya dia nak mengaku sebab dah berapa kali kena tangkap, pastu kena jamin. mentang2 bapak dia kaya. senang2 jamin. perghh aku nak jamin pun kena MEMINJAM dari orang............. sobs

centu aa cite dia. hurrrmmm aku mengharapkan berita baik dalam 2-3-4 bulan ni. kalau boleh, biarlah selesai. biarlah adik aku tu diberi kebebasan sepenuhnya. walaupun dia tu kadang2 memang degil nak mam, tapi aku tak sanggup lah nk tengok dia masuk balik . . . .

lepas dah habis tu, bergerak lah nak pergi cari teksi balik. kena jalan kaki ke tempat teksi. pergh dah lah kaki gua sakit. memang terhincut2 lah. sempat singgah farmasi dulu beli plaster buat sementara. huhu~

dah sampai rumah, baru ibu call. aku takde kredit so mmg takleh nak kabo pape kat sesape. then, tetiba ibu tanya,

"kakak, kakak tak ingat ke hari ni hari apa?"

aku dah pelik. garu-garu kepala, pastu ingat balik tarikh.

20 August 2013.

Perghhh, camne aku bleh lupa birthday ibuuuuuuuuu iskkkk *nangis*

hahaha, aku pulak yang nangis. serius tak ingat langsung. sebulan yang lalu, aku ingat sbb boleh pulak ckp kat ibu, "kes tangguh sampai hari jadi ibu nanti." sekali kauuuu, tiba hari ni, aku sendiri lupa -.- *dushhh dushhhh* aku dok fikir bicara bicara bicara jeeeeeeee sampai lupa benda lain. teruk gile T^T

huhuhu~ mmg mintak maaf beribu kali ah. dahlah takde kredit. pastu tak save tarikh tu kat fon. wahaha aku mmg tak pernah save birthday org kat fon. sama ada aku ingat dlm kepala atau aku mmg tak ingat langsung. kahkahkah

rindu yang teramat kat ibu. tapi nak wat acane ... insyaAllah kalau ada rezeki, hari raya AidilAdha nanti balik ah sane. wiwiwii ameen~

nk tido bru wish lagi skali :3
k tu je nak cerita untuk hari ni. balik, terus rehat atas katil. bukan tido ye~ rehat je. hehehehe~ alright, jumpa di entri yang lain. take care! xoxo


Sunday 11 August 2013

Salam Aidilfitri!

Assalamualaikum :)

Rasanya belum terlambat kot nak ucapkan salam aidilfitri kepada semua pembaca-pembaca (poyo gile) blog saya yang tak seberapa ni. HAHAH maaf zahir dan batin! semoga Aidilfitri pada tahun ini membawa seribu makna buat awak2 dan keluarga awak2 sekalian. insyaAllah :)

Sebenarnya aku baru balik dari melawat cousin aku...... sedih sebenarnya tengok diorang yang tak dapat beraya dengan keluarga masing2. actually ni plan last minit, semalam baru ibu bagitau nak datang sini nak pergi melawat Herry. dengan maklang skali. so aku pun okay jelah. ingatkan tak payah ikut, sbb Ejad ade. rupanya Ejad kerja shift pagi, so nak taknak mmg aku terpaksa ikut sbb ibu taktau jalan ke situ.

Dengan tak berapa sihatnye, aku pun ikut jelah. gerak awal pagi tadi. sampai2 je, memang penuh gile orang kat situ. seluruh kaum kerabat dorang bawak. al-maklumlah hari raya kan. ada yang datang sedondon macam ada kenduri kahwin HAHAH

Sampai je kat situ terus g daftar. selalunya sebelum pintu masuk dah kena buat pendaftaran tapi untuk raya ni, pendaftaran dorang buat kat dalam. maybe sebab ramai en. pastu tunggu lah sampai nama maklang kena panggil.

Then bila nama maklang dah kena panggil, kitorang pergi ah tengok. tapi dok cari2, takde pun cousin aku tu. pelik aaa sbb nama dah kena panggil tapi orangnye takde. dok ke hulu ke hilir bertanya kat warden2 kat situ. last2 pergi balik tempat pendaftaran. pastu pegawai tu kata cousin aku belum dipanggil -___-" kekdahnya kesian maklang aku, kena tunggu lagi. cemane lak bleh panggil nama maklang aku sedangkan cousin aku belum sampai tempat melawat tu -.-

Pastu kena tunggu lagi. kul 1 lebih camtu baru bleh jumpa. tu pun ke hulu ke hilir dok cari dia. sebab selalunya melawat kat bahagian lain, hari ni kat bahagian lain plak. pastu takde org bgtau plak tu. kesian maklang aku. huhu

Waktu jumpa dia tu, nampak laa badan dia berisi sikit dari dulu. dah lama aku tak pergi melawat sbb slalunya Ejad pergi ngan kawan dia je. tapi aku tak cakap pun laa ngan dia, segan HAHA tah pape je -_- dah jumpa tu apa lagi, depa pakat teriak laaa. sayu gila tengokkkkk zzzz

Aku dok maen ngan adik aku yang laki kecik dua orang tu je. haha tak sanggup kot tengok. kesiannnn T.T cemanaa aaa orang2 yang buat jenayah semua tu tak fikir ke pasal makpak dorang. bila dah jadi macam ni baru nak menyesal bagai pun tak guna dah.......

Hehe. papepun alhamdulillah dapat gak jumpa ibu ngan maklang tadi. ngan adik2 aku. lama tak jumpa. last tahun lepas waktu raya AidilAdha. insyaAllah kalau ada rezeki tahun ni punya AidilAdha pun nak balik sana. rindu kat tok ngan orang kampung. sobs sobs.

Anyway, yang masih beraya tu, teruskan lah beraya. teruskan budaya ziarah-menziarahi antara umat Islam. yang plan nak buat open house tu, jemput2 la HAHA cehwah, takde aaa. gurau je. Last but not least, Happy Eidulfitr to all Muslims around the world. Maafkan kesilapan saya andai ada yang terlanjur mana-mana. kosong-kosong ehh hak2

simple kan kite? hik2
take care uols. selamat menggemukkan diri semua! assalamualaikum~ ^^


Tuesday 6 August 2013

Honesty Hour

Bismillah ...

*triple check tengok calendar*
Today is 6 August 2013.
6 August 2013.
6 August 2013.

One year had passed. :-)

This entry is specially made for someone whom I have known for exactly one year, since 6 August 2012. Well you know who you are :3

Ehem.

Dear you,

The previous day was one of my bad days. where honestly I was thinking of letting everything go. due to my problems, which lead to these feelings - insecure, unwanted, annoying, not qualified - for ya. and so, i decided to tell them to you first, at least you could know what bothers me. and probably to relieve this not-good-enough feeling.

so i took a risk (poyyoo enough) and i gave you two questions, it's actually a single question though, the difference was question one was asked before I allow you to read my previous entry which I have drafted it back for some reasons, and the second question was asked after you read the entry. but you did answer the first question only right :p it's okay, your second answer is perhaps the same as the first one. or it is not? ._.

Honestly that not-good-enough feeling has haunted me for the past few months, since the first semester break in January 2013. I did tell this to my roommate, Hazirah 'cause I can't keep it by myself. yet I was afraid to tell ya the truth. and it all comes to only one reason causing to this feeling. it is >>> my family background.

Well if you remember, there was a day when I asked you, "what if your family knows about my family background, can they accept them?" If I'm not mistaken, I asked that on 13 December 2013 - during the confession day lol (''')(''') and your answer did ease me at that time. and I thought I could forget the feeling. but as the day goes on, there are too many tests He gave me, on my family, which keeps the feeling to stay in my mind.

Well, woman is the only creature who really loves to over think. I admit that -.-

And then there were the days where you left me. It was on the end of March to April 2013. Naah, I'm not going to say anything about my feelings at that time 'cause I know you might probably had known them. or you do not? ._. hahaha. I did update them in my blog. well, there's nothing much I could say 'cause to be truth, I've already expect that to happen. and to be truth once again, I've been thinking of doing the same thing >>> letting you go, and the reason is still the same >>> i'm not good enough for ya.

This not-good-enough feeling really kills me -,-

But I don't know, somehow when you made that decision first, it was so hard for me to accept the truth and to live my days normally. though I was thinking of doing the same thing, but I keep asking myself, is this really happen? Waking up everyday asking myself the same question, going to sleep, still asking myself the same question. lol xD

And then the days passed. I realized, during that period of time I learnt how to survive when you're not around. In fact, I should have learn that from the start. because people come and go whenever they want, that's a harsh truth that everyone should accept :-)

*take a deep breath*

Dear you,

I still remembered the first time that we started talking. It's funny to remember those moments. I could smile constantly right now thinking bout that. lol. how come from accidentally posted on someone's wall to check whether his friend has twins or not >>> and then becoming someone who is important in my life today. well I have to admit, sometimes the best things in life are the most unexpected. ^.^

And it's one of the best feelings to realize that among those girls that you've met and talked to, or probably never talked to, you choose to talk to me first and you choose to keep those promises, with me. arigatou gozaimasu :-)

For all the times that we spend together, you waited for hours, you listen to my stories, you gave me advises, you made me smile, those memories, those answers, those confessions, thank you :-)

I might not say often but I truly appreciate what you have done for me. You taught me lot of things, too many things, within this one year. and a simple "thank you" is probably the weakest sign of appreciation I could ever give. Gomen ne >.<

and also ...
Sorry for any harsh words that I've ever throw to you after all these while. Sorry if I've ever break your heart into pieces. Sorry if I've ever made you cry. and Sorry if I've ever made you feel disappointed with my behavior. I am really sorry.

I've promised myself that I would change to a better person and it's not easy but at the same time, it is still possible to do so. Do encourage me and remind me a lot about everything that I should do to change, and please correct me if any of my actions are wrong, well if you don't mind :-) 

I pray for your success and happiness with whoever that Allah has decided to be your halalmate one day. we planned things together, but Allah is the best planner. may He bless you everyday every seconds. insyaAllah :-)

Ehem.

:-)

fuh. penat karang ayat. mimpi apa tah speaking bagai. pui

anyway, I have a lot of confessions to be told buttttt buttttttt I can't tell them here, and I can't tell them now. soooooooo, it will come out randomly I guess, through my tweets, or ... random talks or ... errr. whatever. later, one day. or ... maybe when I'm ready -_- hahaha. gile

that's all. thanks readers. salam 6 August! bhahahah bye assalamualaikum :D

p/s: Em, awak! mekaseh sebab sudi sabar ketika membaca entri yang panjang melebar ini. kalau boleh, jagakan hati tu *tunjuk ke hati awak* untuk saya, dan saya akan jagakan hati ni *tunjuk ke hati saya* untuk awak. insyaAllah. jumpa dalam tautan hati, fi hifzillah <3 douzo arigatou gozaimasu! :-) 


Wednesday 31 July 2013

Alhamdulilah :D

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, malam tadi start kul 12, result untuk budak2 ukeyem dah keluar. heee

Masa dah nak dekat2 kul 12 tu, memang ramai ah meroyan kat TL twitter sebab masing2 cuak. biasa aaa nak tau result. berapa banyak yang kita dah usaha. ada yang eksaited tak sabar nak tahu, ada jugak yang taknak check, sampai skrg pun tak check sbb takut. haha tunggu lepas raya katenye.

Aku pun cuak jugak. dengan tak sihatnye, selsema teruk gila smlm. badan dah macam nak demam. tidur sambil letak tuala basah kecik atas dahi. hahaha tapi ape pun, tidur dengan tenang jugak ah smlm hehe~ even though tak nyenyak sangat :3

Alhamdulillah, walaupun result aku tak sebagus orang lain, tapi syukurlah sebab meningkat dari sem lepas. merangkak sikit2 pun boleh~ HAHA sem lepas memang kecewa yang amat sampai rasa macam ... em ... macam ... em macam tu aaa. tapi sem ni, alhamdulillah :)

wiwiwiwiwi ~(^_^~) (~^_^)~
Aku masih ada 4 sem untuk tingkatkan usaha. ibu kata takpe, merangkak sikit2 asalkan maintain naik. ada hikmah sem lepas tu teruk. supaya sem2 akan datang makin menaik dan menaik. insyaAllah, semoga tak jatuh teruk dah lepas ni. ameen :')

Kepada yang sedih.......... mungkin ayat ni cliche tapi ayat ni jugaklah yang aku fikir waktu aku jatuh dulu. "sampai bila nak sedih?" kalau nak berkabung pun, 2-3 hari dah la. nak raya dah ni! hahaha jangan biarkan result tu rosakkan mood raya kite. hehee insyaAllah semua yg berlaku ada hikmah. bak kata orang, kadang2 kita kat atas, kadang2 kita kat bawah. hidup ini umpama roda :)

Apa yang penting? teruskan mengayuh sampai ke destinasi iaitu segulung ijazah pada masa hadapan, insyaAllah :)

Bersyukur dengan apa yang kita dapat! Jom menari sama!

laju sangat lak ai .____.
Occay mekaseh sudi menjenguk blog kite. heheh. assalamualaikum, jumpa entri lain kali ^^


Tuesday 23 July 2013

Thank You For The Days

Thank you for the days you talked a while, and
Thank you for the days you made me smile.
Thank you for the days you believed in me,
When I was blind you helped me see.

Thank you for the days you blew me miss-es, and
Thank you for the days you granted my wishes.
Thank you for the days you helped me fly,
When I was low you lifted me high.

Thank you for the days you gave me memories, and
Thank you for the days you waited for hours.
Thank you for the days you spent with me,
When I was trapped you set me free.

Thank you for the days you touched my soul, and
Thank you for the days you made me whole.
Thank you for the days you took my part,
When I was cold you warmed my heart.

Thank you for the days you dried my tears,
Thank you for the days, and for all these cheers.
Thank you for each day that we talked,
Thank you for the days, a sweet memory. :)

- Charles Wiles -

You.

:)


Thursday 18 July 2013

"Be sure We shall test you with something of fear and hunger, some loss in goods or lives or the fruits (of your toil), but give glad tidings to those who patiently persevere, who say, when afflicted with calamity: "To Allah we belong, and to Him is our return." They are those on whom (descend) blessings from Allah, and Mercy, and they are the ones that receive guidance." - [Quran, 2:155-157]

"On no soul Allah place a burden greater than it can bear." - [Quran, 2:286]

Been holding on for so long,
Afraid if I fall once again,
I'm no longer be able to get up ...

Saturday 13 July 2013

Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

Hi.

Hehe. tadi tengah search article pasal kebaikan mandi sebelum subuh (setelah dipaksa) and aku rasa aktiviti ... em, aktiviti ke eh? :3 amalan. haa amalan ni adalah sesuatu yang bermanfaat untuk di-share-kan (ayat tunggang langgang) maka aku berniat nak update belog so kita sama-sama boleh dapat info dan pengetahuan yang baru. fuh. panjangnya ayat. yang dah tahu tu takpelah kalau nak teruskan membaca pun boleh kalau taknak pun takpe. hehe.

Occay. citernye macam ni ... nak kopipes je boleh? :3 edit sikit2 la kot eh haha

suka nau mandi .____.
Occay. menurut kajian sains katanya, kandungan gas ozon iaitu O3 pada waktu pagi adalah lebih tinggi berbanding waktu2 yang lain. kandungan gas ozon ni akan berkurang mengikut masa. maksudnya bila matahari start naik, dia makin kurang dan kurang dan kurang. sampai lah esok pagi, baru refill balik. (macam mana dia refill? @.@ urusan Allah. haha) setiap hari macam tu.

Gas ozon ni penting untuk manusia sebab ia boleh memberikan kesegaran serta beberapa manfaat terutamanya waktu kita mandi dan terutamanya sebelum subuh. gas O3 ni jugak mempunyai pengaruh yang positif pada urat saraf dan mengaktifkan kerja otak dan tulang. kalau ikut logik, betul jugak. cuba amek angin kat luar waktu pagi2 subuh. rasa tenang, segar dan nikmat dia lain macam. phewww

Occay, antara manfaat mandi sebelum subuh :-

1) Melancarkan peredaran darah
Mandi pagi boleh merangsang sistem peredaran darah dan saraf untuk menjadi lebih aktif kerana suhu dingin tu menimbulkan reaksi secara singkat. maksudnya kat sini, mungkin suhu waktu pagi kan sejuk, suhu ni bagus sbb dia cepat bertindak untuk merangsang sistem peredaran darah dan saraf manusia. dan hasilnya, tubuh akan lebih bertenaga untuk menjalani kehidupan seharian :)

2) Kulit lebih halus dan cantik
Wahahah teringat aku dengan tweet Asyikin Rahimi, dia kata orang kata muka dia kerepot kakakakakakakakaka maka dia sedang mengamalkan mandi pagi xD lawokkk. kk sambung. mandi sebelum subuh dikatakan boleh 'membangunkan' tubuh yang belum sebetulnya bangun di mana metabolisme badan manusia sedang melambat. kandungan hormon adrenalin akan meningkat lalu bila dia sampai aliran ke kulit, jaringan kulit akan pulih dari kekeringan dan menjadi lebih kenyal/lembab. hasilnya, kulit kita akan lebih fresh dan muka kita akan lebih berseri. haaa. dan mandi subuh ni jugak boleh mengurangkan warna hitam bawah mata serta beg-mata yang amat ditakuti oleh kaum perempuan. mata aku pun ada!!! benci >.<

heroin citer Full House. mst slalu mandi sblum subuh ni kakakaka
3) Mengurangkan risiko darah tinggi
Bagi mereka yang ada darah tinggi, mungkin mandi sebelum subuh ni boleh mengurangkan sikit serangan darah tinggi tu, insyaAllah, dengan izin Allah, ameen. :) sebab seperti yang dikatakan di atas, mandi pagi ni kan boleh melancarkan peredaran darah, so segala jenis element ataupun cecair ataupun ... apa eh? aku lupa term bio dia. hm. segala harta karun yang darah bawak laa sepanjang dok pusing2 circulation system dalam badan kita tu akan lebih lancar. so, pertukaran harta yang kita taknak, contohnya kalau org darah tinggi, kandungan garam dia tinggi kan, so pembuangan garam yg kita taknak ni akan lebih cepat dan lancar. haaaaa. insyaAllah ^^

4) Meningkatkan kesuburan
Hehehehehehehehe. apa gelak?! hehehehe. Mandi sebelum subuh dikatakan dapat meningkatkan hormon testosterone bagi lelaki dan oestrogen pula bagi perempuan. so peningkatan hormon ni membawa kepada peningkatan kesuburan. jadi boleh lah membiak dengan lebih cepat. kakakakakakaka :3

5) Mampu meningkatkan sel darah putih
White blood cells (WBC) atau dalam BMnya sel darah putih ni memang bagus untuk tubuh manusia sebab mereka2 ni mampu menguatkan sistem pertahanan manusia. seperti yang majoriti manusia tahu, WBC berfungsi untuk melawan virus2 yang menyerang sistem manusia. tapi perlu diingatkan jugak, peningkatan WBC secara berterusan sehingga mencapai sesuatu limit adalah tidak bagus utk badan manusia. sebab seperti yang majoriti manusia tahu juga, salah satu penyakit kronik yang sampai sekarang takde ubatnya iaitu leukimia juga adalah disebabkan kuantiti WBC lebih tinggi dari kuantiti RBC (red blood cell). but no worries, salah satu cara untuk meningkatkan RBC supaya tidak kurang dari WBC adalah dengan ... makan kerang. hihihihihihi (cara paling senang) :)

6) Menyihatkan rambut
Rambut umpama mahkota bagi lelaki. bagi perempuan, mahkota jugak. tapi mahkota yang tersimpan. kecuali org yang free hair. hihihihihihi iykwim :3 mandi sebelum subuh dengan air yang dingin boleh mengurangkan rambut yang rapuh serta melindungi rambut dari habuk-habuk atau kotoran yang selalunya melekat pada kulit kepala. kotoran-kotoran ni yang sebenarnya menggugurkan rambut manusia. rambut aku pun slalu gugur huwaaaaaa T_T

7) Mengurangkan tekanan dan menenangkan jiwa
Secara psikologinya, mandi subuh dikatakan dapat menenangkan jiwa, menghilangkan stress dan menjadikan kita lebih bersemangat untuk menghadapi kehidupan seharian. selalunya memang waktu pagi-pagi ni lah banyak manfaat yang kita boleh dapat. dari udaranya, air nya ... indahnya ciptaan Allah kan :')

"beginikah rasanya bahagia?" tibbeeerrrrr
Tudiaaa. panjang melebaq aku explain. sebenarnya tak explain sangat pun. merapu lebih kahkahkah well, that's it. ada 7 manfaat mandi sebelum subuh yang aku jumpa. insyaAllah jika diamalkan boleh membawa kebaikan kepada kita semua. manfaat lain wallahualam. mungkin akan timbul rasa menghargai ciptaan Allah ka mana tahu kan :) muhasabah. hehe.

Sebenarnya aku jenis takut nak mandi pagi. lagi-lagi kul 4.30 pagi ka 5.00 pagi ka. sebab sejukkkkkkkkkk. hahahaha menggigil menggeletaq semua ada kalau mandi pagi. segar memang segar tapi tu lah ... hehehehe. tapi insyaAllah, lepas tau pasal manfaat2 ni, boleh lah diamalkan lepas ni :)

So, apa lagi. moh sama2 kita mandi awal. lepas sahur terus mandi. hahahaha. diharapkan entri kali ni dapat beri sedikit sebanyak info kat korang semua. :) sehingga bertemu lagi di entri yang lain. thanks to Asyikin Rahimi dan Amilia Ishak sebab sedarkan aku! love you guys vewy vewy vewy mucho!

Sekian, assalamualaikum ^^


Tuesday 9 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan ^^

 ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna ~
agar dapat ku lalui dengan sempurna ~ 

hehehe. Salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua pengunjung2 blog saya yang comel2 hensem2 belaka! :)

semoga Ramadhan kali ini membawa lebih banyak keberkatan dan lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya, inshaAllah. jom sama-sama kita cari keredhaan Allah, buat lebih banyak amal dan rebut banyak pahala. dan sebagai peringatan, simpanlah ibadah tu sebagai rahsia antara kita dan Dia sahaja ^_^


sedikit pesanan, puasa2 jugak, aku faham korang lapar sepanjang hari tak makan tapi jangan ikut nafsu ye waktu berbuka. hehehe. beli ikut apa yang kita mampu. jangan membazir. kita berpuasa bukan sahaja utk menahan diri dari makan tapi dari nafsu2 yang ada dalam diri ni. jadi, ikhlaskan diri semata2 demi Allah, insyaAllah, Dia akan beri kekuatan :)

sekian untuk entri kali ini. selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak daripada saya dan suami. #eh maksud saya, daripada saya dan family :3

hahaha, assalamualaikum, thanks sudi menjenguk blog gue ^_______^


Thursday 4 July 2013

Somebody That I Used To Know

Assalamualaikum :)

Lama tak menaip. hihi. saja. nak meluahkan perasaan sedih. sedih bila lihat perubahan pada kawan yang kita sendiri tak sangka dia boleh berubah macam tu.

tak tahu jika dia akan baca blog ini atau tidak tapi jika diizinkan Allah dan jika dia baca, harap dia boleh consider apa yang aku nak cakap dan mungkin, boleh berusaha untuk berubah menjadi dia yang dulu secara perlahan-lahan. insyaAllah. :')

"Love change a lot of things even the one that you think could never change."

aku percaya memang rasa sayang tu boleh ubah sikap seseorang. mungkin daripada yang negatif ke positif, tapi boleh juga dari positif ke negatif. bergantung kepada cara kita kawal rasa tu.

cinta itu fitrah orang kata. semua orang pernah bercinta. sejak kita lahir pun, dah jatuh cinta pada ibu bapa kita. tapi semakin kita membesar, semakin ramai orang yang kita jumpa dan boleh wujud rasa cinta terhadap sesiapa yang menarik perhatian kita.

aku pernah ada seorang kawan. lelaki. yang aku kenal bukan secara realiti. tetapi dia seorang kawan yang baik. dia pernah ada azam untuk berjaya dalam hidup dia. semua org ada azam macam tu kan. bezanya dia, dia nak berjaya sebab dia nak ubah keluarga dia. ubah kemiskinan yang dia hadapi.

sama macam azam aku.

aku ingatkan dia masih pegang azam tu ...

:)

aku tak salahkan dia sebab berubah lepas jumpa seorang wanita. cuma, aku terkejut. betapa cepatnya masa berlalu. dan orang yang aku kenal tu bukan orang yang sama aku kenal dulu.

Deep.
tak sangka kan. betapa cinta tu mampu ubah seseorang. daripada yang menjaga batas antara perempuan kepada yang lebih terbuka. aku taktau lah tu cinta atau nafsu. tapi aku percaya, kalau seseorang lelaki betul2 cintakan ... em geli. hahahahaha. ok serius. kalau seseorang lelaki betul2 sayangkan seseorang wanita, aku percaya, dia akan pelihara wanita tu sama macam dia pelihara adik perempuan dia atau mak dia. tapi mak macam besar sangat. hurmmmm.

maksud aku macam tu lah. takkan sentuh, takkan buat apa2. 

dan wahai perempuan. jagalah nama baik makpak sendiri. jaga nama baik Islam. kalau appearance dah elok, sopan, pakai handsock, pakai stokin, tudung labuh, baju longgar, tak payah laa nak ke hulu ke hilir dengan lelaki yang tak halal, naik moto sama-sama, berpelukan ... mana letaknya perasaan malu tu ...

aku tak halang orang nak bercinta sebab perasaan tu fitrah. tapi ... entah weh, nak komen lebih2 pun tak berani kang kena sembur sebab aku pun ada perasaan macam tu.

sedih.

aku tak sokong langsung dia (yang lelaki tu, kawan aku) buat macam tu. aku taktau mana dia letak iman dia sekarang ... memang aku tak berhak nak judge sebab aku takde di sekeliling dia. tapi, ada mata2 yang tengok, tapi tak mampu nak tegur. yang terkejut sampai nak jatuh pun ada. aku yang dengar ni pun dah terkejut inikan pulak yang nampak dia hari2.

hmm. mungkin dia dah lama tak macam tu ... iykwim ...

aku pun tak berani nak tegur dia sebab jarang contact. sebelum ni aku taktau pun ... just contact macam biasa je kat twitter. macam takde pape .. sebab tak sangka dia dah berubah. takpelah, apa2 pun dia masih kawan aku. takkan tetiba nak ignore kan :)

kesian. sedih dengan perubahan dia. tapi insyaAllah semua yg berlaku ada hikmah. mari sama2 doakan dia jadi macam dulu balik. moga dia dapat capai azam dia waktu dulu2 untuk ubah family dia. ameen. insyaAllah.

yeah. that's it. lega sikit lepas luah kat sini. nak cerita lebih2 pun tak boleh tapi apa yang berlaku kita jadikan pengajaran. jangan kerana terlalu sayang, kita bagi apa je even maruah sendiri. perempuan terutamanya. tanam perasaan malu tu dalam diri.

akhir kata, don't noty noty. hahahahahahahaha :3

assalamualaikum, thanks sudi menjenguk blog beta yg serba kekurangan ni. take care, xoxo :)



Tuesday 25 June 2013

Kita dah habis payyyperrrrr!

yeay yeay dah habis paper~! hehe. eksaited terlebih. biarlah orang nak kata "hek eleh, orang habis paper lama dah! huh~" eh, kezzah? hahahahaha

alhamdulillah, tepat jam 1730 petang tadi, maka tamatlah sudah sesi pembelajaran dan peperiksaan untuk tahun 1. maknanya dah tamatlah status aku sebagai pelajar tahun 1. lepas nie jadi pelajar tahun 2 pula :)

tak sangka kan? rasa macam baru je masuk universiti. macam baru jer lepas MMP. macam baru jer lepas matrik. tahu2 dah habiskan masa setahun kat UKM ni. macam tak percaya!! huhuhu.

sekarang masa untuk tunggu result pula. insyaAllah, ada usaha ada lah hasilnya. harap keputusan sem 2 nie meningkat dari keputusan sem 1. kalau boleh nak lebih baik dari sebelum ni. taknak laa rasa down lagi :(

hihihi. so sekarang masa untuk merehatkan minda selama 2 bulan setengah lebih lebih sikit. hahaha nak tengok movie boleh~ nak tengok runningman boleh~ nak maen game boleh~ *sambil pandang ziera* jelas nampak dia jeles di situ ye roommate. sabar ye, paper awak bakal berakhir juga khamis ni. muahahahaha :D

aku rasa nak kerja. tapi taktau nak kerja kat mana. aku nak cari duit :( risau. perbicaraan sambung lagi. sampai bila nak berakhir ni :( serabut kepala aku. rasa nak menangis. semalam kat rumah tahan je. bila sampai kolej baru lepaskan. lega lah sikit. pastu terpaksa lupakan sekejap sebab nak exam. sekarang kena fikir balik.

susah hati :(

em em. haihhhh. 11 julai tu tak lama je lagi. ya Allah, Kau permudahkanlah segala-galanya :(

huhuhu. sakit kepala bila fikir. hmm. harap2 semua berjalan dengan baik nanti. ameen.

jadi sekarang, mari kita bertwitter, berfacebook, berask.fm, berblogging, bermacam2 lagi sampai lebam! hohohoho terima kasih sudi menjenguk! sikit aje entri ni. jumpa di entri yang lain pula. assalamualaikum~ ^_^


Thursday 6 June 2013

Sunday 2 June 2013

Unsaid Feelings.

"berhenti fikirkan perasaan orang lain.
berhenti membuat orang lain gembira.
bila mereka tak pernah menghargai walau sedikit pun."

aku dah jangka benda ni akan jadi ... tapi jujur, masih ada rasa mustahil waktu tu. tapi semalam, apa yang dijangka dah pun jadi ... dan aku tak tahu apa yang hati aku rasa. cuma mata, mata aku tak berhenti mengalirkan air jernih. dari semalam.

cukup kah untuk mengetahui betapa aku bersedih?

tahu kenapa aku lemah macam nie? mereka yang kenal aku, tahu kenapa.

waktu mula2 aku dapat duit JPA, kegembiraan yang aku nak kongsi pertama2nya adalah bersama keluarga aku. walaupun nie bukan biasiswa pertama yang aku dapat, tapi perasaan nak kongsi kegembiraan, kongsi rasa bersyukur tu tak pernah hilang dari dulu.

aku suka tengok orang gembira. terutamanya orang2 yang aku sayang. tapi, kenapa masih ada yang suka buat aku sedih? dia tak suka tengok aku gembirakah?

"Abah,
sejak peristiwa hari raya kedua tu jadi, rezeki kita macam hilang. terputus. tak tahu kenapa. mungkinkah ini balasan? ... *senyap* ... tapi kita tetap sama2. buat semua sama2. jalani hidup sama2. terkontang-kanting macam mana pun, takda duit macam mana pun, kita tetap sama2. tapi kenapa sekarang, kakak rasa tak dihargai? ..."

kesian. lihat handphone abah screennya dah pecah. tapi masih boleh guna ... kesian. sebab tu, duit biasiswa aku, aku gunakan sedikit untuk membeli handphone baru untuk abah. nampak sinar gembira di muka abah waktu aku mula2 bagi handphone tu. aku beli handphone tu waktu hari yang sama adik aku keluar ... aku pergi dgn dia, mulanya untuk ke farmasi beli ubat, kaki dia sakit, lepas tu singgah kedai handphone dan aku teringat keadaan handphone abah yang daif tu ...

tapi sekarang, handphone tu dah takda ... dan sebenarnya sejak hari khamis/jumaat haritu dah takda. dan aku baru tahu semalam ... semua orang, semua, dalam rumah tu sembunyikan hal sebenar dari aku ... semua, tipu aku. semua buat macam takde pape yang jadi. semua.

tahu macam mana aku rasa? bila ditipu oleh semua orang? kesedihan yang tak dapat nak diluahkan dengan kata2. dan ya, seperti yang aku dah jangka, ke mana hilangnya handphone tu? ke mana lagi kalau tak diberikan kepada betina tak guna tu.

sigh ...
maaf ...

kalau tidak diikutkan kewarasan fikiran dan iman yang masih tersisa dalam diri aku nie, dah lama aku pergi cari dia dan aku tak tau lah aku pergi serang ke apa. dan abah ... mungkin kalau tak difikirkan perasaan orang tua aku sendiri, dah lama aku diamkan diri, tak bercakap sepatah haram pun. sebab perasaan marah dan kecewa itu sangat tinggi. buat masa sekarang ...

tahu apa masalah aku? aku masih fikirkan perasaan orang lain. walaupun perasaan aku sendiri yang dicarik-carik. orang tak pernah fikir perasaan aku kan?

aku guna duit aku sendiri yang sepatutnya dihabiskan semata2 untuk pelajaran, aku guna sikit, untuk membuat orang lain gembira. tapi akhirnya, pengkhianatan yang diorang balas. semua, termasuk adik2 aku, semua tipu aku. semua tak berani nak bagi tau aku hal sebenar. kenapa?

takut aku marah? ya, memang aku marah. menipu bukan jalannya, at least bagi tahu hal sebenar. taklah nampak bodoh sangat aku nie. balik rumah, gembira. lepas tu, sedih yang berganda2. patut lah, tak bagi tahu hal sebenar sebab katanya, kalau aku tahu awal2, aku taknak balik rumah. ya, memang. aku taknak balik rumah dah lepas nie. kecuali cuti akhir semester 2 nanti.

harapnya luka waktu tu dah sembuh. tolonglah ...

aku dah malas nak jaga hati semua orang. orang tak jaga hati aku pun. dah terlalu banyak aku rasa sakit tapi aku tak mampu nak buat apa2. aku diam, aku pendam. sebab aku kesian, kesiankan semua orang. takut diorang terluka dengan kata2 aku. lebih baik aku jauhkan diri, supaya semua orang tak sakit dengan kemarahan aku.

mungkin aku memang tak patut dihargai pun ... mungkin aku tak penting langsung ... sebab tu handphone tu senang2 je bertukar tangan, tanpa ada kebenaran aku .. baguslah ...

sedih.
kecewa.
rasa diri nie tak penting langsung.
rasa tak dihargai langsung.

...

and now ...
i can't trust my own family ...
and do you know how does it feels?

it hurts. so much.


Tuesday 28 May 2013

Arts.

Assalamualaikum~

it's 8.05 in the morning and I haven't sleep yet due to ... completing KS punya kertas kerja ... with the powerpoint presentation for this week, my last week of presentation (I guess so). remember that in the previous post I've stated that there are 2 presentations left which are the KS and cesmed. cesmed lahar punya presentation tu aku taktau lah bila sbb minggu nie hari Rabu ada SUPER WEDNESDAY. bunyinya macam gempak tapi .. tetap lahar ... okay malas nak terangkan super wednesday tu apa. yang penting, ia tetap L A H A R -.-

lelwz. okay. this entry is made to express my serious-ness ( wujud ke perkataan nie? :o ) towards the arts. well, memang dari kecik sampai ke besar dan lebar ini, hati aku sudah terpaut kepada benda-benda yang melibatkan seni nie. aku tau, ramai, boleh dikatakan mostly orang-orang yang aku dah jumpa (kawan-kawan aku) mostly eh mostly, tak minat seni. sama ada tak minat langsung, ataupun minat, tapi tergendala macam tu je sebab katanya "tak reti."

bagi aku, selagi ada usaha dan minat yang tinggi, nothing is impossible. impossible is nothing jgak. #eh tapi sape yang memang minat seni tu, meh gimme faihhh badehhh!

mungkin kau akan kata, hamboi azani nie dah takde keje ke apa, sempat nak melukis bagai. orang dah nak dekat final nih -.-

sebenarnya haritu aku stress, baru beberapa hari yang lepas ... atas sebab2 yang tertentu ... so, salah satu cara aku untuk release stress is by drawing. :)

what did i draw? :O

...

klik untuk tumbesaran
i don't know where did the ideas come from. i just draw anything that was on my mind. and yea ... the above drawing was the 'thing' -.-

hahaha, of course, the drawing wasn't perfect as i expected sebab cuba tengok tempayan (ke?) tu, design bunga dia tak berapa nak center. so boleh tak assume tempayan tu posisinya senget sikit? bhahahahahaha k gurau -.-

hmm. to be honest, im kinda disappointed that my drawing wasn't as smooth as it used to be. maybe sebab aku dah lama tak melukis. and dekat sini pun bukannya ada masa sangat nak buat semua2 nie. kalau sketching tu memang banyak terutamanya dalam class yang agak2 slalu buat kita belajar huruf "kho" tu. 
*if you know what i mean*

anyway, aku cuma terfikir tadi ... i guess i wanna get serious in arts once the holidays start. i want my drawings to be smooth again. mana lah tahu kalau suatu hari nanti benda2 nie boleh bawak income untuk aku. kekekeke insyaAllah kalau ada peluang ;)

but ... of course banyak lagi benda yang aku kena belajar. contohnya, macam mana nak lukis muka orang. hahahaha bunyi macam kelakar .............. tapi memang kelakar pun. =.= aku memang lah, lemah gila bab2 lukis orang nie. mesti ada yang cacat. kalau tak mata dia, hidung dia. kalau tak hidung dia, mulut dia. tapi aku rasa bahagian paling susah skali adalah mulut. huhu

tapi insyaAllah, kalau kita betul2 nak belajar, betul2 usaha, mesti akan ada outcome yang berkualiti :) nak seribu daya~ taknak seribu dalih~ :)

jadi di kesempatan ini, aku ingin memberikan sedikit nasihat kepada yang rasa2 mereka berbakat tu, jangan pernah berhenti mengasah bakat2 yang anda ada. sebab kalau kita tak praktikkan benda tu untuk masa yang lama, mungkin susah untuk kita kekalkan ability yang kita ada. tapi, kena tengok jgak. jangan terlalu taksub pulak sampaikan kerja2 lain semua tergendala. hihi buat mana yang penting dlu, seni nie bila2 masa je boleh asah ;)

gambar2 kat bawah nie antara lukisan yang aku lukis sepanjang berada di UKM.

bunga...errrr. bunga apa? entah. yg penting bunga.
tangannnn pegang pensel.
bunga ros. tp bukan ros ashikin. tu kawan baik aku kekekekeke
mata :) *aku paling suka yang nie*
haaaaa hok nie spesel. first time lukis anime :3
that's all. mungkin akan datang akan update lagi tapi rasanya untuk lukisan2 baru tu, mungkin tunggu cuti habis final lah ye. lama tu cuti, 2 bulan setengah. banyak jgak lukisan boleh buat. insyaAllah kalau aku tak kerja. aku taktau lagi plan camne lepas nie hoho :)

thanks kerana sudi menjenguk~ jumpa lagi di lain entri, assalamualaikum ;)


Friday 24 May 2013

Good Luck!

Assalamualaikum,

just a quick update about what's happening in my life currently. well, first of all, ALHAMDULILLAH, ICAF 2013 has already ended last week. and now, i have no excuses not to study on everything that i left earlier. i need to catch up on everything quickly so that i won't face difficulties in my final exams. yeap, this is the time where i should focus on my studies without thinking too much on other activities. and feelings ... well, classes have already ended last week too, except for PD class, next week will be the final week, and i have another 2 presentations of CESMED and also KS. nevertheless, most of the classes have ended so i should have start my study week err ... err ... tomorrow? haha NO, i guess i should start now, well after publishing this entry :p

hell yeah!
wishing you all the best for the final exams. together we should strive for excellence, insyaAllah :)

that's all. thank you for the visit. assalamualaikum ^^

Sometimes it's the simple things that matter most.- A.A


Sunday 19 May 2013

Marriage.


"Marriage is not something that people can play with."

Assalamualaikum :)

entri kali nie bukanlah untuk menggatal, jauh sekali untuk me-miang-kan diri. entri kali nie adalah satu perkongsian ilmu dan sedikit teguran untuk sesiapa yang makan cili. bolehlah sediakan air sejuk awal2.

as stated above, marriage is not something that people can play with. Rasulullah S.A.W bersabda dalam salah sebuah hadis yang bermaksud, 

"Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk."

Apabila terjadinya sebuah perkahwinan, bermakna sebuah ikatan suci telah terjalin antara seorang lelaki dan seorang wanita, di mana dalam akad nikahnya mereka telah bersetuju untuk bersama-sama mengharungi liku-liku kehidupan selepas berkahwin. dan apabila sesebuah perkahwinan itu sah diperakui, bererti suami itu sudah bersedia untuk menanggung dosa-dosa si isteri.

Apabila seorang lelaki berkahwin, diumpamakan :


dalam erti kata lain, bila kita dah bersetuju untuk berkahwin dengan pasangan kita, maknanya kita kena bersedia dengan segala kekurangan dia. terima segala kekurangan dia. cuba tanya diri sendiri, mampu kah kita terima dia waktu dia sakit, waktu dia tak mandi, waktu dia busuk, waktu dia tak cantik, waktu dia serabai baru bangun tidur, waktu dia muntah sebab mual dan sebagainya. bersediakah kita?

jika kita tak pernah nak fikirkan hal-hal yang terlalu simple mcm nie pun, kita tak layak nak bercakap tentang hal-hal yang besar. bila seseorang berkahwin, beliau sepatutnya menerima kekurangan pasangannya dan berusaha untuk melengkapkan kekurangan tersebut sebaik-baiknya.

Allah menciptakan Adam dan Hawa untuk melengkapi antara satu sama lain. dari mereka, kita dilahirkan. dan dari mereka, pembiakkan manusia berkembang. jika orang zaman dulu boleh mengekalkan perkahwinan mereka sehingga mereka sudah tua sekarang nie, kenapa ramai anak muda yang tak sedar dan menganggap perkahwinan itu sebuah perkara yang main-main?

sekarang ramai yang kahwin muda. aku tak tahu lah ini satu trend atau mungkin zaman manusia sudah kembali seperti dahulu. waktu mak abah kita kahwin. waktu nenek datuk kita kahwin. kahwin pada usia yang muda. bezanya, mereka mampu mempertahankan perkahwinan mereka sehingga ke hari ini. mampukah kita?


tak perlu cari contoh yang jauh, tengok orang sekeliling dah cukup. orang-orang yang dah berkahwin, bagaimana mereka menguruskan kehidupan mereka dengan kehadiran orang yang baru?

aku cuma tak faham dengan segelintir manusia yang tanpa segan dan silunya update status atau bercerita secara langsung ke public tentang masalah-masalah yang mereka hadapi dalam rumah tangga. memang, memang kita perlukan kawan untuk berbicara atau meminta pendapat. tapi tidak ada salahnya jika perkongsian itu dilakukan dengan lebih privasi dari memilih untuk menghebohkan kepada semua orang kan?

Look. kalau kita buka aib perkahwinan kita kepada semua orang, secara tak langsung kita telah membuka aib diri kita sendiri, aib suami kita jugak. dan mungkin jika family kita terlibat dalam perkara tersebut, kita juga telah membuka aib family kita. tak ada salahnya jika kita simpan aib tu diam-diam, atau jika nak berkongsi, berkongsi lah dgn orang-orang yang boleh dipercayai. contohnya ibu kita sendiri.

dan lagi satu, aku rasa tak perlulah sampai nak hantar spy atau pelakon tambahan untuk menguji sejauh mana kesetiaan suami kita. kerana, kalau kita berfikir dgn akal yang waras, Allah itu ada. jika Allah nak tunjuk perangai sebenar suami kita, kita tak perlu susah2 upah orang2 yang tak bersalah nie. Dia akan bantu kita. Dia yang akan buka mata kita. jadi kenapa nak bersusah payah libatkan orang yang tak bersalah?

silap hari bulan, orang-orang yang diupah pun boleh diancam bahaya. 

cemburu itu bagus. tapi bukannya cemburu yang membuta. belum ada bukti pun, tak pasal-pasal kena tuduh. belum pape lagi, dah kena serang. dan jika seorang isteri atau suami pernah berniat untuk sengaja membuatkan pasangannya cemburu dengan membuat apa-apa aksi yang tak sepatutnya dengan orang luar, aku percaya perkahwinan tu dah tak ada makna. mungkin tunggu masa je nak roboh. 

come on people, tak perlu buat macam tu semata-mata untuk membuatkan pasangan kita cemburu. padahnya nanti timbul pergaduhan, dan bila timbul pergaduhan, semestinya melibatkan emosi. tak takut ke kalau pasangan tu tetiba naik gila hantu dia, pegang pisau ke, kapak ke, nak kelar leher kita ke? :/

macam tinggi sangat plak imaginasi aku. kekekekeke

okay serius nie. aku nak tegur seseorang ... yang aku mula nak tanam perasaan respect kat dia tapi dlm certain hal, dia tak layak untuk dapat respect tu.

aku rasa dia sangat tak patut lah membuka cerita-cerita yang sangat privasi (bagi aku) sebab melibatkan suami dia dan keluarga dia. hmm. secara tak langsung, dosa-dosa dia adalah dosa suami dia juga. seburuk mana pun suami dia, dia tak sepatutnya menceritakan segala jenis keaiban yang ada. dia tak patut ........

haihhhh. kita berkahwin, bukan untuk seminggu dua. bukan untuk sebulan dua. bukan untuk setahun dua. kita berkahwin untuk hidup bersama-sama dengan pasangan kita selama-lamanya. sampai kita mati. dan jika Allah mengizinkan, Dia akan pertemukan kita dgn pasangan dunia kita di akhirat kelak. taknak ke macam tu? :)

aku harap sangat, seteruk-teruk dugaan yang berlaku dlm perkahwinan dia, mohonlah pertahankan selagi boleh. janganlah buat benda bodoh. perkahwinan bukan benda yang boleh buat main. malu tu silalah letakkan di posisi yang teratas juga. kita perempuan, jadi rasa malu tu kena lah tinggi sikit dari lelaki.

^_^
i want a happy marriage. and i want everybody that i love to have a happy marriage too. protect our marriage like we protect ourselves. and guide each other as well so we can gain His blessings. insyaAllah :)

yang buruk datangnye dari saya, dan yang baik segalanya dari Allah. sekian, moga dapat dijadikan pengajaran. Assalamualaikum, terima kasih sudi membaca :)


Sunday 12 May 2013

Mom,
if only you know how much that I miss you ...
if only you know how much that I want to hug you ...
if only you know how much that I want our family to unite once again ...
if only you know how much that I want to meet you ...

Mom, 
I didn't blame you for everything that happen ...
I believe every single thing that happen, happen for some reasons ...
I'm sorry I can't do anything to fix them ...
and I'm sorry that we all have to face this pain ...

Mom,
One thing that I can promise you ...
I'll do anything, anything that I can to change our family to a better one ...
I'll try my best to fulfill your wish to see me succeed ...
I'll give everything to see you happy ...
I promise ...

Mom,
I might have hurt you ...
I'm sorry ...
I might have made you cry ...
I'm sorry ...
I might be too busy that I don't have much time to talk to you ...
I'm sorry ...
I'm really sorry ...

Mom,
even though you're far away from me,
but you're always on my mind ...
and I pray to Allah, everyday ...
to lengthen your age ...
may you be blessed ...
and I'll never stop praying ...

Mom,
Thanks for everything, everything ...
I love you. I miss you. I really do. :')


Some pain can't be seen by people's naked eyes. The only way for pain to show itself is through the tears. and this tears are the prove that the pain hasn't gone. till now, and it might not gone forever. unless miracles happen. Oh Allah, You know my heart. You know how exactly I feel. Please grant my wish, for I am such a weak girl, when it comes to family matters. I'm sorry, I need more strength. and I know You're always there for me. Alhamdulillah for all these tests.


Monday 6 May 2013

Marah

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Sesiapa yang dapat menahan marah, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus di hati untuk melaksanakannya; nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari kiamat dengan keamanan dan keimanan."
- Hadis Riwayat Abu Daud-

hehe. sabaq sabaq.
manusia tidak akan boleh lari dari diuji oleh Allah S.W.T. ada masa kita diuji dengan kesenangan, ada masa kita diuji dengan kemiskinan. ada juga yang diuji dengan kegembiraan, dan ada juga yang diuji dengan kesedihan. itu semua tanda Allah sayang kepada hamba-hambaNya.

aku tahu, keadaan sekarang masih panas. masih bahang dengan hal-hal politik. walaupun PRU 13 dah berakhir semalam, tapi masih banyak lagi isu-isu yang dibangkitkan pada hari ini, dan mungkin untuk hari-hari yang seterusnya. news feed facebook aku hampir keseluruhannya adalah mengenai politik. timeline twitter aku juga mengalami nasib yang sama. kesian.

ada yang bergembira sbb BN menang. ada yang tak puas hati. ada yang marah. ada yang redha macam aku. HAHA. 

fuhh. panas panasss. mai beli, baru goreng #eh :3
erm, sebenarnya jujur dari hati aku, aku tak suka dengan keadaan macam nie. keadaan sekarang nie. masing-masing nak kata diri depa tu baguih. masing-masing nak menang. masing-masing nak kata diri depa tu betui. 

haihhh. come on laa. kita generasi yang mampu berfikir dengan logik akal, takkan kita tak boleh nampak permainan apa yg depa try nak main nie. kita orang Islam, Melayu, yang ada akal Allah bagi, fikir lah baik-baik. sampai bila nak bertelagah. sesama orang Islam plak tu.

aku nak negara Malaysia yang aman. bukan yang berpecah belah. bila BN menang, yang puak-puak tak puas hati tu semua nak bergaduh. bila BN kalah, komfem2 laa puak-puak yang sokong BN pun nak pertikaikan. semua orang ada hak masing-masing, ya aku tau, tapi tak perlu sampai ada yang putus kawan semata-mata sebab berlainan kefahaman politik.

aku tak cakap laa aku sokong yang mana. sebab undi tu rahsia hehehe tapi, cuba fikir. nanti bila kita dah mati, bila tiba hari pembalasan dan perhitungan, Allah takkan tanya siapa menang. BN menang ka PAS menang ka DAP ka. Allah takkan tanya. yang Allah akan persoalkan adalah, kita nie membantu atau pun tidak dalam menegakkan agama yang Rasulullah S.A.W bawa? kalau kita duk diam, tak buat apa, mana bukti kita sayang Islam?

memang skrg nie kita masih belajar. masih seorang pelajar. tapi kita kena siapkan minda kita, bukak mata luas-luas, tengok siapa yang memperjuangkan kebenaran, dan siapa yang tidak. siapa yang membawa agama Rasulullah, dan siapa yang tidak.

aku taknak suatu hari nanti, bila semua orang nak bertelagah, bergaduh pasal politik, lepas tu orang luar ambik kesempatan untuk jajah negara kita balik. masa tu baru tau nak menyesal pun tak guna dah. nak ka mak bapak kita kena seksa, adik beradik kita kena bunuh?

kalau boleh nak yang macam nie.
walaupun ada yang kata, "Mustahil, UMNO dah lama tinggalkan Islam."

aku jarang nak bercakap pasal politik sbb aku tak suka. sebab bila berpolitik, ramai yang emo. jarang lah org nak duduk setempat, duduk minum kopi sama-sama pastu sembang pasal politik, tanpa ada yang bergaduh. jarang. lagi-lagi waktu sekarang nie. cuaca tengah 'panas'.

pasal isu blackout tu, aku tak bleh nak kata apa ... sebab kita taktau apa yang jadi masa tu. semua tu betul ke tak. semua tu konspirasi dalam ke ape. sbb kita takde kat situ. dan pemikiran manusia terbatas. kita tak boleh nak tentukan benda tu salah, selagi takde bukti pape.

yang tinggal hanyalah doa ...


hmm. sebenarnya ada lah rasa sedih sikit dengan keputusan semalam. tapi macam apa yg aku cakap, redha jelah. suatu hari nanti insyaAllah, jika Dia mengizinkan, kebenaran akan terbongkar jua :)

teruskan berdoa okay, kawan-kawan? :) 
nantikan PRU 14, generasi '93-'97 pulak yg akan mengundi. hehe.

erm, kalau nak tengok video tok guru pasal PRU 13 nie, boleh klik kat sini.sedih laa jugak bila aku tengok. rasa nak menangis pun ada, tapi, yakinlah dengan Allah. Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya :)

and ada satu pesanan dari hati aku sendiri, untuk mereka-mereka yang slalu cakap:

"sokong PAS, tapi duit JPA ambik jugak. sokong PAS, tapi BR1M ambik jugak. sokong PAS tapi bla bla bla"

untuk orang-orang yang macam nie, sedarlah. rezeki tu datang daripada Allah, bukan daripada BN. and duit-duit tu atas usaha kita sendiri. JPA tu, paling sentap aku rasa bila org ckp pasal ambik duit JPA, tapi kutuk BN. JPA tu atas usaha kita sendiri. atas. usaha. kita. sendiri. noktah.

and most of all, duit-duit yang diorang bagi tu, sebenarnya adalah duit rakyat. duit kita sendiri. so sila buka mata anda luas-luas. jangan marah :)

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran ayat 133-134 yang bermaksud :

"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Iaitu) orang-orang yang menafkahkan hartanya, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."

sekian, Assalamualaikum :) maafkan salah dan silap bahasaku. terima kasih sudi menjenguk ^.^


Thursday 2 May 2013

Go Nano Go! aherher mohtep?!

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, masih bernyawa pada hari ini. 

It's been a very hectic day for the past few days. Hari pekerja semalam pun macam bukan hari pekerja -__- duty Bmart still on, pastu latihan teater macam biasa. smlm habis kul 2.30 pagi, memang balik tu terus aku tido hahah tak mampu nak tahan mata.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :)

smlm dah kembang2 hidung, kembang semuanya sbb kena puji oleh Abg Meol dgn Kak Farah. seriously, rasa malu gila, tatau nak sorok muka kat mana. huhuhu tapi alhamdulillah, terima kasih bagi semangat kat saya ^.^

setelah dilukai (poyo) haritu, aku berazam nak bangkit dari kelemahan aku sendiri. aku banyak practice kat bilik (waktu ziera takde HAHA, kalau ziera ade malu lah itew) >.< and aku ingat pesan Kak Farah masa beliau ajar aku pasal expresi muka, pergerakan, intonasi suara dan sebagainya.

Alhamdulillah, walaupun tak segempak yg sepatutnya lagi, tapi still boleh polish lagi. and ade certain pergerakan yg tak berapa kena, so kena betulkan. it's okay, ada masa lagi. insyaAllah, i'll try my best. they said, banyak improvement compared to last week. alhamdulillah :')

and maybe salah satu faktornye, sbb dua tiga hari nie, dia takde. so aku rasa bebas, aku rasa tak terbatas. aku rasa tak dihantui dengan perasaan takut kena sembur. hahaha alhamdulillah, and aku gunakan masa nie untuk belajar dgn kak Farah pasal expresi muka dan lain2. sampaikan kak Farah pun dah hafal skrip aku HAHAHA

alhamdulillah, kak Farah banyak tolong aku. dengar luahan hati aku haritu huhuhu terima kasih kak Farah. i know a little "thanks" won't change anything, but seriously, thanks a lot. you helped me a lot and rasanya kalau aku pendam je pasal nie haritu, tak menangis, rasanya smpai skrg kot sifat terbatas tu ada dlm diri aku.

semua yang berlaku ada hikmah kan ^.^

one thing yang Abg Meol dgn Kak Farah suka pasal aku adalah suara aku. jelas dan kuat. aku pun taktau aku guna suara perut ke suara tekak. tapi alhamdulillah, Allah jadikan suara aku jelas supaya apa yg aku cakap, org akan dengar. sbb nnt waktu teater, there won't be any mics. semua pakai suara sendiri. kat panggung seni, hmm bayangkanlah ...

suara manja lain cerita lah HAHAHA mohtep?!

berharap waktu hari kejadian, semuanya berjalan dengan lancar.  insyaAllah. Ameen. 

we have about less than two weeks to go before the competition. and we need to work hard.

takpelah, penat sikit je, nnt lepas 14/15/16 hb May tu dah free sikit. insyaAllah. undian belum dicabut so tatau hari pertandingan bila. nnt kalau dah tau, aku update kat blog okay~ 

datang reramai tau bg support! :) aherher. sempat :p

okay lah, nak off dlu. tak sempat nak bertweet2 lagi huhuhu assalamualaikum ^.^

p/s: lama tak melawat kubur arwah Azlan. hmm. kena cari masa nak pergi. rindu.