Pages

Thursday 4 July 2013

Somebody That I Used To Know

Assalamualaikum :)

Lama tak menaip. hihi. saja. nak meluahkan perasaan sedih. sedih bila lihat perubahan pada kawan yang kita sendiri tak sangka dia boleh berubah macam tu.

tak tahu jika dia akan baca blog ini atau tidak tapi jika diizinkan Allah dan jika dia baca, harap dia boleh consider apa yang aku nak cakap dan mungkin, boleh berusaha untuk berubah menjadi dia yang dulu secara perlahan-lahan. insyaAllah. :')

"Love change a lot of things even the one that you think could never change."

aku percaya memang rasa sayang tu boleh ubah sikap seseorang. mungkin daripada yang negatif ke positif, tapi boleh juga dari positif ke negatif. bergantung kepada cara kita kawal rasa tu.

cinta itu fitrah orang kata. semua orang pernah bercinta. sejak kita lahir pun, dah jatuh cinta pada ibu bapa kita. tapi semakin kita membesar, semakin ramai orang yang kita jumpa dan boleh wujud rasa cinta terhadap sesiapa yang menarik perhatian kita.

aku pernah ada seorang kawan. lelaki. yang aku kenal bukan secara realiti. tetapi dia seorang kawan yang baik. dia pernah ada azam untuk berjaya dalam hidup dia. semua org ada azam macam tu kan. bezanya dia, dia nak berjaya sebab dia nak ubah keluarga dia. ubah kemiskinan yang dia hadapi.

sama macam azam aku.

aku ingatkan dia masih pegang azam tu ...

:)

aku tak salahkan dia sebab berubah lepas jumpa seorang wanita. cuma, aku terkejut. betapa cepatnya masa berlalu. dan orang yang aku kenal tu bukan orang yang sama aku kenal dulu.

Deep.
tak sangka kan. betapa cinta tu mampu ubah seseorang. daripada yang menjaga batas antara perempuan kepada yang lebih terbuka. aku taktau lah tu cinta atau nafsu. tapi aku percaya, kalau seseorang lelaki betul2 cintakan ... em geli. hahahahaha. ok serius. kalau seseorang lelaki betul2 sayangkan seseorang wanita, aku percaya, dia akan pelihara wanita tu sama macam dia pelihara adik perempuan dia atau mak dia. tapi mak macam besar sangat. hurmmmm.

maksud aku macam tu lah. takkan sentuh, takkan buat apa2. 

dan wahai perempuan. jagalah nama baik makpak sendiri. jaga nama baik Islam. kalau appearance dah elok, sopan, pakai handsock, pakai stokin, tudung labuh, baju longgar, tak payah laa nak ke hulu ke hilir dengan lelaki yang tak halal, naik moto sama-sama, berpelukan ... mana letaknya perasaan malu tu ...

aku tak halang orang nak bercinta sebab perasaan tu fitrah. tapi ... entah weh, nak komen lebih2 pun tak berani kang kena sembur sebab aku pun ada perasaan macam tu.

sedih.

aku tak sokong langsung dia (yang lelaki tu, kawan aku) buat macam tu. aku taktau mana dia letak iman dia sekarang ... memang aku tak berhak nak judge sebab aku takde di sekeliling dia. tapi, ada mata2 yang tengok, tapi tak mampu nak tegur. yang terkejut sampai nak jatuh pun ada. aku yang dengar ni pun dah terkejut inikan pulak yang nampak dia hari2.

hmm. mungkin dia dah lama tak macam tu ... iykwim ...

aku pun tak berani nak tegur dia sebab jarang contact. sebelum ni aku taktau pun ... just contact macam biasa je kat twitter. macam takde pape .. sebab tak sangka dia dah berubah. takpelah, apa2 pun dia masih kawan aku. takkan tetiba nak ignore kan :)

kesian. sedih dengan perubahan dia. tapi insyaAllah semua yg berlaku ada hikmah. mari sama2 doakan dia jadi macam dulu balik. moga dia dapat capai azam dia waktu dulu2 untuk ubah family dia. ameen. insyaAllah.

yeah. that's it. lega sikit lepas luah kat sini. nak cerita lebih2 pun tak boleh tapi apa yang berlaku kita jadikan pengajaran. jangan kerana terlalu sayang, kita bagi apa je even maruah sendiri. perempuan terutamanya. tanam perasaan malu tu dalam diri.

akhir kata, don't noty noty. hahahahahahahaha :3

assalamualaikum, thanks sudi menjenguk blog beta yg serba kekurangan ni. take care, xoxo :)



No comments:

Post a Comment