Pages

Tuesday 28 May 2013

Arts.

Assalamualaikum~

it's 8.05 in the morning and I haven't sleep yet due to ... completing KS punya kertas kerja ... with the powerpoint presentation for this week, my last week of presentation (I guess so). remember that in the previous post I've stated that there are 2 presentations left which are the KS and cesmed. cesmed lahar punya presentation tu aku taktau lah bila sbb minggu nie hari Rabu ada SUPER WEDNESDAY. bunyinya macam gempak tapi .. tetap lahar ... okay malas nak terangkan super wednesday tu apa. yang penting, ia tetap L A H A R -.-

lelwz. okay. this entry is made to express my serious-ness ( wujud ke perkataan nie? :o ) towards the arts. well, memang dari kecik sampai ke besar dan lebar ini, hati aku sudah terpaut kepada benda-benda yang melibatkan seni nie. aku tau, ramai, boleh dikatakan mostly orang-orang yang aku dah jumpa (kawan-kawan aku) mostly eh mostly, tak minat seni. sama ada tak minat langsung, ataupun minat, tapi tergendala macam tu je sebab katanya "tak reti."

bagi aku, selagi ada usaha dan minat yang tinggi, nothing is impossible. impossible is nothing jgak. #eh tapi sape yang memang minat seni tu, meh gimme faihhh badehhh!

mungkin kau akan kata, hamboi azani nie dah takde keje ke apa, sempat nak melukis bagai. orang dah nak dekat final nih -.-

sebenarnya haritu aku stress, baru beberapa hari yang lepas ... atas sebab2 yang tertentu ... so, salah satu cara aku untuk release stress is by drawing. :)

what did i draw? :O

...

klik untuk tumbesaran
i don't know where did the ideas come from. i just draw anything that was on my mind. and yea ... the above drawing was the 'thing' -.-

hahaha, of course, the drawing wasn't perfect as i expected sebab cuba tengok tempayan (ke?) tu, design bunga dia tak berapa nak center. so boleh tak assume tempayan tu posisinya senget sikit? bhahahahahaha k gurau -.-

hmm. to be honest, im kinda disappointed that my drawing wasn't as smooth as it used to be. maybe sebab aku dah lama tak melukis. and dekat sini pun bukannya ada masa sangat nak buat semua2 nie. kalau sketching tu memang banyak terutamanya dalam class yang agak2 slalu buat kita belajar huruf "kho" tu. 
*if you know what i mean*

anyway, aku cuma terfikir tadi ... i guess i wanna get serious in arts once the holidays start. i want my drawings to be smooth again. mana lah tahu kalau suatu hari nanti benda2 nie boleh bawak income untuk aku. kekekeke insyaAllah kalau ada peluang ;)

but ... of course banyak lagi benda yang aku kena belajar. contohnya, macam mana nak lukis muka orang. hahahaha bunyi macam kelakar .............. tapi memang kelakar pun. =.= aku memang lah, lemah gila bab2 lukis orang nie. mesti ada yang cacat. kalau tak mata dia, hidung dia. kalau tak hidung dia, mulut dia. tapi aku rasa bahagian paling susah skali adalah mulut. huhu

tapi insyaAllah, kalau kita betul2 nak belajar, betul2 usaha, mesti akan ada outcome yang berkualiti :) nak seribu daya~ taknak seribu dalih~ :)

jadi di kesempatan ini, aku ingin memberikan sedikit nasihat kepada yang rasa2 mereka berbakat tu, jangan pernah berhenti mengasah bakat2 yang anda ada. sebab kalau kita tak praktikkan benda tu untuk masa yang lama, mungkin susah untuk kita kekalkan ability yang kita ada. tapi, kena tengok jgak. jangan terlalu taksub pulak sampaikan kerja2 lain semua tergendala. hihi buat mana yang penting dlu, seni nie bila2 masa je boleh asah ;)

gambar2 kat bawah nie antara lukisan yang aku lukis sepanjang berada di UKM.

bunga...errrr. bunga apa? entah. yg penting bunga.
tangannnn pegang pensel.
bunga ros. tp bukan ros ashikin. tu kawan baik aku kekekekeke
mata :) *aku paling suka yang nie*
haaaaa hok nie spesel. first time lukis anime :3
that's all. mungkin akan datang akan update lagi tapi rasanya untuk lukisan2 baru tu, mungkin tunggu cuti habis final lah ye. lama tu cuti, 2 bulan setengah. banyak jgak lukisan boleh buat. insyaAllah kalau aku tak kerja. aku taktau lagi plan camne lepas nie hoho :)

thanks kerana sudi menjenguk~ jumpa lagi di lain entri, assalamualaikum ;)


Friday 24 May 2013

Good Luck!

Assalamualaikum,

just a quick update about what's happening in my life currently. well, first of all, ALHAMDULILLAH, ICAF 2013 has already ended last week. and now, i have no excuses not to study on everything that i left earlier. i need to catch up on everything quickly so that i won't face difficulties in my final exams. yeap, this is the time where i should focus on my studies without thinking too much on other activities. and feelings ... well, classes have already ended last week too, except for PD class, next week will be the final week, and i have another 2 presentations of CESMED and also KS. nevertheless, most of the classes have ended so i should have start my study week err ... err ... tomorrow? haha NO, i guess i should start now, well after publishing this entry :p

hell yeah!
wishing you all the best for the final exams. together we should strive for excellence, insyaAllah :)

that's all. thank you for the visit. assalamualaikum ^^

Sometimes it's the simple things that matter most.- A.A


Sunday 19 May 2013

Marriage.


"Marriage is not something that people can play with."

Assalamualaikum :)

entri kali nie bukanlah untuk menggatal, jauh sekali untuk me-miang-kan diri. entri kali nie adalah satu perkongsian ilmu dan sedikit teguran untuk sesiapa yang makan cili. bolehlah sediakan air sejuk awal2.

as stated above, marriage is not something that people can play with. Rasulullah S.A.W bersabda dalam salah sebuah hadis yang bermaksud, 

"Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk."

Apabila terjadinya sebuah perkahwinan, bermakna sebuah ikatan suci telah terjalin antara seorang lelaki dan seorang wanita, di mana dalam akad nikahnya mereka telah bersetuju untuk bersama-sama mengharungi liku-liku kehidupan selepas berkahwin. dan apabila sesebuah perkahwinan itu sah diperakui, bererti suami itu sudah bersedia untuk menanggung dosa-dosa si isteri.

Apabila seorang lelaki berkahwin, diumpamakan :


dalam erti kata lain, bila kita dah bersetuju untuk berkahwin dengan pasangan kita, maknanya kita kena bersedia dengan segala kekurangan dia. terima segala kekurangan dia. cuba tanya diri sendiri, mampu kah kita terima dia waktu dia sakit, waktu dia tak mandi, waktu dia busuk, waktu dia tak cantik, waktu dia serabai baru bangun tidur, waktu dia muntah sebab mual dan sebagainya. bersediakah kita?

jika kita tak pernah nak fikirkan hal-hal yang terlalu simple mcm nie pun, kita tak layak nak bercakap tentang hal-hal yang besar. bila seseorang berkahwin, beliau sepatutnya menerima kekurangan pasangannya dan berusaha untuk melengkapkan kekurangan tersebut sebaik-baiknya.

Allah menciptakan Adam dan Hawa untuk melengkapi antara satu sama lain. dari mereka, kita dilahirkan. dan dari mereka, pembiakkan manusia berkembang. jika orang zaman dulu boleh mengekalkan perkahwinan mereka sehingga mereka sudah tua sekarang nie, kenapa ramai anak muda yang tak sedar dan menganggap perkahwinan itu sebuah perkara yang main-main?

sekarang ramai yang kahwin muda. aku tak tahu lah ini satu trend atau mungkin zaman manusia sudah kembali seperti dahulu. waktu mak abah kita kahwin. waktu nenek datuk kita kahwin. kahwin pada usia yang muda. bezanya, mereka mampu mempertahankan perkahwinan mereka sehingga ke hari ini. mampukah kita?


tak perlu cari contoh yang jauh, tengok orang sekeliling dah cukup. orang-orang yang dah berkahwin, bagaimana mereka menguruskan kehidupan mereka dengan kehadiran orang yang baru?

aku cuma tak faham dengan segelintir manusia yang tanpa segan dan silunya update status atau bercerita secara langsung ke public tentang masalah-masalah yang mereka hadapi dalam rumah tangga. memang, memang kita perlukan kawan untuk berbicara atau meminta pendapat. tapi tidak ada salahnya jika perkongsian itu dilakukan dengan lebih privasi dari memilih untuk menghebohkan kepada semua orang kan?

Look. kalau kita buka aib perkahwinan kita kepada semua orang, secara tak langsung kita telah membuka aib diri kita sendiri, aib suami kita jugak. dan mungkin jika family kita terlibat dalam perkara tersebut, kita juga telah membuka aib family kita. tak ada salahnya jika kita simpan aib tu diam-diam, atau jika nak berkongsi, berkongsi lah dgn orang-orang yang boleh dipercayai. contohnya ibu kita sendiri.

dan lagi satu, aku rasa tak perlulah sampai nak hantar spy atau pelakon tambahan untuk menguji sejauh mana kesetiaan suami kita. kerana, kalau kita berfikir dgn akal yang waras, Allah itu ada. jika Allah nak tunjuk perangai sebenar suami kita, kita tak perlu susah2 upah orang2 yang tak bersalah nie. Dia akan bantu kita. Dia yang akan buka mata kita. jadi kenapa nak bersusah payah libatkan orang yang tak bersalah?

silap hari bulan, orang-orang yang diupah pun boleh diancam bahaya. 

cemburu itu bagus. tapi bukannya cemburu yang membuta. belum ada bukti pun, tak pasal-pasal kena tuduh. belum pape lagi, dah kena serang. dan jika seorang isteri atau suami pernah berniat untuk sengaja membuatkan pasangannya cemburu dengan membuat apa-apa aksi yang tak sepatutnya dengan orang luar, aku percaya perkahwinan tu dah tak ada makna. mungkin tunggu masa je nak roboh. 

come on people, tak perlu buat macam tu semata-mata untuk membuatkan pasangan kita cemburu. padahnya nanti timbul pergaduhan, dan bila timbul pergaduhan, semestinya melibatkan emosi. tak takut ke kalau pasangan tu tetiba naik gila hantu dia, pegang pisau ke, kapak ke, nak kelar leher kita ke? :/

macam tinggi sangat plak imaginasi aku. kekekekeke

okay serius nie. aku nak tegur seseorang ... yang aku mula nak tanam perasaan respect kat dia tapi dlm certain hal, dia tak layak untuk dapat respect tu.

aku rasa dia sangat tak patut lah membuka cerita-cerita yang sangat privasi (bagi aku) sebab melibatkan suami dia dan keluarga dia. hmm. secara tak langsung, dosa-dosa dia adalah dosa suami dia juga. seburuk mana pun suami dia, dia tak sepatutnya menceritakan segala jenis keaiban yang ada. dia tak patut ........

haihhhh. kita berkahwin, bukan untuk seminggu dua. bukan untuk sebulan dua. bukan untuk setahun dua. kita berkahwin untuk hidup bersama-sama dengan pasangan kita selama-lamanya. sampai kita mati. dan jika Allah mengizinkan, Dia akan pertemukan kita dgn pasangan dunia kita di akhirat kelak. taknak ke macam tu? :)

aku harap sangat, seteruk-teruk dugaan yang berlaku dlm perkahwinan dia, mohonlah pertahankan selagi boleh. janganlah buat benda bodoh. perkahwinan bukan benda yang boleh buat main. malu tu silalah letakkan di posisi yang teratas juga. kita perempuan, jadi rasa malu tu kena lah tinggi sikit dari lelaki.

^_^
i want a happy marriage. and i want everybody that i love to have a happy marriage too. protect our marriage like we protect ourselves. and guide each other as well so we can gain His blessings. insyaAllah :)

yang buruk datangnye dari saya, dan yang baik segalanya dari Allah. sekian, moga dapat dijadikan pengajaran. Assalamualaikum, terima kasih sudi membaca :)


Sunday 12 May 2013

Mom,
if only you know how much that I miss you ...
if only you know how much that I want to hug you ...
if only you know how much that I want our family to unite once again ...
if only you know how much that I want to meet you ...

Mom, 
I didn't blame you for everything that happen ...
I believe every single thing that happen, happen for some reasons ...
I'm sorry I can't do anything to fix them ...
and I'm sorry that we all have to face this pain ...

Mom,
One thing that I can promise you ...
I'll do anything, anything that I can to change our family to a better one ...
I'll try my best to fulfill your wish to see me succeed ...
I'll give everything to see you happy ...
I promise ...

Mom,
I might have hurt you ...
I'm sorry ...
I might have made you cry ...
I'm sorry ...
I might be too busy that I don't have much time to talk to you ...
I'm sorry ...
I'm really sorry ...

Mom,
even though you're far away from me,
but you're always on my mind ...
and I pray to Allah, everyday ...
to lengthen your age ...
may you be blessed ...
and I'll never stop praying ...

Mom,
Thanks for everything, everything ...
I love you. I miss you. I really do. :')


Some pain can't be seen by people's naked eyes. The only way for pain to show itself is through the tears. and this tears are the prove that the pain hasn't gone. till now, and it might not gone forever. unless miracles happen. Oh Allah, You know my heart. You know how exactly I feel. Please grant my wish, for I am such a weak girl, when it comes to family matters. I'm sorry, I need more strength. and I know You're always there for me. Alhamdulillah for all these tests.


Monday 6 May 2013

Marah

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Sesiapa yang dapat menahan marah, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus di hati untuk melaksanakannya; nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari kiamat dengan keamanan dan keimanan."
- Hadis Riwayat Abu Daud-

hehe. sabaq sabaq.
manusia tidak akan boleh lari dari diuji oleh Allah S.W.T. ada masa kita diuji dengan kesenangan, ada masa kita diuji dengan kemiskinan. ada juga yang diuji dengan kegembiraan, dan ada juga yang diuji dengan kesedihan. itu semua tanda Allah sayang kepada hamba-hambaNya.

aku tahu, keadaan sekarang masih panas. masih bahang dengan hal-hal politik. walaupun PRU 13 dah berakhir semalam, tapi masih banyak lagi isu-isu yang dibangkitkan pada hari ini, dan mungkin untuk hari-hari yang seterusnya. news feed facebook aku hampir keseluruhannya adalah mengenai politik. timeline twitter aku juga mengalami nasib yang sama. kesian.

ada yang bergembira sbb BN menang. ada yang tak puas hati. ada yang marah. ada yang redha macam aku. HAHA. 

fuhh. panas panasss. mai beli, baru goreng #eh :3
erm, sebenarnya jujur dari hati aku, aku tak suka dengan keadaan macam nie. keadaan sekarang nie. masing-masing nak kata diri depa tu baguih. masing-masing nak menang. masing-masing nak kata diri depa tu betui. 

haihhh. come on laa. kita generasi yang mampu berfikir dengan logik akal, takkan kita tak boleh nampak permainan apa yg depa try nak main nie. kita orang Islam, Melayu, yang ada akal Allah bagi, fikir lah baik-baik. sampai bila nak bertelagah. sesama orang Islam plak tu.

aku nak negara Malaysia yang aman. bukan yang berpecah belah. bila BN menang, yang puak-puak tak puas hati tu semua nak bergaduh. bila BN kalah, komfem2 laa puak-puak yang sokong BN pun nak pertikaikan. semua orang ada hak masing-masing, ya aku tau, tapi tak perlu sampai ada yang putus kawan semata-mata sebab berlainan kefahaman politik.

aku tak cakap laa aku sokong yang mana. sebab undi tu rahsia hehehe tapi, cuba fikir. nanti bila kita dah mati, bila tiba hari pembalasan dan perhitungan, Allah takkan tanya siapa menang. BN menang ka PAS menang ka DAP ka. Allah takkan tanya. yang Allah akan persoalkan adalah, kita nie membantu atau pun tidak dalam menegakkan agama yang Rasulullah S.A.W bawa? kalau kita duk diam, tak buat apa, mana bukti kita sayang Islam?

memang skrg nie kita masih belajar. masih seorang pelajar. tapi kita kena siapkan minda kita, bukak mata luas-luas, tengok siapa yang memperjuangkan kebenaran, dan siapa yang tidak. siapa yang membawa agama Rasulullah, dan siapa yang tidak.

aku taknak suatu hari nanti, bila semua orang nak bertelagah, bergaduh pasal politik, lepas tu orang luar ambik kesempatan untuk jajah negara kita balik. masa tu baru tau nak menyesal pun tak guna dah. nak ka mak bapak kita kena seksa, adik beradik kita kena bunuh?

kalau boleh nak yang macam nie.
walaupun ada yang kata, "Mustahil, UMNO dah lama tinggalkan Islam."

aku jarang nak bercakap pasal politik sbb aku tak suka. sebab bila berpolitik, ramai yang emo. jarang lah org nak duduk setempat, duduk minum kopi sama-sama pastu sembang pasal politik, tanpa ada yang bergaduh. jarang. lagi-lagi waktu sekarang nie. cuaca tengah 'panas'.

pasal isu blackout tu, aku tak bleh nak kata apa ... sebab kita taktau apa yang jadi masa tu. semua tu betul ke tak. semua tu konspirasi dalam ke ape. sbb kita takde kat situ. dan pemikiran manusia terbatas. kita tak boleh nak tentukan benda tu salah, selagi takde bukti pape.

yang tinggal hanyalah doa ...


hmm. sebenarnya ada lah rasa sedih sikit dengan keputusan semalam. tapi macam apa yg aku cakap, redha jelah. suatu hari nanti insyaAllah, jika Dia mengizinkan, kebenaran akan terbongkar jua :)

teruskan berdoa okay, kawan-kawan? :) 
nantikan PRU 14, generasi '93-'97 pulak yg akan mengundi. hehe.

erm, kalau nak tengok video tok guru pasal PRU 13 nie, boleh klik kat sini.sedih laa jugak bila aku tengok. rasa nak menangis pun ada, tapi, yakinlah dengan Allah. Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya :)

and ada satu pesanan dari hati aku sendiri, untuk mereka-mereka yang slalu cakap:

"sokong PAS, tapi duit JPA ambik jugak. sokong PAS, tapi BR1M ambik jugak. sokong PAS tapi bla bla bla"

untuk orang-orang yang macam nie, sedarlah. rezeki tu datang daripada Allah, bukan daripada BN. and duit-duit tu atas usaha kita sendiri. JPA tu, paling sentap aku rasa bila org ckp pasal ambik duit JPA, tapi kutuk BN. JPA tu atas usaha kita sendiri. atas. usaha. kita. sendiri. noktah.

and most of all, duit-duit yang diorang bagi tu, sebenarnya adalah duit rakyat. duit kita sendiri. so sila buka mata anda luas-luas. jangan marah :)

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran ayat 133-134 yang bermaksud :

"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Iaitu) orang-orang yang menafkahkan hartanya, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."

sekian, Assalamualaikum :) maafkan salah dan silap bahasaku. terima kasih sudi menjenguk ^.^


Thursday 2 May 2013

Go Nano Go! aherher mohtep?!

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, masih bernyawa pada hari ini. 

It's been a very hectic day for the past few days. Hari pekerja semalam pun macam bukan hari pekerja -__- duty Bmart still on, pastu latihan teater macam biasa. smlm habis kul 2.30 pagi, memang balik tu terus aku tido hahah tak mampu nak tahan mata.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :)

smlm dah kembang2 hidung, kembang semuanya sbb kena puji oleh Abg Meol dgn Kak Farah. seriously, rasa malu gila, tatau nak sorok muka kat mana. huhuhu tapi alhamdulillah, terima kasih bagi semangat kat saya ^.^

setelah dilukai (poyo) haritu, aku berazam nak bangkit dari kelemahan aku sendiri. aku banyak practice kat bilik (waktu ziera takde HAHA, kalau ziera ade malu lah itew) >.< and aku ingat pesan Kak Farah masa beliau ajar aku pasal expresi muka, pergerakan, intonasi suara dan sebagainya.

Alhamdulillah, walaupun tak segempak yg sepatutnya lagi, tapi still boleh polish lagi. and ade certain pergerakan yg tak berapa kena, so kena betulkan. it's okay, ada masa lagi. insyaAllah, i'll try my best. they said, banyak improvement compared to last week. alhamdulillah :')

and maybe salah satu faktornye, sbb dua tiga hari nie, dia takde. so aku rasa bebas, aku rasa tak terbatas. aku rasa tak dihantui dengan perasaan takut kena sembur. hahaha alhamdulillah, and aku gunakan masa nie untuk belajar dgn kak Farah pasal expresi muka dan lain2. sampaikan kak Farah pun dah hafal skrip aku HAHAHA

alhamdulillah, kak Farah banyak tolong aku. dengar luahan hati aku haritu huhuhu terima kasih kak Farah. i know a little "thanks" won't change anything, but seriously, thanks a lot. you helped me a lot and rasanya kalau aku pendam je pasal nie haritu, tak menangis, rasanya smpai skrg kot sifat terbatas tu ada dlm diri aku.

semua yang berlaku ada hikmah kan ^.^

one thing yang Abg Meol dgn Kak Farah suka pasal aku adalah suara aku. jelas dan kuat. aku pun taktau aku guna suara perut ke suara tekak. tapi alhamdulillah, Allah jadikan suara aku jelas supaya apa yg aku cakap, org akan dengar. sbb nnt waktu teater, there won't be any mics. semua pakai suara sendiri. kat panggung seni, hmm bayangkanlah ...

suara manja lain cerita lah HAHAHA mohtep?!

berharap waktu hari kejadian, semuanya berjalan dengan lancar.  insyaAllah. Ameen. 

we have about less than two weeks to go before the competition. and we need to work hard.

takpelah, penat sikit je, nnt lepas 14/15/16 hb May tu dah free sikit. insyaAllah. undian belum dicabut so tatau hari pertandingan bila. nnt kalau dah tau, aku update kat blog okay~ 

datang reramai tau bg support! :) aherher. sempat :p

okay lah, nak off dlu. tak sempat nak bertweet2 lagi huhuhu assalamualaikum ^.^

p/s: lama tak melawat kubur arwah Azlan. hmm. kena cari masa nak pergi. rindu.