Pages

Sunday 19 May 2013

Marriage.


"Marriage is not something that people can play with."

Assalamualaikum :)

entri kali nie bukanlah untuk menggatal, jauh sekali untuk me-miang-kan diri. entri kali nie adalah satu perkongsian ilmu dan sedikit teguran untuk sesiapa yang makan cili. bolehlah sediakan air sejuk awal2.

as stated above, marriage is not something that people can play with. Rasulullah S.A.W bersabda dalam salah sebuah hadis yang bermaksud, 

"Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk."

Apabila terjadinya sebuah perkahwinan, bermakna sebuah ikatan suci telah terjalin antara seorang lelaki dan seorang wanita, di mana dalam akad nikahnya mereka telah bersetuju untuk bersama-sama mengharungi liku-liku kehidupan selepas berkahwin. dan apabila sesebuah perkahwinan itu sah diperakui, bererti suami itu sudah bersedia untuk menanggung dosa-dosa si isteri.

Apabila seorang lelaki berkahwin, diumpamakan :


dalam erti kata lain, bila kita dah bersetuju untuk berkahwin dengan pasangan kita, maknanya kita kena bersedia dengan segala kekurangan dia. terima segala kekurangan dia. cuba tanya diri sendiri, mampu kah kita terima dia waktu dia sakit, waktu dia tak mandi, waktu dia busuk, waktu dia tak cantik, waktu dia serabai baru bangun tidur, waktu dia muntah sebab mual dan sebagainya. bersediakah kita?

jika kita tak pernah nak fikirkan hal-hal yang terlalu simple mcm nie pun, kita tak layak nak bercakap tentang hal-hal yang besar. bila seseorang berkahwin, beliau sepatutnya menerima kekurangan pasangannya dan berusaha untuk melengkapkan kekurangan tersebut sebaik-baiknya.

Allah menciptakan Adam dan Hawa untuk melengkapi antara satu sama lain. dari mereka, kita dilahirkan. dan dari mereka, pembiakkan manusia berkembang. jika orang zaman dulu boleh mengekalkan perkahwinan mereka sehingga mereka sudah tua sekarang nie, kenapa ramai anak muda yang tak sedar dan menganggap perkahwinan itu sebuah perkara yang main-main?

sekarang ramai yang kahwin muda. aku tak tahu lah ini satu trend atau mungkin zaman manusia sudah kembali seperti dahulu. waktu mak abah kita kahwin. waktu nenek datuk kita kahwin. kahwin pada usia yang muda. bezanya, mereka mampu mempertahankan perkahwinan mereka sehingga ke hari ini. mampukah kita?


tak perlu cari contoh yang jauh, tengok orang sekeliling dah cukup. orang-orang yang dah berkahwin, bagaimana mereka menguruskan kehidupan mereka dengan kehadiran orang yang baru?

aku cuma tak faham dengan segelintir manusia yang tanpa segan dan silunya update status atau bercerita secara langsung ke public tentang masalah-masalah yang mereka hadapi dalam rumah tangga. memang, memang kita perlukan kawan untuk berbicara atau meminta pendapat. tapi tidak ada salahnya jika perkongsian itu dilakukan dengan lebih privasi dari memilih untuk menghebohkan kepada semua orang kan?

Look. kalau kita buka aib perkahwinan kita kepada semua orang, secara tak langsung kita telah membuka aib diri kita sendiri, aib suami kita jugak. dan mungkin jika family kita terlibat dalam perkara tersebut, kita juga telah membuka aib family kita. tak ada salahnya jika kita simpan aib tu diam-diam, atau jika nak berkongsi, berkongsi lah dgn orang-orang yang boleh dipercayai. contohnya ibu kita sendiri.

dan lagi satu, aku rasa tak perlulah sampai nak hantar spy atau pelakon tambahan untuk menguji sejauh mana kesetiaan suami kita. kerana, kalau kita berfikir dgn akal yang waras, Allah itu ada. jika Allah nak tunjuk perangai sebenar suami kita, kita tak perlu susah2 upah orang2 yang tak bersalah nie. Dia akan bantu kita. Dia yang akan buka mata kita. jadi kenapa nak bersusah payah libatkan orang yang tak bersalah?

silap hari bulan, orang-orang yang diupah pun boleh diancam bahaya. 

cemburu itu bagus. tapi bukannya cemburu yang membuta. belum ada bukti pun, tak pasal-pasal kena tuduh. belum pape lagi, dah kena serang. dan jika seorang isteri atau suami pernah berniat untuk sengaja membuatkan pasangannya cemburu dengan membuat apa-apa aksi yang tak sepatutnya dengan orang luar, aku percaya perkahwinan tu dah tak ada makna. mungkin tunggu masa je nak roboh. 

come on people, tak perlu buat macam tu semata-mata untuk membuatkan pasangan kita cemburu. padahnya nanti timbul pergaduhan, dan bila timbul pergaduhan, semestinya melibatkan emosi. tak takut ke kalau pasangan tu tetiba naik gila hantu dia, pegang pisau ke, kapak ke, nak kelar leher kita ke? :/

macam tinggi sangat plak imaginasi aku. kekekekeke

okay serius nie. aku nak tegur seseorang ... yang aku mula nak tanam perasaan respect kat dia tapi dlm certain hal, dia tak layak untuk dapat respect tu.

aku rasa dia sangat tak patut lah membuka cerita-cerita yang sangat privasi (bagi aku) sebab melibatkan suami dia dan keluarga dia. hmm. secara tak langsung, dosa-dosa dia adalah dosa suami dia juga. seburuk mana pun suami dia, dia tak sepatutnya menceritakan segala jenis keaiban yang ada. dia tak patut ........

haihhhh. kita berkahwin, bukan untuk seminggu dua. bukan untuk sebulan dua. bukan untuk setahun dua. kita berkahwin untuk hidup bersama-sama dengan pasangan kita selama-lamanya. sampai kita mati. dan jika Allah mengizinkan, Dia akan pertemukan kita dgn pasangan dunia kita di akhirat kelak. taknak ke macam tu? :)

aku harap sangat, seteruk-teruk dugaan yang berlaku dlm perkahwinan dia, mohonlah pertahankan selagi boleh. janganlah buat benda bodoh. perkahwinan bukan benda yang boleh buat main. malu tu silalah letakkan di posisi yang teratas juga. kita perempuan, jadi rasa malu tu kena lah tinggi sikit dari lelaki.

^_^
i want a happy marriage. and i want everybody that i love to have a happy marriage too. protect our marriage like we protect ourselves. and guide each other as well so we can gain His blessings. insyaAllah :)

yang buruk datangnye dari saya, dan yang baik segalanya dari Allah. sekian, moga dapat dijadikan pengajaran. Assalamualaikum, terima kasih sudi membaca :)


2 comments:

  1. insyaAllah. semoga zani diberi jodoh yg baik kelak :)

    ReplyDelete
  2. wanie, thanks a lot. rajin jenguk blog zani and komen. thanks ya :') may you have a nice spouse too, insyaAllah :)

    ReplyDelete