Pages

Monday 6 May 2013

Marah

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Sesiapa yang dapat menahan marah, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus di hati untuk melaksanakannya; nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari kiamat dengan keamanan dan keimanan."
- Hadis Riwayat Abu Daud-

hehe. sabaq sabaq.
manusia tidak akan boleh lari dari diuji oleh Allah S.W.T. ada masa kita diuji dengan kesenangan, ada masa kita diuji dengan kemiskinan. ada juga yang diuji dengan kegembiraan, dan ada juga yang diuji dengan kesedihan. itu semua tanda Allah sayang kepada hamba-hambaNya.

aku tahu, keadaan sekarang masih panas. masih bahang dengan hal-hal politik. walaupun PRU 13 dah berakhir semalam, tapi masih banyak lagi isu-isu yang dibangkitkan pada hari ini, dan mungkin untuk hari-hari yang seterusnya. news feed facebook aku hampir keseluruhannya adalah mengenai politik. timeline twitter aku juga mengalami nasib yang sama. kesian.

ada yang bergembira sbb BN menang. ada yang tak puas hati. ada yang marah. ada yang redha macam aku. HAHA. 

fuhh. panas panasss. mai beli, baru goreng #eh :3
erm, sebenarnya jujur dari hati aku, aku tak suka dengan keadaan macam nie. keadaan sekarang nie. masing-masing nak kata diri depa tu baguih. masing-masing nak menang. masing-masing nak kata diri depa tu betui. 

haihhh. come on laa. kita generasi yang mampu berfikir dengan logik akal, takkan kita tak boleh nampak permainan apa yg depa try nak main nie. kita orang Islam, Melayu, yang ada akal Allah bagi, fikir lah baik-baik. sampai bila nak bertelagah. sesama orang Islam plak tu.

aku nak negara Malaysia yang aman. bukan yang berpecah belah. bila BN menang, yang puak-puak tak puas hati tu semua nak bergaduh. bila BN kalah, komfem2 laa puak-puak yang sokong BN pun nak pertikaikan. semua orang ada hak masing-masing, ya aku tau, tapi tak perlu sampai ada yang putus kawan semata-mata sebab berlainan kefahaman politik.

aku tak cakap laa aku sokong yang mana. sebab undi tu rahsia hehehe tapi, cuba fikir. nanti bila kita dah mati, bila tiba hari pembalasan dan perhitungan, Allah takkan tanya siapa menang. BN menang ka PAS menang ka DAP ka. Allah takkan tanya. yang Allah akan persoalkan adalah, kita nie membantu atau pun tidak dalam menegakkan agama yang Rasulullah S.A.W bawa? kalau kita duk diam, tak buat apa, mana bukti kita sayang Islam?

memang skrg nie kita masih belajar. masih seorang pelajar. tapi kita kena siapkan minda kita, bukak mata luas-luas, tengok siapa yang memperjuangkan kebenaran, dan siapa yang tidak. siapa yang membawa agama Rasulullah, dan siapa yang tidak.

aku taknak suatu hari nanti, bila semua orang nak bertelagah, bergaduh pasal politik, lepas tu orang luar ambik kesempatan untuk jajah negara kita balik. masa tu baru tau nak menyesal pun tak guna dah. nak ka mak bapak kita kena seksa, adik beradik kita kena bunuh?

kalau boleh nak yang macam nie.
walaupun ada yang kata, "Mustahil, UMNO dah lama tinggalkan Islam."

aku jarang nak bercakap pasal politik sbb aku tak suka. sebab bila berpolitik, ramai yang emo. jarang lah org nak duduk setempat, duduk minum kopi sama-sama pastu sembang pasal politik, tanpa ada yang bergaduh. jarang. lagi-lagi waktu sekarang nie. cuaca tengah 'panas'.

pasal isu blackout tu, aku tak bleh nak kata apa ... sebab kita taktau apa yang jadi masa tu. semua tu betul ke tak. semua tu konspirasi dalam ke ape. sbb kita takde kat situ. dan pemikiran manusia terbatas. kita tak boleh nak tentukan benda tu salah, selagi takde bukti pape.

yang tinggal hanyalah doa ...


hmm. sebenarnya ada lah rasa sedih sikit dengan keputusan semalam. tapi macam apa yg aku cakap, redha jelah. suatu hari nanti insyaAllah, jika Dia mengizinkan, kebenaran akan terbongkar jua :)

teruskan berdoa okay, kawan-kawan? :) 
nantikan PRU 14, generasi '93-'97 pulak yg akan mengundi. hehe.

erm, kalau nak tengok video tok guru pasal PRU 13 nie, boleh klik kat sini.sedih laa jugak bila aku tengok. rasa nak menangis pun ada, tapi, yakinlah dengan Allah. Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya :)

and ada satu pesanan dari hati aku sendiri, untuk mereka-mereka yang slalu cakap:

"sokong PAS, tapi duit JPA ambik jugak. sokong PAS, tapi BR1M ambik jugak. sokong PAS tapi bla bla bla"

untuk orang-orang yang macam nie, sedarlah. rezeki tu datang daripada Allah, bukan daripada BN. and duit-duit tu atas usaha kita sendiri. JPA tu, paling sentap aku rasa bila org ckp pasal ambik duit JPA, tapi kutuk BN. JPA tu atas usaha kita sendiri. atas. usaha. kita. sendiri. noktah.

and most of all, duit-duit yang diorang bagi tu, sebenarnya adalah duit rakyat. duit kita sendiri. so sila buka mata anda luas-luas. jangan marah :)

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Imran ayat 133-134 yang bermaksud :

"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Iaitu) orang-orang yang menafkahkan hartanya, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."

sekian, Assalamualaikum :) maafkan salah dan silap bahasaku. terima kasih sudi menjenguk ^.^


2 comments:

  1. well, im actually a purely natural, but once i witnessing the obvious fraud, im no longer can stand with leadership like this.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, saya setuju dengan awak candicate F (ʃƪ´⌣` )LOL

      Delete