Pages

Saturday 13 July 2013

Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

Hi.

Hehe. tadi tengah search article pasal kebaikan mandi sebelum subuh (setelah dipaksa) and aku rasa aktiviti ... em, aktiviti ke eh? :3 amalan. haa amalan ni adalah sesuatu yang bermanfaat untuk di-share-kan (ayat tunggang langgang) maka aku berniat nak update belog so kita sama-sama boleh dapat info dan pengetahuan yang baru. fuh. panjangnya ayat. yang dah tahu tu takpelah kalau nak teruskan membaca pun boleh kalau taknak pun takpe. hehe.

Occay. citernye macam ni ... nak kopipes je boleh? :3 edit sikit2 la kot eh haha

suka nau mandi .____.
Occay. menurut kajian sains katanya, kandungan gas ozon iaitu O3 pada waktu pagi adalah lebih tinggi berbanding waktu2 yang lain. kandungan gas ozon ni akan berkurang mengikut masa. maksudnya bila matahari start naik, dia makin kurang dan kurang dan kurang. sampai lah esok pagi, baru refill balik. (macam mana dia refill? @.@ urusan Allah. haha) setiap hari macam tu.

Gas ozon ni penting untuk manusia sebab ia boleh memberikan kesegaran serta beberapa manfaat terutamanya waktu kita mandi dan terutamanya sebelum subuh. gas O3 ni jugak mempunyai pengaruh yang positif pada urat saraf dan mengaktifkan kerja otak dan tulang. kalau ikut logik, betul jugak. cuba amek angin kat luar waktu pagi2 subuh. rasa tenang, segar dan nikmat dia lain macam. phewww

Occay, antara manfaat mandi sebelum subuh :-

1) Melancarkan peredaran darah
Mandi pagi boleh merangsang sistem peredaran darah dan saraf untuk menjadi lebih aktif kerana suhu dingin tu menimbulkan reaksi secara singkat. maksudnya kat sini, mungkin suhu waktu pagi kan sejuk, suhu ni bagus sbb dia cepat bertindak untuk merangsang sistem peredaran darah dan saraf manusia. dan hasilnya, tubuh akan lebih bertenaga untuk menjalani kehidupan seharian :)

2) Kulit lebih halus dan cantik
Wahahah teringat aku dengan tweet Asyikin Rahimi, dia kata orang kata muka dia kerepot kakakakakakakakaka maka dia sedang mengamalkan mandi pagi xD lawokkk. kk sambung. mandi sebelum subuh dikatakan boleh 'membangunkan' tubuh yang belum sebetulnya bangun di mana metabolisme badan manusia sedang melambat. kandungan hormon adrenalin akan meningkat lalu bila dia sampai aliran ke kulit, jaringan kulit akan pulih dari kekeringan dan menjadi lebih kenyal/lembab. hasilnya, kulit kita akan lebih fresh dan muka kita akan lebih berseri. haaa. dan mandi subuh ni jugak boleh mengurangkan warna hitam bawah mata serta beg-mata yang amat ditakuti oleh kaum perempuan. mata aku pun ada!!! benci >.<

heroin citer Full House. mst slalu mandi sblum subuh ni kakakaka
3) Mengurangkan risiko darah tinggi
Bagi mereka yang ada darah tinggi, mungkin mandi sebelum subuh ni boleh mengurangkan sikit serangan darah tinggi tu, insyaAllah, dengan izin Allah, ameen. :) sebab seperti yang dikatakan di atas, mandi pagi ni kan boleh melancarkan peredaran darah, so segala jenis element ataupun cecair ataupun ... apa eh? aku lupa term bio dia. hm. segala harta karun yang darah bawak laa sepanjang dok pusing2 circulation system dalam badan kita tu akan lebih lancar. so, pertukaran harta yang kita taknak, contohnya kalau org darah tinggi, kandungan garam dia tinggi kan, so pembuangan garam yg kita taknak ni akan lebih cepat dan lancar. haaaaa. insyaAllah ^^

4) Meningkatkan kesuburan
Hehehehehehehehe. apa gelak?! hehehehe. Mandi sebelum subuh dikatakan dapat meningkatkan hormon testosterone bagi lelaki dan oestrogen pula bagi perempuan. so peningkatan hormon ni membawa kepada peningkatan kesuburan. jadi boleh lah membiak dengan lebih cepat. kakakakakakaka :3

5) Mampu meningkatkan sel darah putih
White blood cells (WBC) atau dalam BMnya sel darah putih ni memang bagus untuk tubuh manusia sebab mereka2 ni mampu menguatkan sistem pertahanan manusia. seperti yang majoriti manusia tahu, WBC berfungsi untuk melawan virus2 yang menyerang sistem manusia. tapi perlu diingatkan jugak, peningkatan WBC secara berterusan sehingga mencapai sesuatu limit adalah tidak bagus utk badan manusia. sebab seperti yang majoriti manusia tahu juga, salah satu penyakit kronik yang sampai sekarang takde ubatnya iaitu leukimia juga adalah disebabkan kuantiti WBC lebih tinggi dari kuantiti RBC (red blood cell). but no worries, salah satu cara untuk meningkatkan RBC supaya tidak kurang dari WBC adalah dengan ... makan kerang. hihihihihihi (cara paling senang) :)

6) Menyihatkan rambut
Rambut umpama mahkota bagi lelaki. bagi perempuan, mahkota jugak. tapi mahkota yang tersimpan. kecuali org yang free hair. hihihihihihi iykwim :3 mandi sebelum subuh dengan air yang dingin boleh mengurangkan rambut yang rapuh serta melindungi rambut dari habuk-habuk atau kotoran yang selalunya melekat pada kulit kepala. kotoran-kotoran ni yang sebenarnya menggugurkan rambut manusia. rambut aku pun slalu gugur huwaaaaaa T_T

7) Mengurangkan tekanan dan menenangkan jiwa
Secara psikologinya, mandi subuh dikatakan dapat menenangkan jiwa, menghilangkan stress dan menjadikan kita lebih bersemangat untuk menghadapi kehidupan seharian. selalunya memang waktu pagi-pagi ni lah banyak manfaat yang kita boleh dapat. dari udaranya, air nya ... indahnya ciptaan Allah kan :')

"beginikah rasanya bahagia?" tibbeeerrrrr
Tudiaaa. panjang melebaq aku explain. sebenarnya tak explain sangat pun. merapu lebih kahkahkah well, that's it. ada 7 manfaat mandi sebelum subuh yang aku jumpa. insyaAllah jika diamalkan boleh membawa kebaikan kepada kita semua. manfaat lain wallahualam. mungkin akan timbul rasa menghargai ciptaan Allah ka mana tahu kan :) muhasabah. hehe.

Sebenarnya aku jenis takut nak mandi pagi. lagi-lagi kul 4.30 pagi ka 5.00 pagi ka. sebab sejukkkkkkkkkk. hahahaha menggigil menggeletaq semua ada kalau mandi pagi. segar memang segar tapi tu lah ... hehehehe. tapi insyaAllah, lepas tau pasal manfaat2 ni, boleh lah diamalkan lepas ni :)

So, apa lagi. moh sama2 kita mandi awal. lepas sahur terus mandi. hahahaha. diharapkan entri kali ni dapat beri sedikit sebanyak info kat korang semua. :) sehingga bertemu lagi di entri yang lain. thanks to Asyikin Rahimi dan Amilia Ishak sebab sedarkan aku! love you guys vewy vewy vewy mucho!

Sekian, assalamualaikum ^^


1 comment: