Pages

Wednesday 31 July 2013

Alhamdulilah :D

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, malam tadi start kul 12, result untuk budak2 ukeyem dah keluar. heee

Masa dah nak dekat2 kul 12 tu, memang ramai ah meroyan kat TL twitter sebab masing2 cuak. biasa aaa nak tau result. berapa banyak yang kita dah usaha. ada yang eksaited tak sabar nak tahu, ada jugak yang taknak check, sampai skrg pun tak check sbb takut. haha tunggu lepas raya katenye.

Aku pun cuak jugak. dengan tak sihatnye, selsema teruk gila smlm. badan dah macam nak demam. tidur sambil letak tuala basah kecik atas dahi. hahaha tapi ape pun, tidur dengan tenang jugak ah smlm hehe~ even though tak nyenyak sangat :3

Alhamdulillah, walaupun result aku tak sebagus orang lain, tapi syukurlah sebab meningkat dari sem lepas. merangkak sikit2 pun boleh~ HAHA sem lepas memang kecewa yang amat sampai rasa macam ... em ... macam ... em macam tu aaa. tapi sem ni, alhamdulillah :)

wiwiwiwiwi ~(^_^~) (~^_^)~
Aku masih ada 4 sem untuk tingkatkan usaha. ibu kata takpe, merangkak sikit2 asalkan maintain naik. ada hikmah sem lepas tu teruk. supaya sem2 akan datang makin menaik dan menaik. insyaAllah, semoga tak jatuh teruk dah lepas ni. ameen :')

Kepada yang sedih.......... mungkin ayat ni cliche tapi ayat ni jugaklah yang aku fikir waktu aku jatuh dulu. "sampai bila nak sedih?" kalau nak berkabung pun, 2-3 hari dah la. nak raya dah ni! hahaha jangan biarkan result tu rosakkan mood raya kite. hehee insyaAllah semua yg berlaku ada hikmah. bak kata orang, kadang2 kita kat atas, kadang2 kita kat bawah. hidup ini umpama roda :)

Apa yang penting? teruskan mengayuh sampai ke destinasi iaitu segulung ijazah pada masa hadapan, insyaAllah :)

Bersyukur dengan apa yang kita dapat! Jom menari sama!

laju sangat lak ai .____.
Occay mekaseh sudi menjenguk blog kite. heheh. assalamualaikum, jumpa entri lain kali ^^


4 comments: