Pages

Saturday 21 September 2013

24 September.

3 events on that day :-

- Pembedahan nenek
- Perbicaraan adik
- Jangkaan kuiz statistik

beberapa hari lepas dapat berita, nenek sebelah ibu sakit. doktor sahkan paru2 berair, mungkin petanda awal kanser paru2. aku tak tahu lah nak kata apa. sedih yang amat sangat. sebab dah lah jarang2 dapat jumpa, setahun sekali je kalau ada rezeki. tiba2 dapat berita macam tu. lepastu serabut fikir kos pembedahan lagi. semalam aku pergi UKP. Unit Kebajikan Pelajar UKM. try mohon bantuan. kena tanya macam2. sampai aku rasa stress, sebab terpaksa ingat semua benda pahit dalam hidup aku. sakit. sangat sakit. tapi aku tak salahkan diorang, mungkin tu prosedurnya.

perbicaraan kali ke-6 untuk adik aku. tak sure sampai bila. harap2 cepat lah habis. aku sekarang ni redha je apa keputusannye pun. rasa macam dah hujung2 line putus asa ni. harap ada khabar baik on that day.

on the same day, lecturer ada sebut minggu lepas, nak buat kuiz statistik. tapi aku harap sangat kuiznya batal/tangguh sebab aku memang tak dapat nak datang hari selasa tu class pukul 9 pagi. time tu perbicaraan tak mula pun lagi. tapi aku try sedaya upaya lepas habis tu terus balik ukm. class sangat pack hari Isnin, Selasa dan Rabu.

boleh pengsan k 3 hari tu
aku tak minta banyak, aku cuma minta doa. semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah. aku hargai orang yang tenangkan aku semalam. thanks sangat. aku hargai sangat. aku takkan lupa jasa korang, kawan2 aku. thanks a lot.

and kalau aku ada buat salah ... kat sesiapa pun. aku menyusahkan korang ke apa ... aku minta maaf banyak2. aku akan try untuk tak menyusahkan sesiapa dah lepas ni. sorry sangat2. yang mana aku ada berhutang dengan dia, aku akan jelaskan secepat yang mungkin k. insyaAllah, semoga Allah permudahkan.

that's all. mohon doa. jaga diri, assalamualaikum :')

and I am sorry ...

No comments:

Post a Comment