Pages

Wednesday 4 September 2013

Amaran Pertama Maybe?

Hi, assalamualaikum :)

Hee lama rasanya tak menaip. jari pun macam kaku je (padahal tiap2 hari online twitter)

Tak, sebenarnya bosan memalam ni. so berniat nak update belog. nak cerita pasal something ni! hehe~

Kejadiannya berlaku waktu hari Jumaat lepas tak silap aku. waktu tu siang. lebih kurang pukul 4 lebih camtu. and waktu tu hujan. tapinye hujan ni dia bukannya lebat sangat pun. pastu macam cerah je. macam hujan panas.

So aku yang degil dan pemalas ni mmg tak rajin lah nak tutup laptop time tu. aku tengah tengok movie. hahaha sambil pasang earphone sbb takde subtitle. tiba-tiba ada guruh. tapi guruhnya tak kuat pun. pastu aku tengok depan, abah pun masih selamba jer tengok tv. so aku pun malas ah...... hahaha anak beranak degil.

Tetiba aku rasa macam ada orang tepuk belakang aku kuat gila. aku jerit ah! dah aa tengah tengok cerita hantu. ngatkan adik aku nak terkejutkan ke apa ke. pastu semua jadi gelap. laptop aku mati, lampu mati, kipas mati. and rasa macam ada benda tumbuk dada aku kuat gila. macam nak terkeluar je hati ni. earphone tertanggal sendiri dari telinga. telinga rasa panas. nasib baik tak berdarah ke apa.

Rupanya time tu kilat. perghh. terus aku bangun pergi cuci muka. telinga panas gileee. heartbeat macam terhenti je time tu. abah ingatkan aku jerit sebab terkejut lampu mati. padahal sbb terkena renjatan sementara tu. pastu beliau gelakkan aku -.-

Tapi aku tak cerita pun lah hal sebenar. aku terus text Amy. takut gile time tu. memang berdebar habis. pastu abah pergi keja, aku tinggal sorang. nak menangis je rasa. kena marah ngan Amy sbb degil hahahahaha sobsss

Rasanya hampir kena panah petir tu sebab aku pakai earphone yang sememangnya bersambung ke laptop dan laptop bersambung ke suis..... tapi alhamdulillah, masih jugak hidup sampai hari ni :)

Lepas kena tu, macam2 duk fikir dalam kepala ni. "Kalau aku mati.." "Kalau aku mati.." duk ulang2 ayat tu sampai tertidur aku dibuatnya. hahaha pastu asyik teringat2 Amy marah. sobs :(

Pengajarannya, janganlah sesekali on laptop/tv atau apa2 yang mengundang panahan petir ketika sedang hujan. takut jadi macam aku. sakit tawu waktu dada rasa macam kena tumbuk tu. macam nak terkeluar jantung. mungkin jugak dah terputar sikit jantung ni hahaha

ada hikmah ada hikmah. mungkin amaran pertama sebelum mati. aku masih punya dosa, masih banyak dosa, masih diberi peluang taubat jadi tak boleh sia-siakan :')

Cemtu lah citer dia. dah dkat seminggu pun jadi. tapi tak berkesempatan lagi nak cerita. sbb broadband ni teramatlah laju seperti siput mengandung. mihmih. so rasanya takat ni dulu, jumpa lain kali (mungkin lepas dah masuk kolej balik)

Adios amigos, assalamualaikum and thank you :D

P/S: Sem 3 pun belum start, yuran pengajian dah keluor. tak menyabor betei ukm nih! zzzzz
P/S lagi: Belum ready nak ada junior..... pui macam tak biaser duk asrama ihik :p


2 comments: