Pages

Sunday 23 February 2014

BAKSIS 2013/2014

Assalamualaikum :)

Tepat jam 6 petang tadi sampai UKM, balik dari berprogram selama 3 hari 2 malam di Kampung Endah, Banting untuk program Bakti Siswa (BAKSIS) 2013/2014. Alhamdulillah lega gilaaaaaa pasal berpenatan selama seminggu untuk persiapan program. Actually seminggu lebih jugak lah kot sebab balik UKM awal dari tarikh pendaftaran sem baru. Tak menyempat nak tengok fon pun. Tweet pun tak menyempat. Lels


Mula dari perkampungan tu dah terasa bahang nak berprogram sebenarnya. Hahaha. Even aku under post yang kurang penting pun, but still kena ambil tahu tugas post2 lain and sama2 tolong diorang jugak. Actually aku under post sukan dan permainan, but at the same time, aku under post publisiti jugak lah. So aku diberi tugas untuk sediakan design mural untuk dinding dewan serbaguna tu. Tu yg kinda busy betul sampai tak menang tangan.

Hari Rabu dan Khamis petang sampai malam busy ber-rehearsal. Balik pun lewat dan lepastu terus tidur. Jumaat, pagi2 buta jam 9 dah ada dkat tempat untuk berkumpul. Sebab AJK kena bertolak awal ke Banting, naik kereta yang ada ah. Meanwhile peserta yg lain after solat Jumaat baru bertolak.

Biasa ah, kata Melayu kan? Hahaha jam 9 kat depan DAM, jam 10 baru nak bertolak. Zzzz. Dekat kul 12 baru sampai kat kampung tu. Pehh serious cakap, first time aku jumpa kampung yang betul2 rupa kampung, tenang, cantik dan bersih. Terpana terpaku terkesima sekejap. Wahaha poyonyaa. Tapi serious cantik ._.

Sampai je kat situ, Pak Ngah yang sambut kitorang. Pak Ngah ni kira orang kuat organisasi jugak ah. Ketua kampungnya nama Wak Lan. Untuk pengetahuan Banting ni kira tempat orang jawa jugak. So kampung Endah ni salah satu perkampungan yang boleh kata majoritinya orang Jawa. Ada ah jugak blaja beberapa perkataan Jawa. Kekekeke

Gimik perasmian punya props
Then buat preparation untuk majlis perasmian pembukaan dan majlis penyerahan anak angkat. Katanya ada lebih kurang 12 keluarga yg terlibat dengan pengambilan anak angkat ni. And setiap keluarga majoriti akan dapat 2 orang anak angkat, tapi ada jugak yg dapat 4 orang. Pak Ngah punya anak semuanya lelaki melayu terakhir seramai 6 orang hahaha sebab tu je jumlah lelaki yg ada. So semua laki jadi anak angkat beliau. Hiks

Aku dengan Myra dapat jadi adik beradik angkat kekekeke family terangkat kitorang baik gileeeee serious. Makan tak pernah tak cukup. Rumah besar gile walaupun papan. Bilik ada aircond. Katil pengantin. Wahaha eh maksud iols katil king kong. Pastu kalau nak kemana2 disediakan moto. Senang citer layanan memang first class baq hang! :3

Lepas majlis pembukaan dan penyerahan tu lah kitorang first time dtg umah keluarga angkat. Hehehe. Maluuuuuuuuu kahkahkah awkward giler first time sebab tak kenal pastu aku ni dahlah jenis tak reti sangat nak borak ngan orang tua. Sebaik mak angkat tu sporting, dia yg banyak cakap. Pastu Myra tolong back up ah. Aku sengih2 je wakakakaka

Cemana nak ngadap bakal mak mertua ni? Lulz

Malam tu ada program motivasi dengan Dr. Rizafizah. Actually dak2 Kimia ni memang dah biasa sangat dengar motivasi beliau dalam kuliah. Hahaha. Kadang rasa sakit hati pasal ayat2 beliau. Beliau mmg jenis yang berterus terang yg amat. Pedas memang pedas, sampai tak tertelan. Huhu. So kami mmg dah biasa. So waktu malam tu tahan jelah telinga dengar. Mihihihi alhamdulillah, naik lah jugak semangat. Kot ._.

Malam pertama tido kat umah mak, berlagak ah ni pasang aircond waktu nak tido. Sekali pukul 3 pagi terjaga pasal sejuk nak mamps. Menggigil teruk. First time bibir sampai bergetar waktu tidur. Padahal dah berselimut dah ni. Tapi nipis jelah selimutnya. Taktau plak akan sesejuk tu. Dengan kudrat yg masih ada aku bangun terus tutup aircond. Hahahaha tak tahannnnn. Pastu bukak kipas nombor 1 je. Aish

Sabtu. Aktiviti dari pagi sampai lah ke petang sebelum asar, OPKIM atau nama panjangnya Operasi Khidmat Masyarakat. Ada pembahagian antara penanaman pokok, lukisan mural dengan rewang. Tapi walaupun ada pembahagian, semua orang still dapat rasa buat semua benda. Best! Setiap orang dapat 1 anak pokok dengan polibag berisi tanah, pastu kena tanam, siram and tulis nama. Katanya beberapa tahun akan datang, tengok sape punya pokok yg hidup hehehe :D

Leader untuk lukisan mural. Poyonyaaaa haha
Sebenarnya kalau ikutkan ada 2 design untuk mural. Tapi kedua2 katanya tak menepati citarasa orang2 tua ni. Wak Lan katanya nak design yang menepati ciri2 kemelayuan. So hasilnya macam kat atas tu lah yang paling senang. Kekeke

Pastu petang tu ada sukaneka. Tapi sukaneka yang memang untuk suka-suka je. Kelakar yang amatttt. Walaupun game simple je. Main kerusi muzik, tiup belon jangan pecah dengan lambung belon berair. Part last tu memang basah ah citer dia. Pasal jarak makin lama makin jauh. Hahaha. Tapi serius best! Part kerusi muzik tu mmg dari sekolah rendah lagi main tak pernah menang hahaha rasa nak tolak je semorang xD

Then maghrib tu balik rumah keluarga angkat, makan dan solat, kemudian kumpul semula kat dewan jam 9. Time malam ni kitorang blajar buat kraftangan sambil rewang. Hehehe. Kraftangan kampung biasa ah pakai daun kelapa mostly. Tapi yg kitorang blaja ni satu je. Katanya keris. Haha orang kampung situ laa panggil keris.

Keris kampung Endah. Kalau hunus ke pencuri confirm tak mati. Lels
Kalau nak blaja buat, boleh PM saya. Kekeke mana lah tahu, boleh buat hiasan rumah :p

And then dlm masa yg sama rewang untuk hari Ahad pulak. Sebab Ahad nak masak nasi Ambeng. So malam tu kopek bawang merah, bawang putih, masak serunding dan macam2 lagi.

Serious dah lama sangat tak bersuasana kampung macam ni. Sangat rindu kampung ...

Malam kedua kat rumah mak, dah tau dah mesti sejuk. So awal2 tak bukak aircond, bukak kipas je. Tu pun nombor 1. Lol. Balik2 tu memang terus tidur. Kepenatan.

Ahad, hari terakhir. Hari ni lah maknanya. Pagi2 pukul 9 kumpul kat dewan, rewang masak nasi Ambeng. Bersihkan taugeh, bersihkan ayam, asingkan pucuk ubi dan macam2 lagi. Memang meriah habis. Pastu buat preparation untuk majlis penutup. After majlis penutup ada sesi fotografi and then baru makan reramai dalam talam. Alhamdulillah, everything went well :)

Habis majlis dalam pukul 2.30 camtu lah. Bas katanya datang 3.30. So sempat ah mandi kejap kat rumah. Pastu sesi perpisahan lah paling sedih. Wuuu. Mak ada bekalkan kerepek ubi, katanya orang kampung situ memang terkenal dengan kerepek aje. Hehe pastu banyak jugak la kasi nasihat kat kitorang. Terharu gile kot. Abah pulak jenis diam je. Jarang betul jumpa abah. Sebab kitorang balik program pun dah lewat, abah pun dah tidur. Tapi waktu hari terakhir tu abah ada lah teman hantar kami ke bas. Hehe

Kampung Endah ni katanya slalu tempat orang shooting filem sebab rumah2nya cantik. Bertuah ah yang duduk situ. Berkali2 menang kampung tercantik dalam negeri Selangor. Tapi politiknya of course ah kuat UMNO. Lelssssssssss boleh kata setiap rumah ada terpampar bendera UMNO. Kekeke

Apa2 pun alhamdulillah, bersyukur sebab berjaya jugak buat program kat tempat orang. Bila dah kat tempat orang ni, mesti la kita ikut budaya mereka kan. Sebenarnya kalau ikut tentatif dengan hari program, memang kebanyakannya bercanggah. Sebab kita datang tempat orang, orang nak kita buat apa, kita kena lah ikut kan. Walaupun pada asalnya kita plan nak buat benda lain. Apa2 pun, perjalanan 3 hari 2 malam ni memang menarik dan banyak tinggalkan kenangan manis :')

Mak ngan abah.
Hehehe. First time dapat keluarga angkat, dapat kenal mak, abah, adik2 yang dah besor, kakak2, abang2. Kehkehkeh seronok aaaa rasa nak buat program lagi sekali je lain kali hahaha legaaaa sebab dah tamat. Sekarang boleh aaa fokus untuk program terdekat iaitu Lawatan Industri and Family Day bulan Mac nanti. Maybe buat kat Perak kot. Tahun lepas buat kat Johor. :)

Anyway maaf lah kalau ada yang terasa dengan kata2 aku ke apa. And maaf kalau terasa aku tak layan ke apa. Tapi serious memang busy since balik UKM untuk perkampungan haritu. Ni pun baru je balik dari meeting kebudayaan. UKM ni memang Universiti Kuat Meeting, kalau nak tahu. Sampaikan borak2 dengan roommate tadi, Ziera kata, "Dah lama tak gelak2 gurau senda dengan kau macam ni." Hahaha

Okay serious, dengan ini saya menyusun 20 jari yang ada memohon ampun dan maaf andai ada yang terkasar atau terasa di mana2. Saya takda simpan apa2 yang tak puas hati pun dalam hati ni. Seboleh2nya taknak ada masalah dengan sesiapa. :)

InsyaAllah lepas ni tak busy sangat kot, kecuali bila dah nak dekat dengan lawatan industri nanti lah. Nasib baik esok 1 class je pukul 2-3 petang. So sempat ah nak update belog kejap. Hehehe

Alright, thanks for visiting. May Allah bless, assalamualaikum :D


- Minta doa kawan2, siang tadi dapat berita kurang baik. Nenek kat Perak meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilahi raji'un. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Al-fatihah -

:')


No comments:

Post a Comment