Pages

Friday 21 March 2014

Fitrah Seorang Wanita

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum :)

Tengok tajuk, tengok tajuk. Hahaha rasa macam besar sangat perkataan Wanita tu, macam matang sangat. Tak kisah la, ganti lah sendiri ya nak letak gadis ke perempuan ke :)

Entri kali ni mungkin agak serius. Tentang fitrah seorang wanita. Wanita dan lelaki keadaan fitrahnya berbeza, even kalau kita tengok secara fizikal pun, banyak beza antara dua jenis gender ni. Tapi sebagai seorang yang beragama Islam, kita wajib percaya bahawa Allah dah menciptakan kita sama ada lelaki atau wanita, pasti ada hikmahnya. Dia tahu, kita patut dilahirkan dalam jantina apa.

Persoalannya, kenapa agaknya masih ada malah semakin hari semakin bertambah jumlah mereka yang ingin mengubah fitrah semulajadi yang Allah dah tetapkan?

Wanita. Ada sepasang mata, satu hidung, satu mulut, sepasang telinga, sama seperti lelaki. Apa yang beza? Paling simple, suara. Suara lelaki dan wanita, beza. Kalau nak tengok mendalam lagi, kulit lelaki dan wanita, beza. Halkum, jelas kelihatan atau tidak, beza. Bentuk tubuh badan, sangat beza. Senang cerita, terlalu banyak beza lelaki dan perempuan. (Secara fizikalnya lah aku cerita ni)

Terus terang, kalau pergi mana-mana pastu terjumpa dengan golongan macam ni, cepat je mata ni tangkap, "Oh, dia ni ****** rupanya." "Oh, dia *******" kan? Sebab terlalu mudah nak tengok walau berapa banyak pun perubahan yang mereka cuba buat untuk kelihatan seperti jantina yang bertentangan dengan yang asalnya.

Aku cuma tak faham, kenapa perlu nafikan fitrah semulajadi yang Allah dah bagi. For sure, banyak sangat reasons why they became the one they thought they would never be. And one of them aku percaya adalah kerana faktor persekitaran. Mungkin ada antara kawan yang cuba nak bawa gene XY walaupun gene sebenar XX. Dan bila tengok kawan macam macho macho gitu so dia pun rasa nak ikut. But still, why? :(

Sedih sebenarnya kadang tengok mereka ni bijak bijak belaka, comel comel belaka tapi biar diri sendiri hanyut dengan suasana menjadi jantina baru, rasa bebas boleh buat apa, rasa kuat bila anggap diri tu dah macam lelaki betul. But whatever it is, kita ni fitrahnya masih perempuan.

Fuh. Okay.

--

Awak,
Nak jadi kuat bukan begitu caranya, :)

Bila awak cuba ubah fitrah yang Allah dah tetapkan, percayalah, perubahan tu takkan bawa ke mana. Sedaya upaya awak cuba ubah untuk jadi lelaki pun, awak masih perempuan. Dan awak takkan boleh ubah kenyataan tu, sampai bila-bila. Dan jangan salahkan takdir, bila segala yang awak rancang tak berjalan seperti yang awak harapkan. Sebabnya mudah, Allah tak redha.

Tak ada yang namanya perkahwinan antara perempuan dengan perempuan dalam Islam. Dan tak ada yang namanya bercinta bagai sesama perempuan, kecuali cinta itu adalah kerana Allah dan persahabatan atau ada pertalian darah contohnya cinta pada ibu kita sendiri. Bukan sebagai pasangan atau lebih. Tak ada dalam Islam, tak ada.

Awak, :)
Kembalilah. Saya percaya sahabat2 awak yang lain, yang lebih mengenali awak juga menanti diri awak yang dulu. Jangan tangisi dia yang dah pergi, awak tetap kena teruskan hidup awak walau tanpa dia. Allah sayang dia lebih dari awak, dan Allah tahu apa yang terbaik buat awak. Awak berhak untuk seorang lelaki, bukan dia.

Seharusnya dari mula awak tahu, hubungan ini tak akan ke mana. Tak akan, sampai bila-bila. Seharusnya dari mula awak tahu, Allah tak redha. Saya percaya awak lebih mengetahui dari saya. Awak pandai hal-hal agama, lebih dari saya. Dan saya tahu, Allah sedang uji awak, dan ujian-Nya amat berat untuk awak. Tapi awak tak boleh biar ujian tu mengubah hidup awak lebih dari yang sepatutnya.

Redhakan pemergian dia, awak. Biar dia tenang di sana. Anggaplah dia sebagai seorang sahabat yang baik, tidak lebih dari itu. Moga dosa-Nya diampunkan dan moga dia mendapat rahmat dari Yang Maha Esa. Lupakan masa lalu, mulakan hidup baru. Perjalanan awak masih jauh. Jika diizinkan, insyaAllah pasti bertemu jua di syurga kelak :)

--

Dan selemah-lemah iman dalam menegur kemungkaran adalah dengan membenci melihat kemungkaran yang dilakukan. Dan aku tergolong didalamnya. Nak menegur tak mampu, tak ada kuasa dan tak ada hak.






Sama-sama kita hadiahkan al-Fatihah kepada seorang kakak yang baru sahaja pergi menghadap Dia pada 19 Mac 2014 yang lalu. Moga arwah Nur Hidayah Norsham ditempatkan dalam kalangan yang beriman. Sesungguhnya mati itu sangat dekat. Sangat dekat. Al-Fatihah.


No comments:

Post a Comment