Pages

Friday 6 July 2012

Aku belum bersedia hemmm


hyeeeeeeeeeeeee :)) apa khabar? hari nie aku sihat lagi alhamdulillah. huhu semalam kepala agak berserabut sikit. aku lebih banyak diam smlm. hemmm kenapa? hehe mestilah ada sebab. tp sbelum tu, aku bersyukur hari nie aku masih dihidupkan, masih diberi peluang untuk bertaubat. aku bersyukur sebab mimpi semalam lebih baik dr hari yg sebelumnya. hemm

well, bercakap pasal mimpi. mostly orang akan kata, mimpi tu mainan tidur. jadi jgn percaya lah, tak mungkin terjadi. hemm mcm mana pulak kalau mimpi tu satu petanda. tak kisah lah kita mimpi pasal apa2 pun, ia sebenarnya satu petanda. atau pun, bila kita mimpi masa tidur, kita bangun je kita lupa pasal mimpi tu. tapi ada satu masa, mimpi kita jadi kebenaran. tapi kita taktau yg mimpi dah jadi realiti sebab kita tak ingat bahawa kita pernah mimpi pasal tu. and kita ingat semua yg berlaku mcm dejavu. tau tak dejavu tu apa? dejavu di kinabalu hakhak tu drama petang2 kat tv3 skunk nie. hihi fofular tuu.

hemm dejavu tu mcm situasi di mana kau rasa mcm kau pernah mengalami situasi tersebut. mcm ulangan situasi tanpa kau sedari. contohnya, kau tengah tengok tv. tetibe ada orang lalu depan kau. pastu kau rasa mcm, eh situasi nie mcm pernah jadilah. haaa pernah tak rasa mcm tu? aku byk kali huhu aku taktau mcm mana fenomena nie boleh jd. ecehhh fenomena hikhik nak gak guna ayat bombastik kahkah well, aku harap dejavu bukan dtg dr mimpi2 kita lah. hemm bila fikirkan balik, kadang2 memang aku nak mimpi jadi kenyataan bila mimpi tu best. tp hari nie, aku mintak jgn lah ada mimpi yg jd kenyataan. sebab aku taknak mimpi ngeri aku kelmarin jadi kenyataan. aku taknakkkkkk huhuhu

semalam emosi agak tak stabil disebabkan mimpi ngeri tu. sebab tu lah aku lebih byk diam kot. aku online pun lewat, smpai ada org tanya baru bangun tido ke =_= fine muka aku muka bangun tido lambat ke? hahahah aku hari2 bangun awal. heh korang jer yg taktau ~ tak semestinya bangun awal terus nak online kan? hihi kadang2 aku bangun awal, tade mood nak online. so aku lepak2 la depan tv. tolong mak masak ke. buat la ape2. bila dah bosan sgt taktau nak buat ape baru aku online. eleh kalau aku online pepagi pun sunyi je buat pe. *krik krik* TL kat twitter tu gerak lambat je. seketul2 je tweet keluar. fesbuk jgn ckp lah. lagi 10 kali ganda sunyi hahahah.

baby menangis sebab lapar.
aku menangis sebab aku takut :')
hemm okay aku nak citer nie. actually mimpi ngeri yg aku maksudkan tu bukanlah mimpi pasal Encik ataupun Puan H. hahah mimpi tu sebenarnya lebih kepada mimpi yg sedih. sedih yang amat2 sedih smpai aku menangis teruk masa bangun tido tu. huhu cuba teka mimpi apa? hemmm aku mimpi abah aku meninggal dunia. hemmm dlm mimpi tu, kitorang sekeluarga cuba terima hakikat bahawa abah aku dah takda. tapi ternyata hakikat tu susah nak terima. lagi2 oleh aku. sebab aku rapat sangat2 dgn abah aku. untuk sesiapa yg tahu tentang latar belakang sejarah keluarga aku, depa mesti tau kenapa aku rapat ngan abah aku. hemmm

selama aku hidup hampir 19 tahun nie, hampir separuh dr hidup aku, aku bergantung harap pada abah aku. yup, memang aku sangat2 bergantung pada abah aku. bukan aku taknak bergantung pada ibu aku, tapi keadaan tak mengizinkan. sesapa yg tahu pasal family aku tu, faham2 lah ye. yg tak tahu tu, kalau nak tahu, boleh je tanya aku. selagi aku boleh jawab soalan kau, aku jawab lah. tapi depends jugak sapa yg bertanya. kalau kau berjaya buat aku percaya kat kau, aku ceritalah. bukan apa, aku taknak dedahkan semuanya kat semua orang. biarlah yg memahami aku je tahu hal sebenar :D

berbalik kepada mimpi, hemmm dalam mimpi tu, aku tak dpt tgk pun jenazah abah aku. entah lah mimpi tu mcm di-shortcut-kan pulak hahahah yg aku tahu, sedar2 je dlm mimpi tu abah aku dah tak ada. hemm meninggal sebab apa pun aku tak pasti. hemm aku jumpa dgn org2 yg kerja dgn abah aku, then org2 tu pon asyik cerita tentang kebaikan abah aku. bila dia cerita, aku hanya mampu senyum jer weh. dlm mimpi tu aku try kuatkan hati aku. aku cuba untuk redha. tapi bila aku balik umah, umah tu sunyi weh. sunyi tanpa abah aku. gahhhhh sedihnya aku nak cerita. aisehhh aku ingatkan aku dah ready nak cerita. sebab mimpi tu kelmarin. tp masih kuat dlm ingatan aku. *lap air mata*

dlm mimpi tu, semua benda aku buat jadi tak kena. aku balik umah, umah sunyi. takdak abah aku. pastu aku asyik terfikir ja, mana nak carik duit. sebab mak aku tak keja. takkan nak harapkan ibu aku. hemmm pastu aku fikir, siapa yg nak handle syarikat abah aku tu. siapa yg nak tanggung bayaran kereta yg tak habis lagi. bila aku pi luar rumah, aku nmpk moto abah aku, lagi lah aku sedih. sapa nak pakai moto tu. aku memang lah tak smpai, scrambler kot. aku nie dah lah pendek. huhu pastu aku fikir, nak teruskan hidup dgn mak aku, atau aku kena balik semula duduk dgn ibu aku. ibu aku mampu ke nak tanggung kami lagi. hemmm mcm2 lah aku fikir. smpai aku rasa kosong yg amat bila abah aku takde.

masa bangun tu, baru sedar air mata aku meleleh. teruk jugak lah aku menangis pagi tu. naseb baek takde org masuk bilik. keluar bilik, nmpk abah aku. abah aku baru smpai umah sbb rehat makan pagi. time tu rasa mcm nak peluk jer smbil nangis. tp aku tahan.huhu bukan apa, aku taknak cerita pasal mimpi nie kat sesapa kalau ikutkan hati. tapi aku sendiri pun tak mmpu nak pendam. semalam el jer yg prasan aku agak senyap sepanjang hari. so aku citer kat dia je. and hari nie, barulah ada kekuatan nak menaip kat blog.

aku belum bersedia untuk terima apa2 kehilangan. secara jujurnya, aku rasa aku mmg sangat bergantung dan manja kat abah aku. papehal, mesti aku citer kat abah aku. abah aku pun kalau ada masalah, citer kat aku. mmg rapat gila lah. bila aku mimpi mcm tu, aku rasa takut. takut untuk kehilangan sapa2 pun dlm ahli keluarga aku. apa pun yg berlaku, mmg keluarga terletak di carta nombor satu dlm otak aku dan hati aku. family comes first. mmg kalau ada pape yg jadi kat family aku, aku rasa susah untuk aku terima kenyataan. hemmm hari2 aku doa, mintak Allah panjangkan umur semua ahli keluarga aku. aku tahu, mati itu pasti. setiap orang akan mati. tapi kalau boleh, aku mohon kat Allah, jgn lah ambil nyawa keluarga aku masa aku belum bersedia. aku tak sekuat orang lain. hemmm

mengharap ada yg akan usap
air mata aku bila aku menangis :)
aku belum kuat lagi kot. kalau boleh, biarlah Allah ambil nyawa aku dulu sebelum ambil nyawa keluarga aku. sebab aku takut aku tak mampu terima. aku susah nak redha. aku takut sangat. tapi inshaAllah, sepertimana dlm ayat Quran ada menyebut, Allah tidak akan memberi ujian kepada hamba-Nya melebihi dr apa yang hamba-Nya mampu tanggung. inshaAllah, Dia tahu apa yg terbaik kan. mungkin dia ada plan yg lebih baik untuk aku andai kata mimpi aku tu jadi kenyataan. cuma doa aku, semoga umur ahli keluarga aku di panjangkan. dan jika mmg takdir nyawa abah atau sesapa pun dr keluarga aku diambil lebih awal dr aku, doa aku, semoga Allah kuatkan hati aku untuk redha. semoga Allah tempatkan mereka di sisi ahli-ahli syurga. semoga Allah jauhkan mereka dari azab neraka. aminnnn

ini bukan kali pertama aku mimpi pasal orang meninggal. sebelum nie pernah jugak. aku mimpi abang kepada kawan aku meninggal. tp inshaAllah, ada org kata kalau kita mimpi org meninggal, tandanya umur org tu panjang. hemmm harap2 umur org2 yg aku syg dipanjangkan. aminnn. bila dapat mimpi macam tu, aku jadi sentap jap. huhu rasa mcm Allah nak suruh aku bersiap sedia dr awal. takut. huhu tp inshaAllah, hari demi hari, harap2 aku makin matang, aku boleh fikir hikmah2 di sebalik semua yg terjadi. hemmm

hehe sebab tu la aku agak senyap semalam :) thanks lah sesapa yg perasan. huhu aku taktau nak update apa, aku taktau nak tweet apa. otak tetiba takdak idea. mcm stuck sepanjang hari sbb mimpi tu. tp hari nie dah okay sikit kot. inshaAllah. aku harap tak dpt dah mimpi2 mcm tu. huhu taktau lah kalau semua nie gangguan syaitonirrajim kan. harap2 pasni takdak dah mimpi2 ngeri atau sedih2 yg terlampau sedih mcm tu. huhu aminnn. okay lah, masa untuk aku mandi. hehe dah 9.30 nie. ta mandi agy, hikhik sejuk doo :P okay stop smpai sini dulu k, assalamualaikum :))

P/S : hey MSAS , i miss youuuu hikhik i'm waiting for your text everyday :) i don't want to text you first. i'm afraid that you won't reply. nnt mcm org bodoh je tunggu hahahah tp lau tak text pun takpa, just want to say that i miss the old you :) take care, bye2 *hugs*

1 comment: