Pages

Sunday 9 September 2012

officially one of UKM's students :)

Assalamualaikum ~ *yawning*

*tengok jam* 3.17 a.m. masuk ahad dah nie. okay okay, apa khabar semua ? lamaaaaa sangat tak update blog. ghinduuuu blog *cium skrin lappy*

ahaa sebelum kau baca, bek aku cakap awal2. entri kali nie paling panjang dlm sejarah entri2 blog aku. sebab aku nak cerita dari awal masa pendaftaran, aktiviti, smpai lah ke majlis penutup. haaaa sanggup ka baca ? kalau sanggup takpa. kalau tak sanggup, sila close tab hahahah

walaupun badan dah penat nie sebenarnya. tapi aku gagahkan jugak nak berblogging disebabkan ghindu yg teramat andddd aku takut kalau update lambat2 nanti lupa pulak apa nak taip. so selagi memori masih segar dlm ingatan, update jelah skunk kan :DD

so, as we all know, ramai member2 dr kalangan kita yg telahpun mendaftar ke universiti masing2 bagi menyambung pengajian di peringkat ijazah. kan kan ? either 1 or 2 hari bulan september kita semua dah start mendaftar. and untuk uni aku, kitorang kena daftar pada 2hb september 2012 :)

so, sabtu malam ahad tu baru lah sibuk nak packing2. hahaha takley bla, sambil packing smbil online. sambil online, sambil iron baju hahahah ada sebab kenapa aku buat camtu. heee tengoklah skunk, lama gila tak online. dekat seminggu kot. habis orientasi barulah ada masa nak online pakai lappy. pakai fon mmg tak best langsung. tak puas. aku online twitter ja pakai fon. tu pun cam haram. nak pergi profile org lain punyalah susah. susah aku nak stalk ! haaa hahahaha *senget*

normal atau tidak ? :p
inilah hasilnya bila dah packing2. anddd you know what, actually banyak lagi barang yg aku TERtinggal. baru sedar masa orientasi hari tu. teruknyaaa hahahah inilah akibat smbil packing smbil sengih2 depan lappy. ngahaha XD naseb bek lah rumah dekat jea. kalau jauh, mmg lah terpaksa kuar duit beli benda2 tu semua. ishhh azani azani -.-

malam tu tido agak lewat. kul 2 lebih. esok pagi bangun jea tak bermaya. tak bersemangat nak masuk uni. hahahah aku pun taktau lah kenapa weh. cuba dah senyum, gembira, gelak apa semua. tapi dlm hati nie mcm ada tersorok satu perasaan yg tak dpt aku nak gambarkan macam mana. bukan takut, bukan gementar. tapi entahlah. risau mungkin. hishhh susah nak ckp. senang citer, jiwa kacau ah masa tu.

tapi sekacau2 jiwa aku, sempat lagi aku berposing sblm pergi tu. hahahah al maklumlah, ada org tu cakap nak tengok aku pakai baju warna pink. sooooo, here we go :)

cermin tu kotor, so agak kotor gmbr tu -.-
mata aku mcm merah.tp bukan ye, tu coklat :D

panas panas :3

ceceyyyy hakhak peace ~
gmbr nie paling menipu. nampak MACAM tinggi !
ehem ehem. so itulah rupa aku kalau pakai baju pink. ayu tak ? kahkahkah sila muntah darah sekarang :P so, proceed. memandangkan kereta rosak, and barang banyak so mmg tak ah nak naik moto kan. kena panggil teksi. then teksi pun smpai la umah, bwk ktorg g UKM. abah dengan ijat naik moto. aku dgn adik perempuan aku tu naik teksi. :D

smpai jea UKM, mmg dah ramai dah orang. even masa tu baru kul 9. supposedly pendaftaran mmg start kul 9 pagi tp maybe depa dah start awal sikit kot sbb ramai org. so aku pun pergilah mendaftar. parents tak dibenarkan ikut, so everything is on my own.and alhamdulillah syukur, everything went smoothly :) sistem yg sangat sistematik, satu benda aku nak puji masa pendaftaran. sebab ada org yg guide, lepas counter nie, pergi counter nie pulak ~ alhamdulillah heee

kad matrik :D
selesai mendaftar, kitorang pun bertungkus lumus lah bawak barang2 aku naik atas. hahaha dah lah barang banyak. teksi takleh masuk. so kena angkut ah sesatu. sian adik aku yg laki tu, kena bawak bagasi dgn beg besar tu naik tangga. ngahaha kelakar, smpai je atas, terus pancit haha~ bilik aku kat tingkat 3. tapi, susunan bangunan dia pelik sikit ar. sbb UKM berbukit. so tingkat 3 tu mcm tingkat 2 je, naik sekali je tangga. sebab tingkat 1, kena turun tangga bawah. maksudnya, ground floor kitorang kat tingkat 2. errr mesti tak faham an ? hahaha complicated -,-

bukak jea bilik, boleh tahan lah besarnya. hehe~ bilik aku kat luarnya ada beranda. tu yg best.boleh lepak2 kat luar memalam :) tp yg tak bestnya, berhadapan dgn cafe. so mmg kena pakai tdung/tuala ar kalau nak jemur baju. sbb ada pakcik2 atok2 yg sangat suka menyumbangkan lagu, dengar sampai sini -..- okay let's see how my room looks like.

nie almari baju. mmg banyak gila ruang :D
katil dan ruang tengah :)
meja belajar ~
kalau nak dibandingkan dengan bilik masa kat matrik, bilik matrik lagi besar. and ada privacy sbb macam tertutup en. yang nie, terbukak. maybe sebab dua org je kan sebilik. okay lettew :D lepas dah letak barang, ada akak PC (Pemudah Cara) atau korang maybe gelar sbg fasi, dia cakap kumpul kat dataran K4 yang tak berapa jauh dr situ, pakai tudung putih dgn baju kolej. and i was like, alamak ! tudung putih ? aku mana penah ada tudung putihhhhhhhh. pastu aku tanya ah akak tu, pakai tudung creamy sikit takleh er, dia kata nak putih jugak. !@#$%^&*

nak taknak, terpaksa keluar gi beli. so aku pun gi lah cari tudung putih. adik aku bawak. but then pi cari kat kedai2 tudung banyak yg tutup au. sebab ahad kann masa tuh. herrr yg ada selendang putih. ahhh bantai ah, aku beli jea selendang putih tu hahaha~ drpd takde en -.-

smpai bilik, dah ada roommate. heee aku panggil dia ziera. nama sebenar Nurul Hazirah. okay laaa, dye baik :) and perangai agak gila2 mcm aku. haha alhamdulillah, satu perkara dah lega. before nie, takut sgt kalau dpt roommate senior atau sesapa yg mcm, errr tak okay sgt an. tapi alhamdulillah, aku dpt rommate yg baik :)

kul 2 tu, masa nak gi berkumpul tu, tetiba hujan plak ~ yang takley bla, kitorang kena angkut pergi dataran tu pakai payung besar. hahahaha seyes kelakar. kan ada payung macam org meniaga kat pasar malam tu en, payung yg besar tu. abang2 PC tu ah yg bawak kitorang. ramai2 duk bawah payung tu, pastu jalan sesama. hahahah lawak weh. basah tu of course ah basah jugak. sbb ramai2 duk bawah tu and jalan pun mmg basah. hujan lebat. kalau redah tu rasanya lencun habis :D

aktiviti first kitorang buat ialah dgr taklimat. kalau dikira2 taklimat sepanjang MPP nie, mmg banyak yang amat. mcm2 jenis taklimat ah kitorang dgr. taklimat ko-k lah, taklimat asrama lah, perjumpaan dgn felo bla bla bla. seyes banyak. and most of the days, kitorang start pukul 6 pagi untuk subuh, sampai lah ke 1 pagi. kadang2 tak dibenarkan langsung balik bilik. sembahyang apa semua kat surau. so mmg takleh naik bilik. mandi petang tu jgn ckp ah. mmg tak sempat hahahaha selalu balik kul 1 pagi tu baru mandi. and kemas2 apa semua, tido dekat2 kul 2 pagi. bangun balik kul 5. pergh 3 jam jea -.-

ecehhh macam lah aku tak biasa en tido lambat. haha~ aku biasa, cuma untuk MPP nie, kan penat. ke sana ke mari, so mmg teramat lah letih. kadang2 smpai tersengguk2 masa dgr taklimat. mmg kuyu ah mata. naseb seminggu jea, so tahan tahan tahan :D

posing sekejap ngahaha 
oh ya, lupa nak ckp. aku jumpa dah kawan alam maya aku. si Qin duri tumpul tu hahahahah first time jumpa, and aku tak cam muka dia. dia dtg bilik aku masa hari first tu. ketuk pintu, pastu masuk. dia mcm excited au, aku pelik. hahaha aku asyik fikir je, aku kenal dia er. seb bek aku tak tanya, cari sapa hahahah rupanya Qin :DD terkejut, sbb dlm fesbuk and twitter, she looks so childish. bila jumpa depan2, haaaa gila matured siot. seyes, muka dia matured gila, plus dia tinggi. terasa diri aku nie kecik dan senang dibuli hahaha~

actually gmbr tu bukanlah hari pertama kitorang jumpa. hehe masa nie hari kedua akhir MPP. ada lagi satu gmbr, tp gambar tu mcm gedik (Qin kata) so dia tak kasi upload hahaha~ tengoklah muka aku, beza gila dgn tangan. burn habis kena panas. huhu~ penat jea duk umah jaga muka. dtg sini terus hancusss. takpa2, ada masa utk kembalikan sperti sediakala ngihihi :3

paling tak best kalau ada ceramah kat DECTAR (Dewan Canselor Tun Abdul Razak). sbb nak pergi DECTAR tu kitorang kena jalan. agak jauh lah jugak. pergi mmg tak terasa sgt sbb turun bukit, turun tangga. kalau balik tu, perghh mmg lah. lencun habis baju. naik bukit, naik tangga. dah lah suruh jalan laju. mmg penat dannnnnn sangat2 tak best. huuuuu terseksa gila kottt ><

ada skali tu, aku dgn beberapa org lagi kena pergi PK au. PK tu Pusat Kesihatan. sbb aku kan ada asthma. so doctor nak cek, asthma aku nie kronik ke biasa2 je ke. so pergilaaa. kak PC bawak. then ambik nombor giliran, beratur apa semua. jumpa la doc. hehe doc tu laki. nama dia apa ntah.tp dia rasanya mamak kot. atau India Muslim. atau Bangladesh. mcm tu laaa lebih kurang. and dia tak reti cakap bahasa Melayu. English dia okay, cuma cara sebutan dia tu buat aku blur hahaha kau bayangkan, dia nak tanya, aku ada batuk ke tak. pastu dia ckp, "ada badok badok ?" ngahahahaha punyalah nak tergelak guling2 aku kat situ. mula2 aku tak faham.pastu masa doc tu angkat call, baru otak aku leh interprete apa dia nak ckp hahaha

tapi dia try jugak la nak communicate dlm BM ngan aku. sbb aku kalau speaking mmg hancus hahaha lama dah tak speaking -.- maybe sbb tu kot nombor giliran aku lambat. pesakit lain mgkin mengalami masalah komunikasi dgn dia jugak hahahahaha :P

lepas dah cek, buat penilaian borang pesakit apa sume, dia pun kata lah sesuatu yg aku tak expect. sbb masa aku buat medical checkup kat hospital kerajaan dulu, takde pulak doc yg cek aku tu ckp pape. nie bila buat checkup kat PK, doc tu kata. asthma aku agak cronic and uncontrolled. Seriously I didn't expect that. sbb mmg aku pakai inhaler tu almost hari2. especially waktu aku tgh tidur pastu sejuk, mula laa nafas berbunyi. and aku tak sangka pulak, org yg pakai inhaler hari2 tu dikira sbg cronic hahaha

rupanya kalau asthma yg biasa2 je, 1-2 kali je pakai inhaler dlm sebulan. aku ? hahaha beza gila kotttt. terkejut jugak ~ so doc tu kata, dia bagi ubat, then minggu depan hari rabu dtg lagi kat PK nie. dia bagi ubat biji 2 paket - 20 biji (hahaha banyak gila!), ubat selsema dgn inhaler baru yg sangat canggih dan kesannya sangat kuat (kata doc tu lah). actually aku pun malas nak amik ubat2 tu semua -.- penat doh makan ubat hahahah malas dan tak suka. but what can I do. aku pun taknak asthma nie smpai ke tua. hahah dr kecik aku kena, skunk dah hampir 19 tahun tanggung. susah weh. nak buat vigorous activities pun tak bleh. sakit dada. huuuu tapi inshaAllah, nnt okay kot,. doakan aku yea :DD

sepanjang MPP nie, banyak jgak aktiviti lain yg kitorang buat. salah satu yg aku masuk ialah nasyid. hahahaa lawak ><" tak pernah2 aku masuk nasyid, tetiba rasa teringin pulak. benda nie pertandingan antara kolej2. so before masuk kena test suara dulu tau. depan abang yang ajar nasyid tu. nama dia abang Iwan. hensem hahahaha tapi dah ada awek lah. lagi sorang, abang Hafiz. abang Hafiz nie sangat2 kelakar. hahaha bila dia buat lawak, bleh menangis aku gelak. seyes >< sorang lagi, Kak Fatin. Kak Fatin nie lah yg handle bila nak practice, baju apa semua. dia sangat caring and sangat baik. dia belikan air asam jawa utk kitorang, sbb takut kitorang sakit tekak. mcm2 lah. mmg respect sgt akak tuh :)

so, kitorang berlatih punya berlatih punya berlatih, mmg banyak jugak skip taklimat, skip aktiviti sbb nak berlatih nasyid. lagu dia susah. sebab tempo musik tu bertukar2 for every rangkap. tapi abang Iwan tu guide ah sesatu. and sampai sekarang dlm kepala otak masih nyanyi lagu tu :) nnt kalau dah ada video yg diupload kat youtube, aku bg link. sekarang belum upload kot rasanya. sbb baru lagi. heee jom tengok gmbr :D

sebahagian team nasyid :)
me with roommate masa hari pertandingan :)
kawan baru, ROS :) KMS jugak rupanya,tp x penah jumpa
team nasyid :) * main singer dia serious awesome, suara sedap gila gila gila ! *
gmbr tu agak kabur, sebab abang PC yang aku mintak tolong tangkapkan gmbr tu, tak reti nak tangkap gmbr pakai fon touchy. ngahahaha lawak seyyy. patutnya banyak gmbr, tp sbb abg tu tak reti and rushing utk tunggu turn, so dpt satu jelah. tu pun kabur. maybe nnt akan amik dr kamera org lain :)

unfortunately, kitorang tak menang pun. and abang Iwan ckp, mungkin sbb kitorang jea yang nasyid. i mean, kan pertandingan antara kolej, masa undi utk persembahan tu, kitorang dpt nasyid. kolej lain ada yang boria, teater, tarian melayu, tarian kontemporari and bla bla bla. banyak, ada 12 jenis persembahan. and maybe sbb tu lah kitorang tenggelam kut. nasyid mana ada tarian kan hahaha ada gaya ja sikit2. and penilaian dia, 25 marks utk tarian.. so mmg agak burn lah. tapi takpe, abang Iwan ckp kitorang dah buat yg terbaik. ramai yg puji, cuma belum ada rezeki. and inshaAllah, walau apapun, kitorang dah tunjuk bakat masing2 kan. so maybe after nie boleh lah masuk pertandingan nasyid yg lain :)

masa dah habis buat persembahan, abang Iwan dgn Kak Fatin sangat excited. dorang smpai terjerit2, kata best. tapi tulah, masa umumkan pemenang tu, tak tersenarai pulak. so masa dah habis tu, dorang bg ucapan lah kan. time tu rasa sedih pulak. huhu sbb mcm dah rapat satu team. padahal baru berapa hari. 4 hari kot practice. tapi rapat lah, rasa mcm sedih sbb maybe after nie tak jumpa dah kan. UKM kan besar :')

anyway, hari last kitorang agak relax. sbb ada senamrobik pepagi, kembara kolej dgn persiapan untuk . . .  DINNER BERSAMA PENGETUA. heeee yg nie paling best lah. penutup yang best. sbb bleh MAKAN ! hahahaha and of course, tak payah pakai baju kurung biruuuu je. -,- bleh pakai baju lain jugak. sepanjang MPP nie, kalau majlis formal je mst kena pakai baju kurung biru dgn tudung putih. mmg dah busuk sgt sbb berpeluh apa semua hahahah lega sbb dah habis 'penderitaan' tuh :P

me with jubah :D
tudung putih bawal tu, baru diberi oleh adik laki aku. tu pun sbb terpaksa suh dia hantar jugak petang tu. sbb apa tau, dorang tak bagi pakai tudung lain selain tudung bawal putih. !@#$%^&* banyak betul demand. siot je -..-

so, dah siap2 tu pergilah join program. hehehe bleh tahan best jgak. mcm kat hotel persiapannya, padahal kat bawah khemah kanopi tu je hahaha best best best. cuma yg tak best, pengetua berucap smpai 40 minit. mmg lama and boring. mengantuk semua ada. ngahaha XD jom jelajah gmbr :)

menu utama : nasi beriani. sampingan : lemang dan rendang
team nasyid duk semeja :D
suka sangat2 gmbr nie. credit tu kak mira :)
Qin and Me :)
me with roommate, Ziera :)
yang duduk tudung oren tu salah sorg kak PC. nama dia Akmar. menang anugerah PC Paling Diam. ngahaha XD
seyes seronok jugak smlm, sbb MPP dah berakhir. alhamdulillah, lega sangat2. balik jea terus kemas2, solat Isyak, online kejap pastu tido. haha skunk dah petang. 6.20 petang dah weh. smlm update blog nie smpai kul 4 pagi jea. pastu tak tahan dah, tido. hahaha kul 4 ptg lebih baru sambung. akhirnya hampir siap. tadi bukak laman web kolej utk tengok jadual. and jadual aku agak pack. isnin smpai jumaat ada class. cuma khamis dgn jumaat 1 class jea. isnin selasa rabu 2 class. roommate aku, isnin dgn selasa jea ada class. hari lain freeee hahahah bapak heaven siot =.=

okay lah. stop smpai sini. penat dah menaip. ngahaha alhamdulillah, syukurrrrr. aku harap lepas nie perjalanan pembelajaran aku berjalan dgn lancar lah. inshaAllah. esok first day kuliah, kul 12 tengahari. takut sesat ah esok. hahaha inshaAllah tak sesat kot. amin ~ haha okay okay, thanks naaa sebab sudi baca entri berjela2 nie. nie pun aku dah try menyingkatkan apa yg tak penting. haha kalau nak cerita sesatu, silap2 2-3 hari baru siap. thanksssss bye bye, ketemu lagi di hari dan waktu yg lain :)

1 comment:

  1. habis baca sudahh ~ :) hehe. tunggu ku punya entry lak k, HAHA

    ReplyDelete