Pages

Monday 15 October 2012

sebulan di UKM ~ how's my life ?

Assalamualaikum ;)

apa khabar semua (cehh tak habis2 semua haha mcm ramai je baca) :p entri kali nie nak update skit jaaa (konon) pasal kehidupan aku selama sebulan dekat UKM nie :) and of course, entri nie akan relate sedikit sebanyak pasal subjek aku dan lain-lain.

so start dengan sub-course yang aku amik. hmm aku amik 6 sub-course dalam pure chemistry kat sini. untuk sem nie lah. sem depan maybe akan amik lebih banyak sub utk cukupkan kredit. kalau tak, tak graduate aku nnt hahah sem nie pun baru tersedar kredit aku hanya 14 sahaja. well, i expect for every sem, akan amik 20 credits since i need to complete 120 credits for 3 years - 6 semesters. tapi ... disebabkan ketidakprihatinan si nano nie, malas nak bukak ifolio utk cek course, maka dia ketinggalan -.- mohon hukum diri sendiri k

so, untuk subjek pertama, nak cerita pasal KIMIA ANALISIS ASAS.

sungguh bersih note nye, faham2 lah ye 
hahaha kenapa note tu bersih ? mesti kau ingat aku tido kan ? ngeh ngeh wey aku baik kottt. dlm class tak penah tido :pp HAHAHA k tipu -.- well, to be truth, nota tu clean sebab aku print lewat. prof nye bagi notes lewat, so aku print lewat. masa lecture, aku sketching2 atas kertas kajang saje :)

lecture KAA nie best ... pada mulanya saja -.- bila dah 2-3 kali masuk kuliah, huuuaaarrrgggghhhhh T______T sedih !! sebab apa tawu, sebab prof nyeeeee. hmm kau bayangkan dalam dewan kuliah, kau duduk menghadap skrin kan ? pastu kau bayangkan seorang lelaki tua berkopiah duduk paling depannnnn skali dlm dewan, menghadap skrin jugak mcm korang semua. bercakap tanpa menggunakan microphone. umpama membebel sorang2. dan itulah prof tercinta. k cukup, bayangkan sendiri eh. T____T

second subject, KIMIA FIZIK.

buku BAPA tebal + lecture notes + tutorials
one thing yang aku paling suka pasal kimia fizik nie adalah lecturernye. Prof. Madya Dr. Azizan Ahmad. He's truly awesome !! the way the teach us .. perghh aku yang mmg sejak azali membenci FIZIK nie pun boleh terpikat sedikit sebanyak dengan fizik. well, memang lah nama pun kimia fizik, kimia yang banyak, fizik nye sikit ja. tapi at least, aku bersyukur sebab aku dpt terima fizik kat UKM nie dengan baik. alhamdulillah :)

orangnya pendek ja. hehe botak di tengah tapi ada rambut sikit kan depan, pakai spec. beliau seorang yang proksemik. haha menggunakan ruang sepenuhnya kalau mengajar. ke hulur ke hilir, buat gaya mcm2 gaya ada haha lawak wey prof. nie. sebab tu kot suasana class jd ceria. tapi ... kelmarin, ada satu kejadian yang membuatkan class kimia fizik kami BATAL sampai mid-term :( kejadian yang buatkan prof touching smpai batalkan semua class. uhuk2 .. aku ingatkan kat uni nie takdak dah kes tacink2. rupanya ada lagi. hmmm

benda nie jadi rasanya sebab, ada khabar angin yang mengatakan class kami pada hari rabu tu batal. padahal prof tak cakap pape pun class batal. hmm maybe dia terasa kot, sebab sebelum nie mmg banyak class dia terpaksa batalkan gara2 dia ada meeting dan sebagainya. maksudnya, bukan la dia sengaja nak batalkan. tapi ada pihak yang x bertanggungjawab, menyebarkan kat semua, class batal masa hari rabu tu. mana dapat khabar angin ntah. aku ngan member aku pun dpt tau masa smpai kat dewan. naseb bek kami tak balik lagi, prof masuk dewan. kami pun pelik la, aik. tadi kata takdak class. rupa-rupanya ... hmmm

so, prof kata kalau nak sangat slalu takdak class, dia suruh kami ulangkaji sendiri sampai lah mid-term nnt. haihhh :( tp kalau nak consultation, boleh dtg jumpa dia. hmm sedih yang amat, terkontang kanting la nnt. lepas mid-term exam nnt bukan prof nie yg ajar, tukar prof lain pulak. hmm sedih sedih :(

third subject, TEKNIK MATH.

lecture note + tutorials + conteng ? .___.
selama aku hidup 19 tahun, belajar 14 tahun (lebih kurang), tak pernah lagi aku belajar math dalam bahasa melayu. inilah kali pertama dan kali terakheeeeeeeeerrrrrrrrrr aku blaja math dlm BM. please, after this no more math in BM. please T_____T terseksa sungguh bila nampak perkataan2 yang kita tak familiar dlm BM, tapi sangat familiar dalam BI.

contohnya : limit and continuity yang bila di-BM-kan menjadi had dan keselanjarannnnnn -.- itu belum soalan yang kita selalu dengar, show that bla bla bla ... bila ditukar ke BM, tunjukkan bla bla bla ... bila dah dapat jawapan, kalau dalam BI, kita akan tulis at the end of the answer, SHOWN. tapi since math kat sini dalam BM, hujung jawapan kena letak TERTUNJUK. gahhhhhhhhh T____T

seksa sungguh. sebab sometimes soalan tu actually basic je, kita tahu mcm mana nak buat jalan kerja. tapiiii disebabkan soalannya dlm BM, susah nak tafsir ikut pemahaman kita. susahhhhhhh :( and jalan kerja, ya Allah. miss yang ajar aku tutor tu, dia kata, buatlah mcm dalam karangan sekalipun. takpa ... sebab dia kata prof kadang2 takkan bg markah kalau kita tertinggal sedikitttttttt pun jalan kerja. hmmm

moral of the story : takda moral, cuma berhati2. kbye -.-

fourth subject : ACADEMIC COMMUNICATION

The Great Pyramid Of Giza
yeah, kenapa aku letak gambar The Great Pyramid Of Giza ? kerana inilah tajuk research acom aku hehehe untuk individual punya projek, i'll do a research about one of the sevens wonders of the ancient world which is The Great Pyramid of Giza~ sebelum tu, nak bg tahu nie, acom nie sebenarnya lebih kurang mcm English subject la kat UKM nie. untuk mereka2 yang dapat band 3 or 4 untuk MUET, haaa kena amik acom. kalau band 1 or 2, amik foundation english. band 5-6 amik benda lain pulak. :)

untuk sem nie kitorang akan ada dua projek. satu secara berkumpulan dan satu lagi secara individual. untuk berkumpulan, group aku pilih satu topik yang sangat general dan senang untuk dibincangkan iaitu : STRESS. haaa senang kan ? memang 'senang' sangat hahah and untuk individual, seperti yg diberitahu td. tu lah tajuk yg akan aku buat. hmm nampak mcm senang, tapi sbnarnya perit juga nak ingat sejarah2 benda kat atas tu. berapa inci batu, berapa banyak batu, berapa ramai pekerja ... pengsan weh ><"

bila tiba masanya, kena present. dan bila tiba masanya untuk present ... brrr brrr *terketar lutut*

fifth subject : AMALI KIMIA.

jotter + lab report + safety goggle + lab coat = pengsan .___.
hehehehehehehehe =___= actually nie bukanlah subject pun. nie cuma requirement untuk course aku nie. nama pun course sains kimia, mestilah ada amali kimia kan. hmmm before masuk lab, ada beberapa peraturan yg wajib dipatuhi. kalau tak, kena halau lah kau, balik bilik tido k. kehkehkeh. okay, peraturannya adalah pakai lab coat siap2, pakai goggle siap2, siapkan jotter before masuk lab, dan pakai kasut bertutup (bukan kasut jalan2, kasut sukan).

setakat nie 2 amali sudah aku jalani. and bleh tahan lah lancar jugak. tapi seksanya nak buat report T_____T introduction pun miss intructor tu tak kasi amik sebijik2 dr manual. kena buat sendiri T___T sedihhh sedihh. tapi alhamdulillah, masa dia bg utk siapkan report tu seminggu hehehe kalau kat matrik dulu, experiment hari selasa, lab report hantar hari rabu esoknya -___-

and kitorang buat experiment berpasangan berdua2. malangnya, nama aku bawah nama seorang lelaki. maka aku buat experiment dgn pakcik tu hehe naseb baek dia tua, 24 tahun kahkah. tp alhamdulillah, dia bg kerjasama dgn baik lah jugak. :)

andddd the last one, PEMBANGUNAN DIRI.

syahirah + azani = awesome lol
hahahah tu TERperahsantan sebentar ye :p okeh untuk pembangunan diri, kami diberi masa dua minggu untuk prepare sebuah sketsa berkenaan komunikasi laras bahasa lisan dan bukan lisan. ehehe seperti yang anda dapat lihat, watak yg telah diberikan kpd cik azani adalah seorang jururawat :)

uniknya, watak jururawat yang aku pegang nie adalah seorang jururawat yang gedik, kasar dan suka make-up di mana2 sahaja beliau berada -_____- hahahah tp syukur alhamdulillah, prof kata lakonan yg baik :p kekeke nak tengok er video ? ada kat youtube. tapi aku segan nak tnjuk. sbb mcm ... hmmm maluuuuu hahahah (''')(''') tapi kalau nak tengok jugak, klik sini :) jangan gelak please T___T hahahah

~~~~~~~~~~~~~~~~

so, itulah 6 sub-course yang aku amik kat sini. untuk aktiviti2 lain, aku ada masuk sekreteriat kebudayaan atau short formnya org panggil kebud. dah masuk sekreteriat kebud, automatik akan masuk kelab kebud. memegang jawatan sebagai timbalan setiausaha hehe. and since aku course sains kimia, automatik akan masuk kelab kimia :) lagi satu, aku juga ahli kelab keusahawan B-Mart iaitu koperasi kolej. hehehe best jugak jd ajk B-Mart. banyak faedah dan banyak pengalaman :) ada yang baik, ada yang buruk. tapi itu semua kan norma hidup ^.^

untuk SUKEM, aku tak join pape since keadaan tak mengizinkan. mula2 mmg nak join team basketball kolej, dah tulis nama pun, but then i don't know why dengar2 cerita team basketball kolej tarik diri. hmm tak percaya dgn kemampuan junior mungkin .____.

nevermind, aku ada 3 tahun kat sini. mmg tak lama, tapi still, banyak aktiviti boleh join. best jgak bila melibatkan diri dgn aktiviti2 kolej. dapat pengalaman, dapat kawan baru. kan ? hee okay okay, stop sampai sini jea eh. actually aku malas gila nak update blog, bersawang dah nie lama tak update. tapi rindu kat blog membuak2 :p tu yg update jugak nie. haaaa SIKIT lah sangat kan hahahaha sorry guys :p

anyway, thanks sudi menjenguk. take care, assalamualaikum ;)

No comments:

Post a Comment