Pages

Wednesday 20 March 2013

FESKAB 2013

Assalam :)

entri kali nie nak ceritakan pasal FESKAB 2013. untuk makluman aku tak terlibat pun dengan FESKAB (dari segi ajk nya). aku cuma terlibat waktu persembahan masa majlis penutup.

persembahan apa? em em ... cer teka ...........

haha motif sangat laa kan kat sini nak maen teka2 plak -.-

persembahan tarian :)

malas nak cerita banyak, cuma well, kalau nak buat persembahan mestilah ada latihan khen. haaa tiap2 hari iolls latihan malam2 kat bilik kebudayaan. em agak2 dlm seminggu lebih sikit laa jugak kot utk practice. so dont expect too much on our persembahan. takde lah segempak artisukma UKM. wuwuuu~

anyway, here's the video recorded by Ros Ashikin Roslan guna BLACKBERRY (saja caps lock) dia masa kami sedang membuat persembahan. hoho segala kata2 dan komen2 dlm video tu semua suara si Ros dan kawan2 semejanya hahahah yang baik aku terima sebagai pujian, yang agak kureng tu, terimalah sebagai pengajaran. hehe~


haaa gitew lah lebih kurang. yang penting tak nampak pun muka iolls yang mana :P and yang penting lagi, senyummmmm sampai habis tarian! haaaa hahahah 

kalau pandai, teka lah aku yg mana. kahkahkah 

part last yang takley bla aku rasa. Kak Lyeen bleh plak pi tepuk tangan after habis persembahan tu kahkahkah sengal gila xD

btw, aku nak express sedikit rasa tak puas hati dengan ... sesetengah pihak ... hmm malas nak sebut siapa, tapi anda tahu anda siapa ... mohon lah terasa sikit.

nak dijadikan cerita, waktu petang kami buat final rehearsal, datanglah seorang hamba Allah nie kat meja yang kitorang duduk ... dia kata macam nie "malam nie jemput laa ea budak2 kebudayaan untuk duduk kat meja yang kitorang sediakan. kitorang sediakan dua meja untuk korang."

dengar berita macam tu, happy lah jugak kan. at least after buat persembahan and sementara tunggu ucapan pengetua yang 'sepatah dua kata' tu habis, boleh jugak tengok persembahan lain skali, and boleh sama2 menjamu selera. sebab event penutup tu skali dengan dinner ...

and then malam after preparation, kitorang datang ah. mmg dah bersiap ah berbaju kebudayaan semua. tunggu masa je utk perform. but then tiba2 abang Azrul cakap, "kita takde meja" we was like ... em ... okay ... okay fine ... semua dah lain macam. terasa ... then abang Azrul ckp lagi, "takpe, tak payah buat muka sedih, kita duk je kat tepi LONGKANG tu. dah dah, jom"

selama nie, diorang duk cakap2 yang budak2 kebudayaan tak pernah diberi penghargaan langsung oleh pihak tut serta banyak lagi pihak. aku kurang percaya. aku macam ... aik .. takkan laaa sikit penghargaan pun takde langsung? but then bila benda macam nie jadi, baru aku sedar ... kau nak tahu, diorang akan cari budak2 kebudayaan, bila ada event je. tu pun layan macam sampah.

aku sangat tak sangka sampai macam nie. serious talk. 

sedih! kitorang makan pun, waktu event habis. sisa weh sisa! lauk pun nak habis semua. macam nie ke patutnya diorang layan kitorang? aku taktau laa apa yang diorang tak suka sangat dengan budak kebudayaan. at least appreciate laa sikit our efforts. bila nak event, baru tau nak tunjuk baik, nak panggil ape semua. ish tak faham aku!

masa meeting kelmarin, aku sokong sangat bila kak Nafa kata, lepas nie dia akan buat surat kepada pihak atasan, untuk FESKAB 2014, budak2 kebudayaan takkan involve dah! kalau nak buat persembahan ke ape, import budak luar. ataupun pakai budak2 selain budak kebudayaan. 

nampak tak mereka semua dah sampai limit? aku yang baru first year nie pun bengang bila kena layan macam tu, bayangkan diorang yang dah second year, third year duduk Aminuddin Baki. mesti rasa tak dihargai. huhu

yang paling menyentuh hati bila salah seorang orang kuat kebudayaan buat status semacam di bawah :

klik untuk tumbesaran ._.
sedih dan terharu dengan ukhwah yang wujud antara kitorang ... walaupun ada certain manusia yang mungkin akan backup orang2 besar kat KAB tu, tapi diorang tak berhak nak judge we olls kalau diorang tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di sebalik ketegangan yang ada ...

and aku sangat bertuah, sebab menjadi salah seorang ahli kebudayaan. bak kata Kak Farah, "biarlah diorang tak hargai kita pun. yang penting kita tau siapa kita, and kita hargai sesama kita." 

:')

aku harap ukhwah antara kita akan tetap kekal selama-lamanya :) yang pentingggg kita enjoy! heheh! >.<

thanks kak Nafa, kak Tira, kak Farah, Ziera, Nad, Farah, MJ, Kak Lyeen, Meelah, Azman, Hadi, Fairuz, Epul, abang Azrul, abang Bam, abang Topek and semua2 yang terlibat waktu malam tu, yang banyak tolong kitorang. thanks!! sayang korang ketat-ketat! hahahahah 

okay setakat tu je cerita aku. sebenarnya banyak lagi nak cerita. pasal perkara2 yang terjadi waktu latihan, waktu meeting, tapi biarlah kenangan tu disimpan manis-manis oleh aku. hehe~ :3

thanks sudi baca entri kali nie. kalau dapat figure out mana satu aku waktu perform dalam video tu, roger2 lah eh. nnt aku bagi hadiah. percutian selama-lamanya dalam bilik sendiri. free weh! hoho tak lawak. kbye. thanks uolls :*


No comments:

Post a Comment