Pages

Wednesday 13 March 2013

Terima Kasih Allah :')

Assalamualaikum ...

baru balik dari melawat Ejad. penat, letih, sedih ... :'(

well ... pertamanya, alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan doa kami berdua. dapat jugak aku pergi melawat dia tadi ... alhamdulillah, bersyukur sangat.

dari UKM naek rapid, pastu singgah Hentian Kajang sebab Myra nak beli tiket bas, dia nak balik Terengganu esok. then naek rapid semula, heading to Kajang. sampai Kajang, cari teksi untuk ke Penjara Kajang.

masa sampai tu terus buat pendaftaran apa semua ... rupanya dah hampir 3 minggu dia kat sana ... dia start masuk masa 20/2/2013 ... hari nie dah 13/3/2013 ... bayangkan betapa lamanya dia duk menghitung hari, takde ke ahli keluarga dia yang nak datang melawat dia ...

masa aku mula2 masuk tempat melawat tu, aku taktau nak gambarkan perasaan aku macam mana masa nampak dia ... dia pakai baju banduan ungu untuk budak2 juvana ... rambut dah kena potong ... memang daif sangat2 keadaan dia ...

masuk je ke bilik tu, terus capai telefon yang ada. walaupun tak dapat nak bersentuhan, kalau ikutkan mmg aku nak sangat peluk dia, sebab aku rindu sangat3 kat dia ... tapi dipisahkan oleh cermin lutsinar. tu pun jadilah ... bersyukur, at least masih boleh nampak keadaan dia ... muka dia ... 

ya Allah ...

dia dah kurus ... aku sedih sangat masa bercakap dengan dia ... memang tak dpt nak tahan air mata kat situ ... dia pun menangis jugak ... dia kata, dah lama dia tunggu nombor banduan dia naik, menandakan ada pelawat. tapi hari2 setiap kali takde nama dia, dia menangis ... dia tunggu kitorang datang melawat dia ... 

alhamdulillah, aku nampak muka dia gembira tadi masa aku datang jumpa dia ... dia kata, dia macam tak percaya bila warden panggil nombor dia ... menggeletar tangan tunggu siapa yang datang melawat dia ... and soalan pertama yg dia tanya, "mana abah?"

aku jadi kelu nak jawab ... macam mana aku nak cakap yg abah masih tak boleh terima kenyataan semua nie ... aku cuma mampu cakap, "abah tak boleh datang, kereta rosak ... nie kakak datang sorang ..."

ya Allah ... sungguh aku tak kuat masa tu ...

dia kata, dia betul2 taktau macam mana dia boleh kena tangkap ... dia betul2 tak sangka kawan2 dia akan perangkap dia sampai macam nie ... sebab tu masa perbicaraan pertama haritu, dia tak mengaku ... sebab dia yakin dia tak bersalah ... yang betul2 dah mengaku tu cousin aku, nama dia Qushairi. kitorang panggil dia Herry je.

and disebabkan haritu dia tak mengaku salah, and peguam yang handle kes dia pun cakap, jangan mengaku, sbb tu hari khamis depan 21hb Mac, akan ada perbicaraan akhir yang akan menentukan dia bersalah atau tak ... kalau bersalah, dia mungkin akan dihantar ke Sekolah Tunas Bakti dekat Sungai Besi ...

aku sedih tengok keadaan dia ... ya Allah :'(

dia kata, dia risau pasal kitorang ... kitorang sihat ke, kenapa tak datang jenguk dia ... :'(

and dia asyik mintak maaf dengan semua yang terjadi ... dia kata dia rasa bersalah sangat kat abah sebab asyik buat hal ... dia mintak maaf and dia rindu sangat dengan kitorang semua ... tiap2 malam dia nangis bila ingat pasal kitorang ...

aku kata, kitorang semua sihat je, kitorang yang risau pasal dia ... tapi dia kata dia duduk dalam tu okay je. makan cukup 3 kali sehari ... walaupun tak kenyang tapi dia masih boleh terima ... dia kata dia belajar banyak sangat benda ... belajar buat kek, belajar solat, belajar macam2 lagi ... dia ada sekolah kat dalam tu ... alhamdulillah, lega aku dengar ...

walaupun keadaan dia macam tu, dia masih boleh senyum kat aku ... dia masih sempat nak bergurau dengan aku .... 

ya Allah, sungguh dugaanMu berat :'(

dia asyik ulang je, "jaga abah baik2, jaga adik baik2. tengokkan adik, suruh dia belajar. aku dah tak boleh nak ajar dia. nanti kalau aku dah keluar, aku nak belikan hadiah untuk Airin. sebab haritu aku tak sempat nak sambut birthday dia ... cakap kat abah, aku sayang abah sangat2 ... aku mintak maaf ... aku sayang adik jugak ... kirim salam rindu kat diorang ..."

aku sedih ... aku sangat sedih :'(

aku asyik teringat2 suara dia tadi, muka dia ... dia menangis jugak tadi ... :'(

masa pendaftaran tu, pegawai tu ada bagi senarai makanan yg kita nak beli untuk dia ... aku tick lah yang mana dia nak. mcm2 dia mintak sbg bekalan ... roti, biskut, air sejuk, mee goreng, baju ... macam2 lagi ... aku jadi kesian :'(

dia tak dpt nak tengok dunia luar ... dia terkurung je kat dalam tu ... :'(

ya Allah, aku sangat sedih ... :'(

dia asyik mintak maaf sebab dia fikir susahkan aku untuk melawat dia ...

bila dah nak habis masa tu, berat sangat2 hati aku nie untuk lepaskan dia ... sedih tengok dia pergi ... sedih sangat2 ... :'(

dia pesan, jaga diri baik2 ... jangan risau pasal dia kat dalam tu ... dia okay je ... and dia harap sangat masa perbicaraan hari khamis depan, semua dapat datang ... aku dah janji dengan dia yang aku akan pujuk abah untuk datang ... aku dah janji and aku akan tunaikan tak kira apa pun yg berlaku ...

doa aku, semoga Allah berikan dia kesabaran yang tinggi dengan semua yang jadi ... inshaAllah, kalau benar dia tak bersalah, Allah akan tunjukkan kuasaNya ... Dia tahu apa yang terbaik ... andai kata Ejad tetap kena hantar ke Tunas Bakti tu, mungkin ada hikmah ... untuk jadikan dia seorang insan yang lebih baik ... inshaAllah ...

semoga Allah lembutkan hati abah jugak ...

semoga Allah kuatkan hati aku ...

hati aku menangis ... menangis sangat2 ... :'(

aku dah tak kisah apa org nak cakap pasal aku ... pasal adik aku ... aku dah lalui banyak benda dari aku kecik. sejauh mana pun aku pergi, kisah silam tu tetap ada dalam ingatan. memang takkan lari. takkan dapat lupa. nak taknak, aku kena terima ... 

kau tak ada kat tempat aku, kau takkan faham. sebab tu aku macam nie ... aku kuat, aku senyum, aku gelak, aku still boleh bagi komitmen dekat ramai orang, sampaikan orang ingat aku nie tak pernah ada masalah ...

bila hal macam nie jadi, memang betul2 menguji sejauh mana kekuatan aku ... aku belum cukup kuat untuk menghadapi semua nie ... nak bergantung harap pada siapa? 

nobody except Allah ... 

terharu bila salah seorang ahli Bmart, yang aku rasa dia tak rapat pun dengan aku, tapi dia ambil berat pasal aku ... masa aku cerita kenapa aku tarik diri dari Abadi, dia sendiri tak sangka masalah nie berat. and dia menangis ... yeap, dia yang tak rapat pun dengan aku, menangis bila tau masalah aku ... sebab dia kata, dia rasa dia macam kawan tak guna ... sebab tak dapat buat apa2 untuk tolong aku ... aku terharu sangat2 ... sumpah terharu ... thanks, dear someone ... :')

aku takkan putus doa ... untuk adik aku ... aku taknak dia jauh dari aku ... aku tak sanggup kehilangan mana2 ahli keluarga lagi dah ... aku belum ready ...

inshaAllah, khamis depan, segala2nya akan ditentukan ... and alhamdulillah, hari nie aku dapat lepas rindu dekat Ejad ... walaupun sekejap ... alhamdulillah, aku bersyukur ...

terima kasih Allah :')

1 comment:

  1. semoga kuat utk hadapi semuany :) insyaAllah. Allah dgr doa kita. kuat azani. Allah takkan uji kalau kita tak mampu. be tough girl.

    ReplyDelete