Pages

Friday 13 June 2014

Mud Ekjem


Aku versi anime. Kahkah *menyorok belakang langsir*
Tahukah anda, UKM dah start final exam untuk pelajar2 tersayang pada 9 Jun yang lalu? Ya, paper first aku pun start 9 Jun juga, sama macam orang lain. Dan bakal habis pada 23 Jun 2014 untuk paper Amali Kimia.

Jujur cakap, sem ni paling teruk. Segala-galanya teruk. Schedule class mostly start pagi sampai petang, Jumaat petang pun masih ada class sedangkan waktu tu telah masuknya waktu untuk sesetengah pelajar balik ke rumah untuk cuti hujung minggu........

Assignments yang suka datang secara berjemaah terutamanya bila dah dekat2 midtest dengan final exam. Bayangkan time study week pun ada 2 assignments to be accomplished. Memang membantu pelajar, tapi bagi aku, study week tu masa untuk study lah bukan untuk berassignment. Study week sem ni walaupun hampir 9 hari, aku rasa macam 2-3 hari je, cepat benor masa berlalu.

Dan berita paling menyayat hati sekali adalah semestinya schedule final exam aku. Nak bersedih pun rasa tak sempat sebab nak taknak memang terpaksa kentalkan diri untuk first 4 killer papers yang berderet dari 9 Jun sampai 12 Jun 2014. Ya......

Tengok tarikh hari ni, 13 Jun 2013, jam 00:25 am. Menandakan aku sudah pun menghabiskan 4 killer papers dengan jayanya. Ni lagi menyayat hati. Sebab tak sangka aku mampu bertahan selama 4 hari berturut2. Tidur takat 3 jam eleh nak ngences pun tak sempat HAHA bangun terkebil2 je mata ni ha nak bukak. Berkali2 ke toilet pastu splash air ke muka acah2 macam dalam iklan, sbb mengantuk sangat.


Alhamdulillah, nak kata yakin lepas jawab 4 papers tu, takde lah kan kang orang kata over confident plak. Bhahaha cumanya, alhamdulillah, okay laa jgak cuma stakat ni subjek yang paling tak meyakinkan adalah Kimia Koordinatan. Tu je la kot, yang lain alhamdulillah soalan2 past year yang banyak keluar. Dan aku sebenarnya menjenguk2 je past year tu, tak buat pun HAHA tapi em em, alhamdulillah jelah mampu komen.

Dan sebenarnya agak terkilan sedikit sbb jadual ni berderet. 10 Jun haritu birthday adik perempuan aku dan aku tak dapat nak balik rumah sambut dengan diorang. And aku yang paling tak prepare apa2 untuk adik aku sebab aku lupa -_____- Teruk gila rasa, dok fikir pasal final exam yang berderet sampai lupa salah satu tarikh tu adalah birthday adik aku.

Anyway, harapan aku tinggi jugak untuk sem ni. Kalau boleh nak naikkan pointer dari sem lepas, walaupun hakikatnya aku tau sem ni paling teruk pengurusan masa dan hmm taktau lah cemana. Tapi insyaAllah, setiap usaha ada ganjaran-Nya dan aku harap usaha aku berjaga malam dan sebagainya ni berbaloi lah. Memang ilmu bukan pada pointer tapi zaman sekarang ni sape je yang tak tengok pointer kan. Pastu compare2 macam mintak lempang. (Tiber emo)

So all the best kepada semua yang mengambil final exam sama seperti saya. Semoga semua usaha kita dibayar cash cash cash di dunia, kalau tak bayar cash kat dunia pun, insyaAllah ada cheque untuk ganjaran akhirat sana. Study study jugak, solat jangan lupa. Lagi2 sekarang dah Syaaban, dah boleh start bangun malam dan beribadat, biasakan diri dengan amalan sebelum menghadapi Ramadhan. Bersama-samalah kita. Hehe


Aku ada 5 papers to go lagi, minggu depan doublet of doublet, Isnin Selasa dan Khamis Jumaat. Dan minggu lagi satu, last paper hari Isnin. Moga dipermudahkan. Saat saat macam ni, doa dari ibu dan abah serta doa sahabat dalam diam amatlah diperlukan. Doa :)

Dan kemudian berholidaylah kita ke Terengganu. Yeeheeeee. Untuk apa? Jeng jeng jeng. Nanti update lagi.

Sekian, mekaseh kerana sudi menjenguk. Rindu ngat kat blog ni tapi takdak masa nak update. Ni curi masa sat. Kihkih

P/s : Musim panas terik macam ni elok jugak kalau buat agar-agar kering. Waahhh tazzabar nak buat kuih raya. Projek cuti nanti ~.~

P/s lagi : Untuk World Cup, aku sokong Germany ah cam biasaaaa. Tapi sedih sebab Reus tak main, injured. Get well soon, sayang. Eh kbai

Flying kiss dari jauh k. Eh eh eh
Bye :D


No comments:

Post a Comment