Pages

Thursday 9 August 2012

25 Things About Me :)

Assalamualaikum everyone :)

"how are you today ?" "i'm fine thank you." <--- ayat skema. ngeh ngeh ! dulu masa sekolah rendah dgn lower form slalu lah jugak sebut2 ayat tu an. bila cikgu english tanya, mcm tu lah kita jawab. sekarang tade dah. org zaman skunk depa pakai "yo wassup bro!" tak pun "yo bro, pa habaq?" ada tu yg "yo bro supppppp" mcm tu ja. punyalah pemalas org zaman skunk haha ~

okeh, aku tanya mcm biasa ja la nohh. pa habaq hampa ? hehe~ aku . . . . dah makin okay alhamdulillah. setelah 2-3 hari berdepan dgn berbagai-bagai jenis masalah dan kesusahan serta kekecewaan yg takdelah smpai nak bunuh diri, hari nie aku bangkit sikit lah. ada jugak semangat nak hidup tu lagi. hehe~ alhamdulillah.

pasal cinta beruk aku tu, aku dah malas nak fikir. pasal tawaran beruk tu pulak, hahaha sukati je. maksud aku, pasal tawaran tu, aku dah boleh lah meredhakan ia pergi. cuma hancur sikit la hati nie sbb ibu aku nangih smlm, pasai peluang tu terlepas. huhu~ abah aku pun kata sayanggggg sangat2 sbb terlepas. hmmm nak wat camna kan, tadak rezeki. haihhhh~

nampak tak menjadi seorang AKU nie bukanlah senang mcm yg orang lain sangkakan. hmm~ ada org kata, bestnyaa jadi AZANI (sengaja caps lock) sebab dia tutttttt, tutttttttt dan tutttttttt. hahahaha pandai2 isi sendiri ea. nnt kata aku riak plak haha~

so let me tell you 25 things about me. 25 ckup lah, byk2 kang muntah plak haha. 25 things yg selama nie mungkin ada yg dah tahu, mungkin ada yg belum tahu. mungkin ada yg menarik, mungkin jugak ada yg pelik. mungkin ada yang kelakar, mungkin ada yg menyedihkan. mungkin ada yg bosan -.- tapi semua tu kan ragam kehidupan ^_^ ready ? get set . . . . go !

tembam gilossssssss -____-"

  • Nama penuh aku Nurul Azani Binti Azman [semua 5 huruf hehe]. mana datang Azani : Azman [abah] + Rosni [ibu, nama panggilan Ani]. So Az + Ani = Azani. mostly org panggil aku Azan, Zani atau Azani. kaum kerabat semua panggil Nurul. hehe~
  • Aku lahir kat Lumut Perak. stay sana smpai umur 10 tahun, lepas tu pindah Kajang Selangor. ibu aku mmg org Perak yg belah utara2 sana. abah aku mmg tulen utara, kat Kodiang Kedah. tu yg aku ada slank utara nie. tapi tak pekat sangat la kot hehe~
  • Aku ada dua ibu, dua abah. abah kandung, abah tiri, ibu kandung, ibu tiri. sekarang aku stay dgn abah kandung dan ibu tiri [mama]. ibu kandung [ibu] dgn abah tiri aku kat Perak sana hehe~ [pening dak? haha]
  • Aku anak sulung. ada 2 adik kandung. 3 adik tiri. yang stay dgn aku, adik tiri sorang ja. maknanya anak abah aku dgn mama aku. yang lagi dua orang stay Perak sana, anak ibu aku dgn abah tiri aku. haaaaa serabut ? kahkah
  • Favourite colour aku PUTIH. sebab tu pilih mawar putih haha~ dulu aku paling benci warna PINK ! tapi sekarang tengoklah, blog aku pun ke-PINK-PINK-an haha
  • Aku sangat suka mengunyah. [taknak taip perkataan makan] hahaha kalau boleh aku nak mengunyah tiap2 masa. sbb tu slalu beli chewing gum. bagi mengelakkan aku mengunyah benda2 yang boleh menaikkan berat badan, so aku beli benda yg bila kita kunyah, tadak effect dan akhirnya masuk tong sampah jugak. ngeh ngeh
  • Aku penggemar laksa. lagi2 laksa utara. mashaAllah, mmg takkan tolak hahahah senang naik berat badan kalau mama aku buat menu laksa. boleh bermangkuk2 aku makan hahaha gila toi
  • Aku ada satu penyakit iaitu asthma. asthma aku kronik jugak sbb tiap2 hari kena pakai inhaler. that's why aku tak boleh buat aktiviti2 berat sgt. lari lari tu, joging, skipping, semua cari nahas lah tu. haha kalau gelak over sangat pun boleh berbunyi nafas aku
  • Aku penggemar asam dan jeruk. haaaaa nie benda paling bahaya dlm hidup aku, yet aku sangat suka makan. selalu kena belasah ngan ibu aku kalau kantoi makan asam dgn jeruk. sbb benda2 nie boleh mengundang serangan asthma. tapi aku peduli apa kahkah *gila
  • Aku paling fobia pada serangga. huuuuuuu T____T even serangga2 tu kecik je, tapi aku tetap fobia. contohnya kerengga ke, semut api ke, cengkerik ke, belalang ke, mentadak mentaduk ke. anything yg serangga2 nie mmg aku fobia. boleh menangis kalau org kacau aku pakai serangga. huhu ~ 
  • Hobi aku, opsekossss onlineeee jer sepanjang masa. kalau dulu, kaki novel. sekarang kaki online. hewhew i don't know, i just love to make friends with people even dalam dunia maya sahaja. it's fun, mcm2 jenis orang kita boleh kenal. but then kita kena ingat lah, beware, org yg kita kenal dlm alam siber might not be same as the real one. so be careful :)
  • Cita-cita aku, dr kecik smpai lah ke besar. nak jadi seorang doktor. masa sekolah menengah dulu, aku nak jd doktor tulang [kebetulan sama dgn crush :P] but then tukar nak jadi doktor gigi or pharmacist. and now, the ambition will only be kept as one of my memories sbb aku perlu fulfill my dad's wish to become a lecturer. inshaAllah :)
  • Aku layan kpop, korean dramas tapi aku tak layan anime atau jepun. aku tahu ramai kat luar sana tak suka kpop. especially lelaki kan. they said kpop looks like gay. nevermind, as long as kau tak cakap benda tu depan aku, i'll try to pekakkan telinga dgn apa org kata. but once you kutuk korean depan aku, jgn terkejut kalau kena ambush k. haha~ coz aku tak suka org yg tak reti menghormati hak org lain. hak aku utk memilih muzik apa yg aku nak dgr, drama apa yg aku nak tengok. kan ? :)
  • Aku susah nak tido awal. sejak2 dok rumah nie lagi lah bertambah susah tido malam. mata nie susah nak lelap. unless kalau seharian aku keluar jalan2 ke buat something yg memenatkan, aku boleh tido selama 12 jam tanpa tersedar langsung. kahkah
  • Sejarah sekolah aku : Tadika Kemas [5-6 tahun di Perak] > Sekolah Kebangsaan Seri Manjung [1-10 tahun di Perak] > Sekolah Kebangsaan Jalan Enam [10-12 tahun di Selangor] > Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga [13-15 tahun di Selangor] > Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Bharu [16-17 tahun di Selangor] > Kolej Matrikulasi Selangor [18 tahun] > bakal mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia [now]
  • Aku suka seni. sangat suka melukis, mewarna, menghias or anything yg memerlukan kreativiti. aku suka, aku minat dan aku akan buat dgn bersungguh2 bila disuruh hahaha that's why aku pernah jadi Ketua Keceriaan Kelas for 5 years :D
  • Favourite subject : Mathematics and Chemistry. mmg gila2 punya minat. math mode mmg fun and boleh tahan senang, add math lagi lah favourite. chemistry minat jugak sbb cikgu2 yg ajar aku semua best2. blum ada yg tak best. hehe~
  • Result big exams aku slalu tak cukup satu A. sebab UPSR aku 4A1B, PMR 7A1B and SPM 8A1B jugak hahaha cuma bezanya SPM ada A+,A dan A- kan. but bila campur mcm tu lah dpt. and alhamdulillah untuk matrix punya result . . . . . tutttt hehe~
  • Aku mmg jenis 'pung pang pung pang' 'hoiiiiiiiii' 'wehhhhhhhhh' 'hahahahaha' 'HAHAHAHAHA' semasa menaip dan berborak dgn rakan alam maya. tapi hakikatnya aku agak pemalu dgn org yg baru kenal in realiti. kalau dah biasa2 baru betul2 'pung pang pung pang' dan peramah ^_^
  • Ramai yang kata muka aku nie muka bodoh. HAHAHA serious, bila result kuar, kan orang2 sibuk tanya dapat berapa dapat berapa ? pastu aku cuma akan bg tau certain org je. yg laen semua dah find out sendiri dr org2 yg bertanggungjawab menyebarkannya -___-" and ayat pertama yg keluar dr mulut diorang : "serious azani tu dpt tutttt ? perghh. muka dia tu . . . . tetttttt" =.=
  • Aku penggemar COKLAT dan MINUMAN BERKAFEIN. haaaaaa duit aku mostly habis kat coklat or nescafe original. pastikan ori baru beli. ngeh ngeh. mmg favourite sejak azali. masa kat matrik hampir setiap hari beli nescafe. mmg addicted dan keperluan. kalau cek air kencing rasanya positif dadah hahahahaha [nescafe dadah eh? o_O]
  • Movie ? semua aku layan yg best2. tak kisah la melayu ke omputih ke thailand ke korea ke. tapi mostly prefer movie yg kelakar or romantik2 gitu. hehe kalau yg seram2, kena bawak bantal pergi wayang :/
  • Dari kecik aku dah diajar untuk hidup independent kat dunia nie. semua benda aku kena buat sendiri. bayar yuran sekolah sendiri, tanpa ibu bapa dtg. pergi amek result upsr, pmr, spm sendiri tanpa ada org teman. masa menuntut kat maktab dulu, pergi dan balik rumah dr maktab serta dr rumah ke maktab, semua buat sendiri, naik ktm. dgn barang2 banyak ke lantak lah. kena jugak berdiri atas kaki sendiri. abah aku hanya amik time first dftar dan akhir tahun habis blajar. haha buat ic, daftar sana sini semua sendiri. pengalaman :D
  • Sifat semulajadi dalam diri : mudah suka, susah lupa, tak pernah serik. haaaaa nie paling susah nak buang. bila nak matang tak tahu lah. serious mmg aku nie kebudak-budakan hahaha tak pernah ambil serious benda2 yg org cakap, suka main2. sbb tu slalu kena marah -____-"
  • Last but not least, tak perlu banyak syarat untuk jadi kawan aku. be nice to me and i'll be nice to you. what goes around comes around kan. :) my attitude is based on how you treat me. jarang lah org nampak aku marah yg betul2 marah. kalau aku serious pun org kata aku maen2 -___-" tapi kalau satu hari nnt aku meletup, it'll be a nightmare to you hahaha [bajet retissss gilosssss cakap]

hehe so, dah tahu serba sedikit pasal diri aku kan. walaupun mungkin agak membosankan, but thanks sangat2 sebab sudi baca. :) really appreciate that. aha aku dah buat entri mcm nie, so korang bila lagi ? sama-sama lah kongsi pasal diri masing2. dpt tahu sikit pun jd lah kan ? heeee okay lah. nak out dulu. assalamualaikum and take care :*

zzzzzzZZZZZZZZ :PP


pesanan khidmat masyarakat khas untuk pembaca2 blog aku : 

"kita hidup di dunia nie hanya sementara. nyawa kita nie pinjaman dr Allah sahaja. kelebihannya, Allah tak minta bayar balik, bunga pun tak ada, pasu, baja semua takda. yang Allah perlukan hanyalah kita sebagai hamba setia untuk beribadat kepada-Nya. Ganjaran yang Dia bagi tu bertimpal-timpal, lagi2 di bulan mulia nie. hari nie pun dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan. jadi sama-samalah kita mencari keredhaan Ilahi. semoga kita semua diberkati oleh Allah. aminnnn~ ^_^"

2 comments:

  1. wow..obvious budak2 tp matang..=)

    ReplyDelete
  2. aik. camno tuh ? hehe ~ mmg budak2 pun :p
    matang dlm hal tertentu ja kahkah

    ReplyDelete