Pages

Monday 27 August 2012

hari yang _____ (5 markah) -,-

Assalamualaikum :)

heee nak cerita pasal hari nieeee hari yang sangattttttt memenatkan. extremely tiring. semalam ingatkan dah kuat mental dan fizikal nak menghadapi hari nie. rupanya sangkaanku meleset. ecehhh hahaha~ ikutkan hati nak je tido skrg, tapi . . . .  tettttt hehehe disebabkan beberapa perkara, aku kuatkan jugak laa diri nie kan :3  tapi kalau tertido tu, mmg takleh buat apa lah kan .__.

smlm tido kul 3 pagi setelah memungkiri janji, kata nak offline pukul 2.45 -,- mmg janji melayu betul hahaha ><" maaf kepada org yg aku dah berjanji tuh :P agak menggila dgn org tu smlm, masuk air betul hahaha~ smpai nak tido pun tersengih2 lagi hahahaha sengal ><" okay dah, kang tersasar dr tujuan sebenar haha :P 

bangun kul 5.40 pagi. haaa kira sendiri brape jam je aku tido. mmg mata sangatlah malas nak angkat, smpai adik aku terpaksa gerak2 kan badan aku, baru aku bangun o.o siap2 apa semua, hantar adik gi sekolah. pagi tadi hujan, so agak terpaksa meredah naik moto tu. sejukkkkk ~.~ menggeletar badan. naseb sorg tu je, yg paling kecik malas nak gi sekolah .___. maklumlah, dah cuti lama. mama tade, aku takleh nak paksa dia. huahua tp td dah ckp baik2, esok kena pergi sekolah jugak ! ><"

pas hantar adik, mandi, basuh baju, basuh pinggan, sidai kain, kemas2 apa semua. masak ! >< hari nie menu daging masak black pepper. aku taruk2 je hahaha mula2 rasa masin ( org tua2 kata kalau masakan tu masin, gatai nak kahwin. erkkk ? ) pastu tmbah air sikit. baru okay, alhamdulillah :D panaskan lauk smlm, masak nasi. goreng naget utk budak kecik tu nak sarapan. kul 9.30 siap semua. 

yang adik laki tu tak bangun tido lagi -,- dye tak keje, so aku suruh dia jaga rumah. aku gerak gi bank islam ngan si kecik tu. naik moto hahaha berani :3 tade lesen nih. bank islam punya cawangan dah lah jauh dr rumah. and possibility nak kena roadblock tu mmg ada. cuma bernaseb baek je sbb smpai hari nie masih tak kena hahaha :D

smpai bank islam tuh, mesin ambik nombor giliran dia rosak. so mmg kena beratur panjangggggggg (mungkin sbb hari nie isnin) dengan sabarnya aku beratur. akak tu pun mcm susah je nak sebut2 nama haha selalu kan pakai mesin nombor jea. nie kena sebut nama. haihhh 

smpai giliran aku, nak buka akaun bank islam lah nie kan. tunggu dia proses, skali akak tu sebut jumlah yg kena bayar. aku pasang earphone time tu ><" dia sebut RM 120. aku ingatkan RM 20 jea. sbb kat dlm buku panduan UKM pun tulis RM 20 jea nak bukak akaun. aku pun keluarkan not RM 50. rupanya RM 120. patut lah akak tu pelik jea. maluuuuu >< naseb bawak duit lebih. kalau tak, ternganga kat situ ! ><" 

aduhaiii, rabak poket aku hahaha~ masa dia dah habis proses tu, dia bg ic, kad atm dgn printed paper sehelai JE. aku pelik .__. kata buka akaun, kenapa takda buku ? pastu aku pun tanya lah dia, dia kata mmg takda buku. lagilah bertambah pelik hahaha~ dua kejutan dah dpt pagi2 =.=

terus aku text member yg masuk UKM gak. si Qin duritumpul tu heee intruder pertama dekat wallpost terpanjang tuh :P pastu Qin cakap dia pun bayar RM 120 minimum. okay, buku panduan UKM pentipuuuuuuu ><" and mmg tade buku, kat printed paper tu ada tertulis bookless rupanya =.= mcm mana lah aku boleh terlepas pandang -,-

pastu dah sure pasal buka akaun tu, barulah bergerak balik ke rumah. hehe oh ya btw, aku pakai baju sukan KMS tau hari nie :P entah kenapa tetiba rindu gila ngan KMS :'( rindu roommate, rindu semua pasal KMS. huhu ~ jarum jam masa tu lebih kurang kul 11 pagi. 

balik2 rumah, ingatkan pak guard (adik laki) tu betul2 jaga rumah. hampehhhh membuta lagi -..- smpai aku hon2 moto tuh hahaha sakai gila. baru dia bukak pintu .___. ape lagi, membebel lah hahaha XD aku kacau dia tido, tarik2 selimut, kacau telinga dia hahaha ><" suruh dia bangun, hampehh punya adik :3

kul 1 lebih pergi amik adik darjah 6 tu dr sekolah. haaa nie lah moment paling memenatkan. huuuu aku dah siap2 bawak semua dokumen yg perlukan pengesahan guru besar / pengetua. so dah alang2 smpai sekolah adik, ex-sekolah aku jugak, aku pun gerakkan kaki nie JALAN dr pintu masuk smpai ke pejabat. okay 'dekat' jugak -.- seb bek cikgu2 semua tak kenal hahaha segan ><" pastu cari guru besarnya tak ada. okay fine. kerani2 situ pun mcm sombong gila. pandang aku atas bawah atas bawah, mcm aku nie budak kecik. mentang2 aku pakai baju KMS JER -_____-"

aku pun dgn hati yg kecewa blah la dr sekolah tu. bergerak ke ex-sekolah menengah aku dulu masa lower form. upper form dah dekat kkb kan. jauh ><" masa smpai sekolah tu, ckp ngan pak guard, nak jumpa pengetua. pak guard pun kerek semacam, puihhh. tapi dia bg la aku masuk, dia kata pengetua ada. so aku masuk ah. 

pergi pejabat. pastu ada sorg cikgu kat situ. dia tanya, nak apa ? aku jawab, nak jumpa pengetua. dia tanya lg, atas urusan apa ? aku kata lah, nak minta cop pengesahan untuk masuk uni. dia ketap bibir. pandang aku len mcm je -,- pastu dia kata pengetua takdak. puihhh, tadi pak guard kata ada weh. takkan pak guard tu nak tipu aku, sbb dia siap tgk jadual terpampang kat dinding tempat guard tuh. puihhhh nak sorok pengetua tu buat apa. kalau takat jadi pengetua untuk disorok, baik pencen. dua2 pencen. *marah*

sapa tak bengang weh. pastu cikgu tu kata, pegi mintak kat ketua jabatan. aku baca buku panduan, cop2 pengesahan mana bleh ketua jabatan. lain lah penolong kanan tinggi. aku ckp, takpe ah, thanks. aku terus blah dr situ. sakit hati weh. kecewa dgn sekolah sendiri. dua2 sekolah, rendah dan menengah, ex-sekolah aku. tapi depa taktau aku ex situ.  ooo mcm nie rupanya layan org luar. mentang2 aku dtg bawak adik2 ja, tak bawak parents, suka hati lah eh nak buat mcm tu ? O.K.A.Y !

*tahan tahan* tarik nafasss. lepassss. fuhhhh. geram weh. pastu aku gerak pergi ex-sekolah menengah adik aku yg laki tuh. pak guard dia okay, ckp leklok ja. aku amik pas pelawat, JALAN kaki lagi dr tempat guard ke pejabat tuh. aku tengok ada dua org perempuan tgh tunggu kat kaunter, rasanya amik cop pengesahan jugak. tapi rasanya lepasan spm nak amik dip atau matrik atau lain2. sbb aku ternampak sijil spm depa. 

dalam hati, ada harapan lah nih nak mintak cop. tunggu punya lama kat situ. last2 masa ckp kat kaunter tu dgn kerani kat situ, dia kata apa tau. aku sepatutnya kena bawak semua, SEMUA dokumen yg aku fotostat nie, bawak yang ORI punya. SEMUA weh ! kalau tak, aku takleh mintak pengesahan. time tu aku bawak surat beranak dgn ic ja yg ori weh. result2 yg fotostat ja ada, yg ori takdak. pastu dia kata, takleh nak sahkan kalau mcm tu. puihhhh aku tgk budak spm td,  mana ada bawak ori. aku tgk fotostat ja banyak. seyes ! yg ori depa punya ic dgn slip spm. sijil lain mana ada ! aku nampak weh tebal. pasaipa depa bleh dpt cop, aku tak bleh ?

dgn muka yg bengang, aku rasa kerani tu nampak kot, aku kata ja takpe ah. aku terus blah. sakittttttttt sangat hati nih. dah lah letih. masuk nie 3 sekolah dah aku pi. semua tak mao cop. bukan susah pun nak bg cop pengesahan. perlu ka SEMUA sijil ori ? aku bawak ic ngan surat beranak dah cukup bagus, nak pastikan benda pa lagi. haihhh tak paham aih ! kesian adik2 aku. adik aku yg baru balik sekolah tu, dgn baju tak tukaq, makan tak lagi. aku pun dr pg tak makan. haus lagi panas. haihhhhhhhh sabar jelah

ingat nak terus balik rumah. pastu aku fikir, dah alang2 aku keluar nie, bek habiskan hari nie jugak. aku kena gak cari sekolah yg tak banyak songeh. last2 aku pi sekolah rendah yg aku tak pernah jejak langsung. tak jauh dr sekolah menengah tu. tak kenal sesapa pun kat sekolah tu, tak pernah jejak langsung weh . tapi parking ja moto, pak guard tu elok ja ckp ngan aku. dia mcm tau2 ja, dia kata, nak jumpa pengetua nak amik cop pengesahan ke ? aku angguk ja. sejuk sikit rasa hati weh. tua dah pak guard tu. siap senyum lagi. terubat sikit sakit hati nie. hmmm~

masuk pi pejabat, aku nampak sorg laki nie. dia pun dok pegang fail UKM sama cam aku. bakal member degree aku jugak lah tu. hahaha~ dia pun nak amik cop pengesahan jugak kot. aku pi kat kaunter, aku terus terang ja. letih punya pasal, aku terus ckp kat kerani tuh, "saya nak mintak cop pengesahan untuk masuk uni.  tolonglah, dah 3 sekolah saya pegi, semua tak bleh nak cop dokumen2 saya. saya nak mohon cop kat sini, boleh tak?" kerani tu siap senyum, dia kata boleh, tapi tunggu kejap, ada orang tgh mintak cop pengesahan. laki td tu lah kot. so aku pun tunggu kat depan tu.

alhamdulillah, tak smpai 15 minit aku tunggu, semua dokumen dah kena cop. mmg rasa nak sujud syukur ja kat situ. kalau aku tau dr awal sekolah nie yg bleh selesaikan urusan aku dgn cepat, sekolah nie lah sekolah first aku datang hahaha~ tapi plan Allah, kita taktau kan. bersyukur gila weh masa dah dpt cop tu. byk kali dok kata terima kasih kat kerani tuh. huhu~

pastu aku takleh nak balik lg. nak kena pos salinan surat beranak kat ibu aku yg kat perak tuh, sbb dia nak try mohon dermasiswa yayasan perak. aku kan anak perak hehe~ ibu pun perak. tapi tak tau lg boleh ke tak, sbb aku stay selangor. cuba cuba ja, mana tahu ada rezeki kan ? :)

pos laju mmg tak jauh dah dr situ, so aku pi laa. time tu dekat pukul 3 petang. masuk2 ja pejabat pos tu, perghhh ramai gila org baq hang. sempit, tak dak tempat nak duduk. jgn kata nak duduk, nak berdiri pun ruang sikit. amik nombor, tunggu punya tunggu. lama nak mampuih nombor giliran aku. smpai adik aku tertido2 tunggu. hahaha kesiannnn. depa dah la tak makan lagi. perut aku pun mmg dah menyanyi linkin park habih dah. 

ingat nak pos laju, tapi dah dekat pukul 4, nombor aku tak kena panggil lagi, geram tunggu lama sgt, aku pi kat kaunter, beli sampul pos express. isi2 sampul tu, tetiba ibu aku msg. kena salinan ic aku skali. time tu rasa nak baling fon hahahahahaha ! sbb mula2 ibu aku kata tak payah salinan ic, sbb ibu aku ada simpan. skali kena pulak dahhh. nak kena pi kedai fotostat lagi. last2 aku kata kat ibu aku, esok ja aku pos -____-" tunggu punya lama, sekali . . . . .lu fikirlah sendiri ><"

haihhhhh dengan panas nya, dahaga nya, lapaq nya. sakit kepala tak ckup tidoq semua ada weh. aku singgah 7 eleven ingat nak beli slurpee. dahaga gilaaaa. tapi aku malas turun. suruh adik aku tu pi beli. bagi RM 10. tunggu punya tunggu, dia mai bawak apa tau. bawak jajan. keropok, gula-gula, biskut. yg pastinya takda slurpee, takdak setitis air pun ! ><" aku tanya dia, mana slurpee ? dia kata, takdak, mesin rosak. aku kata tak beli air langsung ? dia geleng. langsung ?!!!! time tu rasa mcm nak hempuk kepala aku kat moto. kepala aku tau, bukan kepala dia. habih RM 10, semata2 beli jajan. air takdak !!!!

huwaaaaaaaaa memang bengang yg teramat time tuh. terus aku pecut, bonggol semua aku langgaq. ye, memang bahaya. tapi aku nak cepat2 smpai rumah. *kakak yg jahat* gerammmmmm. sampai ja rumah, terus bercawan2 aku minum ayaq. tu yg terkejut perut aku sebentar. online twitter kejap, solat, baru makan. perghhhh mmg gila betul hari nie. gilaaaaaaaa ><"

mst kau akan kata : "tu baru berapa jam tak dpt makan, tak dpt air. cuba bayangkan org2 yg lebih susah dr kita." ye aku tahu, aku bersyukur sbb masih selamat, masih dpt minum, dpt makan. masih hidup. alhamdulillah. haihhhh letih yg teramat sangat masa balik tu. tapi aku takmau tidoq. aku takut kalau tidoq petang. takot terlajak. huhu so sampai sekarang aku masih menahan mata. hopefully dpt tahan utk beberapa jam lg. kalau tak dpt tahan, faham2 lah ea. zzzzzzzzzzzzzzz

cuma nak luahkan rasa bengang, rasa kecewa dgn sekolah sendiri. mungkin aku yg tak faham tugas cikgu, pengetua, kerani. tapi aku rasa aku dtg situ, cuma nak minta cop pengesahan sahaja. tu ja. bukan nak buat kacau ke apa. kenapa perlu pandang aku mcm budak bodoh yg taktau pape, budak hingusan yg skema, senang kena marah, senang kena buli ? hmmm~ kecewa sgt. tapi takpalah, what goes around comes around. let bygones be bygones kan ? okay chillax, smile zani :))

okay thanks kamu kamu kamu sbb sudi baca :) thanks sangat2. tu tajuk tuh, isi tempat kosong sendiri eh haha~ sorry kalau TERemo lebih lebihan. maaf maaf maaf. assalamualaikum :)

2 comments:

  1. aq pon bru bt ari ni suma tu.ponattttt. yg cop tu aq cop sndri.hahaha.(MJ)

    ReplyDelete
  2. aq nyer tggl kt skola nant dy kol ble da settle..amacam??

    ReplyDelete