Pages

Wednesday 8 August 2012

it's not meant to be :(

Assalamualaikummmmmmmmmmmm ~

huhuhu sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa *tetiba* hmmm~ apa khabar kawang2 hari nie ? pagi tadi aku okay. lepas balik dr pejabat pos, terus tak okay -____-"

tahu tak kenapa aku tak okay ? aku sedih :( al kisah, 14 hari yg lalu, aku dpt notif dari Pos Laju National Courier. dye suruh ambil barang/surat lah kan. mcm biasa, posmen2 nie mmg malas nak cari rumah aku kat mana. so maen tinggal notif je. sebab rumah aku nie pelik sikit. berkongsi alamat peti surat yg sama dgn beberapa buah rumah yg lain. tu yg posmen2 nie pemalassssss nak cari rumah Nurul Azani Binti Azman nie yg mana. babooonnnnnn

haihhh kat notif tu dia tulis kena ambik kat pos laju kat taman apa ntah nama. yg penting sangat jauh dr rumah aku. so aku mmg malas sangat2 nak amik. sbb tu aku biar je dulu. lagipun abah aku asyik busy je. takleh bawak aku pegi pos laju tu. nak pegi sendiri takot sesat. sebab aku taktau jalan. plus, bukan ada lesen lagi =.=

so biar punya biar, hari nie hari ke 14 merangkap hari terakhir aku kena amik. klau tak, surat tu akan dipulangkan balik kat tuan dia. so aku pun pergi lah amik. smpai je rumah, bukak2 je surat tu, rasa gembira gila ! happy sangat2. tapi bila scroll down mata nie ke bawah dan ke bawah, baca satu persatu ayat dia, terus rasa down gila. sedihhhhhhhh :( nak tahu sebab apa ? tengok bawah nie.


tu yg mula2 aku baca. pastu aku mcm whoooaaaahhhh medic ? seriously ? ada peluang aku nak cakap ngan abah aku, untuk bg kebenaran kat aku kejar cita-cita aku nak jadi seorang doktor. memang dr dulu aku sangatttttttt teringin nak amik medic. dgn result aku nie, mmg ramai pun expect aku amik medic. but then, tak direstui. abah aku nak tengok aku jadi seorang pensyarah. so nak atau tak, aku pun terpaksa lupakan cita-cita aku. tunaikan apa yg abah nak, kalau boleh. inshaAllah.

time isi upu hari tu pun, aku rasa berat hati jer pilih course. hmmmm ikutkan hati nak amik dentistry ke pharmacy ke doktor perubatan ke. tapi apakan daya. ya Allah :(

kalau tgk mula2 kat surat tu mmg nampak best. study perubatan. kat indon dgn ukm. both university. 3 tahun kat indon, 3 tahun kat ukm. isn't it fun ? yeahhh ! aku rasa mcm, peluang keemasan gila kot. aku bleh study kat dua tempat yg berbeza. kat indon, tempat yg aku tak pernah jejak, and ukm, tempat yg mmg aku teringin sangat nak pergi. plus pinjaman MARA mmg disediakan. khas utk aku.

pastu dlm surat tu jugak ada tertulis, kalau aku lulus temuduga, habiskan study, automatik akan dapat Ijazah Pertama Perubatan dr UKM. ya Allah ! bestnyaaaaaaaaaaa :'D

tapi hati nie hancusssss bila baca kat bawah2 surat tu. mcm nie ayat dia :

Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa saudari terpilih untuk menjalani proses temuduga serta ujian yang akan dijalankan pada 30 dan 31 Julai 2012 ini bertempat di Pusat Perubatan UKM (PPUKM) Cheras.

haaaaaaaaaaaa hari nie dah 8 ogossssssssssssssssssss :( :( :( temuduga tu supposed to be at the end of July. and aku sangatlah menyesal sebab tak amik surat tu kat pos laju tu awal-awal. aaaaaaaaaaaaaaaa *hantuk kepala kat dinding*

sedih sedih sedih ! mungkin mmg dah tertulis kot aku nie bukan bakal doktor. result je okay tapi . . . . . . hmmmm~

huwaaaaaaaaaaa rasa nak menangis. tapi tak dpt nak feeling sangat hahahah. wehhhhhhhh ~ hmmmm~ serious menyesal gila kot sbb lewat2kan amek surat nie. mmg lah kalau aku pergi temuduga tu pun, belum tentu aku kompem dpt kan. tapi tak salah kalau kita cuba. manalah tahu ada rezeki.

tapi ternyata takdak rezeki utk aku. haihhhh mengeluh panjang sangat hari nie. kalau aku tahu benda nie yg bakal aku dpt, kekecewaan mcm nie yg bakal aku rasa, lebih baik aku tak pergi amek surat tu. biar surat tu dipulangkan balik ke ukm. dah lah jauh pergi. lepas tu balik2 mcm nie pulak. aaaaaaaaaaaaa sabar jelah :(

hmmm aku try terima berita buruk nie. bg aku masa sehari cukup lah kot. mungkin ada hikmah di sebalik semua nie kan. mungkin mmg dah tertulis aku akan further study kat ukm, amek course kimia. and hopefully aku boleh fulfill my dad's wish to become a lecturer. inshaAllah aminnn~

okeh ! *lap air mata* thanks wehhhh sudi baca blog aku. tu je nak luah. haihhh serabut2 dgn persiapan nak ke uni, JPA bagai lagi. haihh tapi alhamdulillah, dah berjaya isi JPA. sekarang nak buat pengesahan borang2 apa ntah depa mintak, pastu pos dgn lajunya. huhu~ okeh stop smpai sini. thanks againnn and assalamualaikum :)

7 comments:

  1. sabor je laaa..rezeki ad kat mane2..kite tak taw ap le jd pasnie..doa mntx y terbaek ntok kite dunia dan akhirat..cheers..^^

    ReplyDelete
  2. read this.. sentap hati kalau kena kat batang hidung sendiri..keep calm ehh
    ;/

    ReplyDelete
  3. weh sabar doe, kalau aku dkt tmpt kau mungkin aku emo smpi seminggu. be strong eh azani ;)

    ReplyDelete
  4. alaa.ksiannyaa.rezeki kat tmpat lain la tuu.
    saringan tu mmg ramai org xp sbbnya dpt surat lewat.dia nk plih skit ja org drpd bratus.so,xramai yg dpt.interview snang.tp exam susah yg teramat.susah dr pspm:D
    dga cita,ada pggilan ketiga.cuba tpon mara tgk

    ReplyDelete
  5. Sayangnyaaaaaaa.seriously sayanggggg.takpe2.He has better plan for you InsyaAllah.tapi kalau aku pun mmg menyesal tahap gila laaa.aku yg baca nie emo.haha

    ReplyDelete
  6. thanksss koranggg bagi semangat kat aku. huhu~ serious sedih gila ! plus masa bapak aku balik td, dia pun ckp "sayangnyaaaa" aku mcm, ya Allah. mungkin kalau temuduga tu belum berlaku, abah aku akan bg study medic. hmmm ~ hati nie terluka je tgk ibu aku menangis. sebab rugiiiiii sangat :( tapi nak buat mcm mana kan. tak ada rezeki. ya Allah :( hmmm~ takpalah, nnt lama2 aku okay lah. thanks weh korang :')

    ReplyDelete