Pages

Saturday 5 May 2012

kahwin awal, mampu ke ?

yeahh assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...kakak2, makcik2, abang2, adik2, sayang2...eh tak2, sayang aku ade sorang jer...kakaka poyo lah kau azani... weyyy cuba kau tengok tajuk kat atas tu... haaaa KAHWIN AWAL, MAMPU KE ? perghhh mesti sentap kan sesape yang slalu fikir pasal kahwin awal tu... hahah sebenarnya aku pun penah fikir gak...tp ade skali tu, ada org post status kat fesbuk yang lebih menyentapkan... haaa nak tau ape dye ?

Ramai Orang Sibuk Fikir Pasal Kahwin Awal.
Tapi Tak Ramai Yang Fikir Pasal Mati Awal.
~~~Renungan Bersama2 Kawan2 ^_^ 

haaa sebijik lah mcm tu...aku copy paste...hahah...pernah aku buat status mcm nie...kau tau ape jadi ? dorang kata aku ckp ngan cermin...kuasaammm betul...btw, at least aku sedar diri kan...drpd org tu, luar kata lain, dalam kata lain...lalala~ terasa ke ? hahaha lek ah...aku sorang jer tau pun :P yang paling kurang ajarnye, ada lah sorang minah tu...dye pegi post kat twitter...dye tag nama aku, dye kate aku nak kahwin tahun depan...perghhh berapi lah aku... dah lah ade orang bg feedback... dah alang2 aku tulis nie, aku nak sampaikan kat minah tu,

"Assalamualaikum, cik adik...sedap nye kan bawak story mory sana sini tanpa kebenaran tuan... kau post kat twitter, tag nama aku, semua orang nmpk...then, kau puas lah ? untunglahhh dapat kenakan orang mcm tu...bagus2...ehhh takpe2...aku tak kisah... sebab baru sekarang aku tau kau nie jenis yang mcm mane...hahah and starting from status itu disebar2 ditebar2, aku dah tak anggap kau kawan...sorry :) kawan kat fesbuk jer tauu sebab aku tak smpai hati lah nak remove kau...huhu block ? lagi lah tak smpai hati... tapi kalau kau nak block aku, aku senang hati...hahahaha "

yeee...memang udara tengah panas sekarang nie,...hahaha lantak lah dye nak buat ape...yang penting dye bahagia... kacau lah hidup aku slagi boleh..aku pun dah tak jumpa kau dah kan...hehehe berbalik kepada cerita... pergh sentap lah baca status yang ramai tak fikir pasal mati awal tu...hahah start dr tu, aku fikir, takyah la nak serabut2 fikir pasal kahwin...ade jodoh, ade lah...alhamdulillah...takde, takdelah... Allah dah tetapkan rezeki masing2...takkan nak paksa orang tu kahwin ngan kita kan3.... :)


lagipun, aku nie anak sulung...so kebajikan orang tua aku lg penting dr kebajikan hangpa2 semua...heheh benda sekarang, aku kena capai cita2 aku, ubah hidup keluarga aku... tolong orang2 Islam yang memerlukan pertolongan...kot2 la hangpa nnt perlukan bantuan kewangan, hangpa leh carik aku...dengan hati terbuka aku bagi..hehe tp tunggu aku kaya lah...kalau tak, jgn dtg...tak pasal2 dapat kaki layang free nnt :D


hoi ingat senang ke nak kawen.... asyik cakap, nak kawen, nak kawen... panggg kang nak ? fuyoh~ ape garang sgt nie...hahah sorry2...okay berbalik kepada citer...ye kalau kau nak kawen, banyak benda kau kena consider... first of all, kau kena tahu kau nie ada kemampuan ke takde....kalau takde, jangan mimpi nak kahwin...haha puasa ! kawal nafsu kahwin kau selagi kau tak mampu... kenapa kemampuan tu penting ? kemampuan tu ada dua, dari segi zahir dan batin...haaa aku nmpk kau senyum2 dah tu bila sebut pasal batin...hahah sebenarnya haritu ustazah aku ada cakap, kenapa la org fikir nafkah batin tu....errr,,, ehem2... padahal sebenarnya, ehem2 tu adalah termasuk dalam nafkah zahir...ehem2 tu kau tau kan ape dye...ahhh aku malas nak sebut kat sini...hahah nafkah batin tu, ustazah aku ckp, maksudnya dr segi emosi dan rohani... maknanya kau mampu ke tak nak jaga perasaan suami/isteri kau... masalah2 yang datang, kau mampu ke tak, nak handle...haaa semua tu kena fikir...


kahwin nie kan satu ibadat...ibadat yang sunat...berlainan dengan orang yang berkemampuan tp dye taknak kahwin...haaa ape citer pulak tu ? 

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

ya...jika kau berkemampuan, carilah seorang yang boleh menjadi pelengkap dalam hidupmu.... haaaa nie golongan yang nafsunya kurang...tak macam kau... hahaha ehhh, aku memaen jer..jangan tacink2... :D haa sambung lagi...nak memilih calon pun satu hal...

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

ya,,,,kepada bakal2 isteri...jadilah isteri yang solehah...belajar masak ! belajar jahit ! biar suami kau senang nnt...ini tak...asyik nak amik bibik jer...wey bibik zaman skunk dah takleh caye dah...hahah silap2 laki kau dye kebas...eee taknak aku...takot...wuuu aku sayang laki aku...cehh, macam dah kawen pulak ye...kepada si calon suami, korang pun kena bersedia untuk memimpin isteri2 korang... ehh, isteri2 ? mampu ke nak lebih satu ? hahaha kalau dr segi duit, mungkin lah ramai yg mampu...tp dr segi keadilan ? perghh silap2 kau balik umah, bini2 kau semua tengah tarik2 rambut, baling2 tepung...punohhh

"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

haaa nmpk tak tuh...ingat ! jangan lupa....asyik fikir nak kahwin...pastu bila kau dah kahwin satu, kau fikir pasal poligami pulak...hahah yang pompuan, tak ramai yang boleh bersetuju dengan cadangan kahwin lagi tuu... aku? erm,... aku rasa kalau laki aku nak kahwin lagi, aku bagi kebenaran... inshaAllah...bukan apa, aku taknak jadi penghalang niat dye...al maklumlah, perempuan skunk lebih ramai dr laki...so kalau bakal madu aku tu solehah, baik orangnya, apa salahnya.... tp sbenarnya jauh di sudut hati, aku taknak la berkongsi kasih...huhu skali laki aku minta untuk kahwin lagi, seribu kali aku akan kecewa...tp apa boleh buat, syurga kita sebagai isteri terletak di tapak kaki suami...


halamakk...tacink dah nie...hahah stop kat sini lah bro...weyyy kau jangan menggatal2 kata nak kahwin...fikir baik2 apa yang aku cakap nie...kalau kau dah mampu nnt, jangan lupa lah jemput2 aku dtg makan kenduri kahwin kau,..haaa memang keje aku makan jea... :D tp weh serius, kalau jadilah kan, bg tau aku...aku dtg majlis perkahwinan kau...bawak hadiah...hadiah ape ? syhhh mane leh bg tau skunk...ingat, skali lg aku nak pesan...kalau tak mampu, puasa...tahan nafsu kau tu..terutama bg lelaki...tau3..



P/S : Kepada yang dah ada couple, teruskanlah niat dan usaha untuk ke jinjang perkahwinan...jangan tunggu lama2 nnt ade org kebas...org kebas tu takpe lagi, maksiat yg kau buat tuh...dunia akhir zaman bro...fikir baik2..jgn lupa bg kad jemputan perkahwinan kat aku...yeah, tatata assalamualaikum...semoga perkongsian kali nie bermanfaat :))


No comments:

Post a Comment