Pages

Tuesday 11 December 2012

May Allah bless you Myra and Shahirah :')


10.03 p.m ... baru lepas "take a nap" sekejap dlm 40 minit mcm tu. tak tahan, mengantuk yg amat. tetiba dapat call. dari Myra ...

argh berair mata gua nak cerita akibat terlalu terharu :'(

lately ... aku stress sikit sebab first, hujung mggu aku mcm, dah burn sebab join aktiviti fac dengan kolej. but then benda tu dah lepas kan, so nevermind. secondly, stress sbb hari nie ada presentation final utk research project acom aku. and again, baru je lepas siang tadi. alhamdulillah, lega lah sikit. 

thirdly ... sebab dah 7 ke 8 orang tanya aku soalan yang sama ... 

"azani, kau dah daftar course untuk sem 2?"

i wish i could register for the courses ... but then since yuran semester aku tak berbayar lagi, (means aku ada hutang dengan universiti) so aku tak boleh nak daftar apa2 course untuk sem 2 nnt.

soalan2 tu membuatkan aku rasa malu nak menjawab, dan ... malu nak mengaku yang aku ada hutang. haihhhh

orang lain semua dah sibuk susun jadual, daftar courses untuk sem 2. aku ? aku tak boleh nak buat apa2. tapi aku tak kisah pun ... (tipu)

argh. jujur sejujur2nya, aku kisah. sebab kalau aku tak bayar yuran, aku takleh nak register course. kalau aku takleh nak register course, aku takleh nak dapat course yang aku nak nnt. sebab ? sebab org lain dah amik ... sape cepat, dia dapat. haihhh JPA, kenapalah kau nie 'cepat' sangat ?

kalau tak dpt course yg aku nak, susah plak nnt nak amik course yg aku tak minat. lepas tu ... clash dengan jadual. lepas tu ... tak cukup kredit. lepas tu ... tak boleh graduate. argh susah !

kegagalan membayar yuran semester juga boleh menyebabkan slip result exam final aku DIGANTUNG .

actually aku dah pasrah dah sebenarnya ... 2-3 hari nie, bila org tanya pasal tu, aku cakap jelah jujur. aku takda dwet nak bayar yuran. mmg pasrah habis ah. tggu JPA smpai berjanggut anak dua pun taktau lg masuk ke tak. no.akaun bank pun dia tak mintak, nak masuk camna ntah .

argh seteghes ! rasa nak sambung tido sampai bebila .... taknak bangun dah


lepas tu, haaa tu lah aku terkejut tadi masa Myra call. tengah tido pastu dpt call. tido pun mcm tido-tido ayam ja hahaha "take a nap" lah katekan ~


"Azani, kau tido ke ?"
"hmmm ..."
"Sory kacau kau, aku ada benda nak bincang dgn kau nie."
"hmmm apa dia ..."
"Aku dengan Shahirah dah decide, kitorang nak bayarkan yuran untuk kau dulu. nnt bila kau dpt JPA, kau bayar lah balik. sbb aku pun taknak laa kau tertinggal utk daftar course. aku nak sama2 daftar course dengan kau."

i was like ... ya Allah, berair mata aku masa dengar statement tu ... aku terus kata, "wehhhhhhhhhhhh, takmaoooooooo"

then Myra plak "ahhh, takde2, tak payah nak wehhhh wehhhh sangat. aku tau kau mst tak setuju, tapi nie decision aku ngan Shahirah. takde bantahan. k"

aaaaaaaa aku taktau nak gambarkan perasaan aku mcm mana ... aku tak sangka ... aku belajar kat UKM nie baru 3 bulan. kenal depa baru 3 bulan. tu pun tolak tarik masa hari first2 kenal, bkan tegur sangat. and i really really really didn't expect they'll trust me and they're willing to help even though baru kenal ...

ya Allah ...

"Esok sama2 pergi pusanika, Shahirah akan transfer duit kat akaun kau, and then kita pergi sama2 ke canselori utk bayar yuran kau, lepas tu dah boleh daftar course dah. settle"

astaghfirullah ... sesungguhnya dari dulu ibu dengan abah ajar jangan pernah menyusahkan orang lain.

sebab tu apa yang aku nak buat, aku fikir dua kali. apa yang orang buat untuk aku, aku persoalkan. aku fikir banyak kali. aku tak suka menyusahkan orang. aku tak suka :'(

aku terharu nak mampus bila diorang sanggup tolong aku smpai mcm tu ... T^T

taktau nak express perasaan aku mcm mana. terharu, sedih, malu ... 

To Myra and Shahirah,
tolonglah faham, aku tak sangka sangat korang sanggup fikir pasal aku jugak. mmg aku sedih pun kalau tak dpt daftar sama course dgn korang ... sem 1 nie pun ada je yg kita tak sama kan, sedih laa jugak ... tapi, takpa, aku tak kisah pun. ntah lah, aku taktau nak express mcm mana. eeee susahnyaaaa. hmmmm aku cuma mampu doakan semoga Allah balas jasa korang berdua. terima kasih sangat sangat sangat and, aku bersyukur ada kawan mcm korang ... argh rasa nak pergi bilik korang pastu hug sekor sekor. huhu ~ esok jmpa time class, eeeee malunyaaaaa (''')(''') papepun, terima kasih, hanya Allah mampu balas jasa korang kat aku :')

2 comments:

  1. terharuu :( sobsobsob , lau aku kat tempat kau pon x taw nk ckp cmne T.T and last but not least i'm sorry tak dapat jadi seperti dorang :'( huhuuu. anyway aku sedia bntu kau jugak zani. kita kawan kan ? :) walaupun baru kenal , kita akan jadi bestfriend till jannah k . aminn ~ aku kn roomate kau yg gila, masuk air, sakai semua lahh. hoho. tapi jgn hantar aku ke tanjung rambutan okay ? heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha zieraaaaaaa xD
      kau kan, mmg tak penah laa benti nak buat lawak kan ?
      selalu buat aku gelak ;D
      thanks weh, nevermind. tak semua org mampu :)
      sbb tu aku mcm tak percaya bila dorg sanggup tolong. huhu
      anyway, thanks a lot for the support :) *call tanjung rambutan*

      Delete