Pages

Monday 31 December 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 :)

tajuknya pun dah skema semacam hahaha anyway, just nak reflect balik apa yang berlaku pada tahun 2012 dannnn nak menyatakan azam aku untuk tahun 2013.

walaupun kenyataannya, azam yang aku buat tiap-tiap tahun tak pernah nak tertunai (HAHA) tapi aku peduli apa. aku nak gak buat azam ! hihi

tahun nie (2013) usia dah mencecah 20 tahun .......... sob sob. *cedih* lepas nie dah takda angka 1 kat depan. 2 dan ke atas sahaja. uhuhu tak sangka diri nie dah tua. muhasabah diri sekejap, makin kita membesar, makin kita dekat dengan kematian ... astaghfirullah al azim ... *insaf*


kau tahu apa yang ada dlm fikiran aku ? :P

20 years old isn't that bad ... walaupun kita dah dikira dewasa, dah takda teen2 kat belakang, tapi ... angka 2 tu dah membolehkan aku (at least) utk meyakinkan abah bahawa aku dah dewasaaaaaaaa. boleh mintak kebenaran nak bercinta tak ? LOL ! *dushhhh*

2012 Reflections

awal tahun 2012, aku masih di KMS. Kolej Matrikulasi Selangor. sampailah akhir bulan April bergelar seorang pelajar matrikulasi. menghitung hari2 akhir di KMS bukanlah mudah, malah menyedihkan. huhu masa mula2 masuk, tak sabar2 nak keluar. tapi bila dah akhir2, sayu nak keluaq baq ang ! banyak kottt kenangan2 kat KMS. wuwuuuu ingat senang nak lupa ? mmg takkan lupa aku rasa. rinduuuuuuuu KMS :')

rinduuuuuuuu T.T
bulan May 2012, dapat result. perghhhh memulas2 perut masa malam tu hahaha lagi2 bila dok tengok status2 budak2 akaun, depa dapat awal sikit, pastu sana 4flat, sini 4flat, situ 4flat, alhamdulillah sana sini, HAHA kecut perut budak2 sains nie. nak tidoq pun tak tenang !! aku masa tu dah mcm cacing kepanasan kahkahkah bangun esok pagi tu pun awal gila, tak pernah2 HAHA semua sbb cuak punya pasal. tapi last2 alhamdulillah tak terhingga. menangis kotttttttttttttt :'DDD

* Nano bila je tak pernah nangis ? cengeng !! T.T *

Jun sampai akhir bulan August, menghabiskan masa kat rumah. tak buat apa, dok melagha jer sepanjang hari kahkahkah! niat nak amik lesen, puihhh langsung tak tertunai. semua gara2 abah suruh aku pi cari tempat nak amik lesen sendiri. errr memang tak ar. setahun dok kat Banting, pastu balik2 kena cari tempat buat lesen. mana laaa aku tau. lama tak jejak kaki ke rumah, banyak dah berubah. *padahal malas*

sampai sekarang harem satu lesen pun takdak. HAHA duk terbang sana sini naik moto, selamba badak jer macam kat Malaysia nie takdak polis xD gengster kannnnn kahkahkahak !

for sure dok kat umah mmg menternak lemak jelah kan kerja aku. kehkeh bangun pun lambat, tidoq pun mcm tak tidoq. dok menghadap lappy ja sepanjang masa. melagha habis laa orang kata kahkah nie baru betul honeymooonnnnnnnn HAHA dari waktu sekolah cikgu tak bagi main2 time belajaq, depa dok kata form 4 bukan tahun honeymoon. haaa betul lah kot, lepas habis matrik baru betul honeymoon !

tapi sekarang dah habis waktu honeymoon dah. sob sob. sekarang masa cari makan utk masa depan. ehehe

to be honest, 2012 bukanlah tahun terbaik untuk aku ... banyak nightmaresssssss :( tapi aku redha. dengan semua yang berlaku. sebab setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya kan. Allah tak turunkan sesuatu ujian kalau kita tak mampu untuk hadapinya :')


Alhamdulillah, semua tu pun dah berlalu ... dan jujur, aku sekarang dah banyak berubah. aku dah boleh fikir dengan matang sikittttttt laaa hahaha kalau nak compare dgn dulu, malu teghokkkkkk !
(''')(''')

aku percaya Allah tengah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk aku. inshaAllah :) aku janji akan sentiasa kuat untuk hadapi hari2 akan datang. ameeeeeeennnnn !

ehhh macam dah panjang pulak entri nie. nie belum masuk azam lagi heheheee >,<

Dear 2012,
thanks for everything ... kau mengajar aku erti sabar, kuat, tabah dan redha dengan segala yang berlaku. kau ajar aku untuk terus bersemangat meneruskan hidup. kau ajar aku cara nak berdikari waktu aku kehilangan mama ... kau didik aku untuk menjadi seorang suri rumah HAHA walaupun tak berapa nak perfect ... wey ingat senang ke nak jadi suri rumah ? penatttttttt ! haha naseb bek aku sulung. hmm tapi satu aku tak puas hati, kenapa kau biar aku ternak lemak banyak2 kat rumah ?!! HAHA nafsuuuuuuuuuu xD

welcome 2013 ;)
mengharap 2013 nie akan menjadi tahun yang lebih baik untuk aku :')

dengan kehadiran orang baru dalam hidup, hopefully aku boleh menjalani hari2 akan datang, bahagia seperti orang lain. apa yang orang lain ada, mungkin aku takda. tapi apa yang aku ada, belum tentu orang lain ada kan ? bersyukur ;)

azam tahun nie, major azam : untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik. solat taknak tinggal, nak selalu puasa sunat, nak kerap baca Quran, nak tutup aurat penuh2, nak sentiasa dekatkan diri kepadaNya. inshaAllah, ameen. :')

entah kenapa, kebelakangan nie asyik fikir pasal kematian. *ini serius* aku siap dah tulis semua password account alam maya aku HAHA pastu simpan kat satu tempat yang orang senang nak jumpa. supaya senang kalau nak delete ke apa ke account2 duniawi tu semua haha

Azam2 lain adalah seperti :
-mengurangkan kuantiti makanan, which aku sememangnya tahu, takkan pernah terjadi HAHA =.=
-belajar dengan bersungguh2, again, aku taktau lah mampu ke tak HAHA makin hari makin banyak godai-an cisssss
-dapat semua yang tertera kat wish list aku. nak tau pi tengok sendiri. kat column belah kanan blog hehe
-lagi ? hmmm apa lagi ek. banyak sebenarnya azam aku, tapi aku takmao tulis semua kat sini. satgi hampa semua nak perli aku, "azam dah tertunai belum?" mampuih aku nak sorok muka hahaha

Dear Azani,
please stay strong no matter what happen, Allah is always there for you when no one else did :')

last but not least, nak tengok dak perkembangan aku dari dulu sampai sekarang ? kalau nak gelak silakan, tapi jangan depan aku HAHAHA kalau tak, aku pun mesti nak gelak skali. gelak tanpa henti sampai mampus kahkahkahak ! kalau nak mintak rahsia mcm mana aku berubah pun boleh jugak HAHAHA 

gambaq tak edit seratuih peratuih
Gambaq 1 : Masa kat MRSM. puihhh muka budak2 baq ang !! hahahahahah time graduasi form 5~
Gambaq 2 : Masa kat KMS. muka burn teghokkkk ! sbb KMS PANAS !! sbb tu aku benci sunburn. sampai sekarang. huhu T.T
Gambaq 3 : Masa kat umah. sebelum masuk UKM kena amik gambaq passport kan. heee muka innocent baq ang !
Gambaq 4 : Inilah rupa gua sekarang. baru diambil masa 26 Disember 2012 haritu :)

ingat senang nak berubah dari budak2 jadi orang dewasa ? HAHAHA lagi2 bila muka burn teruk mcm gambaq 2 tu, ingat senang nak putih balik ? hahaha dah mcm anak bangla aku tengok xD tapi syukur lah, sekarang walaupun tak secantik uolls, at least aku comel la jugak sikit kannnnn. #eh TERperahsantan puleks :3

tak, maksud aku, aku masih sempurna fizikal, ada dua mata, satu hidung, satu mulut, dua lubang hidung, dua telinga, dua kening, dua pipi, dan lain2. hehehe

k dah. lagi lama aku kat sini, lagi mengarut2 satgi hahahah thanks naa baca. selamat tahun baru kapiaq 2013 :) Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. and, aku minta maaf kalau aku ada buat hampa terasa ka kat mana2 eh. walaupun maaf aku nie tak boleh ditukaq jadi duit, tapi aku betul2 minta maaf nie. ikhlas nie. seyes nie. betul2 nie. hehehehe assalamualaikum ^.^


No comments:

Post a Comment